RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 1 Jun 2010

TAN SRI KHALID KENA SERIUS ISU INI

Skandal Pasir: MP Kapar dedah bukti video
Mei 31, 10


Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini mendedahkan saksi bagi menguatkan dakwaannya bahawa syarikat kerajaan Selangor terlibat dalam operasi perlombongan pasir secara haram.

"Hari ini bukan cakap kosong, saya bawa saksi," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Manikavasagam juga menayangkan rakaman video lokasi yang didakwa berlaku kejadian curi pasir di Selangor bagi serta rekod bertulis berkaitan bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sementara itu, saksi tersebut Zahar Rusili memberitahu pemberita beliau mendapati terdapat bukti berlakunya aktiviti perlombongan pasir di Sungai Rasa, Near Rawang, dekat tempat kerjanya.

Zahar berkata, aktiviti penyeludupan pasir haram tersebut dipercayai dilakukan oleh beberapa pihak melibatkan Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan pihak berkuasa berkaitan.

Kontraktor itu juga mendakwa telah mengadu perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk KSSB, polis, pejabat Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, menurut Manikavasagam, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang akan memulakan pendengaran awam berhubung kes itu esok telah menolak Zahar selaku saksi./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan