RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 Februari 2010

KARPAL SUDAH BERSEDIA SOAL SAIFUL, PENDAKWA PULA MINTA TANGGUH

Permohonan DS Anwar untuk menggugurkan hakim yang didakwanya tidak berlaku adil terhadapnya ditolak oleh hakim berkenaan. Hakim tersebut yang didakwa oleh DS Anwar tidak berlaku adil terhadapnya enggan mengambil tindakan ke atas laporan akhbar yang menyiarkan berita karut di dalam kes liwat yang dipertuduhkan kepada beliau. Oleh kerana permohonan beliau ditolak, Peguam Karpal Singh bersiap sedia meneruskan prosiding dengan soal balas terhadap Saksi Utama Saiful yang mendakwa dirinya diliwat.

Namun demikian, pelik sedikit secara tiba-tiba Pendakwa pula bertanya samada Pembela ingin merayu atau tidak. Adakah untuk menunjukkan kununnya DS Anwar diberi `keadilan' di dalam kes ini ? Bukan Karpal Singh sahaja yang tidak sabar untuk menyoal balas Saiful, tetapi kita juga ingin melihat bagaimana Saiful akan menunjukkan kemahirannya di dalam mahkamah bukan lagi di depan media./wfauzdin.blogspot.com Ulasan dari agendadaily.com pula seperti berikut:


Karpal bertikam lidah dengan pendakwa isu 'rayuan dan melambat-lambatkan perbicaraan...

Sebahagian besar wartawan yang membuat liputan media perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim macam tidak percaya apabila peguam Karpal Singh boleh bertikam lidah dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden gara-gara isu 'melambat-lambatkan' perbicaraan.

Barangkali sudah banyak makan cili dan terasa pedas kerana selama ini peguam Ketua Pembangkang itu sudah buat macam-macam permohonan termasuk mahu mengugurkan pertuduhan, Karpal tiba-tiba meninggikan suara di mahkamah, pada prosiding hari Khamis.

Ia ekoran pertanyaan Mohamad Yusof sama ada peguam Anwar mahu mengemukakan rayuan setelah permohonan meminta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabiden Mohd Diah menarik diri daripada mengendalikan perbicaraan itu ditolak.

Selepas hakim berkenaan memberikan hujah menolak permohonan itu, prosiding sepatutnya bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan akan memeriksa balas oleh pihak penguam bela Anwar.

Bagaimanapun, Mohamadd Yusof terlebih dahulu mengambil kesempatan bertanya berkenaan rayuan tersebut dan memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan hari ini.

Mohamed Yusof berkata, jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.

Karpal Singh memberi respons segera dengan berkata bahawa ia terpulang kepada budi bicara pihak pembelaan sama ada untuk memfailkan rayuan dan beliau bersedia untuk memeriksa balas Mohd Saiful hari ini.

"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.

Menurut peguam itu, mereka bersedia meneruskan perbicaraan ini kerana terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Jawapan yang agak pelik itu menyebabkan wartawan media bertanya satu sama lain, siapa sebenarnya yang melewat-lewatkan perbicaraan sebelum ini.

Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.

"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh kedengaran mencelah.

"Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan" katanya

Mohamad Zabidin kemudian meminta Karpal Singh memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan esok.

Sebelum beliau memutuskan kes itu ditangguhkan pada 25 Mac, Hakim Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan mempertikaikan kelayakannya untuk mendengar kes tersebut.

Oleh itu katanya, adalah penting supaya perkara yang dibuatnya meneruskan tugas mengadili perbicaraan itu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kerana ia membabitkan isu keadilan.

"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.

Penetapan tarikh itu diputuskan beliau selepas berbincang dengan pembelaan dan pendakwaan.

Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.-18/2/2010/Agendadaily.com

4 ulasan:

  1. ni satu lagi bodoh..nape pihak peguambela tu tanye sbb diorg da tau karpal aku wat appeal..kalu teruskan jugak, tak pasal2 kes itu jd 'nugatory' sbb technical issue again..buang mase je nanti..

    so jelas pihak pendakwa mmg da bersedia dgn segala ape kemungkinan yg boleh membawa kes itu digugurkan atas technical issue sbb diorg tau hanya issue ini shj yg boleh digunakan peguambela utk delay, or jdikan proceeding ni null and void..

    selagi within the control, try utk elakkan any "loophole" spya ianya tidak boleh digunakan pembangkang..

    the rest, lets debate on bukti2 tu..

    ayat ni misleading la..tujuan karpal tu fail remove hakim tu mmg sah2 tak jelas, wat alasan isu luar dari mahkamah..sbb dlm beberapa kes sblm ini, kalu fail remove hakim, ia nya akan berakhir until rayuan diputuskan..

    BalasPadam
  2. ni la situasi sbnar mase session smlm..jgn putar belit, pls..

    http://www.anwaraidc.com/2010/02/karpal-janji-tiada-lagi-taktik-penangguhan.html#more

    BalasPadam
  3. Kapal sink takut berhujah dengan Saiful????19 Februari 2010 12:27 PTG

    kah.. kah.. kah.. PENDAKWARAYA minta tangguh???? KAh.. kah.. kah... cube baca betul2, sape yg mintak tangguh, kalu pendakwaraya tanye, si Kapal Sink tentu boleh menolak dr menangguh lagi perbicaraan kan???

    Pelik betul pemahaman puak2 Pakatan runtuh ni, dulu belajar sampai darjah berape si pemilik blog oooiii???????????? Reti bahase melayu x? kah.. kah.. kah.. ade juga manusia lemah pikiran x paham cerite org lain. Kah.. kah.. kah...

    BalasPadam
  4. Ceritakan yg benar, jgn berbelit2 mcm Kapal Sink19 Februari 2010 12:37 PTG

    Dari http://malaysianstory.wordpress.com/

    KS: In line with the authority, we have to appeal, we must appeal, there is too many elements coming to this trial. We don’t repetition and allow the Pemuda UMNO (UMNO Youth) to go wild, with the demonstration at the Australian Embassy. There are 2 black hands behind this prosecution, the PM and his wife. We’re prepared to proceed but we are bound with the authority and YA must allow a stay.

    MY: There is no such thing as ‘must appeal’.

    YA: So, there will be appeal, can you file in the Notice tomorrow?

    KS: We will appeal. We will file in before tomorrow. We want to go on with the trial. No delay as people and the prosecution saying that we’re delaying with the trial.

    MY: The prosecution never said anything about delay. The delay was only said by KS.

    KS: That’s what in newspaper report.

    YA: Enough already, MY?

    MY: I think that both the prosecution and the defence owe the truth to the Malaysian public not the Australian or American.

    BalasPadam