RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 8 November 2010

PEMIMPIN TIDAK DATANG MESYUARAT KEMUDIAN GUNA MEDIA DAN BLOGGER UNTUK MUSNAHKAN PARTI

Agenda Cuba Jejas Kredibiliti Parti Dibidas : Syed Husin
07/11/2010


PETALING JAYA 7 NOV : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Syed Hussin Ali mendedahkan amalan pemimpin tertentu dalam parti yang sanggup menabur fitnah semata-mata untuk menjejaskan kredibiliti pemilihan parti.

Tanpa menyebut nama, Syed Husin berkata pemimpin berkenaan mempunyai agendanya tersendiri dan tidak berminat untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat parti yang menetapkan peraturan dan ketelusan proses pemilihan. "Ada agenda golongan tertentu yang cuba merosakkan parti dengan menunjukkan seolah-olah ada penipuan dalam pemilihan ini. Dan ini dapat mereka lakukan kerana ada pimpinan misalannya yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan bukan dalam mesyuarat parti, mereka tidak datang mesyuarat parti tapi dalam surat khabar dan media.

Kalau dia datang mesyuarat dia tahu ciri-ciri seperti ini," katanya. Apa yang nyata ialah pemimpin berkenaan tidak menghadiri mesyuarat biro politik parti tetapi sebaliknya membidas pucuk pimpinan parti menerusi blogger tertentu dan portal berita Free Malaysia Today. Syed Husin berkata dakwaan blogger Haris Ibrahim kononnya kertas undi PKR boleh dibeli dan disalah guna di sebarkan oleh pihak yang tidak tahu menahu mengenai ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan. "Perkara inilah yang dilakukan orang seperti Haris dan juga dilakukan oleh website-website seperti Free Malaysia Today yang sengaja hendak membuat fitnah," kata beliau./TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan