RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 19 Julai 2019

ADAKAH PELAKU DI DALAM VIDEO ITU JUGA DIUPAH?


Saya membaca kenyataan KPN di dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa terdapat bayaran upah melibatkan ratusan ribu ringgit bagi menghasilkan video Sandakan yang diviralkan itu.

Lojikkah untuk merakam atau menghasilkan video berkenaan dibayar upah? Jawapannya lojik kerana manusia boleh diupah untuk berbuat apa sahaja samada bertujuan baik atau buruk. Tidak mustahil orang yang merakam atau mengedarkan video berkenaan diupah walaupun mengikut kata Haziq, beliau adalah di dalam video itu dan pasangannya "Anymous" yang menyerupai seorang menteri kanan itu sendiri merakamkannya untuk simpanan peribadi.

Soal merakam dan mengedar video berkenaan memang lojik jika dikatakan telah dibayar upah. Pihak PDRM tentunya ada bukti kuat untuk mengatakan terdapat upah ratusan ribu ringgit dan menjadi tanggungjawab PDRM untuk menahan dan membawa pihak yang membayar upah dan menerima upah itu ke muka pengadilan. PDRM tidak boleh berhenti setakat mengumumkan sahaja.

Sekiranya pembuat video itu diupah, bagaimana pula 'pelakon' yang terdapat di dalam video yang disahkan ketulenannya itu? Apakah kedua-dua pasangan itu juga turut diupah melakukan aksi jijik berkenaan? Jika diupah juga, apa tujuan mereka? Saya rasa tidak masuk akal 'pelakun' di dalam video itu diupah hanya untuk mengaibkan diri sendiri. Jika tidak diupah tetapi telah dikhianati kerana aksi mereka telah dirakam curi, adakah perbuatan mereka itu tidak salah? Melakukan perbuatan sumbang sesama jenis tetap satu kesalahan samada diupah mahupun tidak.

Orang ramai sekarang berfikir adakah perbuatan sumbang itu benar-benar berlaku dan siapa mereka? Jika dikatakan perbuatan seperti yang Haziq dedahkan itu tidak berlaku, maka tidak timbul isu diupah. Mahu upah apa jika benda itu tidak wujud? Tapi, pihak Polis kata ada upah. Ertinya memang wujud. Andainya kita berfikir bahawa ada upah dibayar untuk cipta video palsu atau 'fake', bagaimana pula dengan kenyataan yang sebut video itu tulen? Tulen bermakna tidak fake.

Orang ramai tidak kisah samada perbuatan itu dirakam curi atau sengaja dirakam. Perbuatan haram tetap haram samada diupah atau tidak. Yang memberi upah, yang menerima upah dan paling penting yang 'beraksi' itu mesti dibawa ke muka pengadilan. Ini satu tanggungjawab pihak berkuasa untuk mencari jawapannya tanpa rasa takut dan bimbang. Selagi isu ini tidak mempunyai jawapan dan kesudahan, maka fitnah akan berleluasa.