RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 23 Julai 2010

MUFTI PERAK - BENARKAH UMNO - PAS SEDANG `BERKELAHI' HEBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak, Harussani masih bertegas untuk menyatukan Umno - PAS. Biarpun kita maklum, menyatukan sebuah parti sekular yang menolak agama dengan parti yang memperjuangkan Islam secara syumul adalah sesuatu yang mustahil, tetapi Mufti ini tetap mahu mencuba kerja yang tidak berfaedah itu. Menarik juga apa yang disebut oleh Mufti Perak tersebut di akhbar Sinar hari ini.

Beliau menyebut, sebagai seorang Islam beliau hanya ingin menyatukan dua pihak yang berkelahi. Siapa yang sedang berkelahi sekarang? Di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sudah tentu ada pihak kerajaan dan pembangkang. Ini bukan berlaku di negara kita sahaja, bahkan di seluruh dunia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Adakah kesemua negara berkenaan parti mereka berkelahi?

Umno membawa dasar sekular, semangat kebangsaan manakala PAS membawa dasar Islam. Percanggahan ini bukannya satu perkelahian kerana negara kita tidak `berperang' saudara semata-mata percanggahan dasar ini. Cuba kita lihat suasana di Parlimen, MP-MP dari kerajaan dan Pembangkang sering bertikam lidah mempertahankan dasar masing-masing, tetapi di luar dewan mereka boleh bermesra, makan dan minum bersama. Adakah Mufti Perak menganggap ini satu perkelahian yang hebat?

Peliknya, sewaktu peristiwa Memali berlaku di mana korbannya adalah orang Melayu Islam, mengapa Mufti Perak ini tidak tampil sebagai pendamai? Ketika itu bukan perkelahian, tetapi lebih dari itu di mana kereta perisai di bawa bersama. Sewaktu Umno begitu kuat pada tahun 2004, tiada perkelahiankah antara Umno dan PAS? Mengapa Mufti ini tidak serius seperti sekarang untuk menyatukan Umno dan PAS? Mengapa perlu sekarang setelah Umno makin dipinggirkan?

Hilangkah kuasa Melayu pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti? Beliau harus faham bahawa setiap Dun atau Parlimen yang ditandingi oleh Umno, kebanyakannya akan ditentang oleh calon dari PAS atau calon Melayu dari PKR. Lojiknya, mana-mana parti yang tewas sekali pun yang menang adalah calon Melayu juga. Jadi, apa masalahnya? Bahkan, calon PAS dari kaum Melayu boleh menduduki kerusi yang majoriti pengundinya kaum Cina seperti yang berlaku di kawasan Parlimen Dr Mariah Mahmood (PAS). Bukankah ini menunjukkan Melayu Islam juga boleh mendominasikan kuasa di kawasan Cina? Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, Umno yang mungkin gentar akan kehilangan kerusi. Harapan Umno kepada MCA dan MIC sudah tiada lagi, maka untuk membuatkan Umno selesa pada Pilihanraya Umum akan datang, tiada pilihan lain mereka terpaksa berbaik dengan PAS. Itu yang Mufti Perak kena tahu. Di dalam Islam, niat yang baik sahaja tidak memadai tanpa strategi dan muslihat di dalam perjuangan mahu pun peperangan. Jika Umno ada strategi, bodoh sangat jika PAS tidak mempunyai strategi. Strategi PAS yang terbaik sekarang adalah bersama dengan PR.

Kita juga jangan lupa bahawa isu perpaduan Umno - PAS yang setiap hari dicanangkan ini adalah untuk melalaikan kita dari masalah besar yang menimpa negara kita sekarang. Rakyat mungkin terlupa dengan kezaliman kenaikan harga barang yang baru diumumkan baru-baru ini semata-mata terdengar ayat Al-Quran yang didendangkan untuk menyuruh PAS dan Umno Justify Fullbersatu. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan