RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 17 September 2026

SELAMA INI MENTERI AGAMA ADALAH NON MUSLIM.....HADI DAH MAKAN UBAT LOM?

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata sekiranya PAS memerintah negara, jawatan Menteri Hal Ehwal Agama akan diberikan kepada orang Islam.

Dalam masa sama, beliau berkata orang bukan Islam masih boleh dilantik mengetuai portfolio lain seperti kerja raya atau perhutanan.

“Nak lantik (orang bukan Islam menjadi) menteri kerja raya boleh, menteri perhutanan boleh, (tetapi) menteri hal ehwal Islam tak boleh.

“Mesti kena orang Islam, pelaksanaan syariat kena orang Islam,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadi dah makan ubat belum?  Semenjak bila menteri agama itu dilantik dari Non Musim?  Nampak sangat Hadi tak tahu apa2.

KERAJAAN MANA LINDUNGI JUDI ?

 


BAJU OREN SPRM - DEDAH SIKAP HIPOKRIT PAS


Apabila terdedah beberapa tokoh orang politik dan bekas menteri dari Umno yang menjadi sahabat Pas sekarang yang ditahan reman oleh SPRM dengan memakai baju "lokap SPRM warna oren', maka riuh rendah beberapa pimpinan Umno dan Pas.

Kononnya, tindakan SPRM itu memalukan mereka yang ditahan sedangkan mereka belum terbukti bersalah. Maka, lebai-lebai Pas pun mulalah bawa dalil berkaitan hukum Islam tidak boleh mengaibkan sesiapa yang belum terbukti bersalah. Luhur, suci, adil dan telus sekali bunyinya kan?



Kita tidak pernah lupa di era kerajaan Umno/Bn memerintah, berapa ramaikah yang telah diaibkan? Rafizi Ramli pun kena, Shafie Apdal pun pernah kena diaibkan di era mereka kerajaan. Baju oren, baju lokap dan bergari, itu amalan biasa sewaktu mereka kerajaan. Di era kerajaan PN di bawah Muhyidin dan Ismail Sabri, ianya terus diamalkan meskipun ketika itu parti Pas berada dalam kerajaan tebuk atap 33 bulan tersebut. Mana suara para "ulamak" dalam Pas waktu itu? Kebanyakan mereka sudah jadi menteri, timbalan menteri dan duta khas bertaraf menteri. Di mana hukum hakam? Mulut penuh dengan dedak dan sanggup jadi "syaitan bisu"?

Alhamdulillah, ketidakadilan dalam isu tersebut hanya terlerai di bawah kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim. Syor Anwar kepada SPRM agar tidak perlu diaibkan mereka yang belum pasti bersalah telah disambut oleh SPRM sertamerta. Tidak perlu bising, tidak perlu tunggang agama tetapi laksanakan perintah agama. Itu yang Anwar Ibrahim lakukan.



Cukup-cukuplah Pas mahu berlakun tunjuk "soleh". Cermin diri dulu, siapakah yang bertindak dan siapakah yang hanya pandai "menyalak'?

MAHU RCI BARU UNTUK 'BELI MASA" ?

 


Rabu, 16 September 2026

AKMAL KERJA DIA MENCABAR JE

Kerja dia mencabar je. Bila org sahut cabaran nanti, dia pusing ke lain pulak. Contoh, dia yg cabar anwar dedahkan RCI tabung haji, bila Anwar dedahkan dia kata kenapa baru skrg nak dedah? Kemudian dia cabar lagi, kalau betul ada sakau, tangkap lah. Bila ramai pimpinan Umno kena tangkap dan didakwa, dia kata balas dendam dan pendakwaan terpilih. Kali ini dia cabar lagi dan kita tengok apa lagi dia nak kata....org yg bangsat ni letak kat mana pun tetap bangsat.


PEDULIKAN UMNO TERUS SERANG MADANI


Pedulikan puak mereka menyerang. Memang mereka tengah mengamuk sekarang kerana ramai pimpinan mereka telah ditahan dan akan didakwa kerana menyakau. Suruh jaga Tabung Haji, TH dirembat. Suruh jaga felda, felda pun dia sakau. Suruh jaga negara, pemimpin mereka menyimpan duit ratusan juta tunai dalam kondo sekali dengan jongkong.

Hari ini, mereka seolah2 hilang akal sehinggakan sanggup sain surat mahu turunkan raja. Begitu sekali gila dah puak ini. PMX dengan tenang terus bekerja dan mengekalkan hubungan dgn rakan yg setia di Sabah dan Swak. Mereka yang khianat akan bertemu jodoh dengan pengkhianat juga.

RCI TABUNG HAJI DIDEDAHKAN, HADI GELUPUR

 


ANWAR JAWAB ZAHID, SEMPOI...

Tak lama selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyindir Anwar Ibrahim dengan ayat “cukuplah menjadi guru kepada kami”, Perdana Menteri pula muncul dengan satu hantaran yang cukup mencuri perhatian.

Dalam hantaran terbarunya selepas tiba di New Delhi, India, Anwar menulis:

“Alhamdulillah Guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.”
Beliau kemudian menyambung lagi:

“Semoga anak didik dapat belajar dari Guru cara Diplomasi MADANI diterjemahkan.”
Siap hujung sekali tulis, “Slayyy

LEBAI MULA MAIN ISU JUDI

 


Selasa, 15 September 2026

PELAJAR MISKIN TERPAKSA BERHUTANG MASUK UNIVERSITI ? SIMPATI DENGAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEPANG


Saya merasa kesihan dengan Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Noorazli yang agak jauh ketinggalan dari maklumat-maklumat semasa khususnya berkaitan usaha kerajaan madani. Meskipun Sepang berada di daerah yang banyak pembangunan dan bukannya kawasan mundur seperti di Gua Musang atau Jeli, namun masih ada pemimpin Umno yang kurang bernasib baik seperti Datuk Noorazli.

Beliau menyuarakan rasa sedih kononnya terdapat pelajar-pelajar miskin terpaksa bersusah payah untuk memasuki Universiti. Jika beliau menjadi PM, beliau merasa malu katanya lagi. Saya tidak pasti samada beliau cuba menyindir era pemerintahan Bn dan pemerintahan kerajaan tebuk atap (PN) 33 bulan di mana ketika itu Umno turut bersama dalam kerajaan. Di era itu, benarlah pelajar-pelajar miskin terpaksa meminjam PTPTN. Terpaksa berhutang.

Hari ini, di bawah kerajaan madani pimpinan PMX, pelajar-pelajar miskin tidak perlu lagi meminjan PTPTN. Pendidikan percuma untuk mereka. Ketua Umno Bahagian Sepang tahu atau tidak maklumat ini? Atau sengaja mahu menfitnah kerajaan madani. Sengaja mahu memburukkan imej PMX hanya kerana marah disebabkan beberapa pimpinan Umno telah dicekup atas kes rasuah? Tahukah kamu rakyat susah sejak dahulu dan terpaksa meminjam untuk ke universiti salah satunya kerana amalan rasuah ini lah. Sebab itulah PMX terpaksa bertarung dan berdepan dengan penyakau-penyakau ini demi mempertahankan rakyat.

Teruskan bekerja "Guru" ku PMX. Pedulikan fitnah-fitnah di luar sana. Atas usaha mu membenteras rasuah, sememangnya kamu akan dijadikan musuh oleh penyokong-penyokong dan pengamal rasuah. Jangan gundah gulana, kami rakyat Malaysia yang benci rasuah tetap berada di belakang mu.

Jumaat, 17 Julai 2026