RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 30 Mac 2010

WEBSITE UMNO-REFORM JUGA PERTIKAI EZAM

Ezam bertemu Saiful Bukhari Azlan?


Written by Webmaster
Tuesday, 30 March 2010
Image
Tulisan Nazree Yunus - Mantan Pengerusi Gerak


Ezam terus diasak oleh anak didiknya Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak dalam blognya http://minda-pemuda.blogspot.com/ Anak didik Ezam Mohd Nor dalam tulisannya banyak menentang Ezam dalam isu khususnya mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dan isu Ezam mempersoalkan keislaman Nik Aziz. Setakat ini Ezam dan blog-blog sokongannya seperti http://medan-info-kita.blogspot.com masih gagal menjawab apa yang telah dilemparkan oleh Nazree Yunus dalam isu sama ada Ezam percaya atau tidak dengan tuduhan Saiful dan tuduhan sebelum itu Azizan Abu Bakar.

Ezam dalam membina kekuatan untuk menyerang dan terus menyerang Anwar Ibrahim – mendapat lawan baru – anak didik beliau Nazree Yunus. Sebenarnya ramai antara mereka yang sebelum ini di bawah Ezam – bangkit menentang Ezam. Antara yang bangkit menjadi perisai kepada Anwar Ibrahim adalah Badrul Hisham Shahrin yang dahulu juga antara mereka yang membantu menubuhkan Gerak. Sampai bila Ezam harus berdiam? Adakah desakan untuk Ezam tidak di pedulikan. Namun serangan keras Nazree Yunus setakat hari ini – mampu mencabar kedudukan Ezam dalam UMNO. Adakah benar Ezam bertemu Saiful Bukhari Azlan – Ezam perlu jawab./Umno-reform2

1 ulasan:

  1. jika ezam menyatakan yang dia pernah berjumpa Anwar atau Saiful sudah tentu dia juga akan dipanggil ke mahkamah sebagai saksi, tu yang sgt dia takut sebenarnya bila dia diaak pula oleh peguam2 Anwar. hehehe

    BalasPadam