RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 10 April 2015

MUSTAHIL UMNO MENANG TANPA BERTANDING DI ROMPIN

SAMADA RUU Enakmen Syariah yang akan dibawa oleh Presiden PAS ke Parlimen itu dibentangkan atau ditangguhkan, sedikit pun aku tidak merasa ada kaitan dengan PRK Parlimen Rompin nanti.
 


Peruntukan untuk bertanding Kerusi Parlimen Rompin bagi PR adalah Kerusi PAS jika berpandukan konsep yang dipersetujui bersama sebelum ini. Justeru itu, aku merasakan mustahil PAS akan melepaskan Kerusi ini dengan mudah kepada Umno/Bn walaupun Umno menyokong RUU tersebut. Kita kenali PAS sebagai parti yang akan sanggup bertanding tidak kira di mana saja, samada menang atau kalah. Prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak mudah boleh dijual beli hanya dengan satu RUU yang belum pasti ke mana lagi.

Ada yang mewar-warkan kononnya Umno sedang memujuk PAS untuk memberi laluan kepada parti yang banyak menyusahkan rakyat itu agar menang mudah di Rompin atas dasar 'balas budi' di PRK Dun Chempaka dan sebagai galang ganti untuk Umno menyokong RUU yang bakal dibawa oleh Hj Hadi. Kita ingin ingatkan Umno bahawa kita tidak akan benarkan Umno menang tanpa bertempur. Samada PAS akan terus bertempur di Rompin atau KEADILAN yang akan berdepan dengan Umno di sana.

Dengar khabarnya, ada calon Bebas yang mahu mencuba nasib sekali lagi untuk bertanding setelah hilang deposit di dalam PRU 13 yang lalu. Itulah semangat, namanya. Kalau calon Bebas yang hilang deposit pun mahu bertarung lagi, mustahil PAS yang tidak hilang deposit di Rompin baru-baru ini akan menyerah kalah.

Khamis, 9 April 2015

PERLU TENAGA MUDA, VOKAL MENGISI KERUSI PERMATANG PAUH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei selepas kerusi itu diisytihar kosong ekoran pemenjaraan Anwar sebagai tahanan politik selama lima tahun. Penamaan calon pula berlangsung pada 25 April sementara pengundian awal 3 Mei.

Jentera KEADILAN akan dilancarkan pada 14 April ini di Permatang Pauh, simbolik kepada "Black 14". Siapa calon? Ramai yang meneka Presiden parti DS Wan Azizah sekali lagi akan dipertaruhkan untuk mengekalkan Kerusi tersebut dan pencalonan beliau dijangka untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang jika beliau berjaya di dalam PRK itu nanti.
 
Chegu Bard konsisten lawan rejim
Namun, itu ramalan. Bak kata SUA, YB Rafizi bahawa parti yang akan memutuskan siapa calon berdasarkan faktor boleh menang besar di Permatang Pauh. Harus juga diingat, bukan sedikit yang mahukan tokoh muda dan lebih vokal untuk bertanding di Kerusi keramat tersebut kerana bagi mereka wakil Permatang Pauh di Parlimen tidak boleh kalah dengan vokal dan kelantangan bekas penyandangnya iaitu DS Anwar Ibrahim.

Ada yang menyebut Sdr Saifuddin Nasution sesuai diletakkan di situ. Sekarang ini beliau menjawat jawatan Pengarah Pilihanraya KEADILAN. Mungkin agak sukar jika beliau bertanding sekiranya jawatannya itu masih disandang. Tetapi, YB Nurul Izzah juga memegang jawatan yang sama. Mungkin jika Saif bertanding, Nurul boleh laksanakan tugas Pengarah Pilihanraya.

Bagaimana jika Chegu Bard? Tanya seorang rakan. Wah, sama pula dengan pilihan aku. Aku lebih suka jika Chegu Bard calon di situ. Beliau bukan asing di Penang. Keluarganya ramai di Permatang Pauh. Beliau juga hampir menang di PRU 13 yang lalu di Dun Sg Acheh, malangnya terpaksa bertembung sesama adik beradik dengan PAS, akhirnya Umno/Bn yang dapat untung. Ertinya, Chegu Bard ada pengaruh kuat juga di sana. Lebih untung lagi, Chegu Bard mempunyai jentera2nya sendiri dari budak2 SAMM yang pastinya akan berkampung di sana sepanjang kempen, apatah lagi dibantu oleh jentera-jentera AMK, dan rakan-rakan dari PR.

Bagi aku, aku tidak nampak yang lain selain dari Saif atau Chegu Bard jika parti mahu calon dari golongan muda dan bertenaga. Permatang Pauh harus bertenaga. Waktu Umno/Bn tengah meroyan dengan berbagai rancangan dan undang-undang zalim yang mahu diwujudkan, kita mahu anak muda.

Rabu, 8 April 2015

PRK PARLIMEN ROMPIN - UMNO PASTI HADAPI TENTANGAN

 
 
Meskipun di PRK Dun Chempaka, Umno memberi laluan selesa buat PAS bertanding di sana dan Umno di dalam kelat menyaksikan kemenangan PAS yang bergaya di situ, namun itu bukan bererti "Ada ubi ada batas". Ada budi ada balas.

Di PRK Rompin, kita yakin PAS akan meletakkan calonnya memandangkan Kerusi tersebut adalah Kerusi PAS yang bertanding pada PRU13 yang lalu. PKR khususnya harus fokus di PRK Permatang Pauh namun jika PAS mengambil keputusan untuk 'membalas budi' dan tidak meletakkan calonnya di Rompin, PKR harus tampil walaupun atas kertas Umno/Bn akan dapat mengekalkan Kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Jamaludin Jarjis. Kita yakin PAS tetap akan meletakkan calonnya dan jika Umno/Bn mahu PAS membalas budi di Chempaka, Umno silap besar.

Di Rompin, KEADILAN Pahang tentunya bersedia untuk bersama-sama menyerang Umno/Bn. Banyak isu yang boleh diketengahkan di Rompin. Selain isu nasional seperti 1 MDB, GST dan sebagainya, isu yang paling hampir dan dekat dihati para pengundi di Rompin nanti pastinya isu Felda yang semakin jelas amat menyusahkan para peneroka dan juga isu berkaitan Orang Asal yang sememangnya ramai menjadi pengundi di kawasan tersebut.

PAS juga boleh memainkan banyak isu nasional dan isu Felda tentunya diberikan tugas kepada ANAK di bawah Sdr Mazlan Aliman. Isu Hudud tidak releven di Rompin kerana isu ini telah menjadi isu di peringkat Pusat. Memainkan isu Hudud bakal menjerat diri di Rompin. Isu Hudud boleh diterangkan di Rompin di dalam apa jua bentuk program penerangan tetapi bukan di dalam kempen kali ini.

PRK di Permatang Pauh dan juga di Rompin merupakan ujian bagi menentukan tahap kerjasama khususnya di antara PKR dan PAS. Umno tidak lemah di Permatang Pauh, Umno juga bukan kuat sangat di Rompin. Justeru itu, PKR di Permatang Pauh wajib bekerja kuat bersama rakan-rakan, dan di Rompin juga PAS jangan mudah menyerah kalah.

Umno/Bn tetap wajib dilawan !!