RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 11 Mac 2015

KUMPULAN BUAT KERJA TIDAK SALAH TETAPI BODOH !!


SEWAKTU himpunan #KitaLawan "March To Freedom" Sabtu (07 Mac 15) baru-baru ini di Sogo, aku ternampak sekelompok 'sarkas-sarkas' buat muka selamba di kaki lima kedai mengangkat banner mahu Mahdey Kutty menjadi Ketua Umum PKR bagi menggantikan Anwar yang terpenjara.

Memang aku setuju hak asasi manusia untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat dan perbuatan mereka itu bukanlah salah pun.  Tetapi tak semua yang tidak salah itu betul tetapi ada ketikanya tidak salah tetapi 'bodoh'.  

Kenapa bodoh?  Apakah tidak bodoh ingin mengangkat tokoh yang jatuh dari takhtanya ingin menggantikan tokoh yang telah menyebabkan dia tersungkur?  Siapa boleh nafi mahdey kutty ini akhirnya menyerah angkara tekanan dan pengaruh reformasi?  Siapa pencetus reformasi waktu itu?  

Adakah kita yakin jika tidak kerana reformasi, mahdey kutty akan meletakkan jawatan?  Kirim salam.  Tidak sedarkah kita bahawa sehingga kini Mahdey kutty meroyan kerana Anwar masih menjadi sebutan rakyat di negara ini?

Sebab itu aku kata 'sarkas-sarkas' yang ada 20-30 orang itu buat kerja yang tidak salah tetapi nampak lucu dan bodoh.


Isnin, 9 Mac 2015

ULAMAK YANG MAHU BERCAKAP POLITIK JANGAN MALAS MENCARI MAKLUMAT


SEJAK dulu lagi aku selalu menyebut bahawa sebaik-baik pemimpin itu mestilah Ulamak.  Jika ada Ulamak yang boleh memimpin sebuah negara, alangkah bertuah dan berkatnya negara itu.  Namun kita tidak mudah dapat yang kita hajati.  Kita tidak kurang Ulamak tetapi amat kurang yang boleh memimpin negara.  Usahkan menjadi pemimpin negara, mahu bercakap darihal politik pun ramai ulamak yang tidak berkemampuan.

Aku ambil contoh seorang Ustaz, kalaupun bukan Ulamak.  Ustaz Mokhtar Senik adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.  Bila beliau menjadi ketua dalam Dewan Ulamak, maka disebut orang dia Ulamak.  Aku tidak pertikai tentang gelaran itu, biarlah dengan gelaran yang mulia itu.

Siapa kata DAP tak sertai #KitaLawan ?
Cuma, status beliau di dalam FB yang aku lihat nyata sangat beliau malas mahu mencari bahan atau maklumat berkaitan politik tetapi mahu mencuba untuk mengulas.  Banyak isu-isu semasa berkaitan politik dan negara ini beliau 'songsang' memperkatakannya dan sering menjadi bahan ketawa orang ramai.  Ertinya, kejahilan beliau di dalam mengulas beberapa perkara mendedahkan dirinya sebagai seorang Ulamak yang menjadi bahan lawak orang ramai.  Sepatutnya beliau perlu jaga imej Ulamak yang beliau ada apatahlagi Ulamak yang berpolitik.

Di dalam isu Himpunan #KitaLawan "March To Freedom" yang telah diadakan pada Sabtu 07 Mac 15 baru-baru ini, beliau seolah-olah kurang senang melihat ramainya anak-anak muda yang mengambil bahagian.  Mungkin kerana ada perasaan cemburu atau rendah diri yang teramat, beliau terpaksa menyebut himpunan itu adalah Demo PKR.  Maka ditafsirkan tiada pemimpin DAP atau PAS yang terlibat.  Jelas kepada kita Mokhtar Senik malas untuk mencari maklumat.  Apabila malas, terpaksa menjual dirinya untuk diperbodohkan orang.  Jangan salahkan sesiapa jika ada yang mentertawakan anda kerana Ulamak akan ditertawakan bila berkelakuan 'bodoh'.  

Siapa kata PAS tak sertai #KitaLawan ?

Semua tahu, kita pun tahu walaupun tidak perlu mencari maklumat sebanyak mungkin bahawa himpunan #KitaLawan itu bukan anjuran mana-mana parti politik tetapi disokong kuat oleh parti-parti politik yang mahu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.  Sebab itulah, #KitaLawan itu dianggotai oleh beberapa pimpinan politik dari PR, Mahasiswa dan lebih dari 50 NGO yang menganggotainya.  

Aku harap selepas ini Mokhtar Senik tidak lagi menjadi bahan ketawa orang.  Ini akan menjatuhkan imej Dewan Ulamak yang beliau ketuai.