RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 10 Julai 2010

PUKULAN K.O BUAT FIRAUN BESAR KULIM !!

Menggigit, tergigit dan digigit

Oleh YB Khalid Samad...

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis.

Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi. Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, “kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!”

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. “Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI”, serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, “Once a liar, always a liar”. Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan ‘clinical case’.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri./kopitiam Bang Nan.blogspot

MCA PUN MAHU WUJUDKAN `PERKASA' ? MIC TIDAK BERHAJATKAH?

MCA mahu 'PERKASA Cina'
Siah Choong Yan
Jul 10, 10


Konsep 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin tercalar dan berlemungkinan robek apabila parti kedua terbesar dalam komponen BN - MCA mencadangkan penubuhan PERKASA versi Cina bagi menangani serangan perkauman NGO Melayu itu.

Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

"Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya,” kata Lim.

Tidak gusar

Menurut beliau, masyarakat Cina tidak perlu gusar dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) kerana mereka juga boleh menubuhkan kumpulan pelampau seumpama itu.

Beliau bagaimanapun menolak cadangan menubuhkan kumpulan pendesak bagi mengimbangi tekanan kumpulan pelampau kerana katanya ia ibarat melawan api dengan api.


Lim berkata sesetengah isu adalah lebih baik diselesaikan melalui perdebatan terbuka sambil melahirkan keyakinannya mengenai keupayaan kerajaan menangani tuntutan agresif PERKASA.

Namun katanya, sebagai negara pelbagai kaum yang mengamalkan prinsip adil dan seimbang, kerajaan terpaksa mengambil kira tuntutan PERKASA dan semua pihak lain.

Lim yang juga timbalan menteri kewangan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa bahagian kedua Model Baru Ekonomi (MBE) yang menyentuh isu kontroversial ekuiti 30 peratus bumiputera telah ditarik balik kerana desakan daripada PERKASA.

Katanya, butirannya dijangka akan dikeluarkan menjelang September ini sebelum pembentangan bajet pada 15 Oktober.

Sokongan merosot

Beliau bercakap kepada pemberita semasa diwawancara oleh akhbar Cina di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Lim juga menjangkakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini.

Beliau yang dilantik sebagai ketua MCA Selangor mengakui memikul tugas berat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang ternyata mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Katanya, sokongan masyarakat Cina kepada BN adalah sekitar 30 hingga 35 peratus di seluruh negara dan jumlah itu merosot kepada 20 hingga 25 peratus di Lembah Klang.

"Sasaran kami adalah 50 peratus sokongan pengundi Cina. Jika kita dapat hanya 40 peratus, kita tetap bergembira. Saya agak pratikal: jika saya kata kita boleh meningkatkan sokongan kepada 80 peratus, ia adalah satu pembohongan.”

Katanya, tugas utamanya sekarang ini adalah membantu BN menawan semula kerajaan negeri Selangor.

Pada pilihan raya umum yang lalu, MCA Selangor dimalukan apabila hanya berjaya memenangi satu daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandingi manakala bagi kerusi negeri, ia hanya mampu menang dua daripada 14 yang ditandingi./Malaysiakini

MERSING - SENATAK EZAM GAGAL LAGI `JUAL MINYAK'

Senator Ezam gagal gemparkan Mersing


Oleh 21Halim

"Setelah dua minggu menabur risalah poster, Pemuda UMNO gagal menjadikan ceramah Senator Ezam sebagai acara yang menggemparkan. Malam tadi (10 Julai 2010), bertempat di tepi pantai Kg Sri Lalang, di hadapan sekitar 500 audien, Senator Ezam melontarkan petikan kata-kata beliau sendiri yang pernah diucapkan di merata tempat semenjak beliau menyertai UMNO.

Isu 'besar' yang ingin ditonjolkan ialah betapa bahayanya negara ini jika diserahkan ke tangan Anwar Ibrahim. Senator Ezam turut membincangkan kes liwat. Menurut beliau Saiful talah berkata benar dalam sumpahnya. Kesungguhan Saiful membawa kes ini ke mahkamah menarik perhatian beliau. Tok Guru Nik Aziz dan Prof Yusuf Qardhawi pasti akan berkata lain jika tahu kedudukan sebenar Anwar dalam kes liwat ini. Katanya lagi, mengapa Dr Azizah dan anwar sendiri tidak menyahut cabaran beliau?

Fakta asas yang perlu dijelaskan oleh anwar ialah adakah Anwar 'buat' atau tidak? Jangan alihkan perhatian masyarakat kepada hal lain seperti laporan doktor.Perjuangan Anwar telah menyimpang dari jalur yang sebenar. Anwar sendiri telah mengkhianati PKR. Ezam yang mengaku sebagai orang yang menubuhkan PKR telah bertanya, jika Anwar benar, mengapa pemimpin yang sama-sama menubuhkan PKR dahulu kini telah tiada? Khalid Ibrahim, Saifudin adalah tokoh yang muncul kemudian. Zaid Ibrahim dan Dr Chua Jui Meng berada di mana ketika Anwar dalam tahanan?

Senator Ezam minta para penyokong PKR dan PAS agar sedar bahawa perjuangan Anwar ada kaitan dengan Yahudi. Bagi menutup ceramahnya, Senator Ezam mohon maaf kepada audien dan sekaligus menarikbalik segala pernyataan sokongan yang pernah dibuat terhadap Anwar Ibrahim.

Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing yang turut hadir dalam ceramah tersebut menyatakan, Ezam menyerang Anwar dengan tujuan utama menyerang PAS. Ceramah ini dianjurkan sebagai membalas ceramah Anwar yang dibuat di Air Merah pada tahun lepas.

Penulis menunggu-nunggu hingga saat akhir apakah yang menggerunkan dan menggemparkan dalam ceramah Senator Ezam ini. Hasrat penulis tidak kesampaian. Dengan jeritan Hidup UMNO oleh beberapa kerat wanita UMNO penulis menyimpulkan, kehadiran Senator Ezam tidak menggemparkan.

BERANIKAH NAJIB BERI JAMINAN UNTUK RAJA PETRA PULANG ?

Mengikuti program-program muzik, menikmati makan malam bersama kawan-kawan dari Malaysia sehingga 11 malam dan berucap pada majlis-mjalis awam.

Ini antara akitiviti harian blogger Raja Petra Raja Kamarudin, blogger berkontroversi di sini, yang menurut Polis Diraja Malaysia menjadi buruan mereka sejak setahun lalu.

Pun begitu beliau tidak kelihatan seakan seorang yang melarikan diri kerana mahu mengelak buruan pihak berkuasa.

Ataupun, sebagaimana diperkatakan oleh kebanyakan media — beliau seorang pelarian jenayah.

Kata Raja Petra, penahanan tanpa dibicarakan adalah satu-satunya sebab yang menghalang beliau untuk kembali ke tanah air.

“Mengapa saya dipanggil pelarian jenayah atau cabut lari atau lebih teruk lagi melarikan diri? Seolah-olah menggelapkan wang dan meninggalkan negara,” kata Raja Petra dalam temu bual bersama The Malaysian Insider di sini.

Penulis ruangan “No Holds Barred” dalam portal Malaysia Today ini menegaskan, disebabkan tidak disabitkan kesalahan berhubung apa jua tuduhan jenayah atau adanya sebarang tuduhan ataupun waran tangkap, beliau tidak harus diklasifikasikan sebagai pelarian.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai “RPK” mendakwa tindakannya meninggalkan negara bukan kerana mahu mengelak tuduhan hasutan dan fitnah jenayah, tetapi sumber-sumbernya memaklumkan perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang disediakan ketika itu.

“Kami menang kesemua kes mahkamah. Kami membuat kerajaan kelihatan bodoh. Peguam-peguam saya sehingga kini kesal kerana kami terpaksa meninggalkan (negara),” kata beliau merujuk kepada tuduhan dihadapinya ekoran dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu dan urusan pembelian kapal selam yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Perancis berhubung bayaran komisyen dipercayai mencecah hampir RM500 juta.

Bagi menyokong dakwaannya, beliau menulis surat terbuka kepada Najib agar memberi jaminan yang beliau tidak akan ditahan di bawah ISA dan melupakan enam pertuduhan yang sedang dimulakan ke atasnya.

“Saya akan balik dan melawan kes-kes hasutan dan fitnah jenayah,” kata beliau memberikan pilihan kepada kerajaan pimpinan Najib.

Raja Petra menghabiskan beberapa bulan yang disifatkan sebagai pembohongan kerajaan.

Apabila kerajaan menegaskan bahawa mereka masih cuba untuk mengesan kedudukannya beliau muncul di khalayak ramai pada Mei lalu dengan mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tahu di mana beliau berada dan menemui beberapa personaliti Umno di United Kingdom sejak setahun lalu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Raja Petra memberitahu, peguam-peguamnya telah memaklumkan Scotland Yard bahawa beliau boleh dihubungi bila-bila masa jika diperlukan.

Malah beliau juga mencabar kerajaan yang sedang berusaha untuk mendapatkan perintah ekstradisi.

Katanya, tuduhan hasutan dan fitnah jenayah bukan isunya tetapi ekstradisi hanya boleh dibuat jika wujud unsur jenayah di kedua-dua negara.

“Untuk mengekstradisi saya, mereka kena membuktikan adanya jenayah sepadan di kedua-dua negara,” katanya.

Raja Petra menekankan, kes-kes di mahkamah United Kingdom akan berdasarkan tuduhan berbeza, yang perlu dibuktikan sama ada dakwaannya terhadap Najib dan Rosmah adalah benar memandangkan kedua-dua jenayah ini telah dimansuhkan di negara itu awal tahun ini. Bagaimanapun satu perkasa yang menyakitkan Raja Petra selain dilabelkan sebagai pelarian adalah beliau memerlukan pembiayaan orang lain selepas lebih setahun meninggalkan negara.

Kedua-dua Najib dan Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Raja Petra tidak berwibawa kerana dibiayai oleh pembangkang.

“Anda ingat saya ini sudah pokai? Anda tidak tahu nilai harta yang saya ada, atau saham atau apa-apa maklumat latar belakang kewangan yang lain.

“Anda tidak tahu berapa banyak syarikat yang saya menjadi pengarah ketika 1980-an?” kata beliau dengan ketawa besar.

Raja Petra berkata, beliau pernah diberi surat tuntutan 14 hari untuk mencabar statusnya selaku seorang muflis pada 14 April 2001 ketika baru tiga hari dikenakan tahanan 60 hari di bawah ISA.

Beliau pernah ditahan di bawah ISA dua kali.

“Lelaki yang saya telah menjadi penjamin ialah Datuk Hamzah Zainuddin, yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengganggu isterinya. Mengapa saya perlu menjamin orang macam ini?” kata beliau sambil menambah, ia satu usaha untuk memerangkapnya.

“Dalam apa jua kes, semua orang tahu bahawa anda boleh meletakkan aset atas nama isteri anda atau anak perempuan anda,” katanya.- MalaysianInsider

Bebal ZUL NORDIN bercakap pasal Etika.....

Oleh: notan

Assalamualaikum,,..

ZUL NORDIN bercakap di parlimen dan percakapannya adalah benar benar diucapkan di parlimen.Maknanya aku tidak bohong apabila menyebut kembali apa yang diucapkan oleh ZUL NORDIN mengenai etika.ZUl NORDIN mempersoalkan etika pembangkang ketika membuat strategi untuk mengalahkan BN dan ZUL NORDIN mengaku dia terlibat sama dengan perbuatan tidak beretika ini.

Kata kata ZUL NORDIN ini bukan bohong atau hanya tuduhan atau fitnah kepadanya tetapi apa yang benar benar diucapkannya sekaligus menunjukkan kebebalannya. ZUL NORDIN bercakap pasal etika sedangkan dia sendiri adalah seorang manusia yang tidak beretika. Hujahnya mudah, kalau benar ZUL NORDIN beretika dan menginsafi pembohongannya, ZUL NORDIN sudah lama meletakkan jawatan sebagai MP. Kenapa dia masih lagi kekal sebagai MP Kulim-Bandar Baru sedangkan dia sendiri mengaku jawatan itu dimilikinya dengan pembohongan dan tidak beretika?

Sedar ke tidak ZUL NORDIN ketika mengatakan dia akan menjawab di hadapan ALLAH bahawa pembohongan itu juga akan dipersoalkan di depan ALLAH? Sedarkan ZUL NORDIN sikapnya itu tidak langsung mencermikan seorang yang insaf walaupun dia meminta maaf dari UMNO tetapi pembohongan yang didakwanya tetap pembohongan. Bagaimana ZUL NORDIN boleh menghalalkan cara dengan kekal sebagai MP setelah meminta maaf dari UMNO?

Layakkah seorang yang semakin ketara menyebarkan pembohongan sejak dipecat dari PKR bercakap mengenai etika? Menuduh ANWAR sebagai perancang pembohongannya juga merupakan satu lagi tindakan tidak beretika kerana kenapa ZUL NORDIN yang pernah terkinja kinja menentang murtad sanggup berbohong untuk ANWAR dan sanggup pula mendedahkannya setelah beliau disingkirkan oleh parti pimpinan ANWAR?

Bolehkah seorang yang menyalahkan orang lain ketika menyatakan penyesalannya dipercayai? Itu bukan pengakuan sebenarnya tetapi alasan untuk menunjukkan dirinya baik dan orang yang didendami itu jahat. Itu perlakuan biasa manusia apabila berdendam dan perlakuan ini sebenarnya tidak beretika dan jauh dari gentleman.

Bahaya mempercayai manusia sebegini dan bebal bagi ZUL NORDIN kalau percaya bahawa orang ramai akan mempercayainya. Memang ZUL NORDIN bebal dan layak dimaki(begitu juga orang orang yang menunjukkan sikap yang sama dengan ZUL NORDIN).

Sumber: Tranungkite

MEMBONGKAR 3 usaha UMNO dan Zulkifli Noordin kaitkan PAS dengan terrorisma

Oleh: dewa

"DAH terdesak sangat nampaknya UMNO hendak memburukkan imej Tok Guru dan PAS. Sebelum ini, PAS dipanggil oleh UMNO sebagai Parti Ajaran Sesat, Ekstremis, Pelampau, Anti-Establisment dan Parti Angan-angan Mat Jenin. Selepas PAS mendapat sokongan yang semakin padu dari kaum Muslimin dan bukan Islam,

UMNO-APCO mengaitkan pula PAS dan Tok Guru dengan terrorima dalam usaha terdesak meraih simpati Amerika dan Israel. Artikel membongkar beberapa taktik terkini UMNO dan bahaya besar yang menunggu PAS:

1. KMM

ISA sudah digunakan di Malaysia sejak tahun 1960 untuk menghalang komunisme. Dibawah seksyen 73(1), polis boleh menahan sehingga 60 hari tanpa waran dan tanpa bicara di mahkamah. Selepas 60 hari, Menteri UMNO boleh menambah tempoh tahanan sehingga 2 tahun tanpa perlu memberi apa-apa bukti.Pada tahun 1989, ISA telah dikemaskini oleh UMNO untuk menghalang 'semakan kehakiman' dan mengurangkan campurtangan mahkamah. ISA telah digunakan untuk menutup sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah PAS.

Tahun 1987, ISA digunakan untuk menahan musuh-musuh politik Tun Mahathir, yang menjadi pujaan hati ahli bawahan UMNO semula selepas dicemuh-cemuh oleh UMNO dibawah zaman Pak Lah.

Tahun 2002 (14 April), 14 anggota kumpulan teroris KMM ditahan dibawah ISA. Sebelum itu, pada Ogos 2001, 10 orang yang disyaki militan ditahan dibawah ISA.UMNO pun telah mula menjaja cerita bahawa mereka yang ditahan ini menyokong perjuangan Islam oleh PAS.

Hamas telah dicop sebagai teroris oleh Amerika sekalipun mereka menang pilihanraya di Palestin. PAS dilihat lebih simpati kepada Hamas berbanding uMNO yang lebih simpati kepada APCO. Justeru, usaha memburukkan PAS oleh UMNO kelihatan lebih mudah dengan mengaitkan PAS dengan mereka yang anti-Israel dan anti Zionis.

2. Sekolah dan madrasah PAS ditutup

Madrasah madrasah yang berada dibawah PAS juga ditutup oleh UMNO menggunakan ISA dengan alasan mereka menaja terorisma. Tak cukup dengan itu, Najib sendiri pergi ke Mesir untuk meminta kerajaan Mesir jangan mengambil pelajar Melayu yang ingin pergi belajar agama di Mesir melainkan mereka yang ditaja oleh UMNO dan kerajaan.

3. Kaitkan PAS dengan perang dan jihad

ZulKifli Noordin berulangkali mencerca PAS. Antara ayatnya sebelum ini ialah ADUN PAS sibuk mengutip derma jihad sedangkan bahasa mereka kasar sehinggakan iblis pun akan menangis mendengarnya. Tidak pelik jika di masa depan akan keluar lebih banyak kenyataan mengaitkan PAS dengan terrorisma oleh ZulKifli Noordin.

UMNO dan BN ni memang psiko la. Kejap kata PAS teroris dan ekstremis Islam, lepas tu kata PAS ejen DAP yang anti Islam pulak. Otak dekat lutut UMNO nih.

Ya Allah! Selamatkanlah kami dari fitnah, dan dari pendengki apabila mereka dengki.

Sumber: Tranungkite

Rakan Sebenar Zionis ialah Umno! : Mahfuz

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama kerajaan Malaysia.

Jelasnya, BN dalam keadaan terdesak apabila mengeluarkan tanggapan sedemikian kerana berhadapan dengan serangan daripada Pakatan Rakyat bermula Mac lalu sedangkan BN sendiri yang melantik syarikat Yahudi, APCO Worlwide untuk manasihati kerajaan.

"Mereka sendiri yang berjumpa dengan Yahudi dan meminta nasihat Yahudi. Ia berbeza dengan pembangkang jika berjumpa dengan Yahudi, kita memberi kata tujuk kepada Yahudi. Ini menampakkan ketegasan kita kepada Yahudi.

"BN apabila berjumpa dengan Zionis menyatakan 'tolong nasihatkan kami' dan bersedia membayar kepada syarikat Zionis ini untuk merangka dan merangcang bagaimana untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya sewaktu dihubungi. Jelasnya, apabila kerajaan menjalin hubungan perdagangan secara sulit seperti yang diakui Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Cho Ha apabila timbul isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang.

"Ini membuktikan keputusan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerajaan membenarkan hubungan perdagangan secara sulit dengan Israel. Pada April dan Mei tahun ini Malaysia telah menghantar bahan kimia dan minyak sawit ke Israel. Ini membuktikan betapa 'akrab dan kasih sayangnya kerajaan Malaysia dengan Israel," katanya. Akhbar Washington Post bertarikh 28 Jun memetik Anwar sebagai berkata beliau 'kesal' dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi, dan beliau akan lebih 'berhati-hati' pada masa akan datang.

Artikel itu juga menyatakan Anwar memberitahu rakannya di Amerika Syarikat beliau menyesal menggunakan istilah zeperti 'pencerobohan Zionis'. Kenyataan daripada akhbar tersebut turut dijadikan propaganda murahan beberapa pemimpin Umno untuk menjatuhkan Anwar. /Detikdaily

Jumaat, 9 Julai 2010

SIDANG UNDANG-UNDANG - PM DAN PEGUAM NEGARA TIDAK HADIR, ADAKAH KERANA ANWAR ?

PM, AG tak hadir sidang undang-undang
Hafiz Yatim
Jul 9, 10


Majlis Peguam hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan menghadiri persidangan undang-undang selama tiga hari pada 29 hingga 31 Julai di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed (kanan), telah mengesahkan kehadiran mereka.

Timbalan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan), ketika dihubungi, mengesahkan Najib dan Abdul Gani tidak akan hadir meskipun jemputan diedarkan awal sebelum ini.

"Kami menerima surat daripada pejabat Perdana Menteri memaklumkan yang beliau akan ke luar negara. Bagaimanapun kami tidak diberitahu sebarang sebab daripada Abdul Gani," kata Lim.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan kehadirannya.

Lim, yang mempengerusikan jawatankuasa yang menganjurkan persidangan antarabangsa itu berkata buat kali pertama pemimpin daripada parti politik yang tidak sehaluan itu dijemput.

"Majlis Peguam adalah pertubuhan bukan politik. Justeru, tahun ini, kita menjemput pemimpin dari kerajaan dan juga pembangkang,” katanya.

Ditanya berhubung 'cakap-cakap' di Twitter, kononnya Najib (kiri) dan Abdul Gani (kanan) menolak jemputan itu kerana kehadiran Anwar, Lim berkata beliau tidak boleh berkata ia sebagai alasan berkenaan.


"PM tidak bersemuka dengan saya dan memberitahu sebab yang beliau tidak akan hadir. Beliau hanya memaklumkan yang dia akan berada di luar negara ketika itu,” katanya.

Sejumlah 82 penceramah dijangka hadir pada persidangan tiga hari itu, termasuk tokoh dari luar negara seperti bekas hakim Mahkamah rayuan dari Singapura dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi luar negara.

Lim berkata 220 orang telah mengesahkan kehadiran mereka dan pihak menganjur berharap 300 peserta yang akan berdaftar./Malaysiakini

UMNO - PAS BERBINCANG, JAWAPAN BUAT PENULIS DI UTUSAN

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA amat tertarik dengan tulisan Sdr Zaini Hassan di dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia pada 07 Jul 2010, kemudiannya di ulas pula oleh Penulis Ibnu Ramadhan berkaitan `PAS dan Umno Perlu Bersemuka dan Berbincang'. Kesemuanya anda boleh baca di KedahLanie.blogspot.

Jika dibaca tulisan Sdr Zaini, terlalu banyak yang boleh kita pertikaikan terutamanya tentang Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz. Kita lupakan dulu andaian Penulis kerana jika beliau terlalu memuji dan memuja Tok Guru MB Kelantan itu, mana mungkin beliau boleh menulis di akhbar Utusan Malaysia. Siapa yang tidak kenal akhbar Umno ini dan semua tahu prestasi jualan akhbar rujukan penyokong tegar Umno itu sekarang. Pernah anda baca perkara yang baik-baik tentang MB Kelantan yang disiarkan oleh akhbar tersebut?

Lupakan juga hal itu. Berbalik kita tentang isu `PAS dan Umno Perlu Bersemuka dan Berbincang' kununnya demi perpaduan Islam. Saya percaya Penulis tidak bercakap tentang UG (Kerajaan Perpaduan) yang telah ditutup buku oleh PAS itu. Maksud beliau mungkin PAS perlu bersemuka dan berbincang dengan Umno demi kepentingan Islam dan bukan untuk bersatu menubuhkan kerajaan. Jika ini maksud beliau, saya ingin bertanya semenjak bila PAS mengharamkan pintu perbincangan dengan Umno apatah lagi berkaitan dengan Islam? Bahkan, PR sendiri telah buat ketetapan bahawa PR sentiasa sedia berbincang dengan Umno atau kerajaan demi kebaikan rakyat. Masalahnya, pernahkah Umno atau Bn menjemput PR untuk berbincang? Mesyuarat bersama MB-MB pun negeri-negeri di bawah PR dipinggirkan.

Benarkah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan sentiasa mengelak untuk bekerjasama? Apakah program yang dianjurkan di Kelantan oleh Kerajaan Pusat yang mendatangkan kebaikan tidak mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Kelantan? Yang kita lihat, mereka inilah yang cuba `memalukan' MB Kelantan di dalam beberapa programnya. Sebagai contoh, di dalam satu acara melepaskan pelumba basikal yang diadakan di Kelantan, MB Kelantan seolah-olah dipersendakan mereka. Sengaja saya petik ulasan YB Kulim (kini MP Bebas) berkenaan penghinaan ke atas MB Kelantan itu di sini. Terbaru, semasa Karnival Kelantan Fiesta 2010, apa yang mereka lakukan terhadap MB Kelantan? Sedangkan kedua-dua program tersebut disambut baik oleh Kerajaan Negeri Kelantan walaupun mereka tahu siapa di sebalik program berkenaan. PAS sentiasa memberikan kerjasama asalkan menuju kebaikan, sehinggakan `Jom Heboh' TV 3 juga mendapat kebenaran asalkan mereka mematuhi dasar Kerajaan PAS Kelantan.

Ini belum kita mengungkap kembali kisah royalti minyak di mana dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu yang penduduknya hampir 100 % Melayu Islam itu dinafikan hak mereka. Ini semua bukan tangan-tangan DAP atau PKR punya angkara, ini siapa punya angkara? MCA kah atau MIC? Bukankah itu negeri Melayu dan majoritinya Islam? Bila PAS mengajak berbincang soal-soal ini semua, adakah Umno mahu? Jika mahu diceritakan lagi betapa Umno sedikit pun tidak menunjukkan ke arah ingin bersatu demi Melayu mahu pun Islam terlalu banyak.

Apatah lagi baru-baru ini Naib Presiden Umno pula menggelar PAS parti ajaran sesat. Tanpa hujah dan dalil, sesedap mulut pemimpin dari Sabah ini bercakap semata-mata untuk menyatukan Melayu dan Islam? Kita harus ingat, sebelum kita mahu berdamai atau menghulur salam, kita mesti tunjukkan bahawa kita benar-benar ikhlas. Jika kita mencuri barang seseorang, pulangkan dahulu barang itu kepada empunya, kemudiannya hulurkan tangan mohon maaf. Itu lah tanda keikhlasan. Bagaimana untuk bersatu di dalam keadaan kita terus dizalimi? Islam tidak menyuruh berbuat demikian.

Seandainya pula perpaduan yang dimaksudkan oleh Penulis tersebut adalah untuk bekerjasama membentuk kerajaan kununnya Melayu Islam, saya setuju dengan caranya kesemua ahli Umno bersama PAS dalam sebuah parti untuk menegakkan kedaulatan Islam di negara ini. Tetapi sekiranya Umno lain, PAS pula lain kemudiannya bergabung itu pada saya satu tindakan bodoh dan tidak masuk akal. Kita boleh lihat sendiri sekarang di beberapa buah negeri, manakah yang lebih baik dan telus? Kerajaan Negeri di bawah PR atau pun Umno/Bn? Maka, apa lojiknya PAS untuk bersama Umno?

Melihat soal perpaduan umat Islam ini hendaklah dilihat sebilang masa dan berterusan. Bukan sewaktu kita sesak dan di penghujung nyawa baru kita teringat saudara mara kita. Perpaduan Islam (bukan perpaduan Melayu) hendaklah berlandaskan Islam (Al-Quran). Meskipun PKR dan DAP bukan parti yang berdasar Al-Quran, tetapi mereka mampu membantu PAS untuk mencapai objektifnya walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Umno tidak membantu PAS malah rekod menunjukkan dari dahulu sampai sekarang Umno musuh perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Karpal Singh yang Non Muslim itu tidak memahami Islam dan tidak setuju dengan hukum hudud, tetapi beliau tidak tergamak mengatakan PAS parti ajaran sesat. Apakah Naib Presiden Umno itu lebih hebat dari Karpal Singh di dalam menghina PAS ?

Masih belum terlambat buat Umno untuk bersatu dengan PAS atau parti mana sekalipun di dalam PR, asalkan Umno `bersih'kan dahulu tangannya sebelum menghulurkan salam. Saya yakin PAS tidak akan menyambut salam tangan kanan Umno jika sebelah tangan kiri pula menggenggam sebilah `keris' tanpa bersarung yang disorokkan di belakang./wfauzdin.blogspot.com

YB ZUL KULIM UMPAMA `TANGKI NAJIS' ?

Oleh MSO

KEBUSUKAN itu kalau sudah terlalu sangat ia tidak dapat disembunyikan lagi. Usahalah macam mana sekali pun hendak melindunginya ia tetap juga akan berbau. Sebaliknya makin ditutup ia makin melarat. Sudah menjadi sunatulah, bahawa kebatilan itu tidak boleh ditegakkan.

Begitulah apa yang dapat disimpulkan dengan sikap dan tindak tanduk ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Busuknya bukan setakat memualkan tetapi sudah ke peringkat memuntahkan. Semasa berlaku tsunami di Aceh dulu saya tiba ke negeri berkenaan ketika mayat bermembekak dan bergelimpangan. Bau mayat Tuhan saja yang tahu. Betapa pun busuk namun bau itu terpinggir juga dari deria rasa dan ingatan saya. Namun kebusukan Zulkifli Nordin ini tidak mahu beralih dari saraf pengalaman saya mengenainya.

Semalam di parlimen tanpa didesak dan diminta sesiapa dia sendiri mengakui berbohong kepada orang ramai di sepanjang kerjaya politiknya. Dia mengakui berbohong mengenai Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik. Dia memberi tahu dunia segala apa yang dilemparkan kepada kerajaan sebelum ini ada strategi yang diatur dan disusun oleh Anwar. Nauzubilahimina zalik.

Dia mengakui dialah yang membawa isu Anwar dirancun dengan arsenik. Dia mengakui dia ke depan dalam isu berkenaan. Dakwaan itu betul, cuma yang beluknya dia meletakkan kesalahan itu kepada Anwar Ibrahim yang membuat strategi itu. Dia kata dia disuruh berbuat demikian. Kalau benar Anwar menyuruh dari situ orang sudah dapat merasakan betapa ahli parlimen ini seorang yang pandir dan tidak bertindak mengikut akal yang sihat.

Soalnya benarkan Anwar yang menyuruhnya?

Apa yang diperkatakan Zulkifli dulu, kini dan selamanya (pinjam slogan Umno) adalah temberang besar yang mungkin sudah tercatat di langit akhirat mengenai Zulkifli Nordin.

Catatan ini kabur untuk dilihat hari ini tetapi ia akan menjadi besar dan terang bersama segugusan pembohongan beliau yang akan datang dari masa ke semasa. Tengoklah...apa yang berlaku seterusnya.

Hari ini dia mengakui dia silap dan telah menyesali atas apa yang berlaku. Betulkah dia menyesali dan insaf. Saya yang mengenali dia secara peribadi tidak fikir dia akan insaf. Kalau dia benar-benar kesal dan sudah bertaubat dia tidak permainankan Tuhannya. Kerana hari ini dia terus galak dan mencipta pembohongan demi pembohongan baru bagi menghidupkan aksi politik munafiknya. Semoga Tuhan akan memaafi saya kerana pernah membawa manusia ini berteleku di hadapan Kabbah 12 tahun lalu.

Apakah wakil rakyat bebas ini sudah memohon keampunan atas apa yang berlaku? Mungkin! Tetapi bila sekali lagi dia menyalahkan Anwar terhadap tindak tanduknya itu, menyebabkan kita keliru apakah dia insaf atau pun bertaubat atas perbuatan beliau itu.

Apa yang berlaku ke atas Zulkifli itu umpama tangki najis di belakang rumah yang sudah penuh dengan tahi. Ia sudah sebak dan melimpah. Walaupun ditutup tetapi ia membuak-buak ke atas juga. Kita percaya Zulkifli cuba menutup segala kebusukan sejak beliau berpaling tadah dan pelahap dengan wang dari UBN dan demi mengekalkan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Tetapi kerana ia terlalu banyak menyebabkan tidak mampu melindungi. Beranikah dia menanfikan beberapa perjanjian dan persetujuan yang beliau sebut dan buat dengan Najib Razak, dan seorang menteri? Saya dengar dan saya ingat semuanya. Buat masa ini saya tidak tergamak untuk memperkatakannya.

Umpama tangki najis tadi ia melimpah dan terkena ke atas batang hidungnya sendiri. Sebab itu saya kata dia ini umpama bunga kembang pagi saja. Molek dan cantiknya setakat pukul lapan, tetapi akan kecut menjelang tengah hari dan akan hancur bila tiba waktu Asar. Kini periodenya untuk menempuh kehancuran. Habis saja penggal parlimen ke 12 ini maka masuk kuburlah Zulkifli bersama geng-geng bebas yang lain. Usah risau saat itu nanti sama-samalah kita mentalqinkan mereka.

Mengenai kebejatan dan kebajiangan politik beliau ini saya sudah meramlkan setahun sebelum beliau membuat onar melarikan diri. (Baca semua posting saya mengenainya). Malangnya ada penyokong Pakatan Rakyat yang otak kemetot menuduh saya membuat fitnah. Hari ini dunia mengetahui apakah yang saya spekulasi itu fitnah atau apa?

Teringin saya mendengar ulasan si otak kemetot berhubung dengan kedudukan Zulkifli Nordin hari ini ataupun tentang maruah dan wibawa politiknya. Apakah dia masih balik ke Kulim dan masih memegang tongkat di mimbar menyampaikan khutbah Jumaat? Atau pun masih mengadakan ceramah dan kuliah agama di serata surau dan pejabat kerajaan dan swasta dengan mendapat wang seratus dua yang kononnya untuk diberikan kepada parti? Ceritalah.

Dengan gelagat dan kebusukan yang Zulkifli lumurkan sendiri pada dirinya itu, marilah kita tutup kisah si budak kecil ini. Biarlah dia bermain dengan guli-guli politiknya di bawah rumah. Penyokong Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat umumnya jangan terkilan dan sedih atas apa yang berlaku. Sama-sama kita dengar suatu hari nanti mengenai berita Zulkifli Nordin terlekat biji guli di tengkok dan akan diketawakan di segenap jalan yang dilewatinya. / Susupan Pagi

PESANAN BUAT UMNO - ROAD SHOW SELURUH SELANGOR, JANGAN BAWA YB ZUL

Wakil Tuhan Kepala Gajah

Oleh matalembu shah alam

Demi menyelamatkan imej umno selangor, tolong jauhkan YB (Yang Barua) Zulkifli Nordin ini dari sebarang aktiviti umno selangor. roadshow ka, dialog ka atau apa saja. Semiotik rupa katak ini memang 200% tak boleh dipercayai.

Kalau batang hidung ini sanggup mengkhianati PKR/PR & pengundinya di Kulim, apalah sangat umno yang selalu dikutuknya sehingga tahap luarbiasa. Riwayat hidup si barua ini telah disebar-luas diseluruh selangor & keluarnya sikitul ini dari PKR adalah seribu rahmat kepada PKR. Berapa banyak lagi kebodohan umno selangor untuk menerima YB katak ini untuk 'roadshow' di selangor.

Di selangor ramai lagi aktvitist/pejuang umno yang ikhlas commited untuk menebus semula maruah umno. Bagaimana barua ini dia mendakwa masih lagi ahli pas, tetapi dia begitu bangang tahap super kerana perlembagaan pas telah jelas bahawa ahli bertukar parti -secara automatik gugur sebagai 'keahlian'. Seorang peguam yang jahil dengan perlembagaan parti adalah seorang lawyer buruk yang luar biasa buruknya hingga memalukan pengamal undang2 & institusi Parlimen.

Cubalah bersembang dengan barua ini - kecam Anwar tapi hatinya masih 'benci tapi rindu' kepada Pas. Dengan susuk yang disucikan dengan berkopiah mengalahkan ahli tasauf/filasuf, reformist/mujaddid, pemikir agung & segala yang hebat2. Jangan jadikan umno selangor tong2 sampah untuk menyimpan tikus2 yang merayap mencari sisa buangan dilubang2 yang busuk. Kini 2010, kalau kita hidup pada 1810 susuk pengkhianat lidah bercabang ini akan dihukum gantung kepala ke bawah kaki ke atas. Jahanam katak politik./Umno-reform2

PEMIMPIN UMNO TOLAK DEBAT LAGI, DAH AGAK DAH !!

Mengapa Ahmad Maslan pilih dialog

Jul 8,


Isu Felda disaran dibincangkan secara dialog daripada mengadakan debat terbuka yang dicadangkan oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan dialog adalah lebih efektif daripada meraih publisiti menerusi debat yang berlangsung beberapa jam sahaja.

"Berbanding debat yang paling lama pun boleh buat dalam dua jam, kalau dialog dua hari pun tak mengapa. Macam-macam perkara boleh dibincangkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad, yang juga ketua penerangan Umno, melihat perdebatan hanya sebagai satu usaha untuk meraih publisiti, bukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan oleh ANAK.

"Ia hanya sebagai satu bentuk publisiti dan masalah takkan selesai dengan cara sebegini," kata ketua penerangan Umno itu.

Beliau kemudian menyerahkan surat jemputan dialog itu kepada Mazlan yang hadir sama dan turut menyerahkan pula surat jemputan debatnya kepada Ahmad.

Ma
zlan yang merupakan anggota jawatankuasa PAS pusat berkata beliau tetap mahu mengadakan debat tersebut di saluran televisyen tempatan dengan harapan rakyat dapat menjadi hakim kepada perdebatan tersebut.

Kedua-dua mereka membayangkan supaya pertemuan mereka itu diadakan sebelum Ramadan ini.

- Bernama

SUSAHNYA MAHU JAWAP SOAL JUDI, MENGAPA?

Judi sukan: 3 jawapan kementerian berbeza

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, tindakan kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan kementerian dalam menentukan jawapan mutlak.

"Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang dikeluarkan kementerian itu semalam.

Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun.

Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie', bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports.

Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports.

Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur.

Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sports Toto di Semenanjung Malaysia.

Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian.

Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini./Harakahdaily

Khamis, 8 Julai 2010

NAJIB TENAT, JOM KATAK KITA CARI MAKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

SPRM nampaknya gagal mengambil peluang untuk bertemu dengan Bala di London. Pihak Polis juga dilihat seperti kurang berminat untuk bertemu Raja Petra. Usah ditanya mengapa dan kenapa kerana masing-masing ada alasan tersendiri. Pelik bin ajaib, yang dicari dan di`buru' ingin menajak `dating' tapi tiada sambutan nampaknya. Maka, kita tidak tahu kesudahannya kisah Bala dan Raja Petra ini.

Terkini iaitu semalam satu sidang akhbar secara terbuka dan diketahui lokasinya telah diadakan oleh Bala juga turut dihadiri oleh `mangsa pemburuan' iaitu Raja Petra. Ulasan tentang sidang akhbar tersebut anda boleh baca di sini. Saya tidak mahu ulas kerana terlalu banyak blog yang telah mengulas tentang perkara ini.

Apa yang ingin saya utarakan adalah samada SPRM atau PDRM berusaha atau tidak untuk mendapatkan Bala atau Raja Petra, yang nyata mendapat kesannya adalah Najib. Ini adalah kerana kedua-duanya iaitu Bala dan Raja Petra mempunyai `sesuatu' untuk Najib ketahui yang mungkin melibatkan kepimpinannya lebih serius lagi melibatkan peribadinya atau keluarganya. Najib kini benar-benar tertekan sehinggakan banyak masanya sekarang berlegar di kawasan-kawasan Felda iaitu `kubu' Umno yang masih kebal itu. Di situ, Najib akan membersihkan dirinya dan mengajar orang-orang felda supaya jangan mendengar cerita pembangkang. Itu fitnah dan sengaja untuk memburukkan kepimpinan beliau.

Kisah Najib ingin meluluskan lesen judi sukan baru-baru ini, siapakah yang menjaja cerita ini? Adakah ianya fitnah walaupun akhirnya Umno membatalkan kemudian? Itu baru satu kisah. Apa pun, di dalam keadaan Najib tertekan sekarang yang paling beruntung adalah para pencacai samada dari dalam Umno mahu pun yang berada di bawah ketiak Umno seperti katak-katak dan seekor firaun besar itu. Mereka kini saling berlumba untuk membersihkan imej Najib dengan bantuan media pencacai yang ada. Mereka berharap agar Najib akan terhutang budi pada mereka walaupun mereka kehilangan maruah diri.

Samada yang berkopiah putih dan tidak berkopiah, kesemuanya berusaha untuk mengampu. Saat Najib di dalam kelemasan ini, mereka berharap dapat membantu. Mengapa komponen-komponen di dalam Bn yang lain sunyi sepi? Sampai hatikah mereka melihat Najib di dalam keadaan begini? Ya, mereka tahu dan mereka arif apa yang berlaku. Sebab itu ada di antara mereka amat tidak menyenangi Perkosa sebuah pertubuhan yang dipimpin oleh raja katak.

Ada seekor firaun besar datang dari Kulim Bandar Baru pula menyebut bahawa Pembangkang tidak tahu beza di antara Apco Worldwide dengan Apco. Memang tidak sama Proton Waja dengan Proton Wira. Mungkin Proton Waja ini Melayu dan Proton Wira pula Yahudi. Itu perumpamaannya. Lebih lucu lagi firaun besar ini mengaku kerja beliau sebelum keluar dari partinya dahulu ialah `berbohong' kepada rakyat. Tidak hairan suatu hari nanti, beliau akan mengaku segala ilmunya yang diajar di beberapa masjid dan surau sebelum ini juga adalah `tipu' belaka. Kini, setelah ditendang keluar, barulah beliau umpama `Malaikat'. Kemudiannya dengan muka tidak tahu malu mengaku masih ahli PAS sedangkan PAS sudah `mencerai'kannya secara `automatik'. Itu gila talak namanya.

Biarlah mereka dengan kerja mereka. Kita buat kerja kita iaitu terus mendedahkan segala kepincangan puak-puak yang bersekutu dengan Apco ini. /wfauzdin.blogspot.com

FIRAUN BESAR KULIM - MARUAH TIADA, CERDIK PUN TIADA, APA YANG BELIAU ADA?

Oleh: WFAUZDIN NS

MP Kulim Bandar Baru yang sinonim digelar sebagai `firaun besar' YB Zul telah membuat pengakuan secara tidak langsung bahawa beliau sememangnya seorang yang `bodoh' sejak dulu lagi. Cuba anda baca dan teliti kenyataan beliau di sini. Sememangnya kita telah lama tahu beliau seorang yang Wakil Rakyat yang tidak cerdik, tetapi kita tidak menjangka sama sekali tidak cerdiknya beliau itu rupanya semenjak berada di dalam PAS dan PKR lagi.

Di dalam Parlimen `firaun besar' ini mengaku bahawa beliau sering `diarah' untuk melakukan pembohongan termasuk di dalam isu arsenik yang kununnya melibatkan DS Anwar. Air mata beliau sewaktu berceramah menceritakan kesusahan dan penderitaan keluarga DS Anwar ketika itu jelas air mata palsu. Tidak kita sangka seorang Peguam, Melayu dan mengaku Muslim pula sebodoh itu sehinggakan boleh diarah untuk berbohong kununnya untuk menjatuhkan Bn waktu itu. Ini satu lagi kesilapan pimpinan PKR memilih calon di Kulim Bandar Baru, bukan sahaja beliau tidak setia terhadap parti bahkan kesilapan besar pucuk pimpinan PKR memilihnya adalah memilih calon yang teramat bodoh umpama lembu dicucuk hidung.

Beliau mengaku telah banyak berbohong tentang kezaliman kerajaan termasuk isu hakim sewaktu berada di dalam PKR. Beliau telah memohon maaf kepada hakim-hakim berkenaan, katanya. Adakah beliau berceramah ketika itu di depan para hakim? Bagaimana dengan ribuan yang mendengar `pembohongan'nya itu? Siapakah di antara ribuan yang mendengar ceramahnya ketika itu yang telah memaafkan `firaun besar' ini? Bertahun rupanya `firaun besar' ini dicucuk hidung dan beliau tidak sedikit pun ada pendirian dan prinsip.

Bayangkan, jika di dalam parti kecil yang tidak berpengaruh ketika itu pun `firaun besar' ini boleh di`tipu' dan diarah-arahkan oleh pimpinan. Tidak hairan jika sekarang ini `firaun besar' ini lebih mudah untuk dijadikan `hamba abdi dan pencacai' puak pemerintah yang berkuasa. Memalukan sekali, sehingga sanggup merendahkan diri sendiri dan `berbogel' semata-mata untuk mengampu pemimpin atasan.

Usahlah YB Zul mengharapkan cerita-cerita bodoh baliau itu boleh memperdayakan rakyat yang semakin cerdik sekarang. Jika seseorang yang sudah tiada maruah dengan mengaku kununnya masih dipilih oleh rakyat sebagai MP kawasannya, sekurang-kurangnya janganlah mengaku kebodohan sendiri. Maruah sudahlah tiada, bodoh pula. Jadi, apa yang tinggal lagi padanya? Patut pun beliau enggan berdebat dengan MP Shah Alam YB Khalid. /wfauzdin.blogspot.com

NAJIB FITNAH TAPI TAK SUKA DENGAR FITNAH ?

BAGUS. Najib tak mahu dengar lagi cerita fitnah, cuma dia tak kata dia tidak pernah fitnah orang. Dia tak mahu dengar je. Baca sini. Lagi satu, kalau fitnah untuk Anwar ke, PKR ke, PAS ke atau DAP belum tentu Najib tak mahu dengar.

Baru-baru ni Shafie yang tak berapa Afdal tu kata PAS parti ajaran sesat. Agak-agak berita tu fitnah ke tak? Najib pula kata DS Anwar minta maaf kat Yahudi Israel, sedangkan kita semua dah baca pun laporan dari washington Pos tu, tak ada sikit pun ayat DS Anwar minta maaf. Maknanya Najib boleh buat fitnah, cuma dia tak suka dengar fitnah./mandor.blogspot.com

ADA JUGA PEGUAM YANG BODOH KE?

PAS pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR

Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir./Kedahlanie.blogspot

PENDEDAHAN TERBARU DARI LONDON, RAZAK BAGINDA TIDAK BERSALAH?

PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah

Jul 7,


Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam (kanan, tengah) membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya.

Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006.

"Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.

Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis - cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan Altantuya.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN.

Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis./Malaysiakini

AKHBAR SINAR HARIAN MESTI BERHATI-HATI

Oleh: Mandor

Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan akhbar yang diminati ramai iaitu Sinar Harian telah dilawati oleh PM Dato Najib semalam. Kita maklum setakat ini akhbar Sinar Harian di beberapa negeri telah menunjukkan sedikit kebebasan dan berlaku adil di dalam penyiaran beritanya. Jika dibandingkan dengan Utusan Meloya atau Berita Hairan, jauh sekali dari segi mutu berita dan tahap profesionalismanya.

Namun demikian, dengan lawatan Najib ke pejabat Karangkraf beserta lawatannya ke bahagian penerbitan akhbar Sinar Harian kita mengharapkan profesionalisma akhbar tersebut masih kekal jika tidak meningkat sekali pun. Kita tidak mahu sebaik sahaja Najib melawat pejabat akhbar berkenaan dengan beberapa `wasiat' dan `pesanan'nya, maka akhbar Sinar yang semakin diminati itu menjadi seperti Utusan Meloya. Belum lagi akhbar berkenaan dicop sebagai akhbar `pencacai' dan kita mahu prestasi itu diteruskan

Kita tetap akan membantu Sinar Harian untuk meningkatkan jualannya selagi akhbar tersebut berubah sikap kepada `pencacai murahan'. Oleh itu berfikir lah terlebih dahulu sebelum terlajak. Jangan mudah takut dan bimbang dengan sesiapa untuk menyiarkan berita asalkan berita itu diperolehi secara jujur tanpa niat lain. Sinar Harian diharapkan terus menjadi akhbar No. 1 di negara ini./mandor.blogspot.com

Rabu, 7 Julai 2010

AHMAD MASLAN JANGAN LARI, SURAT JEMPUTAN DEBAT AKAN DISERAHKAN ESOK !!

Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok

Jul 7, 10


Surat rasmi debat mengenai isu dakwaan kemerosotan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan esok.

Menurut kenyataan biro penerangan Pemuda PAS, surat tersebut akan diserahkan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi esok.

Ia akan diserahkan oleh pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sebelum ini mencabar Ahmad untuk berdebat.

Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor berkata di Parlimen bahawa status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu.

Felda pula kemudiannya dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan".

Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata cabaran untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan dilaporkan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di Felda (dalam debat itu)," Mazlan dilaporkan berkata.

Mazlan juga dilaporkan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa.

ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai Felda itu./Malaysiakini

LIHAT AKSI MARADONA `MENUNAIKAN HAJAT' SETELAH ARGENTINA TERSUNGKUR


SEBERMULA kununnya dikatakan Diego Maradona akan melakukan aksi lucah iaitu bertelanjang sekeliling Ibu Kota Argentina sekiranya Argentina menjuarai Bola Sepak Piala Dunia. Tapi, malangnya Argentina tersungkur di tangan Jerman.

Namun, beliau tidak menghampakan harapan kita semua. Cuma kali ini `nazar' Argentina tewas ditunaikan juga. Bukan sekeling Kota Raya, tetapi dalam bilik saja. Lihat saha aksi di atas. Kesihan juga, tetapi kira ok lah./wfauzdin.blogspot.com

PENINJU MIKE TYSON MENANGIS, SAYA TAKUT TUHAN

Tyson menangis di Raudah

2010/07/06

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad. Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam. Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci. “Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

MUHYIDDIN SIBUK FITNAH ANWAR DAN PEMBANGKANG, APA TERJADI PADA MURID SEKOLAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja. Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan. Peranan ibu bapa dan keluarga adalah untuk mendidik serta mengasuh mereka, begitu juga dengan peranan masyarakat dan institusi pendidikan dengan kaedah mereka yang tersendiri.

Paling penting juga adalah peranan pemerintah samada di pihak kerajaan yang memerintah. Agak terkejut juga apabila membaca laporan bahawa terdapat 1o buah sekolah `panas' di sekitar Kuala Lumpur di mana sekolah-sekolah tersebut menyimpan rekod kegiatan jenayah, masalah disiplin dan sosial berlaku di kalangan pelajarnya. Laporan itu memetik kenyataan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur sendiri dan bukannya kenyataan dari pihak sekolah mahupun Kementerian Pelajaran. Kenyataan penuh disiarkan di sini.

Amat malang sekali di saat PDRM sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk mengingatkan kita betapa seriusnya masalah ini di kalangan pelajar, Menteri Pelajaran yang juga TPM Muhyiddin Yasin sibuk dengan isu yang bukan-bukan dan mengarut. Beliau hanya mahu mencari keuntungan politik peribadi beliau semata-mata. Beliau tidak serius menangani masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah dan kelihatan seperti ingin menyerahkan semuanya kepada pihak keselamatan. Apa yang beliau sibukkan adalah tentang DS Anwar kununnya sebagai pengkhianat Melayu, dan yang terbaru sibuk memberi amaran kepada akhbar Suara Keadilan. Kita naik keliru semenjak bila pula beliau sibuk jaga kementerian orang lain sedangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tidak juga selesai malahan bertambah buruk.

Kenyataan Muhyiddin di Pagoh, Muar yang menyebut kununnya PKR hendak tunjuk siapa lebih besar dan berani di dalam isu permit Suara Keadilan yang kini masih belum diperbaharui itu. Kenyataan Muhyiddin boleh dibaca di sini. Sewajarnya isu tersebut boleh diserahkan kepada KDN untuk membuat komen dan Muhyiddin perlu peka kepada kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu.

Tidak takut atau bimbangkah Muhyiddin dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu? Itu baru rekod di sekitar Kuala Lumpur, belum kita ketahui berapa jumlahnya di seluruh Malaysia. Apa tindakan beliau untuk mengatasi masalah ini? Adakah dengan melakukan fitnah terhadap DS Anwar dan PKR mahupun parti di dalam PR mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar ini? Sekiranya beliau tiada idea untuk memperbaiki imej kementeriannya, beliau sewajarnya menyerahkan kepada orang lain yang mampu dan lebih berwibawa darinya.

Muhyiddin tidak pernah berani untuk membuktikan apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar mahu pun parti pembangkang. Jauh sekali beliau berani untuk berdebat secara terbuka. Beliau hanya menonjolkan dirinya seolah-olah jaguh perjuangan orang Melayu sedangkan para remaja yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur itu majoritinya adalah remaja Melayu. Jika Muhyiddin gagal untuk memperjuangkan nasib remaja Melayu di peringkat sekolah, diterima akalkah kita Muhyiddin mampu memperjuangkan nasib Melayu di negara ini? Tidak terfikirkah Melayu khususnya di Johor tentang semuanya ini?

Muhyiddin bukan sahaja gagal sebagai TPM, lebih memalukan beliau dilihat gagal selaku Menteri. Muhyiddin tidak mempunyai rekod yang cemerlang semenjak beliau memimpin Johor lagi. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya untuk menyerang Pembangkang lebih memperlihatkan pemikirannya yang amat rendah dan terlalu mudah buat kita Blogger sahaja menjawabnya. Justeru itu, tidak hairanlah apa yang telah berlaku di bawah Kementeriannya hari ini dan ianya tidak akan berubah selagi Muhyiddin masih di situ./wfauzdin.blogspot.com

KESIHAN ULAMAK UMNO DIPERSENDAKAN OLEH ARTIS, BAGAIMANA NAK TEGUR PEMERINTAH ?



Teguran Ulama' Umno iaitu Datuk Jamil Khir tentang adengan bogel salah seorang pelakon dalam filem arahan Raja Azmi yang bertajuk "Dalam Botol" tidak diendahkan,malah bertambah malang apabila pihak penapisan filem Malaysia membenarkan adengan tersebut terus ditayangkan.

Pelakon Arja Lee pula menyatakan bahawa beliau melakukan adengan bogel tersebut agar nampak lebih "Real" dan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.Beliau menambah lagi bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana kerja dan bukan untuk mencari sensasi.

Raja Azmi pula mempertahankan isu berbogel itu adalah adegan yang tidaklah menjolok mata seperti yang digambarkan. “Kalau LPFM pun meluluskan adegan itu, ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan,” katanya.

Dalam masa yang sama Raja Azmi turut meminta pihak-pihak berkenaan supaya menonton filem ...Dalam Botol terlebih dahulu agar mereka mendapat gambaran sebenar sebelum memberi pandangan./Detikdaily

BUDAK SEKOLAH MELACUR DI MELAKA, ANGGOTA TENTERA TERLIBAT ?

Pelajar sekolah dilacurkan

SALAH satu lorong belakang sebuah rumah kedai yang menjadi lokasi pelacuran di Jalan Tun Ali, Melaka.

MELAKA - Banyak sindiket pelacuran yang dibongkar oleh polis lazimnya melibatkan wanita warga China, Thailand dan Filipina tetapi di negeri ini lain pula ceritanya apabila pihak berkuasa menumpaskan sindiket persundalan membabitkan pelajar sekolah menengah.

Difahamkan, pelacur muda berusia belasan tahun tersebut dipaksa melayan sekurang-kurangnya seorang lelaki sehari dengan bayaran antara RM60 dan RM80.

Ketiga-tiga pelacur berkenaan merupakan remaja yang lari dari rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal bersama seorang ibu ayam di sebuah rumah di Duyong di sini.

Dua daripada mereka tidak lagi menghadirkan diri ke sekolah manakala seorang lagi telah berhenti belajar beberapa tahun lalu.

Sejak beroperasi dua bulan lalu, mereka dipercayai telah melayan tidak kurang 130 lelaki.

Bagaimanapun, kelicikan sindiket itu tiba ke penghujungnya kelmarin apabila polis negeri ini menahan tiga pelacur berkenaan, seorang ibu ayam dan dua pembantunya yang mana salah seorang daripada mereka merupakan anggota tentera berusia dalam lingkungan 20-an.

Peranan anggota tentera tersebut ialah membantu ibu ayam berkenaan mencari pelanggan dan menghantar pelacur-pelacur itu ke dua buah hotel murah di Jalan Tun Ali di sini untuk melakukan hubungan seks.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 3 petang di sebuah rumah di Duyong di sini selepas polis mendapat maklumat daripada seorang remaja yang mendakwa dipaksa oleh ibu ayam itu untuk melacur./Kosmo

APCO - NAJIB DICABAR LAGI

Najib dicabar dedah kontrak dengan APCO

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 6 Julai: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum segala maklumat mengenai cadangan penyambungan kontrak di antara Malaysia dengan firma khidmat komunikasi, APCO Worldwide.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.

"Saya mencabar Datuk Seri Najib untuk secara terbuka mengemukakan maklumat berkenaan dengan cadangan penyambungan kontrak ini.

"Kita sedia maklum ikatan kerjasama yang pertama itu terdedah setelah ketua pembangkang mendedahkannya di Parlimen ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR turut mendesak kerajaan menyatakan butiran terperinci mengenai nilai penyambungan kontrak berkenaan serta skop tugas firma berkenaan.

"Berapakah nilai kontrak untuk penyambungan kontrak ini yang akan diberikan oleh kerajaan dan apa pula bidang tugas APCO dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada Malaysia?" soalnya.

Selain itu, beliau mahu kerajaan menyatakan secara jelas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara ketika menggunakan khidmat APCO sehingga memerlukan ianya disambung.

"Saya juga mendesak kerajaan mengemukakan laporan berkaitan kejayaan apakah yang telah dicapai hasil guna khidmat APCO.

"Kita mendesak Perdana Menteri bersemuka secara terbuka, telus dan bertanggungjawab apakah rasional yang munasabah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan khidmat APCO ini merupakan satu yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat dan negara seluruhnya terutamanya terhadap keselamatan maklumat negara dan sebagainya," katanya.

Katanya juga, kerajaan seolah-olah langsung tidak menjaga sesitiviti umat Islam apabila bertindak menyambung khidmat APCO yang secara jelas ada kaitan dengan Zionis Israel.

"Apakah kerajaan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam yang bencikan Israel?" soalnya.

Kerajaan sebelum ini didakwa meluluskan penyambungan kontrak APCO setahun lagi bermula bulan lalu.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan bantahan daripada Pakatan Rakyat yang mahu khidmat syarikat berkaitan Israel itu ditamatkan./Harakahdaily

Selasa, 6 Julai 2010

SOALAN SPRM TIBA DENGAN TEKSI, BALA AKAN BUAT PENDEDAHAN BARU ?

Soalan SPRM tiba dengan teksi London
Danny Lim
Jul 6, 10


Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini,” kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang,” kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan./Malaysiakini

PAS AJARAN SESAT - SOLAT HAJAT UNTUK SHAFIE AFDAL?

'PAS parti ajaran sesat', Shafie Apdal biadab
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 10


PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

"Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

"Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya.

Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.