Oleh: WFAUZDIN NS
ADA beberapa ekor pencacai parti sekutu Apco minta aku ulas isu YB Nurul Izzah berkaitan isu bebas memilih agama. Sebelum itu, aku mahu ulas sikit komen bangang daripada Mashitah Ibrahim iaitu orang yang pernah keluar hukum dibenarkan melacur jika 'dharurat', dan orang yang sama juga pernah menghina hukum Hudud apabila berkata alangkah baiknya si pencuri itu diberi kerja yang sesuai daripada dipotong tangannya.
Mashitah ini lah yang gatal-gatal mulut mengulas isu Nurul Izzah, sedangkan sewaktu Chua Soi Lek dan Ketua Pemuda Gerakan menghina hukum Hudud dan Aurat Wanita Islam, Mashitah telah dikunci mulutnya oleh Soi Lek, pelakun porno itu. Jadi, tak pelik jika si Mashitah ini menghentam Nurul Izzah walaupun tanpa disedari dia telah menunjukkan kebodohannya.
Dalam akhbar Sinar semalam, Mashitah mengutuk Nurul Izzah dengan mendakwa perbuatan Nurul Izzah mengharuskan umat Islam keluar dari Islam atau bebas memilih agama itu satu perbuatan yang jelas menghina Islam. Bukankah bangangnya kenyataan Mashitah itu? Bila masanya Nurul Izzah sebut tentang umat Islam bebas memilih agama? Apakah Mashitah di dalam kepala otaknya beriman bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu?
Sebab itu jangan jadi bodoh terlampau akibat membaca laporan media yang semua kita tahu dari jenis lidah Syaitan yang dikenali. Memang wajar Nurul Izzah menyaman media-media tersebut walaupun kesan dari tindakan menyaman itu tidak akan menjadikan orang yang tetap bodoh menjadi cerdik. Nurul Izzah sebut dalam konteks negara kita, semuanya tertakluk kepada Perlembagaan Negara termasuk kebebasan berugama. Samada kita ini Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa bangsa pun di dalam negara ini suka atau tidak tertakluk kepada Perlembagaan. Perlembagaan warisan Lord Reid itu bukan hasil tangan PAS, PKR atau DAP.
Di dalam kenyataan Nurul Izzah, jelas beliau sebut di dalam konteks mematuhi Perlembagaan rakyat Malaysia kesemua kaum tiada perbezaannya, TETAPI bagi rakyat yang berugama Islam mereka mesti mematuhi Syariat Islam yang ditetapkan. Ertinya, jika seorang Melayu memilih untuk berugama Kristian, adakah ianya melanggar Perlembagaan Negara sekiranya telah berusia lebih 18 tahun? Jika seorang Cina pula memilih untuk berugama Islam, adakah ianya juga bersalahan dengan Perlembagaan Negara? Jika Perlembagaan Negara membenarkannya, adakah kenyataan Nurul Izzah itu tidak benar? Sebab, Nurul Izzah bercakap soal Melayu bukan soal Orang Islam yang menukar agama. Sebab itulah Nurul Izzah berkata, bagi orang-orang Islam mereka ada Syariat atau hukum yang ditetapkan melarang perbuatan murtad ini.
Sebab apa menjadi kecoh? Sebabnya ada yang beriman selama ini bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sebabnya, di dalam Perlembagaan menyebut bahawa 'Melayu' itu adalah berugama Islam. Siapa boleh beri jaminan bahawa semua Melayu berugama Islam walaupun ibu dan ayah mereka Islam?
Inilah kepincangan yang ada apabila Perlembagaan diletakkan di atas hukum Allah. Semua orang terutamanya yang jahil akan menjadi keliru. Di dalam Islam jelas, samada mereka Melayu, Cina, India atau bangsa mana sekalipun, apabila telah mengucap Dua Kalimah Syahadah mereka dilarang untuk menukar agamanya, dan jika mereka engkar mereka hendaklah dihukum dengan satu hukuman yang berat yang ditetapkan oleh Allah. Apakah ini direalisasikan di negara ini setelah sekutu Apco berkuasa lebih 50 tahun?
Oleh yang demikian, fahamlah kita bahawa isu yang sibuk diperkatakan oleh media dan pencacai-pencacai mereka hanyalah diibaratkan sebagai ' Mereka yang terberak merata-rata, kita disuruhnya mencuci'./wfauzdin.blogspot.com