RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 16 Mei 2012

JIKA MAHU HUDUD, PAS WAJIB BERSAMA UMNO - `USTAZ KIASU' RIDHUAN TEE

Oleh:  WFAUZDIN NS

`USTAZ Kiasu' Ridhuan Tee menulis di dalam akhbar Sinar keluaran Isnin (14 Mei 2012) baru-baru ini tentang betapa pentingnya PAS berpakat dengan Umno daripada PAS berpakat dengan PKR dan DAP.  Ustaz yang terkenal dengan ayat `Kiasu'nya ini berkata, beliau bukan ahli Umno, tetapi di dalam banyak tulisannya semua tahu dia lebih Umno dari Umno.

Semua tahu Ustaz Kiasu ini berbangsa Cina, tetapi lebih Melayu dari Melayu.  Apa hujah beliau?  Beliau berkata PAS gagal untuk laksanakan Hukum Hudud sekiranya masih bersama PKR dan DAP.  Ertikata, PAS lebih mudah untuk laksanakan Hukum Hudud jika bersama Umno.  Lucu bukan?  

Dia sedar majoriti ahli Umno adalah Islam dan terdapat seekor dua ustaz di dalam Umno walaupun ustaz/ustazah di dalam Umno itu ada yang mengambil wang zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf.  Terdapat juga ustazah di dalam Umno yang pernah memberi `fatwa' tidak salah melacur jika `dharurat'.  Ustaz Kiasu tahu semua ini, beliau tahu ramai `Ular Mak' di dalam Umno.  Tetapi mengapa perlu Umno tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hukum Hudud?  Umno sudah perintah lebih 50 tahun, mengapa mesti tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hudud?  

Tidakkah PAS dahulu pernah bersama Umno?  Siapa terajang PAS keluar?  Sekarang, Ustaz Kiasu ini menyatakan perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud hanya boleh dicapai jika bersama Umno.  Lojikkah?  Lojikkah parti yang di dalamnya bersepah kaki rompak hak dan harta rakyat mahu kepada Hukum Hudud?  Bayangkan, Ketua Wanita yang keluarganya curi duit rakyat untuk beli `lembu kondo' mahu kepada Hukum hudud?  Di mana otak kamu Ridhuan Tee?

Tidak terfikirkah kamu apabila Presiden MCA terang-terang sebut sewaktu beliau berdebat dengan Lim Guan Eng, beliau sebut MCA berjaya menghalang Umno dari menyokong perlaksanaan Hukum Hudud, tidak seorang pun pemimpin Umno berani bersuara walaupun sekadar `berdehem', termasuk seekor dua ustaz-ustazah Umno.  Apakah dengan puak seperti ini Ustaz Kiasu yakin boleh bekerjasama dengan PAS untuk memperjuangkan Islam?

Cukuplah dengan perangai mengampu bodoh kamu, wahai Ustaz Kiasu.  Mungkin kamu tidak sempat untuk dilantik menjadi Menteri jaga agama menggantikan Jamil Khir kerana selepas PRU nanti PR akan ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

33 ulasan:

  1. LEBIH MELAYU DARI MELAYU TAPI 'TAK RETI BAHASA' BETUL,MUNGKIN DIA TAK BACA SEJARAH UMNO-APCO-BN NI KOT ? BETAPA PARTI PEMBELOT NI BERSEKUTU DENGAN PARTI PENGKHANAT-PENGKHIANAT KOMPONEN BN MENENTANG HABIS-HABISAN HUKUM HUDUD TAPI MANGKUK NI TERLEBIH TAHU ATAU MEMANG BANGANG NAK PERBODOH PULA ORANG MELAYU YANG SUDAH PUN DIBODOHKAN OLEH UMNGOK ! CARI MAKAN DAA ! ABU !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustaz ni nyesal kot di lahirkan cina. Mungkin pada dia tak sah islamnya kalau tak jadi melayu. hahaha. Kenapa dia x suruh je UMNO bubar dan masuk PAS?. Atau bubarkan kedua-dua parti dan bergabung menubuhkan sebuah parti Islam yg baru?. hahaha..Kenapa kena masuk UMNO baru leh wat hukum hudud?. Yg menentang hudud bkn saja Karpal kalau dlm PR tapi dlm BN sendiri CSL terang2 menentang hudud dan yg paling x bleh blah, UMNO sendiri menentang hudud and then this ustaz bagi idea cam sial tu?. Utk Islam bersatu dan di hormati, bkn masuk UMNO atau masuk PAS tapi kembali kepada Al Quran dan amalkan apa yg di suruh. Kepada Ustaz Ridhuan Tee, lu ingat rakyat bangang mcm lu?.

      Padam
    2. aku ingat cina ni dah sawan khinzir kut. suruh dia tengok balik apa kata mahathir,najib,mahyuddin,zahid hamidi tentang hudud.kecik2 xmau mampus dah tua nyusahkan orang."haramjadah"kata najib.

      Padam
  2. Tok Pek ...masih tak sedar lagi kah
    ketua awak tu PM tak nak kat Hudud
    Umnuoo tolak Hudud.. sedar tak Tok Pek
    ini lah jenis Tok Pek glamour basi

    BalasPadam
  3. 'apa cara aku nak membodek supaya dapat habuan ek?'

    itu saja yg bermain2 dlm fikiran kiasu ni.

    org suruh jadi islam, ikut islam, bukan ikut islam melayu umno.

    boleh ke depan Tuhan nanti kau jawab,...

    'saya dah cakap dengan PAS kalau nak hudud join umno'.

    nanti Tuhan tanya, 'kenapa kau tak dakwah umno yg memerintah, yg mengaku islam, untuk laksana hudud? kenapa suruh org yang tidak berkuasa?'

    dia jawab,'massyuuukkkk'.

    maka malaikat pun Paaaannggg! sekali kt muka dia.

    BalasPadam
  4. ade baeknye bliau gali kubo sendiri.jngn lupe tanye najib skali bleh tlong reservekan

    BalasPadam
  5. LIHAT LAH DGN HATI YG BERSIH ...WAJAH UZ TEE SGT TENANG..WAJAH NYE BERSIH ...ORG MACAM NI KORANG BAHAYA LAWAKKAN ...DIA MASUK ISLAM KERANA ISLAM.BUKAN KETURUNAN...

    ULAMAK TERKENAL INDONESIA...DLM BUKUNYA ..ADA MENYBUT

    UMUT ISLAM MESTI MASUK ISLAM SEKALI LAGI...MAKSUDNYA MESTI TAU BETUL2 kenapa dia menganut islam..

    aku ulang bahaya jang oiii...cuba banding dgn wajah nik aziz yg penuh dgn tipu muslihat di wajahnya.. ''berkawan dgn syaiton'' tu sepatutnya dah jadi amaran awal dlm diri sendiri...

    ust tee berckp 'teras' yg betul.dia tak ckp pun pas wajib bergabung dgn dap jika mahu hukum hudud..(nak.lwn yahudiiiii...bukan bkawan dgn syaiton.) Dap menentang usaha islam dgn tegas...camnilah Allah maksudkan zalim bekerjasama... dgn ambiga lagi'....org yg mohon dgn paklah agar murtad dipermudahkan..buang mcm2..siapa kah ceredik sket antara kita ni..?? ...musuh islam jugaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wooit!!! tapi UMNO nih lagi sesat oleh Sek Lek...

      Padam
    2. haahhaaha

      menilai org dari muka. kat mana belajar mcm ni.

      sedangkan Al Quran kata kita ni boleh jadi islam dan kafir pagi dan petang dgn sebb jual agama.

      kalau pagi petang boleh jadi islam dan kafir, tentu tak sempat muka nak berubah-rubah dari muka beriman ke muka kafir.

      tolong lah mamat oii.

      islam itu dirujuk dari Quran dan Hadis, buka tgk muka org semata2.

      kalau gitu muka artis wanita bollywood lah paling bes..sejuk mata memandang..lalok tengok.

      cuba bagi hujah bantah hujah hamba ini :

      KENAPA TAK DAKWAHKAN UMNO YANG BERKUASA UTK LAKSANA HUDUD? KENAPA SURUH PAS YANG TIDAK BERKUASA?

      sepatutnya apa yang umno kata ialah :

      'PAS, tolong diam, biar abang tiri(umno) kau ni yg berkuasa laksana hudud, kau tak berkuasa dok diam2'.

      Padam
    3. Aku sayang kat ulama TGNA...Syaiton Qarin yang cakap kat atas tuh memang suka menyimpang jauh dari jalan yang diredhai Allah swt.

      Padam
  6. kalo teras pada wajah ust kiasu ni sebagai pegukur nampak tenang..nak dijadikan iktibar buat umno, mcmana pulak dgn wajah Ustaz rahim noor yg lebam muka dia!!nak menampak zuhud lebih dr ust kiasu dia sendiri handoh muka kedinding
    asalkan politik menguntungkan umno, x kira halal @ haram!! Ustaz kiasu ni otak dia sama level dgn veteran umno perang yg doggie d kawasan awam. UMNO banyak sohai serupa lancau..

    BalasPadam
  7. ostaz kiasu ni sepatutnya tarbiah Hj Najib dulu ttg Rukun Islam sebelum nak ajar PAS ttg hukum hudud..
    lebih baek ostaz diam2, jd moderator debat imam muda vs ustazah pilihan..lebih kurang ostaz bole juga berlakon menangis waktu debat. Harap2 lepas ni ostaz bole jd ostaz pilihan ananda krisnan lak..

    BalasPadam
  8. Umno asal dah diharamkan pada 1988.
    Umno (baru) start 1988.
    Dua-dua Umno tak pernah usaha nak laksana hukum hudud walaupun dah merdeka lama dan mereka pegang tampuk kuasa.
    Mestilah tunggu parti lain untuk laksanakan hudud. Takboleh harap kat parti Umno.

    BalasPadam
  9. PRINSIP dalam UMNO ialah RASUAH & SEX. UMNO sebagai JANTAN KABARET yg tiba2 nak bercakap hal ehwal ISLAM. Macam mana orang ramai nak percaya sedangkan sifat jantan kabaret kaki arak, samseng, kaki judi, rasuah, sex, suka doggie dikaw awam dll. Setakat pakai songkok tinggi hunus keris nak pertahan melayu..belum layak lagi nak bincang ttg Islam.

    BalasPadam
  10. ust tee tu ikhlas... dia lagi tau bangsa dia dari kamu sendiri

    DIA BERCAKAP ADA HAKNYA...BUKAN CAAKAP PUN: PAS WAJIB BERGABUNG DGN DAP atau DGN SYAITON KA JIKA BETUL2 NAK BUAT HUDUD??

    DIA BERPIJAK DIBUMI NYATA..BUKAN UST TEE JE MASUK ISLAM DI ANTI BETUL2 oleh dap...pantang ada masuk islam hinggakan mereka buat forum 'masuk islam'

    ini da ada petunjuk...ambiklah...tal hari ini esok...

    tak.mustahil islam dr tee setaraf dgn saintis2 barat yg masuk islam kerana islam pasal depa masuk dgn ilmu hijab yg dibuka...bukan pasal marah dgn umno...sementara TGNA...aku pun sayang dulu...tp sayang itu membawa mudarat yg banyak... kata2 dia selallu mengarut....nampak sgt dtg dari amarah...padahal amarah jenis paling rendah skali.....sarban2 besar mcm nik aziz patut dah xda jenis amarah level ni... ada nabi doa pecah perut kaaa olamak gila ja buat mcm tu.... sama mcm al qam dulu korang tengok punya la macam 'ulamak' tp ropa2 pakai jin menundukkan org ramai... astafirullah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bangang mana pulak yang dok meroyan tak tentu arah nih,kebanyakkan ucapan TG.N.A dah di putaq belit oleh s/khabaq hampa,hampa ameno jenih otak letak kat pongkoq macam penari pongkoq hampa terima saja apa yang dia tulih,pasai tu la ni utusan dok bagi free je kat orang pasai tak laku,tu orang tak kebuloq.

      Padam
  11. ustaz mabuk ni toksah dok layan.Dia pikir dgn mnganut Islam secara automatik dia jd Mlayu.Sbab tu dia berhujah lbh Melayu dr Melayu lg.Madey kata Melayu haprak sbab dia Mamak.Yg dia ni dok kutuk kaum dia sndri,knp?Sebab tu aku kata org yg pandai blum tentu bijak lg!

    BalasPadam
  12. tgk hudud... ceramah punyalah gempak ....habuk pun tarakkk

    dah berkurun2 dah...dengar punya la kusyuk...tgk sarban besar kecut jiwa..jubah labuh...rasa kecik je takira la cakap politik apa2 pun...

    alasan berbakul2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahlul ni tak tau ka yang hudud tu undang2 kalau nak buat hudud kena ada kerajaan, kerajaan takdak nak buat hudud macam mana.bodoh!

      Padam
  13. era millinium..asal rasuah & menipu je..semua UMNO punya keja..parti laen x terlibat pun.
    Kalau semua yg busuk kat umno, wangi umno dimana lagi..

    BalasPadam
  14. Pengetahuan ostaz Dr tee sama level dgn profesor kangkong!!
    profesor kangkung kata: malaysia x pernah dijajah(knyataan bangang aras pengukur BUTA sejarah)
    ostaz Dr tee tulis: Pentingnya PAS berpakat dgn UMNO.(KNYATAAN PALING BANGANG & BODOH DARI SORANG USTAZ YG BERGELAR DOKTOR). MB TRNGGANU(DS AHMAD SAID) DAH ISTIHAR PAS SESAT.
    UMNO PEJUANG ISLAM, PERLU APA DGN PAS YG SESAT.

    patutlah kebanyakan pemimpin umno ni bangang, sbb yg menasihati pun dari kumpulan bangang melampau!! tumbang umno PRU13!!

    BalasPadam
  15. kalu umno busuk anwar and the gang tak gawat nak masuk umno balik

    dia pun tau xda masa depan dgn pakatan (puas betul korang kena dikelentongkan..)

    pakatan =platform anu bekerja keras cari jln masuk umno..

    2.
    org yg paling molia ialah TGNA betui tak??? kalau dah molia letak jawatan ..nak tgk ramai lg tak yg nak cium ketiak dia..

    cuba banding dr tee image yg sederhana dlm islam..ceramah dia neutral, tenang dan ada asas . cuba banding bob tu berceramah lambang islam huru hara..hasil didikan sapa tu??

    3.p/s=
    pada pas yg baru yg bota sejarah..
    munculnya pas 'exco' agama umno' yg kalah lawan jawatan presiden umno

    lebih korang semangat 46.. sedikit molia dari PKR...
    kerana title dia exco agama maka partai baru kena bg 'imej' islam sket.. sedikit lebih korang dgn JATI...

    TAHAP GUNA AGAMA UTK BALAS DENDAM MACAM TAHAP DEWA...INGAT KU-LI, ANWAR IBRAHIM.DAN 'MR EXCO UMNO'

    utk menilai 'guna agama dibelakang parti' tu pada masa lampau bolehlah lihat nik aziz skrg.. sbg bayangan what happen in the past.

    BalasPadam
  16. Ku sangkakan PAS, DAP, dan PKR adalah lidi-lidi yang diberkas menjadi penyapu yang digunakan untuk menghambat dan menyebat belakang badan UMNO/BN. Rupanya sangkaan ku salah. Rupanya Pakatan Rakyat adalah terdiri dari ikatan rotan yang digunakan untuk menyebat UMNO/BN. Jikalau ikatan tersebut terlerai, setiap satu rotan tetap mampu membiratkan tubuh UMNO/BN dengan lebih parah lagi.

    Sebab tu Ostaz sorang ni bising sangat, dia pun terbirat juga dengan libasan rotan itu.

    BalasPadam
  17. kalu ustaz tu ikhlas kenapa x berdebat je dgn TGNA?ustas azhar ke.kalu tkut ajak skali ustzah masitah@fathul bari pn bleh

    BalasPadam
  18. kalo setakat berdebat dgn ostaz fathul bari @ ostaz tee @ ostazah masitah x payahlah sampai panggil TGNA, ustaz AI..cukup stakat ketua cawangan PAS..jgn sampai jd shaberi chik..bertakung ayaq lioq..geli tengok!!

    BalasPadam
  19. depa dah nak mola di ternganu ....jgn larikkk

    rasanya hassan ali pun nak berdebat punya.. mana mau
    lari parasit2 semua....

    skrg ni hj hadi pun takut berdebat dgn hassaan ali ooo..sbb hj hadi da teelepas ckp lepas dpt putrajaya baru buleh agrsive .hassan tibai balik..takkan gugur akidah pun takpa janji dpt putrajaya dulu...99% hj hadi tobat xnak bdebat dgn hassan ali.


    so jgn ckp besarrrr..
    bila tiba hari nak berdebat .. semua cabut ..soroh bedebat dgn bekas tentera dolulahh..nasihatkan najib dolo lah..macam hudud jugak...

    so honorsly la....dr tee bukan org berdebat! beliau org jenis bg ceramah dgn penuh teetib... tp dr hassan ali jenis org berdebat ...kat sekolah dulu ko menang berdebat ke..?? tak kan...

    BalasPadam
  20. Pemfitnah paling besar di Malaysia ialah UMNO.
    Nak berkawan dgn pemfitnah?
    Mak datok....tak payah laaaaa.....

    Lagi banyak fitnah yg akan timbul.
    Pemfitnah ni kalau dalam islam, di hukum bunuh ja sbb penyakitnya lebih banyak merbahaya.

    So, lupakanlah UMNO ni.

    BalasPadam
  21. ostaz kiasu ni dok mereben apa.dia tau ka sejarah Pas dan emeno.

    BalasPadam
  22. Bagaimana nak berpakat dengan pembikin fitnah tersohor yang tak kan insaf,,,,tak malu ke...beringat la saudara....bahawa orang orang yang banyak termakan Berak Najis...suka tabur fitnah...sebar fitnah...percaya dan sokong pemfitnah...sepanjang hayat mereka akan dilaknat Allah

    BalasPadam
  23. http://malaysianewsnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=328:is-the-kedah-pakatan-breaking-up&catid=36:beritanasional&Itemid=27


    sapa yg pening apsal kedah ni..boleh baca le kalau berani....
    patut la kena pemandu krajaan kedah

    ABIS BACA'..''SETUJU TAK PAS KEDAH BERCITA2 Bersatu dgn U***. ia atau tidak ust azizan bijaksana

    BalasPadam
  24. ustaz ni dia tak habih baca sejarah PAS dalam ameno,dia mana tau,dia masuk islam pun taun bila?lepaih tu boleh kerap pulak dok keluaq dalam tv,boleh la dia meracau macam2.dia ni cari penyakit elok2 title ustaz tu orang dok hormat,pandai pulak nak jadi pencacai,sudahnya dapat la habuan,tak ambik iktibar ustaz firdaus sampai sekarang ghaib tah kemana.

    BalasPadam
  25. Maaflah untuk Ostad meyakinkan diri berkata Hudud hanya boleh menjadi kenyataan dengan penyatuan PAS-UMNO. Bila UMNO nakkan Hudud ni.. dah berlambah penghinaan mereka kepada cita-cita menegakkan Hudud oleh PAS. Insya Allah, hudud akan tegak secara adil tanpa UMNO.

    BalasPadam
  26. PAS tak payah bergabung dengan UMNGOK untuk melaksanakan hudud. Lantik saja si Cina Murtad ini menjadi PM selesai semua perkara. Kan kata dia nak perang dengan Singapura untuk dapat balik Pulau Batu Putih. Dia juga berani melaksanakan hudud dengan kekerasan. Dengan itu Malaysia bolehlah diperintah oleh Hitler-Nazi Tee ni pakai sistem kuku besi UMNOGOK. Lagi pun dia ingat dia seorang saja yang berani. Kata dia Melayu lain semuanya penakut. Betul lah muka dia ni tebal tak malu. Dia juga tersasul mengaku diri dia sendiri jadi Negarawan Malaysia He he he ada hati nak jadi Negarawan Kiatsu yang pertama. Muka dia tak mancung pipi tersorong-sorong. Lebih sudu daripada kuah.

    BalasPadam