RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 9 April 2015

PERLU TENAGA MUDA, VOKAL MENGISI KERUSI PERMATANG PAUH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei selepas kerusi itu diisytihar kosong ekoran pemenjaraan Anwar sebagai tahanan politik selama lima tahun. Penamaan calon pula berlangsung pada 25 April sementara pengundian awal 3 Mei.

Jentera KEADILAN akan dilancarkan pada 14 April ini di Permatang Pauh, simbolik kepada "Black 14". Siapa calon? Ramai yang meneka Presiden parti DS Wan Azizah sekali lagi akan dipertaruhkan untuk mengekalkan Kerusi tersebut dan pencalonan beliau dijangka untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang jika beliau berjaya di dalam PRK itu nanti.
 
Chegu Bard konsisten lawan rejim
Namun, itu ramalan. Bak kata SUA, YB Rafizi bahawa parti yang akan memutuskan siapa calon berdasarkan faktor boleh menang besar di Permatang Pauh. Harus juga diingat, bukan sedikit yang mahukan tokoh muda dan lebih vokal untuk bertanding di Kerusi keramat tersebut kerana bagi mereka wakil Permatang Pauh di Parlimen tidak boleh kalah dengan vokal dan kelantangan bekas penyandangnya iaitu DS Anwar Ibrahim.

Ada yang menyebut Sdr Saifuddin Nasution sesuai diletakkan di situ. Sekarang ini beliau menjawat jawatan Pengarah Pilihanraya KEADILAN. Mungkin agak sukar jika beliau bertanding sekiranya jawatannya itu masih disandang. Tetapi, YB Nurul Izzah juga memegang jawatan yang sama. Mungkin jika Saif bertanding, Nurul boleh laksanakan tugas Pengarah Pilihanraya.

Bagaimana jika Chegu Bard? Tanya seorang rakan. Wah, sama pula dengan pilihan aku. Aku lebih suka jika Chegu Bard calon di situ. Beliau bukan asing di Penang. Keluarganya ramai di Permatang Pauh. Beliau juga hampir menang di PRU 13 yang lalu di Dun Sg Acheh, malangnya terpaksa bertembung sesama adik beradik dengan PAS, akhirnya Umno/Bn yang dapat untung. Ertinya, Chegu Bard ada pengaruh kuat juga di sana. Lebih untung lagi, Chegu Bard mempunyai jentera2nya sendiri dari budak2 SAMM yang pastinya akan berkampung di sana sepanjang kempen, apatah lagi dibantu oleh jentera-jentera AMK, dan rakan-rakan dari PR.

Bagi aku, aku tidak nampak yang lain selain dari Saif atau Chegu Bard jika parti mahu calon dari golongan muda dan bertenaga. Permatang Pauh harus bertenaga. Waktu Umno/Bn tengah meroyan dengan berbagai rancangan dan undang-undang zalim yang mahu diwujudkan, kita mahu anak muda.

7 ulasan:

  1. Undang2 zalim Din...? Kamu yg meroyan.

    BalasPadam
  2. din..lu jer lar yg jd calon...ni jer peluang yg ada untuk lu...

    BalasPadam
  3. Aku cadangkan org yg paling setia dgn PKR. Orang yg tidak pernah dikaitkan dgn kronisme. Aku cadang Mustafa Kamil Ayob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg la takpernah kait dgn kronisme. Si mustafa ni bkn ada jawatan mana2 pun dlm agensi berkaitan projek. Masuk je dlm kjaan nnt jgn kan kronisme, nepotisne, rasuahnisme, pluralisme semua dia sapu. Sama je puak pkr dgn umno.

      Padam
  4. Apa nk susah2 pikir. Letak je anak pinak keluarga 69 tu. Letak janda mulut longkang tu pun ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku cadang siAtheis Hishamuddin Rais tu. Dia pun tak pernah main rasuah. .clean man. PKR pun bkn kisah atheis ke, murtad ke, gay ke semua depa telan...hehe

      Padam
  5. Din... pandai2 je ko bilang pemejaraan Anwar sebagai tahanan politik. Anwar tu tahanan jenayah la, kesalahan meliwat siSepol tu....jgn ko lupa k...

    BalasPadam