RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 20 Mac 2010

PERIHAL 16 SEPT - ITU PENDAPAT TULANG BESI, ADA YANG LEBIH PENTING

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah membaca artikel yang ditulis oleh Tulang Besi (TB) di sini. Samasekali saya tidak menyanggah atau menyetujui tulisannya kerana TB sehingga kini tidak menyertakan fakta atau bukti kukuh sepertimana kebiasaan yang beliau lakukan di dalam setiap penulisannya sebelum ini. Oleh yang demikian, saya mengambil sikap `pending' dahulu terhadap artikel terbaru beliau itu. Namun, saya ingin berikan sedikit pendapat saya tentang isu 16 Sept bukannya hendak ulas tentang artikel sahabat saya TB.

Plan 16 Sept yang dirancang oleh DS Anwar merupakan satu plan terbaik bagi menyelamatkan negara ini. Ianya merupakan satu perancangan atau cita-cita yang DS Anwar komited untuk melaksanakannya dengan kaedah yang dikira bersih tidak melibatkan sebarang unsur rasuah, tekanan jauh sekali dari unsur ugutan sepertimana yang dilakukan di Perak. DS Anwar cuba memujuk MP-MP dari Umno/Bn untuk berhijrah dari parti yang korup itu kepada Parti PR yang mahu membawa perubahan demi kesejahteraan rakyat. Tiada paksaan, tiada rasuah mahu pun tawaran jawatan dan pujukan dan akhirnya terpulanglah kepada kesedaran serta keinsafan MP-MP berkenaan.

Bukan mudah untuk melaksanakan kerja ini di dalam keadaan mereka telah berada di dalam zon yang selesa, apatah lagi ada di antaranya mempunyai `hutang-hutang' atau rekod yang menjadikan mereka amat bimbang tentang keselamatan dirinya sekiranya parti yang memerintah mengambil tindakan awal ke atas mereka. Memang terbukti ada kesan di atas usaha DS Anwar untuk mengambil alih Putrajaya sehinggakan gerombolan MP telah dibawa melawat Taiwan menjelang tarikh 16 Sept itu. Keengganan PM ketika itu untuk memanggil sidang tergempar di Parlimen menguatkan lagi bahawa usaha DS Anwar hampir menjadi kenyataan. Tuduhan Zahrain tentang 16 Sept memang benar dan itu bukan rahsia lagi kerana umum telah dimaklumkan oleh DS Anwar semasa itu. Cuma, `nasi tambah' penyedap selera dibuat oleh Zahrain berkaitan semua MP diarahkan berkumpul di Parlimen, persetujuan DYMM YDP Agung, campurtangan Pemerintah Tertinggi ATM dan beberapa lagi pendedahan Zahrain di Parlimen baru-baru ini ternyata bohong.

Jika DS Anwar dikatakan berbohong dengan cerita APCO atau ejen Israel dan mungkin dikenakan tindakan oleh Parlimen, bagaimana dengan pembohongan Zahrain juga berlaku di Parlimen. Malahan pembohongan Zahrain melibatkan YDP Agung serta ATM. Ternyata beberapa MP yang kununnya ingin berhijrah bersama DS Anwar seperti didedahkan oleh Zahrain telah membuat kenyataan menafikan tuduhan MP Bayan Lepas itu. Tidak dipastikan adakah MP-MP berkenaan mahu mencabar tuduhan yang dibuat oleh Zahrain itu.

Kegagalan 16 Sept tidak perlu kita persalahkan kepada sesiapa samada DS Anwar mahu pun pimpinan PR yang lain. Kegagalan ini sebenarnya adalah kerana tiada kekuatan dan keberanian moral di kalangan mereka yang mulanya bersetuju untuk berhijrah bersama PR. DS Anwar tidak memaksa mereka atau mengurung mereka kerana sebagai orang yang pernah duduk di dalam kerajaan dan Umno, DS Anwar tahu mengapa mereka amat bimbang untuk bersama PR. DS Anwar faham betapa tekanan yang mereka hadapi ketika itu. Inilah faktor utama kegagalan 16 Sept.

Mungkin juga kegagalan ini disebabkan terlalu banyak bebanan diberikan kepada DS Anwar bersendirian. Usaha dakwah mengajak mereka berhijrah dari yang buruk kepada yang baik mungkin gagal dilakukan oleh beberapa pemimpin di kalangan kita. Kita mungkin merasa ragu betapa usaha DS Anwar itu tidak demokratik, justeru itu kita tidak banyak membantunya. Saya sendiri tidak percaya kepada demokrasi jika demokrasi membenarkan majoriti adalah pihak yang benar. Jika kita berpegang kepada prinsip Islam, demokrasi dalam Islam bukan bermakna majoriti di pihak yang benar. Oleh itu, pada pendapat saya tidak salah jika mana-mana MP berhijrah dari parti yang mereka rasa korup kepada parti yang lebih baik dan adil. Jadi pada saya usaha DS Anwar itu tidak salah dari segi prinsip Islam, tetapi mengapa kita tidak bekerja kuat seperti yang diusahakan oleh DS Anwar itu?

Kesimpulannya, pada pendapat saya kegagalan 16 Sept adalah kerana tiadanya kekuatan kerohanian di kalangan MP-MP yang berada di sebelah sana untuk membuat perubahan dan berhijrah. Kegagalan ini ditambah pula oleh faktor kurangnya komitmen kita terutamanya pimpinan kita sendiri untuk berganding bahu bersama DS Anwar bagi melakukan perubahan. Justeru itu, kita melihat plan 16 Sept yang lalu seolah-olah seperti plan DS Anwar bersendirian. Apa pun, kita masih belum terlambat untuk meneruskan usaha ini. Negara ini perlu kita selamatkan dengan apa cara sekali pun. Plan 16 Sept sebenarnya tidak boleh terhenti selagi kita tidak berada di Putrajaya. /wfauzdin.blogspot

NAJIS MULA BERTOMPOK KE MUKA ZAHRAIN SATU PERSATU....

Banggang…Banggang…Banggang…Zahrain Memang Banggang!

Mac 19, 2010

Quantcast

“Senjata makan tuan,” “Duduk kandang kambing mengembek,” “Duduk kandang Singa mampos kena baham,” Bila duduk kandang BEBAS inilah jadinya…terus jadi BANGGANG!

Bung Mokhtar Radin

Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian. Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan, kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini. Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang. “Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti,” katanya.


Dr Chua Soon Bui

Beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya. Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain, katanya.


Ghapur Salleh

Beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini. Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas, katanya.


Tengku Razaleigh Hamzah

“Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng,” katanya. Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar. Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Budak Kampung: Pertama Wa akan kata syabas PKR kerana tendang mamat Zahrain nih. Jiwa dan mindanya busuk dan tak layak memegang jawatan sebagai ahli Parlimen. Apatah lagi untuk memperjuangkan nasib rakyat marhaen di Bayan Baru. Hasil dari mulut celupar Zahrain, beberapa pemimpin dari Umno BN sudah panas punggung dan hampir terberak. Hari ini tiga MP BN sudah menafikannya. Oiiit Zahrain…awat cepat sangat taik yang hang baling tu menyinggah balik kemuka sendiri?…kah…kah…kah…

Sumber: best1of4.wordpress

Jumaat, 19 Mac 2010

MULUT ZAHRAIN BUAT BEBERAPA MENTERI DAN PEMIMPIN UMNO PANAS

Thursday, March 18, 2010

Mulanya Umno menyangka dengan serangan Zahrain terhadap DS Anwar dan PKR di Parlimen sehari dua ini akan membantu Umno untuk bernyawa kembali di arena politik tanahair. Justeru itu, media-media haprak mereka mula memberi keutamaan terhadap ucapan Zahrain di Parlimen mengalahkan ucapan Najib sendiri. Tetapi tidak sempat isu pendedahan Zahrain yang banyak dengan cerita `nasi tambah' itu dihadamkan oleh rakyat, beberapa pemimpin Umno mulai rasa resah gelisah dan kepanasan.

Serangan Zahrain terhadap DS Anwar tidak sampai dua hari disambut oleh pejuang-pejuang di dalam PR terutamanya dari PKR. Wira pertama yang menyambut serangan Zahrain adalah YB Saifuddin Nasation. Jika Zahrain `melemparkan taik', taik yang sama dipulangkan kepadanya. YB Saifuddin mendedahkan bagaimana Zahrain begitu rakus kepada pangkat dan gelaran sehinggakan tidak segan silu memohon pingat melalui KM P.Pinang Lim Guan Eng. Beliau juga pernah memohon projek dari KM berkenaan namun ianya tidak diluluskan. Maka, timbullah isu KM P.Pinang sebagai komunis dan diktator. Di sini jelas terbukti betapa Zahrain selama ini berada di dalam PKR semata-mata untuk `menanti' habuan sekiranya PR berjaya menawan Putarajaya bukannya berjuang untuk rakyat. Sebab itu Zahrain amat kecewa apabila plan 16 September itu gagal, dan beliau lebih kecewa apabila apa yang diinginkan untuk kepentingan dirinya tidak dilayan oleh DS Anwar dan kerajaan negeri P.Pinang.

Pendedahan Zahrain di Parlimen baru-baru ini hanya satu sahaja yang benar iaitu plan 16 September serta beberapa MP dari Bn yang sanggup melompat. Pendedahan itu sebenarnya tidak menjadi rahsia lagi kerana DS Anwar sebelum ini telah menjelaskan kepada kita di dalam beberapa ceramahnya mengapa plan tersebut gagal. Cuma, beberapa `nasi tambah' telah dihidangkan oleh Zahrain untuk menyedapkan ceritanya. Zahrain secara tidak malu mengaku kununnya beliau rakan yang amat rapat dengan DS Anwar sebab itu beliau tahu segala-galanya perancangan DS Anwar manakala yang lainnya tidak tahu. Benarkah begitu? Jika beliau kawan paling rapat masakan kesemua keinginannya tidak dipedulikan oleh DS Anwar. Mustahil DS Anwar terlalu rapat dengan Zahrain sedangkan sewaktu era reformasi Zahrain tidak dikenali pun. Jika kita lihat, kesemua yang melompat dari PKR semua mengaku kawan paling rapat dengan DS Anwar. Mereka terpaksa jual nama DS Anwar agar `kelentong' mereka dipercayai rakyat.

Hasil dari mulut celupar Zahrain, yang merasa tidak senang duduk sekarang adalah beberapa pemimpin Umno termasuk beberapa Menteri. Sebagaimana kata YB Saifuddin, ada beberapa Menteri yang datang kepadanya `slow talk' agar beliau memperlahankan `rentak' menyerang pemimpin Umno secara peribadi. Pusingan pertama bak kata YB Saifuddin, adalah kisah jamuan pemimpin Umno yang dihidangkan arak dan kisah pemimpin Umno yang tertidor disisi mesin slot judi. Nama pemimpin tersebut mungkin akan disebut oleh YB Saifuddin jika mereka mahukan Parlimen dijadikan tempat serangan peribadi dan `peperangan selak kain'. Mungkin kita akan mendengar cerita skandal perempuan, kisah khalwat di Hotel Port Dickson atau kita akan didedahkan siapakah pemimpin-pemimpin Umno yang kaki tuang arak. Mereka jangan lupa DS Anwar, Azmin, Saifuddin dan beberapa orang lagi pimpinan di dalam PKR adalah datangnya dari Umno dan mereka banyak tahu kisah-kisah pemimpin Umno yang ada sekarang ini.

Mulai sekarang Umno mesti bersedia untuk menghadapi serangan secara peribadi oleh PKR kerana mereka telah memulakannya. Di dalam ucapan Zahrain, beliau tidak bercakap tentang kepentingan rakyat di kawasannya tetapi masa banyak dihabiskan dengan membaca skrip Umno. Awal mula pertama mula rakyat telah melihat Zahrain gagal untuk menjadi MP yang bebas yang kununnya mampu berjuang untuk membela rakyat. Ketakutannya untuk memberi laluan kepada DS Anwar menjawab hujahnya di Parlimen menunjukkan beliau seorang dayus dan bacul yang hanya berani bercakap sendirian. Tindakan DS Anwar keluar dari dewan kerana beliau tidak diberi laluan untuk menjawab hujah Zahrain satu tindakan tepat kerana sebagai pemimpin bermaruah adalah tidak wajar mendengar ucapan semurah itu dari orang yang sebodoh itu.

Kepada pimpinan PR, di samping menyerang balas Umno di Parlimen kita jangan lalai untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasan masing-masing. Apa yang utama adalah masalah rakyat, dalam masa yang sama serangan balas untuk menelanjangkan pemimpin Umno wajar juga dibuat. Selepas ini kita akan menanti pula apakah MP-MP Bebas yang lain akan mengikuti kebodohan Zahrain berhujah./mandor.blogspot

PUSINGAN PERTAMA - SAIFUDDIN CERITA KISAH PEMUDA UMNO MINUM ARAK DAN TIDOR DEKAT MESIN SLOT JUDI

Thursday, March 18, 2010

Hang selak kain aku. Aku selak kain hang. Saya tak da nak susun elok-elok hansard Dewan Rakyat 17/3/10. Tapi, tak susun pun boleh baca.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh atas laluan. Dia tidak sukar kita memahami keberanian Yang Berhormat Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah. Memang pemilihan parti tidak dapat jadi Menteri. Itu sahaja. [Dewan riuh] Maknanya perbahasan ini sekarang diikuti oleh Perdana Menteri, perbahasan ini sekarang diikuti oleh Perdana Menteri. Jadi keberanian itu akan memberi markah dan peluang untuk dilantik jadi Menteri. Itu sahaja.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Riuh]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jadi itu fakta, fakta. Jadi apakah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tolonglah saya pun hendak dengar Yang Berhormat Machang Yang Berhormat.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju tidak susah kita memahami budaya dalam politik UMNO. Maknanya, dosa besar dalam UMNO ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin. Itu dosa besar, ya. Parti agama, bangsa, negara. Judi dan arak okey. Jangan cabar kita. Kita boleh tunjuk berapa kerat dalam ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda UMNO dahulu. [Disampuk] Jangan sebut. Kita boleh sebut. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun] Berapa banyak lesen judi... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak dan
Yang Berhormat Rembau duduk dahulu.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Duduklah dahulu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Padang Serai duduk juga.
Seorang Ahli: Hah, terima kasih...
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Berapa banyak lesen judi
diluluskan dahulu?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Rembau duduk dahulu.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Menteri Kewangan dahulu?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jangan cabar! Kita tahu.
[Disampuk] Pejabat pemimpin UMNO mana yang tong arak ada dalam pejabat. [Dewan
riuh] Jangan cabar! [Ketuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sewaktu wedding
anniversary. [Disampuk]
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: [Bangun]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Pemimpin pemuda UMNO
dihidangkan botol arak. Jangan cabar kita. [Dewan riuh] Tempat, masa, jam...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat. Yang Berhormat, tolong Yang Berhormat.
DR. 17.3.2010
81
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Dalam satu forum
antarabangsa...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Sekijang tidak perlu. Dia punya floor sekarang bercakap diberi oleh yang
bercakap sebentar tadi Yang Berhormat. Yang Berhormat Sekijang tunggu, kalau dia
ada kesalahan dalam peraturan, tolong tunjuk saya. [Disampuk] Yang Berhormat duduk
dahulu Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apakah Yang berhormat
Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa dalam satu forum beberapa
tahun yang lepas, selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dibuang di Universiti John
Hopkins, Amerika Syarikat. Pemimpin pemuda UMNO itu pun ada di sini. Bendahari
UMNO Malaysia pun ada di sini. Berapa banyak botol arak dia togok? [Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Itu dia, dahsyat! [Dewan riuh] Baru
kami tahu. [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Hendak berlakon apa?
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baru kami tahu. [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jangan. [Dewan riuh] Oleh
sebab itu jangan sampai kita sebut, dia marah. [Dewan riuh] Eh, marah kenapa?
Kenapa marah? [Dewan riuh] Duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa
ini...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sebab apa marah?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ini..
Sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Yang bersungguh marah
kenapa?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang tolong ringkaskan soalan itu.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Saya ringkaskan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baru kami tahu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Padang Serai tolonglah.
DR. 17.3.2010
82
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baru kami tidak tahu. Dia tidak
marah. Allahu Akhbar...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pasir Salak!
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, apabila
saya beri fakta ini. Yang Berhormat Bagan Datok tidak marah, Yang Berhormat Batu
Pahat tidak marah dan Yang Berhormat Pontian tidak marah. Yang Berhormat Rembau
terpaku. Yang Berhormat Pasir Salak yang lebih. Kenapa? [Dewan riuh] Kenapa? Oleh
sebab itu, jangan...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya hendak sangat
beritahu. [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jangan sebut... [Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya, beritahu... [Dewan
riuh]
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Pasir Salak sudah
mabuk kah? [Dewan riuh]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pengarah strategik sudah
gagal.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Kalau hendak suruh saya
ulang di luar Dewan, saya ulang.
Seorang Ahli: Hendak jadi setiausaha kah ini?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Nama sahaja UMNO...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pengarah strategik sudah
gagal!
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tarikhnya bila? Berapa
banyak...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Machang sudahlah. Tidak usahlah.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Ya, oleh sebab itu saya tidak
boleh lihat...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Hipokrit!
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Dalam satu lawatan UMNO
ke Amerika Syarikat ada pemimpin UMNO yang tertidur di single arm machine slot judi.
Kita tahu! [Ketawa] Pengakuan!
DR. 17.3.2010
83
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kenapa teruk sangat sampai
macam itu?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Yang Berhormat Putrajaya
boleh kenalkan. Boleh sebut. Jangan tanya saya pemimpin UMNO yang mana?
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Siapa? Sebut nama.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apabila semua orang sudah
mengumpat, apabila semua ahli rombongan sudah ada, dua tiga kerat pemimpin UMNO
tidak naik bas lagi. Apabila kita turun cari, rupanya tertidur dalam kasino judi. [Ketawa]
[Dewan riuh] Hendak sebut apa? Oleh sebab itu...
Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Siapa dia? [Ketawa] [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jangan. [Ketawa] [Dewan
riuh] Tuan Yang di-Pertua cukup untuk pusingan kali ini. [Dewan riuh] Bagi pusingan kali
ini, apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini. Pusingan
pertama. Terima kasih. [Dewan riuh]

Sumber: Penarikbeca

Khamis, 18 Mac 2010

TUDUHAN ZAHRAIN, AMK CABAR BERDEBAT

March 18, 2010

Oleh Muhammad Faizal Zakaria

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar.

"Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut.

"Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat.

"Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti.

"Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain.

"Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagi

Beliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club./Kerabubersuara.blogspot

KELUAR DEWAN, APA BEZA NAJIB DENGAN ANWAR ?

Wednesday, March 17, 2010

Ingatkah kita sewaktu Persidangan Parlimen yang pertama sebaik sahaja PR berjaya menafikan majoriti 2/3 kerajaan Bn selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu? Sewaktu DS Anwar bangun berbahas titah ucapan YDP Agung, beberapa kali DS Anwar memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencelah ketika beliau berbahas. Ada ketikanya DS Anwar sendiri menawarkan sesiapa sahaja yang berhajat untuk bangun bagi menjawab segala hujahnya. Malang sekali, hanya beberapa kerat sahaja MP dari Umno/Bn yang berani bangkit itu pun `dipancung' oleh DS Anwar sehingga tidak lagi berani bangun.

Kita masih ingat, di Parlimen ini juga kita menyaksikan bagaimana Najib terus keluar dari Dewan sebaik sahaja DS Anwar bangun untuk berhujah. Najib sudah tahu betapa beliau tidak akan sanggup berdepan dengan DS Anwar. Maka yang berani sikit-sikit mencelah ketika DS Anwar berbahas adalah di kalangan MP yang tidak punyai jawatan penting di dalam kerajaan. Tidak tergamak DS Anwar hendak menekan MP-MP berkenaan atas kesalahan dan perbuatan Najib. Pernahkan kita melihat Najib berani mencelah ketika DS Anwar berbahas? Najib hanya berani bercakap tanpa ada yang menyoalnya kembali.

Apa bezanya dengan perbuatan DS Anwar yang juga keluar dewan tatkala MP Bebas YB Zahrain berucap? Bezanya, DS Anwar tidak keluar awal ketika MP tersebut bangun berbahas dan ketika YB Zahrain menyentuh soal perancangan 16 Sept di samping beberapa tokok tambah oleh MP tersebut, DS Anwar mohon untuk mencelah bagi menjawab hujah YB Zahrain. Usahkan DS Anwar, YB Zahrain buat-buat pekak badak terhadap permintaan MP-MP yang lain dari PR untuk bertanyakan soalan kepadanya. Ibarat orang kurang siuman dan meroyan, YB Zahrain bercakap bersendirian tanpa diberi peluang untuk sesiapa menjawab atau bertanyakan soalan. Jika beliau rasa apa yang diperkatakan terhadap DS Anwar dan PKR itu benar, mengapa perlu takut untuk bersoal jawab? Mungkin beliau tahu mungkin tahun ini merupakan persidangan Parlimen terakhir buat beliau. Selepas ini beliau akan dimasukkan ke `lubang' oleh pengundi-pengundi kawasannya.

Menyedari bahawa YB Zahrain seorang yang pengecut, DS Anwar tidak lagi mahu melayan karenah YB Zahrain yang seperti budak-budak dan tidak cukup profesional sebagai seorang Ahli Parlimen. Kita akan menjadi bodoh jika mendengar orang bodoh bercakap. Kesimpulannya, Najib jeluar Dewan kerana tidak berani bersoal jawab dengan DS Anwar, manakala DS Anwar keluar Dewan adalah kerana YB Zahrain penakut untuk mendengar hujah DS Anwar./mandor.blogspot

ZAHRAIN TUKANG BACA SKRIP UMNO ? PATUTLAH TAK MAHU BERI LALUAN ANWAR MENJAWAB

Tugas Resmi Sebagai Barua Baru Bermula... ....

17 Mac – Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008. Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya. Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata. “Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP). “Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN. “Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.

”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN). “Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup./best1of4.wordpress

BENARKAH INI KENYATAAN PARLIMEN UK TERHADAP KES LIWAT DS ANWAR ?

Jeremy Corbyn to meet Anwar Ibrahim on Friday and more Members of Parliament to sign the EDM tomorrow




MALAYSIA AND ANWAR IBRAHIM
15.03.2010

Corbyn, Jeremy


That this House recognises Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim's contribution to promoting democracy in Malaysia and peace and understanding between the Muslim world and the West; is deeply concerned at the charges laid against Anwar Ibrahim and that his current trial flouts international standards of fairness and adherence to the rule of law; notes that this trial resembles the one he faced in 1998 in which the conduct of the judiciary was condemned by Malaysians and by the international community; further notes the renewed exhortations by international human rights organisations including Amnesty International and Human Rights Watch and prominent leaders from Commonwealth nations including the Right honourable Paul Martin of Canada and the Right honourable Michael Danby and 59 other elected representatives of Australia for the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim; and calls on the Malaysian authorities to bring an end to the harassment and persecution of members of the political opposition.


SEE THE EDM ON THE UK PARLIAMENT WEBSITE HERE Arrow Parliament UK


Parlimen Inggeris Pra melewati Motion on Anwar Ibrahim
LAPORAN KHAS


Selasa, Mac 18, 2010

Jeremy Corbyn untuk bertemu Anwar Ibrahim pada hari Jumaat dan lebih Ahli Parlimen untuk memeterai EDM besok
MALAYSIA DAN Anwar Ibrahim
15.03.2010

Corbyn, Jeremy


Bahawa ini mengakui Rumah Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim sumbangan untuk mempromosikan demokrasi di Malaysia dan keamanan dan pengertian antara dunia Muslim dan Barat; juga sangat prihatin dengan meletakkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim dan bahawa mahkamah saat ini flouts piawaian antarabangsa untuk keadilan dan pematuhan supremasi hukum; mencatat bahawa sidang ini mirip dengan yang ia dihadapi pada tahun 1998 di mana pelaksanaan penghakiman dikutuk oleh Malaysia dan oleh masyarakat antarabangsa; lebih lanjut nasihat nota yang dikemaskini oleh pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch dan para pemimpin terkemuka dari negara-negara Komanwel terhormat termasuk yang Tepat Paul Martin daripada Kanada dan Hak terhormat Michael Danby dan 59 lainnya wakil terpilih dari Australia untuk kerajaan Malaysia menjatuhkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, dan merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menamatkan gangguan dan penganiayaan para ahli pembangkang politik.

Sumber: Tranungkite

MB MAHKAMAH ZAMBRY MASUK KELAS MANDARIN ? INGATKAN MASUK SEKOLAH TAMIL !!

Zambry digesa henti 'perbodohkan' Cina
Hazlan Zakaria
Mac 17, 10


Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.

Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak.

"Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini.

Ngeh (kiri) mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin.

"Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya.

Beliau juga mahukan Zambry (bawah) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.

Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin.

"Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam?

“Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya./Malaysiakini

AWAL MULA PERTAMA MULA ZAHRAIN BUKTIKAN DIA MP BEBAS PALING BENGAP

Wednesday, March 17, 2010

Perbahasan ulung YB Zahrain MP yang menjadi katak selepas keluar dari PKR di Parlimen siang tadi telah membuktikan betapa sememangnya beliau patut mengosongkan kerusinya selaku MP. Kita menjangkakan MP bebas tersebut boleh menunjukkan kehebatannya berbahas walaupun tidak berparti, namun apa yang kita lihat beliau seperti orang gila meroyan apabila dapat peluang berucap. Malu sungguh masyarakat yang diwakili oleh Zahrain kerana beliau gagal menunjukkan kecerdikannya berhujah. Niatnya hanya satu, iaitu menyerang DS Anwar semahu-mahunya dan tidak akan memberikan peluang untuk DS Anwar mencelah untuk menjawab segala tuduhannya.

Isu 16 September sebenarnya isu yang sudah lapok dan telah menjadi bahan perbahasan di Parlimen sebelum ini dan ketika itu Zahrain berada di dalam PKR. Ketika itu beliau sedar apa yang terjadi dengan plan 16 Sept itu. Tetapi apabila Zahrain keluar dari PKR angkara tidak mendapat projek, beliau mengambil kesempatan di Parlimen untuk melepaskan geram terhadap Ketua Umum PKR tersebut. Baru kita tahu bahawa selama ini Zahrain amat berharap plan 16 Sept menjadi kenyataan semata-mata beliau inginkan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan dirinya. Siang tadi baru lah beliau menzahirkan kekecewaannya apabila plan 16 Sept gagal kerana mungkin beliau telah berangan untuk dilantik menjadi Menteri jika plan itu mencapai kejayaan. Lebih menyakitkannya, beliau juga gagal mempengaruhi KM P.Pinang untuk mendapatkan projek besar. Ini lah Zahrain yang dikatakan ingin menjadi pejuang rakyat.

Siang tadi, sejarah buat Zahrain yang secara sah telah di`lacurkan' . Tiada apa yang keluar dari mulut Zahrain siang tadi untuk kebaikan rakyat, tetapi sekadar bangun bercakap untuk melepaskan geramnya pada DS Anwar yang tidak mahu menyokongnya untuk mendapatkan projek dari Lim Guan Eng. Lebih menunjukkan kebaculannya ialah ketika beliau menuduh DS Anwar dengan berbagai tuduhan, beliau tidak memberi ruang kepada DS Anwar bangun mencelah untuk menjawab tuduhannya. Itu lah sikap bacul dan penakut yang baru Zahrain belajar dari pemimpin Umno.

Tindakan DS Anwar keluar dewan adalah satu tindakan bijak kerana sudah tentu Zahrain tidak akan memberikannya ruang untuk membalas hujahnya. Zahrain dibiarkan bercakap seorang diri dan beliau boleh berkata apa jua tetapi lagi banyak beliau bercakap lagi bertambah darjat kedunguannya./mandor.blogspot

Rabu, 17 Mac 2010

VIDEO - DENGAR UCAPAN ZAHID YANG MENGHINA TUAN GURU NIK AZIZ



Apa intipati klip video di atas? Inilah ceramah dari `dajal bermulut iblis' dari Melaka Negeri yang KM nya adalah perasuah politik wang. Inilah anak Melaka yang dididik oleh perasuah, maka tiada keberkatannya dan menjadilah dia barua Umno bermulut Iblis yang anti Ulamak. Modal tiada nak hentam Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru tidak seperti Ali Rustam yang rasuah itu, tidak juga seperti bekas KM Melaka Rahim Tambi Chik yang ada skandal perempuan itu. Tuan Guru Nik Aziz tidak seperti `pembunuh' Altantuya atau yang menerima komisyen 500 juta kapal selam itu.

Beliau cuba menghasut orang ramai supaya menjadi Iblis sepertinya. Nasib baik beliau keluar dari KeADILan lebih awal, jika tidak KeADILan pasti terkubur awal kerana mulut Iblis beliau pasti akan bawa bencana kepada parti. Itu lah Zahid Iblis dari Melaka. Intipati ceramahnya yang mewakili lidah Iblis adalah seperti berikut:

1. Nik Aziz muka macam tin sardin.
2. Nik Aziz bukan Ulamak, tapi binatang berpolitik.
3. Nik Aziz pernah mendoakan Najib pecah perut (benarkah? Zahid tidak faham apa yg diucapkan oleh Tuan Guru, dia cuma berkitabkan Utusan Meloya dan TV3).
4. Kununnya Umno yang menyelamatkan nyawa Nik Aziz yang sudah nak mampus.
5. Nik Aziz bukan Ulamak, tetapi pukimak.

Dan, banyak lagi yang Iblis wakilkan kepada Zahid barua Umno ini untuk mengajak manusia sama-sama masuk neraka bersama beliau. Inilah cucu Almarhum Ghafar Baba. Alhamdulillah, Almarhum sempat bertemu Tuan Guru sebelum beliau meninggal dunia dan kita tidak pernah menyumpah Almarhum sebelum beliau pergi. Kini, cucunya muncul untuk menjadi waris dari Almarhum yang akan dilaknat seluruh makhluk di langit dan di bumi.

Mudah-mudahan Allah memberi pembalasan kepada wakil Iblis ini. Amin./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA `PENCACAI TUA PENGANGKUT NAJIS' SEPERTI DALAM DIALOG FILEM TIGA ABDUL ?

Tuesday, March 16, 2010

Tidak lojik dek akal sama sekali, semata-mata marahkan Cabang dan Ranting PKR, maka si tua durjana ini sanggup menjadi pengkhianat dan menipu seluruh pengundi yang mengundi beliau di Bagan Serai. Baca alasan bodoh si tua keparat itu di sini. Nampak sangat si tua ini tidak tahu berpolitik, patut pun dikatakan sepanjang beliau berada di Parlimen beliau tidak pernah berbahas pun. Nak berjuang untuk Islam dan Melayu kununnya, tapi bersuara pun tidak mahu. Maklumlah, jika bersuara nanti nampak sangat yang dia ni sememangnya bodoh.

Bila ditanya tentang tindakan Us Ahmad Awang dan beberapa pihak yang mengadakan Solat Hajat agar si tua bodoh ini kembali ke pangkal jalan, dengan bongkak si tua ini berkata, "sorry la". Nasib baik la aku tidak tinggal di Bagan Serai, jika tidak mahu hari-hari aku duduk di depan pintu rumahnya untuk aku ludah mukanya setiap hari. Orang macam ini kalau mati pun, kalau ada orang yang tergamak kencing atas kubur dia pun aku tak hairan.

Aku bukan marah sangat kalau dia kata dia keluar PKR sebab tidak yakin dengan perjuangan PKR. Tapi yang aku rasa nak carutkan si tua ni bila dia kata dia ada masalah dengan Cabang dan Ranting PKR, maka sebab itu dia keluar parti. Sebelum ini dia kata dia nak berjuang atas nama agama kerana tidak puas hati dengan PKR di dalam isu Kalimah Allah. Berbelit-belit si tua ni bercakap. Kalau nak berjuang, takut apa nak berjumpa rakyat sampai seminggu menyorok? Kununnya beliau menyorok sebab nak jaga keselamatan dirinya. Kununnya nak ikut cara Nabi apabila rumahnya dikepung oleh kafir Musyrik. Aku nak tanya, sudah berapa ratus ahli politik yang dibunuh oleh pembangkang di negara ini? Ibrahim Ali katak Pasir Mas itu pun masih hidup tak ada siapa pun teringin nak bunuh dia. Paling kuat pun orang maki hamun atau serah memorandum je, itu pun takut? Pejuang taik kucing la kalau macam tu.

Tak usah nak berbelit-belit lagi la wahai si tua nyanyuk. Patutnya usia sebegini kena banyak ingat pada mati, jangan asyik temberang orang ramai. Ulamak Us Ahmad Awang pun tergamak si tua ni `kencing' begitu je. Tidak terfikir ke kat kepala otak dia bagaimana hinanya 7 keturunan dia nanti akibat kerakusan dia? Sudah nak mampus pun tak sedar diri lagi. /mandor.blogspot

TIDAK SABAR TUNGGU ROSMAH BERUNDUR

16 March 2010

Kejatuhan Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kini menjalar kepada kejatuhan Pro Aspirasi di kampus universiti swasta tersebut dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.

Pagi tadi kampus utama Bestari Jaya, di Ijok telah menyaksikan kumpulan Pro Mahasiswa memenangi hampir semua kerusi kecuali satu sahaja kerusi yang dipertandingkan.

"Kerusi fakulti yang dipertandingkan itu, ialah di Fakulti Perniagaan yang melibatkan calon Pro M dan Bebas," kata jurucakap Pro M Fendi Malik, ketika dihubungi erapakatan.com di sini, hari ini.

Tambahnya, ekoran pertandingan di fakulti itu, hanya pilihan raya di peringkat fakulti diadakan pada 24 Mac depan, melibatkan calon Pro M, iaitu Mohd Azim melawan calon Bebas Syazwani Ngatemim.

"Esok malam, siswa akan mengadakan pengenalan calon di mana kedua-dua mereka akan berkempen di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Unisel di sini," tambah beliau lagi.

Awal Julai tahun lalu, para siswa Unisel telah mendesak agar Canselor universiti mereka ditukar, sekali gus menggantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Canselor baharu mereka, selaras dengan ketokohan beliau dalam doktor perubatan selama tempoh 14 tahun sebelum ini.

Sebelum ini, tambah Fendi, kumpulan Pro M menjangkakan berlaku pertembungan sengit berikutan borang pencalonan yang banyak diambil di pejabat Hal Ehwal Pelajar di kampus berkenaan.

"Menurut rekod kami, ada 45 borang pencalonan yang telah diisi sehinggakan kami menjangka berlaku pertembungan tiga blok kumpulan pelajar; Pro M, Bebas dan Pro Aspirasi.

"Tapi, yang berlaku adalah sebaliknya, hanya satu fakulti yang bertanding, itu pun daripada calon Bebas," tambah beliau.

Menyentuh pengalaman, lalu Fendi berkata, pihaknya kecewa kerana ada usaha menyekat calon-calon Pro M untuk bertanding merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebelum ini.

"Tapi, biasalah, orang tidak banyak bercakap mengenai hal ini, apatah lagi keadaan di IPTS ini, kesedaran dalam kalangan pelajar kurang sikit," tambah beliau.

Menurut Fendi, wujud banyak sekatan di kampus itu sehingga suara mereka melalui laman sosial Facebook turut dihalang sebelum ini.

"Macam dah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi) di sini," katanya ketika menceritakan kejadian beberapa dokumen, surat-menyurat pentadbiran kampus itu yang turut disekat untuk disiar di Facebook kumpulan Pro M itu.
Oleh : Nangkubai
Sendirimauingat.blogspot

PENCERAMAH BERKUALITI PENTING BUAT PR

Oleh: WFAUZDIN NS

PAKATAN RAKYAT tidak lagi boleh berehat buat masa ini sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Mulai sekarang kita telah dapat menghidu bentuk provokasi dan stretegi dari pihak musuh terutamanya Umno. Mungkin kita boleh menarik nafas agak lega kerana parti komponen BN iaitu dari MCA dan MIC tidak lagi bertaring apatah lagi di kalangan mereka sendiri pun mulai merasa betapa menyesalnya mereka berada di dalam BN. Tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin mereka terlalu banyak `hutang' dengan Umno dan kerajaan, mereka sanggup bertahan buat ketika ini. Ketua Pemuda Gerakan sendiri mulai merasa betapa perlunya Gerakan keluar dari BN.

Buat masa sekarang, kita hanya bertempur dengan Umno. Umno masih bertaring meskipun taringnya semakin tumpul semenjak Pilihanraya Umum yang lalu. Taring mereka kini hanya diasah oleh jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai termasuk media bawah kawalan mereka. Pemimpin mereka tidak lagi berani berdepan dengan pemimpin kita secara berdepan. Namun harus kita ingat dengan jentera yang mereka kuasai, mereka mampu mengatur pelbagai strategi jahat termasuk konspirasi terhadap pimpinan kita. DS Anwar telah pun menjadi mangsa, begitu juga Tuan Guru Nik Aziz. Di dalam masa yang sama rakyat telah mula digula-gulakan agar Umno dilihat seperti juara pembela rakyat.

PR perlulah bangkit menyerang dengan segala kekuatan yang ada. Sikap bertahan atau menunggu arahan pucuk pimpinan untuk bergerak akan memberi ruang kepada Umno untuk mempengaruhi rakyat dengan agenda mereka. Kaedah kempen melalui ceramah sebenarnya masih releven asalkan kita berupaya melakukan teknik atur cara ceramah yang lebih profesional. Tenaga penceramah mestilah terdiri dari mereka yang mampu berpidato dengan baik beserta mampu membawa hujah yang meyakinkan. Bagi saya sendiri, saya akan hadir ceramah apabila yang datang berceramah itu terdiri dari mereka yang mempunyai kualiti di dalam setiap ceramahnya. Tentukan setiap program ceramah yang ingin diadakan mestilah sekurang-kurangnya seorang penceramah yang berkualiti dipanggil. Ini akan dapat menarik orang ramai untuk mendengar ceramah yang dijalankan.

Adalah lebih berkesan jika kita mengadakan ceramah di mana terdapatnya kubu kuat Umno. Memang diakui agak sukar untuk mengadakan ceramah pada waktu ini dengan berbagai halangan dan rintangan dari ejen-ejen mereka, tetapi kita hendaklah mempunyai strategi dengan plan alternatif yang lain agar program tetap dapat dijalankan. Kaedah lain juga harus dipraktikkan seperti pengedaran risalah-risalah ke setiap pintu rumah dan setiap meja di warung-warung kopi. Kepada DAP khususnya, mereka hendaklah mengambil kesempatan yang ada dengan keributan yang berlaku di dalam MCA untuk menambah sokongan masyarakat Cina kepada PR.

Bagi pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP pula mereka hendaklah menunjukkan komitmen untuk terus bekerjasama. Jauhi dari sifat mementingkan parti masing-masing atau menunjukkan ketidakbijaksanaan selaku pemimpin. Jangan terlalu bergantung kepada DS Anwar untuk terus menyerang Umno/Bn, pemimpin lain juga perlu mencari sasaran mereka. Umno kini terlalu banyak bocor di sana sini dan mereka tidak lagi mampu untuk lindunginya. Tugas pemimpin PR sepatutnya lebih mudah kerana terlalu banyak isu dan kebusukan yang dilakukan oleh Umno/Bn terutamanya di bawah rejim Najib ini./wfauzdin.blogspot.com

EZAM TUDUH ANWAR, ANWAR PULA DISURUH BERSUMPAH...BIOL SUNGGUH!!

Tuesday, March 16, 2010

Cuba baca di sini. Semenjak bertuankan Umno, apa yang tak Ezam cakap terhadap Anwar? Dulu dia kata Anwar pengkhianat Melayu, ejen Amerika, tidak bermoral dan terbaru perasuah lah pulak. Lepas tu, mamat kuat bersumpah ni kata dia keluar dari KeADILan kerana nak pertahankan agama Islam, sebab tu masuk Umno. Ertinya Umno tu pertahankan Islam. Dia ingat kita lupa ke apa yang dia kata semasa dia umum masuk Umno dulu. Dia kata dia nak berjuang basmi rasuah dalam Umno untuk bantu Pak Lah yang kununnya nak memerangi rasuah.

Sebab dia keluar dari KeADILan juga adalah kerana dia tidak lagi percaya kepada Anwar kerana Anwar tidak lagi berjuang mempertahankan asas Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan itu apabila Anwar menolak DEB. Cuba kita dengar kembali ceramah-ceramah Ezam semasa beliau berkempen di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu. Anwar pengkhianat Melayu, Anwar ejen Amerika dan Anwar tidak bermoral, itulah intipati ceramah Ezam setiap malam. Semuanya itu tidak laku di Permatang Pauh, bahkan Anwar menang besar di situ.

Ezam tidak putus asa. Pilihanraya Kecil di K. Terengganu Ezam, walaupun calon PAS yang bertanding, Ezam tetap nak serang Anwar kerana beliau terasa teramat malu bila kempennya di Permatang Pauh ditertawakan orang. Di Kuala Terengganu, mamat ni memberi amaran kununnya nak buat pendedahan paling gempar. Rahsia besar ini jauh lebih gempar dari cerita 6 kotak rasuah. Tunggu punya tunggu, Ezam pun dedahkan berita gempar tersebut. Apa beritanya? Rupa-rupanya Ezam bawa sekeping kertas berupa surat tulisan tangan Anwar pada Mahathir. Dia ingat lepas pendedahan tu, malu besarlah Anwar. Rakyat di K. Terengganu terpinga-pinga kerana mereka lihat tiada rahsia besar pun dalam kandungan surat itu. Sekali lagi Ezam ditertawakan dan K. Terengganu dimenangi oleh PAS dengan bergaya. Lepas tu, Ezam lari ke Indon, bertapa untuk hilangkan malunya.

Apabila DS Anwar difitnah lagi kali ini, Ezam rasa ada peluang untuknya menangguk di air keruh untuk memalukan Anwar. Maka, berpusinglah dia seluruh negeri berceramah dengan tajuk yang kununnya boleh menarik perhatian ramai iaitu `Membongkar Rahsia' dan tentunya rahsia Anwar. Bukan rahsia rasuah atau rahsia hilang injin jet mahu pun rahsia pembunuhan Altantuya. Itu semua tak penting lagi buat Ezam. Yang penting Anwar mesti `dimatikan' dalam politik walau dengan apa cara sekalipun. Terbukti sudah, masuknya Ezam dalam Umno bukan untuk basmi rasuah, bukan untuk lakukan reform dan bukan untuk perjuangan Islam. Ezam berada dalam Umno adalah kerana DS Anwar masih hidup dan DS Anwar adalah pemimpin agung yang mesti dimusnahkan.

Terbaru lagi, kununnya gempar lagi berita yang dibawa oleh Ezam. DS Anwar perasuah dan kali ini dikaitkan sekali dengan isterinya DS Wan Azizah. Ezam dakwa berbelas projek diberikan tanpa tender dengan harga berbilion ringgit semasa DS Anwar menjadi Menteri Kewangan. Zaman DS Anwar langsung tiada tender. Wah..jahatnya DS Anwar. Tentu DS Anwar dan anak beranaknya kini kaya raya dan mungkin anak-anak beliau sebenarnya berada di dalam `ranking' paling tidak 10 terkaya di Malaysia. Peliknya, tiada pun nama anak beranak dan kaum kerabat DS Anwar yang tersenarai. Mungkin laporan akhbar tersebut tersilap kerana tidak memasukkan nama anak beranak DS Anwar di situ. Bodohlah DS Anwar nak kayakan orang lain daripada anak beranaknya.

Paling menggelikan kita ialah Ezam seperti budak-budak berhujah. Dia yang tuduh DS Anwar rasuah dan amalkan kronisma, DS Anwar pula yang dia suruh bersumpah. Sudah semakin bebal mamat ni. Susah sangat ke Ezam nak laporkan kepada SPRM kalau dah dia kata dia ada bukti? Bukankah semasa di dalam KeADILan, Balai Polis dan Pejabat SPR ketika itu adalah tempat mainan Ezam sahaja? Ada bukti, lapor sajalah. Buat apa melalak melolong macam orang gila talak? Dia ingat DS Anwar nak layan ke orang yang macam gila talak ni? Kalau benar atau betul apa yang Ezam dakwa itu, sudah lama DS Anwar masuk sangkar besi dan tidak payah lah musuh-musuh DS Anwar nak cipta berbagai fitnah yang tak masuk akal tu untuk kenakan DS Anwar. Semua fail dan rekod dalam Kementerian Kewangan sudah cukup untuk mendakwa DS Anwar jika benar ada penyelewengan.

Kita masih ingat semasa di dalam debat isu minyak di antara DS Anwar dengan Shabery Cheek, DS Anwar mencabar kerajaan semak di dalam rekod dan fail jika ada sebarang salahguna kuasa atau rasuah yang beliau lakukan sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Kita tahu benar perangai mamat sekor ni. Dia sengaja buat provokasi agar DS Anwar melayani cerita bodoh beliau itu dan beliau akan dilihat seperti jaguh di dalam Umno. Ezam silap. DS Anwar tidak sebodoh pemimpin parti yang disembahnya sekarang. Sekali lagi kita ulangi, kita cabar pula Ezam, kalau dia ada bukti, ayuh, kemukakan kepada SPRM walaupun berkotak-kotak. Tapi kita tahu, Ezam tidak akan berbuat demikian kerana beliau lebih suka simpan kotak-kotak itu untuk buat koleksi./mandor.blogspot

Selasa, 16 Mac 2010

PARLIMEN - NAJIB MEMBISU BILA DISEBUT PASAL ALTANTUYA DAN SAIFUL

Selasa, Mac 16, 2010

Oleh Clara Chooi dan Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Bahang sidang baru Parlimen dirasakan pagi ini dengan wakil Barisan Nasional dan pembangkang bertikam lidah berhubung konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak dan Malaysia Sederhana oleh DAP.

Pertikaman lidah bermula apabila Najib menyifatkan konsep Malaysia Sederhana atau ‘Middle Malaysia’, yang diperkenalkan DAP pada persidangan kebangsaannya di Ipoh baru-baru ini, sebagai satu penjenamaan semula konsep “Malaysian Malaysia”.

“Malaysian Malaysia adalah satu kegagalan. Apabila sesuatu gagal, apa lagi harus dilakukan selain menjenamakan semula (konsep),” kata beliau dengan senyuman di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau menambah pengenalan Malaysia Sederhana hanya satu respons pembangkang kepada konsep 1 Malaysia.

“Saya merasakan usaha untuk memperkenalkan Malaysia Sederhana hanya satu reaksi kepada 1 Malaysia.

“Selepas 1Malaysia semakin pupopular tiba-tiba ada usaha ini untuk mewujudkan satu lagi konsep atas nama Malaysia Sederhana,” katanya.

“Tetapi kita tahu bahawa ia hanya satu penjenamaan semula Malaysian Malaysian,” katanya.

Ketika penyokong Pakatan Rakyat memperli responsnya Najib yang juga Presiden Umno berkata , “malah Malaysia Sederhana tidak berasaskan Perlembagaan ataupun sejarah negara.”

“Malaysia Sederhana hanya slogan pembangkang dan datang dengan retorik tetapi 1Malaysia pula datang dengan tindakan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” katanya.

Isu 1 Malaysia muncul apabila Perdana Menteri ditanya oleh Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) agar menjelaskan kejayaan konsep dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dengan tenang memberitahu Dewan Rakyat konsep 1 Malaysia adalah satu konsep yang ditiru dan menambah bahawa sebelum Perdana Menteri bercakap tentang perpaduan kebangsaan dan prestasi untuk rakyat, Najib perlu membersihkan dirinya.

Di sebalik protes daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Karpal Singh berkata pentadbiran Najib dicemari dengan beberapa perkara iaitu kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu, isu bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim Saiful Bukhari Azlan dan pegawai khas Najib Datuk Nasir Safar.

“Najib dikaitkan dengan semua kejadian ini. Beliau perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menambah Nasir tidak menunjukkan semangat 1Malaysia diperkenalkan Najib apabila membuat kenyataan rasis baru-baru ini.

Najib enggan mengulas rujukan Karpal berkaitan dengan Altantuya dan Saiful tetapi mengatakan bahawa Nasir telah diberhentikan sejak mengeluarkan kenyataannya.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) bangun untuk mengadu bahawa soalannya berkaitan dengan 1Malaysia telah ditolak.

“Bagaimana anda hendak menunjukkan semangat 1 Malaysia apabila soalan saya ditolak tanpa pertimbangan?” Katanya.

Lim berkata soalannya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri.

“Saya bertanya Menteri Dalam Negeri menjelaskan apa tindakan beliau hendak ambil terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian yang tidak bertindak selari dengan konsep 1Malaysia apabila menyiarkan laporan bias dan rasis bagi menggambarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu,” katanya.

themalaysianinsider

`FIRAUN-FIRAUN KECIL' KINI BERADA DI PARLIMEN

Oleh: WFAUZDIN NS

SIDANG Parlimen telah pun dibuka siang tadi dengan suasana yang berbeza khususnya di kerusi MP dari PR. Setelah proses pembersihan dan `samak' yang telah dilakukan, maka PR khususnya dari PKR kini dilihat lebih bersih dan suci dari dahulu. Proses `samak' atau menyucikan ini harus terus berjalan sehingga menjadikan parti ini lebih kuat dan dihormati oleh kawan dan pihak lawan.

Apabila sidang Parlimen ini mula berkumpul, kita dapat melihat aksi `firaun-firaun ' ini dengan selamba memasuki dewan, duduk di kerusi yang tidak berparti kemudiannya tersengeh bagaikan kerang busuk. Mereka tidak sedar di luar sana beribu malahan mungkin berjuta mulut sedang menyumpah seranah mereka kerana khianatnya kepada kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Sudah tentunya media-media pencacai akan memberikan perhatian dan tumpuan kepada `firaun-firaun ' ini kerana mereka sememangnya `makanan' buat media pencacai tersebut. Di dalam kumpulan itu terdapatnya `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru serta `firaun-firaun kecil' dan mereka ini diketuai oleh `raja katak emas' dari Pasir Mas.

Amat malang nasib pengundi-pengundi yang diwakili oleh puak-puak ini. Di antara mereka itu boleh dikatakan hanya dua ekor sahaja yang rajin bercakap di dalam dewan yang mulia itu. Mereka adalah `katak emas' dari Pasir Mas dan juga `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Manakala yang lain, jika kita lihat semenjak dari persidangan yang lalu bagaikan hadir semata-mata untuk makan elaun buta. Apatah lagi orang tua yang berkopiah putih yang menjadi Wakil Rakyat hasil dari usaha Ustaz Ahmad Awang. YB Azmin Ali pernah memberitahu orang tua ini langsung tidak pernah bangun berbahas di dalam dewan semenjak menjadi MP. Beliau hanya tahu angkat tangan bila rakan-rakan yang lain angkat tangan. Kalau begitulah `standard' beliau, lebih baik dahulu kita letakkan burung belatuk duduk di kerusinya itu.

Agak-agak kita apakah yang boleh dibahaskan oleh mereka ini? Apa yang pasti `firaun kecil' yang tidak tahu bercakap itu akan menjadi burung belatuk yang sebenar. Di sinilah letaknya malang yang menimpa pengundi-pengundi yang diwakili oleh mereka. Sudah lah dapat Wakil Rakyat yang tidak tahu apa-apa, pengkhianat pula. Di Parlimen ini nanti kita hendak dengar hujah dari `firaun besar' Kulim Bandar Baru tentang isu Kalimah Allah. Di luar beliau terbukti pengecut apabila dicabar oleh YB Khalid untuk berdebat tentang isu tersebut. Di Parlimen, beliau boleh berhujah pula dengan Ulamak atau Ustaz-Ustaz dari PAS jika beliau menganggap PKR tidak tahu tentang agama. Masalahnya, beranikah beliau berbuat demikian?

Tahniah kepada PAS dan DAP yang telah memberikan kepercayaan kepada DS Anwar menjadi Ketua Pembangkang walaupun puak-puak mereka amat berharap DS Anwar disisihkan. Apa yang menarik perhatian saya, kenyataan dari PAS yang menyatakan PAS bukan sahaja menyokong DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang, bahkan menyokong DS Anwar sebagai PM sekiranya PR berjaya menduduki Putrajaya. Kenyataan PAS ini amat `melukakan' hati dan jantung Umno. Apa yang berlaku ke atas DS Anwar tidak sedikitpun mempengaruhi PAS dan DAP kerana mereka tahu moral DS Anwar bukan seperti Chua Soi Lek yang ingin ditabalkan sebagai Presiden MCA itu. Maruah DS Anwar terletak kepada keadilan dan kebenaran yang diperjuangkannya, manakala maruah Umno kini hanya bergantung kepada `satu lubang' sahaja. Di mana pula letaknya maruah yang tidak berparti itu? Tiada, kerana sememangnya mereka langsung tidak bermaruah./wfauzdin.blogspot.com

EZAM MASIH BERDENDAM DENGAN ANWAR ?

Ezam masuk Umno semata-mata dendam kesumat pada Anwar....

Ezam memulakan serangan moral terhadap Anwar - adakah itu wajar?

Dalam laman web http://medan-info-kita.blogspot.com/2010/03/ezam-tegaskan-anwar-dua-alam-dia.html, Anwar dikatakan manusia dua alam – berkawan dengan ulama dari satu segi dan dan juga melakukan perkara-perkara yang memuaskan nafsu. Ezam hari ini menjadi pendekar UMNO yang menyerang Anwar habis-habisan. Ezam Mohd Nor seolah-olah mengakui kini Anwar Ibrahim terbabit dan sebenarnya bersalah atas semua tuduhan liwat – kalau dilihat dari apa yang dikatakan khususnya dalam laman di atas.

Setakat ini Ezam Mohd Nor dilaporkan akan hadir pada mana-mana tempat yang Anwar Ibrahim hadir untuk ceramah. Fokus beliau adalah Anwar Ibrahim. Tidak ada fokus lain kerana bagi Ezam mungkin Anwar adalah kunci utama yang dapat memecahkan Pakatan Rakyat dan akan memastikan UMNO kembali bersemarak bagai dahulu. Moral Anwar Ibrahim di hentam hebat oleh Ezam Mohd Nor dan laman penyokongnya. Tuduhan demi tuduhan, kenyataan demi kenyataan di buat oleh kumpulan penyokong Ezam yang hari ini menjadi kumpulan penentang Anwar Ibrahim. Serangan di buat habis-habisan namun layanan terhadap serangan beliau setakat ini tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim.

Sungguhpun begitu suara-suara Ezam ini akan tetap kedengaran – menentang dengan penuh amarah terhadap Anwar Ibrahim. Apakah implikasi serangan Ezam ini terhadap Anwar Ibrahim? Adakah ini akan menjadikan Anwar Ibrahim di tolak oleh pengikutnya atau pengikutnya semakin kuat rapat membelanya. Setahu saya kesalahan utama sebelum tercetusnya reformasi adalah serangan ekstrem terhadap Anwar Ibrahim khususnya sudut moralnya. Serangan dahsyat ini akhirnya hanya menampakkan Anwar Ibrahim sebagai mangsa politik.

Akhirnya akibat simpati yang terbit sokongan terhadap Anwar Ibrahim melebar dan bertambah - tercetuslah zaman REFORMASI yang Ezam sendiri akhirnya mengemudinya. Melihat pula serangan pada Dr Mahahtir – Dr Mahathir diserang dari sudut kezaliman terhadap Anwar Ibrahim – menggunakan semua jentera kerajaan untuk menghukum Anwar Ibrahim dan kesalahan dan tuduhan rasuah, kronisme dan nepotisme namun kesalahan dan hentaman moral sebagaimana Anwar Ibrahim di serang tidak di gunakan. Kegawatan UMNO juga adalah serangan terhadap kerajaan dan organisasi tersebut.

Melihat kepada keadaan tersebut sekiranya di perinci semula adakah Ezam Mohd Nor akan lebih merugikan UMNO dengan serangan terhadap moral Anwar Ibrahim? Satu persoalan yang perlu Ezam dan rakan-rakan penyokongnya sedar dan menganalisis semula. Adakah serangan moral Ezam akan menguntungkan UMNO atau hanya merapatkan kembali mereka yang sudah agak terpecah dalam reformasi? Adakah tidak akhirnya orang ramai akan hanya melihat Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlampau marah kepada Anwar Ibrahim atas alasan peribadi? /
umno-reform2

Nazree Yunus terus menyerang Ezam


Monday, 15 March 2010
Laporan yang di terima oleh www.umno-reform2.com mencatatkan Ezam Mohd Nor terus menerus di asak oleh Mantan Pengerusi Gerak, Nazree Yunus dalam ceramah beliau di Temerloh Pahang. Nazree yang dikatakan anak didik Ezam mengatakan sebelum ini pada PKR bahawa isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim akan disangkal oleh beliau. Ezam yang sebelum ini merupakan orang kuat Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah turut bersekongkol mengatakan Anwar Ibrahim memang terlibat dalam isu liwat.

Bagi Nazree, Ezam dalam ceramahnya masih tidak berani menyatakan dengan jelas pendirian beliau dalam isu liwat Anwar dan masih lagi bermain antara kata-kata dalam membuat tuduhan. Nazree mencabar Ezam untuk mengatakan dengan jelas dan tuduhan Ezam mengenai keislaman Nik Aziz Nik Mat dalam isu liwat Anwar Ibrahim adalah langkah terdesak untuk Ezam mencari populariti – tanpa menilai fakta yang ada di depan mata. Konspirasi tuduhan liwat amat jelas – katanya. Ezam bertindak hanya kerana emosi marah terhadap Anwar Ibrahim dan emosi ini boleh mengaburi hakikat yang ada – bahawa tuduhan liwat ini adalah tuduhan politik tanpa kejelasan.

Semua fakta jelas menunjukkan bahawa ini satu FITNAH JAHAT – dan fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak kecuali mereka yang dirabunkan dengna agenda politik semata-mata – kata beliau setelah dihubungi oleh www.umno-reform2.com. Menurut laporan yang di terima oleh kami, nampaknya Ezam akan berdepan dengan cabaran yang lebih getir bila anak didik beliau sendiri menolak dirinya bila isu mengenai Anwar – khususnya dalam isu tuduhan liwat ke-2 Anwar. Nazree terus mengemukakan cabaran mengenai sama ada Ezam ada berjumpa Anwar bagi menerangkan isu sebenar sebagaimana Ezam mencabar Nik Aziz bertemu Saiful.

Nazree dalam ceramahnya juga bertanyakan adalah Ezam sendiri pernah bertemu dengan Saiful – untuk isu tersebut. Apa pun bagi www.umno-reform2.com kemunculan Ezam bagi memulakan siri ceramah dengan tindakan seakan mengatakan Anwar Ibrahim terbabit dalam isu liwat hanya akan menyulitkan UMNO. Ini hanya akan menjadikan isu liwat itu nampak seakan di manipulasi oleh UMNO dan ini membuka ruangan untuk Pakatan Rakyat terus menerus membidas dan menuduh ia sebagai satu konspirasi jahat dan memperalatkan sistem perundangan.

UMNO sepatutnya jelas membiarkan kes ini sebagai satu kes antara Saiful dan Anwar Ibrahim namun tindakan beberapa pihak termasuk kepimpinan UMNO yang memberi komen mengenai isu ini memberi kesan negatif terhadap UMNO. Akhirnya kerajaan juga akan dikatakan terpalit dengan Fitnah Jahat ini./Umno-reform

Isnin, 15 Mac 2010

JOHOR, NEGERI SEMBILAN BAKAL KITA TAWAN, TETAPI TIDAK MELAKA

Oleh: WFAUZDIN NS

PERNAHKAH kita menjangka satu hari nanti Selangor akan dirampas oleh pembangkang? Mustahil jika difikirkan oleh akal kita memandangkan negeri tersebut begitu hebat kemajuan dan pembangunannya. Namun itu semua akhirnya mengajar kita betapa pembangunan dan kemajuan tidak cukup membuatkan rakyat bahagia. Bukan sedikit yang menderita di dalam sebuah negeri yang kaya raya. Kerajaan Firaun dahulu pun pun cukup kaya, tetapi berbahagiakah rakyat di bawah pemerintahan Firaun?

Kuasa Allah tidak menjangkau fikiran kita, akhirnya Umno/Bn terpaksa menyerahkan negeri terkaya itu kepada PR yang diterajui oleh PKR. Setelah PR mengambil alih, baru kita ketahui rupa-rupanya di sebalik kekayaan negeri tersebut sewaktu diperintah oleh Umno/Bn terlalu banyak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa yang disembunyikan oleh pemerintah ketika itu. Maka sebab itulah agaknya semakin lama semakin ramai mula menyedari betapa rakyat Selangor selama ini dipergunakan demi mempertahankan kuasa mereka. Akhirnya rakyat bangkit meruntuhkan kerajaan Umno/Bn itu.

Siapa boleh beri jaminan bahawa Johor yang dikatakan negeri terlalu kuat Umno nya itu tidak akan berjaya dirampas oleh PR ? Saya percaya setelah apa yang berlaku kepada Selangor dan Perak khususnya, tiada siapa berani beri jaminan Umno/Bn akan kekal memerintah Johor. Perkembangan terbaru di Johor dilihat semakin menghampirkan rakyat Johor mengenali PR. Umno di Johor tidak lagi sehebat dahulu dan MB nya pun sekarang mulai merasa panasnya Umno ketika ini. Kita sendiri jarang melihat wajah MB Johor di kaca TV dan media arus perdana sejak kebelakangan ini. Tidak dapat disembunyikan lagi hubungan MB negeri tersebut dengan TPM iaitu anak Johor juga agak renggang. Suara tokoh-tokoh Umno Johor juga seolah-olah hilang dari arus perdana. MCA bagaikan tiada lagi kekuatan di situ akibat perebutan kuasa di dalam partinya. PR kini mula memperluaskan pengaruhnya dan PAS telah pun mula mendapatkan tapaknya di Dun negeri tersebut.

Kehadiran DS Anwar baru-baru ini ke Johor menambahkan lagi semangat PR di Johor. Kehadiran ramai orang yang mendengar pidato Ketua Pembangkang tersebut merupakan sejarah baru di Johor. Baru-baru ini perjumpaan DS Anwar bersama rakyat di sebuah restoren di Johor, mereka melakukan sabotaj dengan memotong bekalan letrik. Tetapi atas kekuatan semangat penyokong yang bertindak pantas, mereka terpaksa menyambung kembali bekalan letrik tersebut. Begitulah hebatnya pengaruh DS Anwar di saat beliau difitnah.

Begitu lah juga keadaan yang berlaku di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat Perpatih ini. DAP agak biasa di Negeri Sembilan, tetapi terfikirkah oleh kita PAS juga berjaya memasuki Dun di Negeri Sembilan? Kehadiran DS Anwar baru-baru ini sudah cukup menggambarkan betapa harapan kita cerah untuk melihat negeri ini akan diperintah oleh PR pada Pilihanraya Umum akan datang. Kehadiran melebihi 20 ribu orang di tengah-tengah hujan lebat bagi mendengar amanat DS Anwar di dalam program `Halilintar Ke Putrajaya' amat merimaskan Umno/Bn di negeri ini. Rupa-rupanya program `Juara Rakyat' tidak mampu untuk memperbodohkan rakyat lagi. Pembangunan di negeri tersebut kebanyakannya tertumpu di bandar, manakala di kampung-kampung masih ketinggalan. Jika kita pergi ke Jelebu contohnya, kita akan lihat daerah ini terlalu jauh ketinggalan walau pun MP Jelebu adalah Rais Yatim seorang Menteri dalam kabinet 1 Malaysia. Anda dikira bertuah jika berjumpa bas pengangkutan awam yang lalu di kawasan kampung satu jam sekali. Masalah kesukaran bas bukan masalah baru di kampung-kampung dalam daerah Jelebu.

Saya penuh yakin, dua negeri ini akan berjaya di`takluk' oleh PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Secara jujur juga, saya akui negeri yang agak sukar ditawan oleh PR di dalam pilihanraya nanti adalah Melaka. Biar pun kita ketahui KM Melaka pernah disabitkan dengan politik wang di dalam Umno, tetapi rakyat Melaka kebanyakkannya tidak memandang itu masalah yang besar bagi mereka. Kelebihan KM Melaka sekarang adalah bijak `membuta'kan mata rakyat Melaka dengan pembangunan termasuk di kampung-kampung. Usaha lebih kuat perlu dilakukan oleh PR bagi menyelamatkan rakyat Melaka dari terus ditipu oleh Umno/Bn. /wfauzdin.blogspot.com

ORANG TANYA PASAL DEBAT, DIA LARI TAJUK PASAL ANWAR PULAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TIBA-TIBA pula YB Zul sibuk pasal mengapa DS Anwar masih duduk di kerusi Ketua Pembangkang. Kununnya DS Anwar tiada moral politik apabila terus berada di kerusi tersebut meskipun kesemua pimpinan PR menyokong DS Anwar memimpin mereka. Mungkin YB Zul ni masih bermimpi bahawa beliau adalah MP PKR lagi. Beliau kena insaf hakikat bahawa beliau bukan lagi ahli PKR dan beliau juga kena terima hakikat bahawa beliau bukan lagi Wakil Rakyat pilihan pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru. Pengundi-pengundi pilih beliau dulu adalah kerana parti yang diwakilinya, itu YB Zul kena terima hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, beliau sepatutnya cermin diri dahulu sebelum minta DS Anwar undur diri sebagai Ketua Pembangkang. Jika beliau benar-benar anak jantan, kita cabar beliau letakkan jawatan dan taja seorang penyokong kuat beliau untuk bertanding mewakili beliau, dan PKR hanya sekadar letak Ketua Ranting parti tersebut untuk menentangnya. Lepas itu, YB Zul bolehlah nak menyalak siang malam, dan sebutlah berapa banyak kali pun perkataan `firaun kecil' di dalam kempennya nanti. Kita akan saksikan nanti samada pengundi-pengundi akan bersamanya atau tidak. Jika beliau tidak hilang deposit pun dikira hebatlah.

Apa kisah cabaran debat oleh YB Khalid tu Yob oii.....!! Kalau dah rasa takut nak berdebat, YB Zul bolehlah minta letakkan syarat-syarat apa yang patut agar debat ini akhirnya gagal diadakan. YB Zul boleh letak syarat agar semua yang menghadiri debat ini nanti adalah para-para Ulamak Muktabar dunia atau tok-tok mufti. Paling tidak pun YB Zul boleh jemput Najib atau Rosmah jadi pengadil debat ini untuk menentukan mana satu yang betul. Nampaknya YB Zul terus membisu pasal debat yang diminta oleh YB Khalid. Kalau dengan YB Khalid pun YB Zul dah kecut perut, jangan jadi gila nak mengajar PAS tentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 14 Mac 2010

CUKUP BUDAK NAZREE NI YANG JAWAB HUJAH EZAM SESUMPAH

www.umno-reform2.com
telah disarankan oleh para pelayar untuk mendapatkan reaksi

Nazree Yunus, Bekas Pengerusi Gerak yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat mengenai komen Ezam Mohd Nor dalam www.agendadaily.com. Dalam www.agendadaily.com – EZAM MOHD NOR telah mempertikaikan keislaman Nik Aziz dalam isu liwat Anwar – satu pertikaian yang besar. www.umno-reform2.com telah menghubungi Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak setelah kami mendapat makluman bahawa serangan bekas Pengerusinya yang pertama Ezam Mohd Nor telah pun bermula. Apakah Nazree Yunus menyokong usaha-usaha itu atau beliau akan berada di sisi DSAI bagi mempertahankan serangan tersebut? Bagaimana pula pandangan Nazree Yunus terhadap kecaman Ezam Mohd Nor terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Nazree Yunus telah menjawab persoalan kami bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ezam Mohd Nor mengecam Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan DS Anwar Ibrahim. “ Saya sama sekali tidak bersetuju dengan serangan serta kecaman Ezam terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.” Kata beliau tegas apabila ditanya tentang pandangannya terhadap isu itu.

Beliau juga menambah bahawa jika Ezam mempertikaikan persoalan apakah Nik Aziz telah berjumpa Saiful ataupun tidak maka Ezam juga harus ditanya, apakah beliau pernah bertemu dengan Saiful ataupun tidak? Saya ingin menegaskan bahawa jika Ezam mempersoalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah bertemu ataupun tidak dengan Saiful, saya mahu tanya kepada Ezam, apakah beliau telah bertemu dengan Saiful?

Jika beliau telah bertemu Saiful maka apakah bukti yang telah Saiful berikan kepada beliau untuk mengesahkan perkara itu berlaku sehingga Ezam begitu yakin untuk membicarakan soal kebenaran kejadian itu dan mempersoalkan sokongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap DS Anwar Ibrahim?

Bilakah Ezam berjumpa Saiful? Sebelum atau selepas Saiful membuat laporan polis berhubung beliau diliwat? Ini saya mahu beliau jawab!.” soal Nazree Yunus apabila diminta membuat komentar berkaitan kecaman Ezam terhadap Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. “Ezam tidak wajar mempertikaikan keIsalaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apakah Ezam benar-benar tahu akan kebenaran tersebut?

Jika menurut Ezam dalam Islam kita perlu mendengar kedua-dua belah pihak, apakah Ezam telah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mendengar penjelasan daripadanya? Saya rasa beliau pun tidak bertemu dengan DS Anwar Ibrahim, jadi macam mana beliau boleh pertikai kedudukan ulama besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menyokong DS Anwar Ibrahim?” Permulaan proses pendakwaan juga telah pincang apatah lagi ini tuduhan liwat kedua terhadap DS Anwar Ibrahim, rakyat tidak boleh menerima tuduhan ini.” Tegas Nazree Yunus.

“ Kita wajar menyerahkan perbicaraan ini kepada mahkamah, namun bagi saya, proses pengadilan mahkamah itu perlu bersifat adil dan dilihat adil. Jika proses pendakwaan dilihat tidak adil maka inilah yang menyebabkan rakyat melihat adanya campur tangan politik atau konspirasi politik dalam pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim. Persepsi ini bukan oleh saya seorang bahkan seluruh rakyat Malaysia memakluminya.” Jawab Nazree Yunus. DS Anwar Ibrahim wajar diberikan ruang pembelaan yang secukupnya. Bukti-bukti bersabit perlu diberikan kepada tertuduh untuk membuat pembelaan. Rakyat dapat menilai kepincangan proses mahkamah dalam perbicaraan kes liwat ini. Untuk makluman semua sedia maklum bahawa bahan bukti kes tidak diberikan sepenuhnya dalam kes ini terhadap tertuduh, tayangan video CCTV yang ditayangkan di mahkamah juga hanya sebahagian yang dapat dipaparkan kerana kerosakan teknikal dan juga kes bertangguh ke 25 Mac ini kerana hakim yang telah memohon penangguhan.

Ditanya apakah beliau juga akan round satu Malaysia untuk jawab tuduhan Ezam. “Insyallah saya juga akan round satu Malaysia untuk jawab kecaman Ezam tersebut terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi kebenaran dan keadilan rakyat.”

Sumber: Seriiskandar.wordpress

KES SERBAN, TIDAK SENSITIFKAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

KES remaja sekolah pondok di Kelantan yang telah disaman oleh pihak Polis kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal, sebaliknya memakai serban kini menjadi perhatian terutamanya bagi umat-umat Islam yang beriman dengan Allah dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Biarpun dikatakan isu remeh kerana pemakaian serban dikatakan hanya Sunnah bukannya wajib bagi umat Islam, sedangkan pemakaian helmet sewaktu menunggang motosikal adalah WAJIB, kecuali bagi para Haji, Hajjah dan juga Lebai termasuk penganut Justify Fullagama Sikh.

Sekarang menjadi pertikaian adalah apakah remaja yang terlibat itu dari golongan yang tersebut di atas? Kita biarkan pihak-pihak berkenaan berhujah dan biarkan hakim yang bijaksana untuk membuat keputusan. Apa pun jua keputusan di dalam kes ini nanti akan menjadi tumpuan ramai terutamanya bagi mereka yang sensitif dengan hukum hakam Islam. Cuma yang menjadi pelik dan hairan sedikit ialah di mana kumpulan, NGOs dan individu yang selama ini lantang bertegang urat kununnya memperjuangkan Islam? Mungkin mereka tiada masa untuk memberikan kenyataan jauh sekali untuk berkumpul menyuarakan sokongan kepada golongan yang cintakan Islam. Mereka cuma sempat melalak di P.Pinang baru-baru ini bagi membantah kununnya kerajaan Negeri P.Pinang ingin membatalkan perarakan Maulidur Rasul. Di dalam kes ini di mana mereka? `Tokoh Islam' dari Pasir Mas sanggup datang ke P.Pinang untuk menunjukkan betapa beliau cukup lantang dan berani untuk perjuangkan Islam. Kes serban ini berlaku di Kelantan, dan Pasir Mas berada di Kelantan. Di mana `katak emas' itu?

Saya masih menaruh kepercayaan kepada kehakiman di negara kita yang dikatakan negara Islam ini. Mustahil agama Islam tertindas di negara Islam. Melayu boleh hilang di dunia, tapi Islam tetap kekal hingga ke Akhirat./wfauzdin.blogspot.com

Azean tak percaya anaknya mengedar dadah

Mar13,2010


KUALA LUMPUR, 12 Mac [8.00 pm] - Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. "Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya. Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000. Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis. Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah. Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya. Hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu. Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.



Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan. “Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya. Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. “Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. “Lagipun Kak Yan ‘Google’ (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

CiLiK©: Memanglah tak kurus sebab dia mengedar. Biasanya pengedar tak isap Dadah kot.

Sumber: Milosuam