RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 18 Mac 2010

ZAHRAIN TUKANG BACA SKRIP UMNO ? PATUTLAH TAK MAHU BERI LALUAN ANWAR MENJAWAB

Tugas Resmi Sebagai Barua Baru Bermula... ....

17 Mac – Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008. Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya. Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap “cerita” Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata. “Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP). “Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

“Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka,” tegas Anwar. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN. “Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti.

”Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN). “Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti,” komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup./best1of4.wordpress

8 ulasan:

  1. Apakah yang membezakan katak-katak ini dengan penjual penggung? Tiada perbezaan, mereka bersama-sama cuba menggembirakan Najib suami-isteri, dan penyokong-penyokong mereka.

    Semoga Allah membinasakan mereka dengan kebinasaan yang nyata akibat pengkhianatan mereka ini.

    BalasPadam
  2. kita jangan le melayan anjing-anjing kurap yang hina itu menyalak, biarkan le mereka dengan anjing-anjing mereka menyalak, sekali tengok muka zaharin dan MP yang melompat keluar parti tu pun, lebih kurang macam muka-muka anjing je, jadi biarkan mereka melalak kot2 UMNO-BN simpati dan ambik bagi anjing-anjing kurap hitam yang hina itu makan dengan makanan yang sesuai,

    BalasPadam
  3. mungkin ini yang dikatakan istidraj dari Allah...ko tunggu je pembalasannya nnti Dato Z ??

    BalasPadam
  4. hahahaha!!! kesian pencacai2 sekalian.... kesian... yg lagi kesian MELAYU lak tu bangsa korang... betullah apa janji ALLAH swt, kalau hati dah hitam, busuk, hidayah takkan sampai pada org cam korg... biar sejuta kali atau berjuta kali kena tipu dan terbukti penipuan itu pun, korg masih tak dapat hidayah... zahrain yg dulu dipuja2 kini dipijak2... soalan aku satu je... bygkan klu anwar yg lompat parti... nak pijak gak ke??? apa lagi gamaknya nak kelentong pencacai2 ni... kesian...
    lagi satu, klu dah takder org nak komen dlm blog pakatan pun jgnlah desperate sgt sampai buat komen sendiri... ingat2lah akhirat... kesian... kesian... kesian...

    moga ALLAH swt bg hidayah pada bangsa yg jahil... amin...

    BalasPadam
  5. Kalau Anwar yang lompat parti, sama saja aku belasah... tak ada kesian-kesian pada pengkhianat. Aku benci dengan orang yang mengkhianati amanah rakyat agar menjadi wakil mereka. Tambah-tambah lagi yang menyokong United Munafeqeens Nation Organization (UMNO) yang zalim pada rakyat.

    BalasPadam
  6. Lagi hidup lagi merapu-ulamak terompah

    BalasPadam
  7. Bukan stakat Anwar, kalau Hj Hadi yg keluar pun aku belasah gak kerana kita tak pentingkan individu...lainlah kalau Umno....rasuahlah bnyk mane pun, jadi gak Ketua Menteri dan Ketua Pemuda....tetap puak2 Umno sembah....itu beza penyokong2 PR ngan pnyokong2 Umnongok...

    BalasPadam
  8. ciihh..cakap boleh lah,tak jadi lagi memang sedap cakap...mu tu kaki puja punggung....buta hati,mata je celek...kena tipu di pkr jerr..pejuang lah,demokrasilah, gi mampus lah mu punya demokrasi.....khianat melayu

    BalasPadam