RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 20 Julai 2010

ISLAM KUAT KERANA MELAYU ? INI KATA MUFTI KITA

Oleh: Mandor

APA kata Mufti Perak tentang perpaduan Melayu di antara PAS dan Umno. Saya petik salah satu ayat yang diperkatakan oleh beliau di dalam Malaysian Insider seperti berikut:

“Cuma saya ingin tegaskan supaya Umno dan PAS fikirkan tentang bangsa dan Islam kerana jatuh Melayu jatuhlah Islam. Jangan fikirkan tentang kepentingan parti sahaja, fikir sikit orang Melayu yang di bawah,” katanya.

Seorang Mufti berkata, "Jatuh Melayu, jatuhlah Islam". Wah !! Baru kita tahu selama ini Islam hanya bergantung kepada Melayu rupanya. Selama ini aku ingatkan Melayu yang kena bergantung dengan Islam jika ingin maju dan kuat. Tak tahu pula aku zaman kegemilangan Islam dulu, di zaman para sahabat, rupa-rupanya mereka yang memperjuangkan Islam sehingga ditakuti oleh dunia barat ketika itu adalah Melayu rupanya. Bangganya aku jadi Melayu!!

Selepas ini, mana-mana bangsa yang mahu memeluk Islam kenalah `masuk Melayu' dulu untuk memperkuatkan Islam. Kalau aku tak silap, lebih 50 tahun yang memerintah negara ini adalah parti yang kuat `Kemelayuannya' iaitu Umno. Tetapi, mungkin juga aku silap kerana sepanjang tempoh itu aku tak nampak pula kegemilangan atau kedaulatan Islam itu tertegak di negara ini. Mungkin Umno bukan parti Melayu kot. /mandor.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Kau orang tahu kenapa Pak mufti ni dah jadi mata kelabu....???

    Sebabnya Pak Mufti ni selalu sangat dok bawah ketiak Sultan & Mat Black. Dia dah tak kenal bau masam ka atau hangit ka bau ketiak tu kerana bau tu dah sebati kat hidung Pak Mufti tu. Sebab tu dia makin lama makin meracau...

    BalasPadam
  2. islam kuat kerana melayu!padanlah pak mufti 1malaysia tak ambil pusing bila ada sekor tu mengaku dia rasul melayu 1malaya.ayah pin ni melayu ke?hanya pak mufti boleh mengharuskan sana sini demi akidah melayu.

    BalasPadam
  3. Terbalik KEPALA TOK PETI ni. Patutnya Melayu kuat kerana Islam. Tanpa melayu pun Islam tetap ada. Di China, Amerika, Negara Arab, berlambak lagi orang Islam. Salah ke kalau saya cakap MUFTI ni BAHLUL?

    Suruh LAHANAT ni fikir Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?

    Saya yang tak belajar agama ni pun tau.

    BalasPadam