RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Mac 2010

EZAM TUDUH ANWAR, ANWAR PULA DISURUH BERSUMPAH...BIOL SUNGGUH!!

Tuesday, March 16, 2010

Cuba baca di sini. Semenjak bertuankan Umno, apa yang tak Ezam cakap terhadap Anwar? Dulu dia kata Anwar pengkhianat Melayu, ejen Amerika, tidak bermoral dan terbaru perasuah lah pulak. Lepas tu, mamat kuat bersumpah ni kata dia keluar dari KeADILan kerana nak pertahankan agama Islam, sebab tu masuk Umno. Ertinya Umno tu pertahankan Islam. Dia ingat kita lupa ke apa yang dia kata semasa dia umum masuk Umno dulu. Dia kata dia nak berjuang basmi rasuah dalam Umno untuk bantu Pak Lah yang kununnya nak memerangi rasuah.

Sebab dia keluar dari KeADILan juga adalah kerana dia tidak lagi percaya kepada Anwar kerana Anwar tidak lagi berjuang mempertahankan asas Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan itu apabila Anwar menolak DEB. Cuba kita dengar kembali ceramah-ceramah Ezam semasa beliau berkempen di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu. Anwar pengkhianat Melayu, Anwar ejen Amerika dan Anwar tidak bermoral, itulah intipati ceramah Ezam setiap malam. Semuanya itu tidak laku di Permatang Pauh, bahkan Anwar menang besar di situ.

Ezam tidak putus asa. Pilihanraya Kecil di K. Terengganu Ezam, walaupun calon PAS yang bertanding, Ezam tetap nak serang Anwar kerana beliau terasa teramat malu bila kempennya di Permatang Pauh ditertawakan orang. Di Kuala Terengganu, mamat ni memberi amaran kununnya nak buat pendedahan paling gempar. Rahsia besar ini jauh lebih gempar dari cerita 6 kotak rasuah. Tunggu punya tunggu, Ezam pun dedahkan berita gempar tersebut. Apa beritanya? Rupa-rupanya Ezam bawa sekeping kertas berupa surat tulisan tangan Anwar pada Mahathir. Dia ingat lepas pendedahan tu, malu besarlah Anwar. Rakyat di K. Terengganu terpinga-pinga kerana mereka lihat tiada rahsia besar pun dalam kandungan surat itu. Sekali lagi Ezam ditertawakan dan K. Terengganu dimenangi oleh PAS dengan bergaya. Lepas tu, Ezam lari ke Indon, bertapa untuk hilangkan malunya.

Apabila DS Anwar difitnah lagi kali ini, Ezam rasa ada peluang untuknya menangguk di air keruh untuk memalukan Anwar. Maka, berpusinglah dia seluruh negeri berceramah dengan tajuk yang kununnya boleh menarik perhatian ramai iaitu `Membongkar Rahsia' dan tentunya rahsia Anwar. Bukan rahsia rasuah atau rahsia hilang injin jet mahu pun rahsia pembunuhan Altantuya. Itu semua tak penting lagi buat Ezam. Yang penting Anwar mesti `dimatikan' dalam politik walau dengan apa cara sekalipun. Terbukti sudah, masuknya Ezam dalam Umno bukan untuk basmi rasuah, bukan untuk lakukan reform dan bukan untuk perjuangan Islam. Ezam berada dalam Umno adalah kerana DS Anwar masih hidup dan DS Anwar adalah pemimpin agung yang mesti dimusnahkan.

Terbaru lagi, kununnya gempar lagi berita yang dibawa oleh Ezam. DS Anwar perasuah dan kali ini dikaitkan sekali dengan isterinya DS Wan Azizah. Ezam dakwa berbelas projek diberikan tanpa tender dengan harga berbilion ringgit semasa DS Anwar menjadi Menteri Kewangan. Zaman DS Anwar langsung tiada tender. Wah..jahatnya DS Anwar. Tentu DS Anwar dan anak beranaknya kini kaya raya dan mungkin anak-anak beliau sebenarnya berada di dalam `ranking' paling tidak 10 terkaya di Malaysia. Peliknya, tiada pun nama anak beranak dan kaum kerabat DS Anwar yang tersenarai. Mungkin laporan akhbar tersebut tersilap kerana tidak memasukkan nama anak beranak DS Anwar di situ. Bodohlah DS Anwar nak kayakan orang lain daripada anak beranaknya.

Paling menggelikan kita ialah Ezam seperti budak-budak berhujah. Dia yang tuduh DS Anwar rasuah dan amalkan kronisma, DS Anwar pula yang dia suruh bersumpah. Sudah semakin bebal mamat ni. Susah sangat ke Ezam nak laporkan kepada SPRM kalau dah dia kata dia ada bukti? Bukankah semasa di dalam KeADILan, Balai Polis dan Pejabat SPR ketika itu adalah tempat mainan Ezam sahaja? Ada bukti, lapor sajalah. Buat apa melalak melolong macam orang gila talak? Dia ingat DS Anwar nak layan ke orang yang macam gila talak ni? Kalau benar atau betul apa yang Ezam dakwa itu, sudah lama DS Anwar masuk sangkar besi dan tidak payah lah musuh-musuh DS Anwar nak cipta berbagai fitnah yang tak masuk akal tu untuk kenakan DS Anwar. Semua fail dan rekod dalam Kementerian Kewangan sudah cukup untuk mendakwa DS Anwar jika benar ada penyelewengan.

Kita masih ingat semasa di dalam debat isu minyak di antara DS Anwar dengan Shabery Cheek, DS Anwar mencabar kerajaan semak di dalam rekod dan fail jika ada sebarang salahguna kuasa atau rasuah yang beliau lakukan sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Kita tahu benar perangai mamat sekor ni. Dia sengaja buat provokasi agar DS Anwar melayani cerita bodoh beliau itu dan beliau akan dilihat seperti jaguh di dalam Umno. Ezam silap. DS Anwar tidak sebodoh pemimpin parti yang disembahnya sekarang. Sekali lagi kita ulangi, kita cabar pula Ezam, kalau dia ada bukti, ayuh, kemukakan kepada SPRM walaupun berkotak-kotak. Tapi kita tahu, Ezam tidak akan berbuat demikian kerana beliau lebih suka simpan kotak-kotak itu untuk buat koleksi./mandor.blogspot

4 ulasan:

  1. Salam Cik Din,

    Mamat tu memang nak lapor "kes rasuah" Anwar. Malangnya dia dok cari BPR jugak. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Orang dok bagitau pada dia pasai SPRM, dia kata dia dah masuk Universiti, nak SPM buat apa lagi.

    Orang dok cerita masa depan, dia tak abeh-abeh nak flashback.

    BalasPadam
  2. mcm tu la jadinya bila suka sgt bersumpah. aku rasa khir toyo pon gelak tgk ezam bg ceramah mlm tu. siap ngaku plak tu sedara ngan khir toyo..tah2 masa ktoyo p disneyland mamat sesumpah pon ikut skali kut..tp yg paling laknat skali mlm tu adalah zaid md arip. melabelkan DNANM sbgi ****mak. ceramah tajuk 'membongkar rahsia' secara terbuka d halaman rumah ketua bahagian kota raja jln kebun klang..mcm mana dpt pemit ?

    BalasPadam
  3. DUA ALAM :

    ALAM SATU : TUAN SHEIKH ANA AKAN PASTIKAN NEGARA INI AKAN MENJADI NEGARA ISLAM SEPERTI YANG PARTI TUAN SHEIKH MAHU.

    ALAM DUA : BROTHER KIT, YOU DON'T WORRY, WE WILL NOT MAKE THIS COUNTRY AS ISLAMIC COUNTRY.

    SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MENGUNGKAPKAN DIALOG-DIALOG DI ATAS?

    BalasPadam
  4. CIFUT BABI tu memang takut nak bersumpah. Takut lobang buntut pecah... hilang la title gay tua bangSAT.

    BalasPadam