RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 20 Julai 2010

RAMALAN ANWAR AKAN KE PENJARA LAGI

Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Jul 20, 10

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan