RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 15 Mac 2010

ORANG TANYA PASAL DEBAT, DIA LARI TAJUK PASAL ANWAR PULAK

Oleh: WFAUZDIN NS

TIBA-TIBA pula YB Zul sibuk pasal mengapa DS Anwar masih duduk di kerusi Ketua Pembangkang. Kununnya DS Anwar tiada moral politik apabila terus berada di kerusi tersebut meskipun kesemua pimpinan PR menyokong DS Anwar memimpin mereka. Mungkin YB Zul ni masih bermimpi bahawa beliau adalah MP PKR lagi. Beliau kena insaf hakikat bahawa beliau bukan lagi ahli PKR dan beliau juga kena terima hakikat bahawa beliau bukan lagi Wakil Rakyat pilihan pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru. Pengundi-pengundi pilih beliau dulu adalah kerana parti yang diwakilinya, itu YB Zul kena terima hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, beliau sepatutnya cermin diri dahulu sebelum minta DS Anwar undur diri sebagai Ketua Pembangkang. Jika beliau benar-benar anak jantan, kita cabar beliau letakkan jawatan dan taja seorang penyokong kuat beliau untuk bertanding mewakili beliau, dan PKR hanya sekadar letak Ketua Ranting parti tersebut untuk menentangnya. Lepas itu, YB Zul bolehlah nak menyalak siang malam, dan sebutlah berapa banyak kali pun perkataan `firaun kecil' di dalam kempennya nanti. Kita akan saksikan nanti samada pengundi-pengundi akan bersamanya atau tidak. Jika beliau tidak hilang deposit pun dikira hebatlah.

Apa kisah cabaran debat oleh YB Khalid tu Yob oii.....!! Kalau dah rasa takut nak berdebat, YB Zul bolehlah minta letakkan syarat-syarat apa yang patut agar debat ini akhirnya gagal diadakan. YB Zul boleh letak syarat agar semua yang menghadiri debat ini nanti adalah para-para Ulamak Muktabar dunia atau tok-tok mufti. Paling tidak pun YB Zul boleh jemput Najib atau Rosmah jadi pengadil debat ini untuk menentukan mana satu yang betul. Nampaknya YB Zul terus membisu pasal debat yang diminta oleh YB Khalid. Kalau dengan YB Khalid pun YB Zul dah kecut perut, jangan jadi gila nak mengajar PAS tentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. aku ingat Zul ni dah mampus dalam politik,rupanya ada lagi.dan yang menyebab dia ada lagi dalam politik berpunca daripada blogger macam sahabat kita inilah.waktu semua dah lupa dengan tak baca blog mangkok ni atau cerita cerita berkaitan dengannya dalam um-bh-star-malaysiakini,ada juga insan yang bawa cerita untuk kita mengingatkan bahawa si Zul ini masih ada.

    BalasPadam
  2. JANGAN DILAYAN ORANG GILA MACAM ZUL KULIM NI, BIARKAN DIA..ORANG GILA KALAU DILAYAN MAKIN MENJADI2 GILA DIA... BUAT TAK TAHU JE... BIARLAH DIA NAK CAKAP APAPUN...ORANG GILA MEMANG MACAM TU. ANGGAPLAH SEGALA APA YANG DITUTURKAN OLEH ZUL KULIM ITU SEBAGAI HIBURAN DALAM DUNIA POLITIK, DALAM DUNIA POLITIK KALAU TAK ADA ORANG GILA MACAM ZUL KULIM NI.... HAMBAR...JADINYA... BIARKANLAH DIA....

    BalasPadam
  3. itulah gunanya blogger utk menjawab apa yg tak betul....kalau tak blogger PR jadi cam utusan meloya la....bukan kita nk layan, tapi nk bgtahu ingatkan semua siapa YB Zul tu....elok gak blogger berperanan mcm itu, kalau tak, media haprak akan kuasai minda org lain....

    BalasPadam
  4. orang macam ni kena bagi penumbuk sebiji, baru dia kenal hakikat dan makrifat.............

    si loyar MP Kulim-Bandar Bharu ni dah terlebih mengarut sangat.

    balik la ke kawasan cepat sikit, kami ni rindu sangat-sangat nak jumpa wakil rakyat penipu.

    BalasPadam