RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 18 Mac 2010

TUDUHAN ZAHRAIN, AMK CABAR BERDEBAT

March 18, 2010

Oleh Muhammad Faizal Zakaria

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Zahrain terhadap Ketua Umum KEADILAN semalam sesuatu yang cukup biadap dan ia mengambarkan sikap dan peribadinya yang sebenar.

"Pendedahan ini bagi saya sangat kurang ajar dan cukup biadap, saya mencabar Zahrain bagi membuktikan skrip yang dikemukakan itu adalah darinya sendiri. Apa yang saya tahu skrip tersebut disediakan oleh Umno, apa yang kita tahu sebelum ini beliau tidak pernah mengeluarkan alasan tersebut.

"Tuduhan yang dikemukakan oleh beliau itu adalah bukan satu tuduhan atas dasar atau polisi, tuduhannya adalah rekaan cerita yang dibuat bagi menuduh kita berlaku zalim kepada rakyat. Kita memang bersungguh untuk mengambil alih negara pada 16 September dalam membela hak rakyat.

"Kita lihat sebelum 16 September Barisan Nasional telah mengambil tindakan dengan meyerang kita dengan melempar segala fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Shamsul menyifat BN telah menggunakan tindakkan yang tidak demokratik dengan mengambil tindakan menahan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN takut untuk mengambil tindakan keluar parti.

"Saya tegaskan disini kita tidak pernah mendengar maklumat yang dikatakan Zahrain dan inilah kali pertama mendengar daripada di dalam Parlimen dan saya percaya teks ini telah disediakan oleh BN untuk menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin lain.

"Bagi saya ini bukan perkara yang remeh dan Zahrain menggunakan Parlimen dalam menaikkan profilnya. Saya sekali lagi mencabar Zahrain berdepan dengan AMK agar membuktikan apa yang beliau katakan itu betul bersama bukti-bukti yang ada," tegasnya lagi

Beliau menjelaskan rakyat boleh menilai tindakan Zahrain yang keluar parti lebih-lebih lagi pengundinya di Bayan Baru yang tahu masalah sebenar beliau hadapi dan juga skandal berkenaan syarikat RM2 bagi tender Bukit Jambul Country Club./Kerabubersuara.blogspot

9 ulasan:

  1. Pirah mabuk...
    Hidup dgn berdebat boleh kasi org makan ker?

    Hidup la korang ngan aljuburi tu...beratur ambik nombor giliran...hahahaha

    Kuantan Jugak cakap..

    BalasPadam
  2. nak tengok pulak skrip AMK...siapa MP BN yang nak lompat...tengok sama atau ada o0rang lain tulis?

    BalasPadam
  3. eee...siketot kencing dlm seluar! pooodah...asek nk berdebat..cermin la muke lu dulu..kau jwb la dulu pasal ape aljuburi lari keluar dewan? tau takut

    BalasPadam
  4. takut apa kalau mu betul,kalau tak betul cerita zahrain,saman jer...kalau dah penipu,semua orang dia tipu....piraaaahhh

    BalasPadam
  5. Jgn jadi bodoh, kalau Zahrain betul takut apa tak mahu kasi Anwar laluan nk berhujah dgn dia? Nk suruh Anwar dgr jer dia merepek sorang2? Naik Anwar dok kuar drpd dgr dia bcakap sorang2. Kalau berani nape takut berdebat dgn cabaran AMK tu? Pasal saman ? Jgn jadi bodoh....Pembangkang lebih suka berhujah dgn fakta buat apa saman menyaman lg pun Zahrain tu mana ada duit nk byr saman...kalau ada duit byk tak le minta ngan Lim Guan Eng projek...

    BalasPadam
  6. hahahaahahahah..da kantoi buat la cara kantoi..

    BalasPadam
  7. knapala ada puak2 umngok yg masih buta hati dan bodoh serba serbi mcm otak x berfungsi...klu kite ni rasa btul bila berhujah bg laluan utk org tanya mcm anwar selalu berhujah siap bg laluan sapa nk tanya..ada la 2 3 org bn yg sengal cuba tanya tp tersengih bodohla kena blk hujah anwar...zahrin ada brani???ckp mcm org bodo srg2 xnk bg laluan..nape la otak2 korang umngok ni jd karat mcm bn yg bakal jd karat

    BalasPadam
  8. TO' KUN BKT MERTAJAM19 Mac 2010 pada 11:10 PG

    SIKETOT NEI MABOK TODI..

    ASYIK JD PENGAMPU..APA YG DIA BLH DEBAT? SEMASA DLM DEWAN LARI DILUAR MINTA DEBAT ...NGOK!

    BalasPadam
  9. mampus dlm debatlah puak mu....kerja tak buat...org buat mu kata tak betul...yg banyak cebok puak mu,tak cukup cebok pitih,mu cebok punggung...wa wa wah.......

    BalasPadam