RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Mac 2010

Nazree Yunus terus menyerang Ezam


Monday, 15 March 2010
Laporan yang di terima oleh www.umno-reform2.com mencatatkan Ezam Mohd Nor terus menerus di asak oleh Mantan Pengerusi Gerak, Nazree Yunus dalam ceramah beliau di Temerloh Pahang. Nazree yang dikatakan anak didik Ezam mengatakan sebelum ini pada PKR bahawa isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim akan disangkal oleh beliau. Ezam yang sebelum ini merupakan orang kuat Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah turut bersekongkol mengatakan Anwar Ibrahim memang terlibat dalam isu liwat.

Bagi Nazree, Ezam dalam ceramahnya masih tidak berani menyatakan dengan jelas pendirian beliau dalam isu liwat Anwar dan masih lagi bermain antara kata-kata dalam membuat tuduhan. Nazree mencabar Ezam untuk mengatakan dengan jelas dan tuduhan Ezam mengenai keislaman Nik Aziz Nik Mat dalam isu liwat Anwar Ibrahim adalah langkah terdesak untuk Ezam mencari populariti – tanpa menilai fakta yang ada di depan mata. Konspirasi tuduhan liwat amat jelas – katanya. Ezam bertindak hanya kerana emosi marah terhadap Anwar Ibrahim dan emosi ini boleh mengaburi hakikat yang ada – bahawa tuduhan liwat ini adalah tuduhan politik tanpa kejelasan.

Semua fakta jelas menunjukkan bahawa ini satu FITNAH JAHAT – dan fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak kecuali mereka yang dirabunkan dengna agenda politik semata-mata – kata beliau setelah dihubungi oleh www.umno-reform2.com. Menurut laporan yang di terima oleh kami, nampaknya Ezam akan berdepan dengan cabaran yang lebih getir bila anak didik beliau sendiri menolak dirinya bila isu mengenai Anwar – khususnya dalam isu tuduhan liwat ke-2 Anwar. Nazree terus mengemukakan cabaran mengenai sama ada Ezam ada berjumpa Anwar bagi menerangkan isu sebenar sebagaimana Ezam mencabar Nik Aziz bertemu Saiful.

Nazree dalam ceramahnya juga bertanyakan adalah Ezam sendiri pernah bertemu dengan Saiful – untuk isu tersebut. Apa pun bagi www.umno-reform2.com kemunculan Ezam bagi memulakan siri ceramah dengan tindakan seakan mengatakan Anwar Ibrahim terbabit dalam isu liwat hanya akan menyulitkan UMNO. Ini hanya akan menjadikan isu liwat itu nampak seakan di manipulasi oleh UMNO dan ini membuka ruangan untuk Pakatan Rakyat terus menerus membidas dan menuduh ia sebagai satu konspirasi jahat dan memperalatkan sistem perundangan.

UMNO sepatutnya jelas membiarkan kes ini sebagai satu kes antara Saiful dan Anwar Ibrahim namun tindakan beberapa pihak termasuk kepimpinan UMNO yang memberi komen mengenai isu ini memberi kesan negatif terhadap UMNO. Akhirnya kerajaan juga akan dikatakan terpalit dengan Fitnah Jahat ini./Umno-reform

2 ulasan:

  1. SI EZAM NI TAK UBAH SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT..HENTIKANLAH MENYALAK EZAM DAH OVER SANGAT... BUAT PENAT JER..LEBIH BAIK KO PEGI SELONGKAR TONG SAMPAH UNTUNG2 DAPAT JUGAK MAKAN

    BalasPadam
  2. Dulu aku terkenang2 dalam ceramah Ezam diZaman reformasi. Dalam Ceramahnya Ezam Kotak berkata.." Saya yg paling rapat dgn Anwar. Saya adalah setiausaha politiknya. Isu liwat ini adalah fitnah dan berniat jahat semata2 utk memastikan politik Anwar berakhir. Dgn Nama tuhan saya bersumpah Anwar tidak lakukan perkara2 terkutok itu".

    Sekarang apa yg Ezam Kotak kata.." Saya yg mengenali Anwar. Beliau memang terlibat dengan liwat. Saya menyesal menyokongnya. Memang sah, saya yakin beliau adalah peliwat. Percayalah tuan puan."

    Ezam kotak adalah manusia munafik dan percakapannya tak boleh di pakai. Beliau hanya berdendam dgn Anwar dlm isu peribadi. Tapi aku tak pernah mendengari jawapan2 dan tindak balas dari Anwar tentang tudohan2 Ezam Kotak ini.

    Sekuat mana pun Ezam Kotak ini berkokok atau round 1 Malaysia, aku yakin sokongan terhadap Anwar akan bertambah. Rakyat dah tahu Ezam adalah manusia munafik.

    BalasPadam