RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 12 November 2010

ZAID SEDANG `BERUSAHA' UNTUK DIPECAT, PKR PERLU TUNAIKAN HAJAT BELIAU

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU berita yang baik bagi saya apabila dimaklumkan bahawa Dato Zaid kemungkinan besar akan menubuhkan parti baru sekiranya beliau dipecat dari PKR. Itulah harapan yang amat dinantikan kerana dengan parti baru itu nanti Zaid tidak perlu bertanding atau bersaing dengan sesiapa untuk menjadi Ketua. Malang sedikit apabila beliau berkata SEKIRANYA parti pecat beliau. Ertinya apa? Ertinya mungkin beliau kini sedang berusaha sedaya upaya untuk dipecat.

Menurut maklumat , di dalam perjumpaan beliau dengan para penyokongnya di Kedah semalam yang dihadiri lebih kurang 100 orang, beliau telah cuba membayangkan keinginannya itu. Cubaan yang bagus dari Zaid untuk `pancing' atau uji sokongan orang ramai seandainya beliau menubuhkan parti barunya.

Cuma, saya tidak berapa seronok dengar dari maklumat tersebut parti barunya itu mungkin akan menggunakan perkataan `Keadilan' juga. Ada yang kata mungkin namanya `Keadilan Baru'. Macam Umno dulu lah juga bila diharamkan maka wujud `Umno (Baru)'. saya harap maklumat itu tidak tepat, masakan Zaid masih `ada hati' atau kepingin lagi mahu gunakan nama `Keadilan' jika beliau tubuhkan parti baru. Adakah mahu `tumpang berkat'?

Tidak kisahlah apa pun nama parti barunya nanti. Apa yang penting, ramai yang sudah kenal Zaid. Masalahnya nanti, apakah parti barunya itu akan menjadi komponen baru di dalam Bn atau berhajat bersama PR? Atau bukan kedua-duanya? Tentu ramai `tokoh-tokoh wibawa' berminat untuk menyertai parti barunya nanti. Mungkin Zul Kulim, Zahrain dan beberapa lagi spesis katak berminat untuk bersama beliau.

Mudah-mudahan PKR dapat menunaikan hajat Zaid untuk beliau tubuhkan parti barunya. Kesihan juga lihat beberapa ekor katak tu yang masih tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'. Sebab itulah roh ini berkeliaran mengganggu di sana sini. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. ape ni wfauzdin? bukti ape lagi ko nak..nahhhh pengundi hantu pemilihan pkr..

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/11/penipuan-pemilihan-pkr-seluruh-negara.html

    kalu sepodin natuon kata takde bukti lagi aku tak tau la...

    BalasPadam
  2. kau pandang sinis pd zaid yer, takpa nanti kau tau la berapa ramai org pkr yg akan join dia.., kalau x separuh, paling2 busuk pun 1/3..., sekarang kau gelak la dlu puas2... ingat, tertawa akhir tertawa menang..

    BalasPadam
  3. Tuan blog...
    Bodo lahhh sapa sapa nak ikut zaid nih...lebih baik ikut umno kalau tak nak jugalah ikut PKR. Rasa tertipu...rasa cemburu...rasa tak adil...rasa fulus kurang.....mudah jer blah la dari PKR.
    Kalu zaid tubuh parti ala-ala ramai gak yg akan ikut tapi tak la pulak sampai 10 peratus jumlah keahlian Makkal Sakti. Nak sokong zaid sokong betul-betul jangan sokomg, masa zaid berduit sahaja....bila zaid tak berapa kaya tinggal kan dia.....

    dayakngaju

    BalasPadam
  4. ehehhh..geli hati aku bila bukti ditunjukkan di atas mlalui blog Pro Umno...Gerakan Anti PKR tu blog org2 kecewa yg lompat jd katak dari PKR kalau hang nak tau...ehehh

    BalasPadam