RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Mac 2010

PENCERAMAH BERKUALITI PENTING BUAT PR

Oleh: WFAUZDIN NS

PAKATAN RAKYAT tidak lagi boleh berehat buat masa ini sehingga menjelang Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Mulai sekarang kita telah dapat menghidu bentuk provokasi dan stretegi dari pihak musuh terutamanya Umno. Mungkin kita boleh menarik nafas agak lega kerana parti komponen BN iaitu dari MCA dan MIC tidak lagi bertaring apatah lagi di kalangan mereka sendiri pun mulai merasa betapa menyesalnya mereka berada di dalam BN. Tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin mereka terlalu banyak `hutang' dengan Umno dan kerajaan, mereka sanggup bertahan buat ketika ini. Ketua Pemuda Gerakan sendiri mulai merasa betapa perlunya Gerakan keluar dari BN.

Buat masa sekarang, kita hanya bertempur dengan Umno. Umno masih bertaring meskipun taringnya semakin tumpul semenjak Pilihanraya Umum yang lalu. Taring mereka kini hanya diasah oleh jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai termasuk media bawah kawalan mereka. Pemimpin mereka tidak lagi berani berdepan dengan pemimpin kita secara berdepan. Namun harus kita ingat dengan jentera yang mereka kuasai, mereka mampu mengatur pelbagai strategi jahat termasuk konspirasi terhadap pimpinan kita. DS Anwar telah pun menjadi mangsa, begitu juga Tuan Guru Nik Aziz. Di dalam masa yang sama rakyat telah mula digula-gulakan agar Umno dilihat seperti juara pembela rakyat.

PR perlulah bangkit menyerang dengan segala kekuatan yang ada. Sikap bertahan atau menunggu arahan pucuk pimpinan untuk bergerak akan memberi ruang kepada Umno untuk mempengaruhi rakyat dengan agenda mereka. Kaedah kempen melalui ceramah sebenarnya masih releven asalkan kita berupaya melakukan teknik atur cara ceramah yang lebih profesional. Tenaga penceramah mestilah terdiri dari mereka yang mampu berpidato dengan baik beserta mampu membawa hujah yang meyakinkan. Bagi saya sendiri, saya akan hadir ceramah apabila yang datang berceramah itu terdiri dari mereka yang mempunyai kualiti di dalam setiap ceramahnya. Tentukan setiap program ceramah yang ingin diadakan mestilah sekurang-kurangnya seorang penceramah yang berkualiti dipanggil. Ini akan dapat menarik orang ramai untuk mendengar ceramah yang dijalankan.

Adalah lebih berkesan jika kita mengadakan ceramah di mana terdapatnya kubu kuat Umno. Memang diakui agak sukar untuk mengadakan ceramah pada waktu ini dengan berbagai halangan dan rintangan dari ejen-ejen mereka, tetapi kita hendaklah mempunyai strategi dengan plan alternatif yang lain agar program tetap dapat dijalankan. Kaedah lain juga harus dipraktikkan seperti pengedaran risalah-risalah ke setiap pintu rumah dan setiap meja di warung-warung kopi. Kepada DAP khususnya, mereka hendaklah mengambil kesempatan yang ada dengan keributan yang berlaku di dalam MCA untuk menambah sokongan masyarakat Cina kepada PR.

Bagi pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP pula mereka hendaklah menunjukkan komitmen untuk terus bekerjasama. Jauhi dari sifat mementingkan parti masing-masing atau menunjukkan ketidakbijaksanaan selaku pemimpin. Jangan terlalu bergantung kepada DS Anwar untuk terus menyerang Umno/Bn, pemimpin lain juga perlu mencari sasaran mereka. Umno kini terlalu banyak bocor di sana sini dan mereka tidak lagi mampu untuk lindunginya. Tugas pemimpin PR sepatutnya lebih mudah kerana terlalu banyak isu dan kebusukan yang dilakukan oleh Umno/Bn terutamanya di bawah rejim Najib ini./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. bro, jgn dikejar tak dapat, dikendong berciciran..

    kau ni spin citer la..PR yg kian lemah kau ckp UMNO yg lemah..lompat2 tu sape?

    nak buat ceramah kat kubu UMNO boleh, tp jgn langgar mati rakyat2 kat sane bawk keta laju2 ye? pastu jgn lupa buat ceramah kat kubu kuat sendiri ya..

    hahahaa

    BalasPadam
  2. lagi byk lompat lg btambah kuat pasal yg mlompat tu semua nk kpd kbendaan. Kemalangan tu biasa la asal jgn raba anak gadis org mcm MP Rompin tu, jgn kasi bunting anak gadis Mlayu cam kes Rahim tambi Chik tu, Yb anak dara mati tersorok dlm almari kat dlm pej Umno di Tganu tu.....dan kaki rasuah tu...

    BalasPadam