RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 30 Mei 2010

TAN SRI KHALID MASIH DIYAKINI PIMPIN SELANGOR

Pimpinan Pakatan Rakyat Percaya Kepimpinan Khalid Ibrahim

Pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat tidak pernah bercadang untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar mahupun Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor.

Sebaliknya, Khalid digambarkan sebagai seorang pemimpin yang berjaya melakukan perubahan positif demi kepentingan rakyat di negeri yang diterajui PKR.

Malah, kepimpinan Khalid turut disenangi pimpinan lain.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata demikian dalam sidang media selepas memberi ucapan dasar kongres PKR , di Kelantan Trade Center, Kelantan.

Presiden PKR menjawab soalan wartawan dipercayai berikutan isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dimanipulasi media arus perdana.

"Setakat ini tidak ada apa2 langkah untuk menukarkan Tan sri Khalid setakat ini,kita akan berbincang dengan pihak parti dan negeri Selangor tentang pandangan.Tetapi setakat ini dia sebagai menteri besar dia menakluki parti." jelas Wan Azizah

Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin dengan kepimpinan Khalid.

Pendirian Wan Azizah dan Anwar ini turut disenangi pimpinan parti gabungan Pakatan Rakyat.

Setiausaha PAS Datuk Mustaffa Ali menyatakan pihak PAS percaya sepenuhnya bahawa Tan Sri Khalid bekerja dengan baik

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng yang juga Menteri Pulau Pinang terlalu awal untuk pihak tertentu melemparkan kritikan terhadap kepimpinan seseorang pemimpin./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Komen