RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 1 April 2010

MEMALUKAN !! MENGAKU PEJUANG MELAYU, TAPI KUAT MENCARUT

Ibrahim Ali berang lagi
Apr 1, 10

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.

Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.

Se
baik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan.

"Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.

Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.

“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.

Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan./Malaysiakini

2 ulasan:

  1. bodoh punya pemimpin yang pernah aku tengok, lu pun sama ibrahim ali macam UMNO, lu cakap macam ini negara lu punya satu orang orang melayu yang duduk di Malaysia, lu mesti mau fikir le, lu mau terima atau tidak bangsa cina dan india di negara ini, hakikatnya, mereka pun rakyat malaysia juga, keturunan mereka, tok nenek mereka duduk di malaysia juga, lu pemimpin bodoh wahai katak, lu cakap tak fikir, lu ingat malaysia lu punya bapak ke

    BalasPadam
  2. apa lu..lu,ini tanah melayu....cakap melayu laa....bodoh,betul lah ini negara untuk semua bangsa warga negara....tapi kena ikut lah ini bangsa tuan rumah punya...jgn cakap ikut suka saja...org cakap lain...awak cakap lain....setan punya manusia..

    BalasPadam