Harakahdaily |
IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam. “Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan. Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka. “Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya. Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN. Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat. “Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi. Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya. |
Khamis, 5 Ogos 2010
BERANIKAH ZAMBRY MENYAHUT CABARAN PR PERAK UNTUK BERDEBAT ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan