RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 9 Oktober 2012

BEZA PKR DAN UMNO UMPAMA LANGIT DAN BUMI

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA kecohlah puak-puak jahiliyyah itu menyebut bahawa PKR itu sama dengan Umno iaitu tidak Islamik.  Maka kata mereka apa perlunya PAS bersama PKR jika PKR itu sama dengan Umno dan tidak sama dengan perjuangan PAS?  Soalan bodoh ini sewajarnya dan cukup rasanya aku yang tidak cerdik tapi tidak sejahil mereka untuk menjawabnya.

Adakah selama ini golongan Melayu Jahiliyyah itu (sekarang dikenali sebagai "Syaitan yang dikenali") menganggap dasar PKR sama dengan dasar PAS?  Jika begitu anggapan mereka, jelaslah mereka sebenarnya masih tidak mengenali PKR dan PAS, ertikata lain teramat bengapnya mereka.  Jika PKR dasarnya sama dengan PAS, perlu apa wujud PKR?  Bukankah lebih baik mereka semua menyertai PAS?  Begitu juga, jika PKR itu sama dengan Umno, buat apa PKR melawan Umno habis-habisan?  Itu pun tidak boleh fikirkah?

DS Wan Azizah, isteri Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim
Siapakah wanita ini?
Terdapat banyak beza PKR dengan Umno sebenarnya.  Kita ambil contoh paling mudah sahaja, adakah PKR pernah menentang atau mengugut PAS untuk memperjuangkan dasar partinya iaitu Islam?  Cuba tanya Umno pula.  Bukan sahaja Umno pernah menentang dasar PAS di bibir sahaja, bahkan ada pemimpin Umno yang cuba menyaman PAS kerana isu Hukum Hudud.  DAP pun tidak pernah mahu menyaman PAS di dalam soal Hudud ini walaupun DAP tidak bersetuju dengan hukum tersebut.  Di bawah Umno, Kerajaan Kelantan di bawah PAS pernah diugut agar tidak melaksanakan Hukum Hudud.  Pernahkah ini dilakukan oleh PKR?  

DS Anwar dan Isteri
Najib dan isteri?
PKR adalah parti yang ahlinya terdiri dari berbagai kaum dan agama, tetapi asas perjuangan parti ini adalah memperjuangkan keadilan untuk semua.  Manakala, PAS pula ahli-ahlinya terdiri dari berbagai kaum berugama Islam dan menerima yang bukan Islam sebagai penyokong bersekutu bagi memperkuatkan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam.  Jika PKR memperjuangkan keadilan, salahkah PAS bersama dengan PKR kerana Umno terbukti tidak memperjuangkan aspek itu.  

Ada hikmahnya PKR ini wujud di dalam membantu PAS.  Andainya sewaktu DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dahulu dan beliau menyertai PAS bersama para penyokongnya, kita tidak pasti Pembangkang menjadi sekuat ini.  Jika terdapat mereka yang amat benci dengan Umno/Bn, tetapi merasa kurang yakin dengan DAP dan tidak boleh menyertai PAS kerana mereka bukan Islam atau kurang yakin dengan PAS, ke manakah pilihan mereka?  Sebab itu PKR wujud untuk orang-orang yang seperti ini, iaitu mereka yang bencikan Umno/Bn. Di dalam PR kita perlukan orang yang benci kepada Umno/Bn kerana parti inilah yang merosakkan negara dan mengkhianati rakyat di negara ini.

Pilih mana satu contoh keluarga terbaik

PKR tidak kisah dianggap sebagai 'kayu galah' untuk PAS mencapai hasrat parti tersebut.  Untuk menjolok buah yang mahu dinikmati bersama, PKR atau DAP sanggup menjadi 'kayu galah atau penjolok" asalkan tidak menjadi kuda tunggangan seperti Umno yang diperkudakan oleh parti-parti komponen mereka.  Faktanya, Apa yang Umno boleh buat apabila Presiden MCA menghina hukum Islam?  Lebih jelas lagi, di dalam debat Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, terang-terang Chua Soi Lek mengaku bahawa MCA berani memberi amaran kepada Umno agar tidak melaksanakan Hukum Hudud.  Apa pula jawapan Lim Guan Eng?  Beliau menyebut bahawa DAP berpendirian isu Hudud adalah isu agama dan DAP menghormatinya sebagaimana PAS juga menghormati ugama mereka.  Bukankah ada beza di situ?

Memang benar, Karpal Singh berulangkali menyebut DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud tetapi pernahkah Karpal Singh selaku Peguam terkenal menyaman PAS atas isu Hudud?  Bagi PAS pula, soal DAP tidak bersetuju dengan hukum Hudud bukan perkara baru bahkan jika DAP menyokong hukum ini sekalipun bukan mudah buat PAS untuk melaksanakannya kerana Umno tetap menjadi penghalang hukum Allah ini.  Malahan halangan dari Umno ini lebih hebat dari DAP kerana Umno sekarang berkuasa, bukan DAP.  Contohnya seperti yang berlaku di Kelantan dahulu.

Beza Umno dengan PKR umpama langit dan bumi.  Umno tetap dengan dasar Kebangsaannya, tetapi PKR tetap dengan dasar yang akan memberikan keadilan kepada semua kaum.  Keadilan kepada semua kaum ini adalah salah satu dari kehendak Islam, maka tentunya perjuangan ini secocok dengan PAS.  Parti yang hanya menyalak "Ketuanan Melayu, ketuanan Melayu" Hidup Melayu, Hidup Melayu" sudah tentu ditolak oleh PAS kerana Islam tidak boleh diperjuangkan melalui Melayu semata-mata.

Tidak dinafikan PKR bukan parti Islam seperti PAS, tetapi PKR bukan anti Islam seperti Umno.  Itu bezanya.  Di dalam Islam, akta yang zalim dan tidak adil seperti Akta ISA, AUKU, OSA dan beberapa akta lagi bercanggah dengan Islam, maka PKR menentangnya maka penentangan PKR terhadap akta zalim ini secocok dengan parti PAS.  Adakah PAS perlu bersama Umno yang begitu lama bergelumang dengan kesemua akta ini?  

Paling releven, Umno lah satu-satunya parti yang banyak menganiayai PAS.  Siapa boleh lupa sewaktu PAS dapat memerintah Terengganu, siapakah yang menzalimi kerajaan PAS ketika itu dengan merampas royalti minyak yang sebelum ini diberikan?  Tidakkah mereka sedar bahawa Terengganu itu sebuah negeri yang hampir 100% Melayu Islam?  Begitu juga soal royalti di Kelantan sebuah lagi negeri Melayu yang dikhianati?  Bukan PKR atau DAP yang menganiayai negeri-negeri Melayu tersebut tetapi Umno/Bn.  Masihkah kita mahu beranggapan Umno dan PKR itu serupa?

Mari kita lihat contoh paling mudah dan dianggap asas sahaja untuk membandingkan Umno dan PKR.  Dari segi penghayatan Islam kedua-dua pemimpin dari Umno dan PKR sudah cukup untuk kita menilai parti manakah yang patut PAS jadikan sahabat.  Presiden Umno dikatakan seorang Islam begitu juga isterinya.  Adakah isteri Presiden Umno menghayati Islam berbanding dengan isteri Ketua Umum PKR?  Bandingkan pula keluarga mereka.  Adakah anak kepada Ketua Umum PKR ini memiliki saham kilang arak atau syarikat yang ada kaitan dengan arak seperti San Miguel?  Apakah Umno mahu PAS bersama dengan mereka di dalam keadaan pemimpin mereka sedemikian rupa?

Terlalu banyak lagi beza PKR dengan Umno sehingga tidak cukup ruang untuk dinukilkan di sini.  PKR punyai pimpinan yang berani berdepan dengan Sang Penguasa, tetapi Umno mempunyai pemimpin yang hanya berani bercakap seorang diri di kaca TV.  Isu debat sudah cukup untuk mengajar kita tentang pepatah "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah"./wfauzdin.blogspot.com 

7 ulasan:

  1. Kenapa kita perlu bermusuhan, memfitnah dan memburuk2kan org Islam lain hanya kerana politik. Kepada sdra wan hayatilah ayat surah Al-i-'Imran.

    `Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"..ayat 26

    dan

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu..ayat 27.

    Semuga ALLAH memberi hidayah dan petunjuk kpd kita jalan yg sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Gua sokong pandangan lu 100% tetapi gua tak boleh bagi 110% kerana gua bukan Zul Kulim al-kataki wal-firauni.

    BalasPadam
  3. Alangkah baiknya jika ayat yg ditulis oleh pengomen yg pertama itu ditujukan juga kpd puak2 Umno....tentu tak de masalah Islam kat negara ini utk bersatu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..

      artikel yg menarik..
      komenpun menarik

      memang elok benar ditujukan pada umno

      terlebih afdal jika ditujukan pada diri sendiri duhulu

      Padam
  4. komentar ptama td dia cuma copypaste je ayt tp x phm mksud..petik ayt 'Allah bg kekuasaan pd yg Dia mahu'..Allah juga bg kerajaan pd firaun n Allah sentap..x mustahil malysia..melalui p/raya..tp ada yg x 'bersyukur' buat penipuan dlm p/raya nak smbung kuasa..'hendklah kamu mengangkt org yg alim lg bijaksana dlm memimpin di antara kamu'p/s:kalo salah perbetulkn..kalo xde maklumt perihl pemimpin mcmman kita nak tahu dia boleh urus tadbir ngr mgikut syariat..keperibadian itu melmbgkn identiti

    BalasPadam
  5. Kepada pengomen pertama, ini bukan fitnah OK. Semua ada gambar, ada bukti. Bukti supaya kita umat Islam berfikir secara bijaksana untuk pilih siapa yang akan memimpin kita.
    Kenapa kalau memilih parti selain UMNO, itu dah dikira sebagai bermusuhan?

    BalasPadam
  6. berkenaan gambar gmbar tu membuktikan 99.9% kebenaran akan kewarakan najib & kewaraqan anwa..hanya Allah Maha Mengetahui yg lebih tersembunyi dari itu spt Antutuya & dot dot dot

    wallahualam

    BalasPadam