RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 8 April 2015

PRK PARLIMEN ROMPIN - UMNO PASTI HADAPI TENTANGAN

 
 
Meskipun di PRK Dun Chempaka, Umno memberi laluan selesa buat PAS bertanding di sana dan Umno di dalam kelat menyaksikan kemenangan PAS yang bergaya di situ, namun itu bukan bererti "Ada ubi ada batas". Ada budi ada balas.

Di PRK Rompin, kita yakin PAS akan meletakkan calonnya memandangkan Kerusi tersebut adalah Kerusi PAS yang bertanding pada PRU13 yang lalu. PKR khususnya harus fokus di PRK Permatang Pauh namun jika PAS mengambil keputusan untuk 'membalas budi' dan tidak meletakkan calonnya di Rompin, PKR harus tampil walaupun atas kertas Umno/Bn akan dapat mengekalkan Kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Jamaludin Jarjis. Kita yakin PAS tetap akan meletakkan calonnya dan jika Umno/Bn mahu PAS membalas budi di Chempaka, Umno silap besar.

Di Rompin, KEADILAN Pahang tentunya bersedia untuk bersama-sama menyerang Umno/Bn. Banyak isu yang boleh diketengahkan di Rompin. Selain isu nasional seperti 1 MDB, GST dan sebagainya, isu yang paling hampir dan dekat dihati para pengundi di Rompin nanti pastinya isu Felda yang semakin jelas amat menyusahkan para peneroka dan juga isu berkaitan Orang Asal yang sememangnya ramai menjadi pengundi di kawasan tersebut.

PAS juga boleh memainkan banyak isu nasional dan isu Felda tentunya diberikan tugas kepada ANAK di bawah Sdr Mazlan Aliman. Isu Hudud tidak releven di Rompin kerana isu ini telah menjadi isu di peringkat Pusat. Memainkan isu Hudud bakal menjerat diri di Rompin. Isu Hudud boleh diterangkan di Rompin di dalam apa jua bentuk program penerangan tetapi bukan di dalam kempen kali ini.

PRK di Permatang Pauh dan juga di Rompin merupakan ujian bagi menentukan tahap kerjasama khususnya di antara PKR dan PAS. Umno tidak lemah di Permatang Pauh, Umno juga bukan kuat sangat di Rompin. Justeru itu, PKR di Permatang Pauh wajib bekerja kuat bersama rakan-rakan, dan di Rompin juga PAS jangan mudah menyerah kalah.

Umno/Bn tetap wajib dilawan !!

13 ulasan:

  1. 'lawan tetap lawan',cogan kata rakyat yg ditindas menetang kezaliman

    BalasPadam
  2. PR boleh berkempen di Rompin dengan syarat tidak boleh menggunakan isu GST, Altantuya, 1MDB, First Lady, anak First Lady, Jho Low, Hollywood, Bai karpet dan Jet peribadi

    BalasPadam
  3. Lawan jangan biar menang free, kalau PAS tak nak tanding calon bebas pun ok.

    BalasPadam
  4. Apa yg Allah tunjukan kpd kita iaitu DSAI dipenjarakan, kembalinya TGNA dan yg terakhir kembalinya Dato Jamaluddin Jarjis adalah petanda akan kejatuhan BN. Insyaallah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulut longkang dh mula komen

      Padam
    2. Ajal maut adalah kuasa Allah swt. Hanya puak munafik akan mengaitkan maut dgn politik.

      Padam
  5. din…lu ni selalu lambat…pas meme nak bagi laluan mudah pada umno…masa bila pas nak berkerjasama dgn pkr…jgn duk perasan lagi din….PKR boleh pegi mampos…org pas kenal lu din...

    BalasPadam
  6. Ayuh kita lawan habis2an umno/bn kali ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pidahhh...dah 17 tahun aku dgr teriakan ni

      Padam
  7. rafizi tuduh kerajaan beli BMW dan berbelanja mewah.

    fitnah ni dinafikan BMW.BMW kata ini kereta untuk perwakilan luar negara untuk sidang ASEAN.

    rafizi pun kena bangang dengan rakan pakatan...

    hahaha menghitung hari kes bafia 27 april ni bikin rafizi jadi sewel melampau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hg pulak kena bangang ngan aku ni...tanya ngan tuduh pun tak reti nak beza...memang bangang abadi punyer spesis...ada kena mengena ngan faktor genetik ka ataupun hg sorang ja??

      Padam
  8. PKR.....parti kencing rakyat...

    BalasPadam
  9. Aku cdgkn Chegu bard,klu calon pas pulak aku cdgkn Tuan hj mat sabu.

    BalasPadam