RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 22 Julai 2020

KERUSI DUN SLIM WAJAR DIRUNDING DI DALAM PH SAHAJA

Tidak timbul persoalan kumpulan Mahathir perlu berunding dengan PH samada kumpulan Bebas tersebut mahu bertanding atau tidak di dalam PRK Dun Slim nanti. Rundingan hanya sesama PH sahaja dan tidak masuk akal Bebas perlu berunding. Bebas tetap Bebas, bila-bila masa dan di mana sahaja Bebas boleh bertanding seperti calon Bebas yang lain sebelum ini.

Kerusi Dun Slim kosong berikutan kematian Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan sakit jantung ketika bermain golf di Genting Highland baru-baru ini. Pada PRU14 yang lalu PH diwakili oleh calon dari Bersatu. Calon Bersatu telah tewas kepada calon Bn tersebut.

Oleh kerana parti Bersatu telah menjadi pengkhianat sehingga tumbangnya kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat, dan parti itu juga telah mengumumkan keluar dari PH, maka PH kini hanya mempunyai Keadilan, Dap dan Amanah sahaja. Mahathir pula telah umumkan tidak mahu lagi ada sebarang kerjasama dengan Anwar, Presiden Keadilan dan Pengerusi PH. Ertinya, Mahathir sendiri tidak mahu ada kerjasama dengan PH mahupun Keadilan.

Sepertimana Mahathir sendiri letak jawatan sebagai PM dahulu, begitu jugalah Mahathir sendiri umum tiada kerjasama lagi dengan Anwar. Tidak lojik kalau Mahathir putuskan hubungan dengan Anwar yang diketahuinya adalah Pengerusi PH, tetapi mahu berunding dengan PH apabila ada PRK. Bebas boleh masuk bertanding, tidak perlu berunding.

Marzuki tidak boleh menuntut itu Kerusi Bersatu kerana Bersatu kini berada di sebelah sana. Kerusi ini mesti ditandingi oleh PH. Berdasarkan kajian dan culaan, biarkan PH tentukan siapakah calon yang akan bertanding nanti.

1 ulasan:

  1. Before

    22 tahun suma rakyat Malaysia digoreng dan ditipu

    After

    22 bulan Walaun dari Kg Lidah Bercabang dan otai ditipu lagi

    Now

    22 tahun 22 bulan Walaun Kg Lidah Bercabang tak serik serik ditipu lagi ... otai otai reformasi dah rambut dah gugur, tolo dah labuh, memasing tak kan nak kena tipu lagi.. alahaiiii

    kikikikiki..


    Agak agak la sket walaun2 di Kg Lidah Bercabang dan otai sklian



    haaahhh tepokkkkk

    BalasPadam