RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Mac 2010

PARLIMEN - NAJIB MEMBISU BILA DISEBUT PASAL ALTANTUYA DAN SAIFUL

Selasa, Mac 16, 2010

Oleh Clara Chooi dan Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Bahang sidang baru Parlimen dirasakan pagi ini dengan wakil Barisan Nasional dan pembangkang bertikam lidah berhubung konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak dan Malaysia Sederhana oleh DAP.

Pertikaman lidah bermula apabila Najib menyifatkan konsep Malaysia Sederhana atau ‘Middle Malaysia’, yang diperkenalkan DAP pada persidangan kebangsaannya di Ipoh baru-baru ini, sebagai satu penjenamaan semula konsep “Malaysian Malaysia”.

“Malaysian Malaysia adalah satu kegagalan. Apabila sesuatu gagal, apa lagi harus dilakukan selain menjenamakan semula (konsep),” kata beliau dengan senyuman di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau menambah pengenalan Malaysia Sederhana hanya satu respons pembangkang kepada konsep 1 Malaysia.

“Saya merasakan usaha untuk memperkenalkan Malaysia Sederhana hanya satu reaksi kepada 1 Malaysia.

“Selepas 1Malaysia semakin pupopular tiba-tiba ada usaha ini untuk mewujudkan satu lagi konsep atas nama Malaysia Sederhana,” katanya.

“Tetapi kita tahu bahawa ia hanya satu penjenamaan semula Malaysian Malaysian,” katanya.

Ketika penyokong Pakatan Rakyat memperli responsnya Najib yang juga Presiden Umno berkata , “malah Malaysia Sederhana tidak berasaskan Perlembagaan ataupun sejarah negara.”

“Malaysia Sederhana hanya slogan pembangkang dan datang dengan retorik tetapi 1Malaysia pula datang dengan tindakan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” katanya.

Isu 1 Malaysia muncul apabila Perdana Menteri ditanya oleh Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) agar menjelaskan kejayaan konsep dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dengan tenang memberitahu Dewan Rakyat konsep 1 Malaysia adalah satu konsep yang ditiru dan menambah bahawa sebelum Perdana Menteri bercakap tentang perpaduan kebangsaan dan prestasi untuk rakyat, Najib perlu membersihkan dirinya.

Di sebalik protes daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Karpal Singh berkata pentadbiran Najib dicemari dengan beberapa perkara iaitu kematian model Mongolia Altantuya Sharibuu, isu bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim Saiful Bukhari Azlan dan pegawai khas Najib Datuk Nasir Safar.

“Najib dikaitkan dengan semua kejadian ini. Beliau perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menambah Nasir tidak menunjukkan semangat 1Malaysia diperkenalkan Najib apabila membuat kenyataan rasis baru-baru ini.

Najib enggan mengulas rujukan Karpal berkaitan dengan Altantuya dan Saiful tetapi mengatakan bahawa Nasir telah diberhentikan sejak mengeluarkan kenyataannya.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) bangun untuk mengadu bahawa soalannya berkaitan dengan 1Malaysia telah ditolak.

“Bagaimana anda hendak menunjukkan semangat 1 Malaysia apabila soalan saya ditolak tanpa pertimbangan?” Katanya.

Lim berkata soalannya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri.

“Saya bertanya Menteri Dalam Negeri menjelaskan apa tindakan beliau hendak ambil terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian yang tidak bertindak selari dengan konsep 1Malaysia apabila menyiarkan laporan bias dan rasis bagi menggambarkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu,” katanya.

themalaysianinsider

6 ulasan:

  1. dah memang anti melayu...nak buat macamana?

    BalasPadam
  2. bukan anti melayu, tapi anti umnongok..muehehehe..

    BalasPadam
  3. najib terasa bisul bila altantuya disebut

    BalasPadam
  4. biasale.... utusan meloya mengencing je.........bosan ....perkara x tipu result no..... hehehehe kkadang salah gak trpaksa tulis ralat..... akhbar melayu islam kn???????

    BalasPadam
  5. Orang Melayu tak boleh buka mulut, semuanya rasis. Bengali boleh, Cina boleh, India boleh dan yang anihnya ada MELAYU MELAYU yang bersekongkol dengan agen agen Yahudi ini.

    Imej sahaja MELAYU hati busuk macam hati kafir.

    Hina PM sendiri yang sebangsa seAgama dan puji melambung Bengali Kafir yang dia tahu anti Melayu dan Islam.

    BalasPadam
  6. At least kapir tu gak la gi singapore fight pasal sorang budak sekolah rendah melayu x dibenarkan pakai tudung..nak harap Tok Najib, dia lagi suka la kot..:)

    BalasPadam