| Harakahdaily |
SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini. "Saya diberitahu, SUPP menggunakan isu PAS adalah parti eksremist di Sibu ini dalam kempen mereka, jadi saya mewakili PAS menerangkan kepada mereka, siapa dan apa perjuangan PAS yang sebenar," kata Khalid kepada Harakahdaily. "Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily. Sebaik sahaja menang dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Khalid telah memberikan ucapan yang bersejarah dalam sebuah gereja di Shah Alam. Sejak itu, beliau sangat diingati oleh penganut Kristian di negara ini.
Pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menentang calon BN, Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron. Dalam pada itu, nasib tidak baik berlaku kepada penyelaras pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil ini apabila Datuk Wan Abdul Rahim terpaksa berehat selepas demam. Beliau yang terpaksa tidur sahaja selepas penamaan calon disyaki terkena serangan virus sebaik sahaja tiba di sini beberapa hari lalu. "Memang masa nak mari pun dah tak berapa sihat," kata Wan Rahim ketika dihubungi Harakahdaily. Namun begitu, kempen pilihan raya ini berjalan dengan lancar. Malam ini, Mahfuz dijangka memberikan ceramah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sambutan terhadap ceramah Anwar cukup baik apabila beliau mula datang ke sini semalam," kata Wan Rahim./Harakahdaily |
Isnin, 10 Mei 2010
PRK SIBU - KHALID SAMAD JADI `STAR'
Ahad, 9 Mei 2010
KEPUTUSAN POLL - MENGAPA BN MENANG DI HULU SELANGOR?
Pengunjung-pengunjung blog ini telah memberikan pendapat mereka. Seramai 1,029 pengunjung blog ini telah membuat undian masing-masing dan mereka mempercayai bahawa kemenangan calon dari Bn adalah disebabkan oleh faktor seperti berikut:
a. Bn amalkan rasuah politik - 66 %
b. Pengundi Hantu - 10%
c. Rakyat terpengaruh dengan media - 9 %
d. PR silap meletakkan calon - 6 %
e. Kempen PR kurang berkesan - 5 %
f. Rakyat terima konsep 1 Malaysia - 4 %
UMNO BEBAL? MENGAPA ?
"
Berita "kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia" dilenyapkan dari Utusan Malaysia hari ini, walaupun akhbar ini pernah menonjolkan berita "kuda lumba" yang dimiliki Zaid Ibrahim, calon PKR semasa tempoh kempen PRK Hulu Selangor.
Walaupun PRK Hulu Selangor telah melabuh tirai, namun calon PKR yang kecundang, Zaid Ibrahim tetap menjadi watak utama Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk yang menonjol di muka surat depan, "Sifatkan titah Sultan Selangor hanya pendapat peribadi - Zaid Ibrahim biadap".
Kaki botol dan syarikat arak
Ketika menangkis serangan peribadi ini, pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan pemilikan syarikat arak, San Miguel di Filipina oleh Mirzan Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang dikatakan isu lebih besar berbanding isu "minum arak" oleh individu.
Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, misalnya telah mengungkit isu pemilikian syarikat arak oleh keluarga pemimpin UMNO ketika ditemuramah media pada hari penamaan calon PRK Hulu Selangor. Bagaimanapun, apa yang ditonjolkan Utusan Malaysia pada keesokannya ialah hujah Azmin Ali yang berbunyi, "Buktikan Zaid kaki botol".
Utusan Malaysia yang membuat liputan di ceramah ini sekadar menonjolkan "Zaid 'kaki lompat'-Dr.Mahathir", sebagai tajuk, langsung tidak melaporkan penjelasan Mahathir terhadap pemilikan syarikat arak oleh anaknya. Dengan kata lain, realiti bahawa pemilikan syarikat arak oleh Mirzan Mahathir telah dilenyapkan dari akhbar tersebut./Tranungkite
TEMBAK LAGI, UMPAMA MUSIM PULA
| Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas | ||
|
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.
Cedera parah
Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.
"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.
Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Os
"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.
"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."
Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.
"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.
"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.
Bapa terkilan
Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.
Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.
Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.
"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya./Malaysiakini
PEREMPUAN PERASAN YANG TERLAMPAU
| 'Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama' | ||
|
“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.
“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.
Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.
Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.
Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.
“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.
“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.
Sabtu, 8 Mei 2010
EZAM SESUMPAH DAPAT SENATOR, SIAPA YANG MELOPONG?
Terlalu banyak ulasan telah dibuat terhadap perlantikan Mamat yang digelar juga raja kotak ini setelah beliau dilantik sebagai Senator. Apa yang pasti, hampir kesemua ulasan berkaitan perlantikan Mamat Ezam ini bersetuju bahawa perlantikannya hanyalah semata-mata beliau paling galak menyerang DS Anwar. Itu sahaja. Bukti jelas menolak dakwaan perlantikannya adalah kerana perjuangan menentang rasuah, OSA atau ISA terlalu mudah untuk kita sebutkan satu persatu.
Sewaktu beliau memimpin GERAK, cuba sebutkan satu sahaja perjuangannya yang berjaya sehingga perasuah disiasat dan ditangkap terutamanya di kalangan pimpinan Umno. Rafidah masih bebas dan kini `sekelambu' dengan Mamat Ezam. Apakah ini bermakna Rafidah sudah dibersihkan oleh Mamat Ezam? Akta zalim ISA masih kekal dan terus mengganas di bawah kerajaan yang diterajui oleh Umno iaitu parti yang menganugerahkan Mamat Ezam ini Senator. Apakah ini bermakna Akta ISA kini `halal' di sisi Mamat Ezam? Cuba kita imbas kembali, semenjak Mamat Ezam ini keluar dari KeADILan, selepas itu memimpin GERAK, beliau dilihat masih komited menentang rasuah dan sepatutnya ketika itu lah beliau boleh diangkat menjadi Senator oleh Najib jika benar Najib benci kepada rasuah. Selepas itu, Mamat Ezam mengambil keputusan menganuti fahaman Umno yang bersekutu dengan APCO itu. Bermula di saat itu, Mamat Ezam sudah tidak fasih lagi untuk berbicara soal rasuah.
Mengapa? Ini adalah kerana beliau telah dimakan oleh sumpahannya sendiri. Mamat Ezam pernah berkata, "Sila tunjukkan siapa yang menyertai Umno itu ikhlas?". Kata-kata itulah yang menjadi sumpahan buat Mamat Ezam sehinggakan lidahnya keras dan kelu untuk menyebut perkataan `rasuah'. Apa yang mampu diratibkan oleh lidah Mamat Ezam hanyalah menyebut nama DS Anwar. Oleh kerana terlalu ingin mengampu Najib, Mamat Ezam ini sanggup mengaku dirinya `bodoh' dan diperbodohkan oleh DS Anwar dahulu sehinggakan beliau berjuang habis-habisan membela DS Anwar. Mamat Ezam pun merafak sembah ampun dan maaf kepada ahli-ahli Umno kerana telah di`perbodohkan' oleh DS Anwar dahulu.
Siapa yang melopong selepas Mamat Ezam ini mendapat habuannya dari Najib? Sudah tentu yang melopong dan terasa bodoh sangat adalah rakan-rakan spesisnya seperti Ruslan Kassim, Zahid Md Arip, Lokman Adam dan ramai lagi yang lebih dahulu keluar dari KeADILan dan mencium bau Umno dari Mamat Ezam. Mereka dapat apa? Mereka tiada jasakah kepada Najib sebagaimana jasa Mamat Ezam? Zahid Md Arip lagi hebat mengampu Najib sehinggakan tergamak mengeluarkan perkataan lucah terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang dicarutkan oleh Zahid Md Arip itu adalah `barang sulit' maknya sendiri. Beliau sanggup menghina `barang sulit' maknya demi untuk menghina Tuan Guru Nik Aziz semata-mata untuk mengampu Najib. Tapi, apa yang cucu Tun Ghafar Baba ini dapat? Dapat dosa kering adalah.
Tidak pelik jika kedengaran suara-suara dari pimpinan Umno khususnya di kalangan Pemuda Umno yang tidak menyenangi kehadiran Mamat Ezam ini. Mereka tahu, Mamat Ezam bukan tokoh penting untuk membantu Umno kerana terbukti di dalam beberapa Pilihanraya Kecil jika beliau hadir menghentam DS Anwar, Umno pasti terkangkang. Di Hulu Selangor baru-baru ini pun, semua tahu bukan kerana kekuatan pengaruh Mamat Ezam membuatkan Bn menang tetapi kerana pengaruh wang dan rasuah oleh Najib dan Muhyiddin.
Percayalah, Mamat Ezam ini tidak akan ke mana selepas ini. Beliau pasti akan dipancung oleh rakan-rakan di dalam Pemuda Umno sendiri nanti. Mukhriz dan KJ sudah pasti tidak akan membiarkan Mamat Ezam ini terus dibuai dan didokong oleh Najib sebilang masa. Mereka telah menghitung bahawa Mamat Ezam ini tiada satu pun agenda untuk memperkuatkan Umno tetapi hanya mempunyai agenda peribadi untuk mengampu Najib yang dulunya beliau anggap lebih teruk dan jahat dari Mahathir. Apa pun, kita simpati dengan rakan-rakan Mamat Ezam yang kini sedang melopong mulut dipenuhi lalat itu. /wfauzdin.blogspot
DAP TENTANG JUDI BOLA, UMNO DAN APCO BAGAIMANA?
Beliau melihat tindakan berkenaan hanya sebagai penyumbang kepada masalah sosial terbesar dalam negara ini.
"Jika kerajaan memberi lesen untuk perjudian bola, ini seolah-olah menggalakkan lebih ramai orang muda pergi berjudi dalam pertandingan bola sepak. Saya rasa ini akan meyebabkan keadaan yang tidak sihat dan menyebabkan lebih banyak masalah sosial," katanya.
Anthony Loke menganggap tindakan kerajaan Umno BN ini bertentangan dengan usaha mengawal aktiviti perjudian haram.
"Apabila kerajaan memberikan lesen ini, ia adalah tidak tepat. Mereka mengatakan perkara ini untuk mengawal perjudian haram ssekali gus menyalurkan cukai kepada kerajaan.
"Saya rasa ini sesuatu yang walaupun betul menjanakan sedikit pendapatan kepada kerajaan tetapi masalah akan bertambah lebih besar," katanya yang terkilan kerana hal ini banyak kali dibangkitkan di Parlimen tetapi tiada penyelesaian sebaliknya langkah berlawanan pula diambil.
Anthony Loke menyifatkan keadaan ini menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dan terlalu bergantung kepada cukai judi.
"Mereka ingat ini cara mudah untuk menambah cukai kerajaan dengan memberi lebih banyak special draw, lesen judi lesen bola dan sebagainya? Ini cara mudah untuk menambah cukai tetapi saya rasa ini kaji kesan sosial dulu," katanya.
Beliau menyeru kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mengkaji dengan lebih teliti hal ini dan tidak memihak kepada golongan tertentu sahaja./TVSelangor
JUDI ITU HARAM, APA MACAM KALAU KITA `HALAL' KANNYA?
| Roslan SMS |
| Kerana menghadapai masalah besar berhubung pengedaran dadah dan krisis penagihan dadah dikalangan rakyat Malaysia satu ketika dahulu maka kerajaan memperkenalkan undang-undang menggantung sampai mati sesiapayang didapati bersalah mengedar dadah. |
Jumaat, 7 Mei 2010
MAHU TUNJUK HEBAT KUNUN
| BN juga tidak boleh terima kenyataan Azhar | ||
|
Azhar yang juga ketua pembangkang BN di DUN Pulau Pinang, dilaporkan berkata bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.
Berucap di sesi DUN semalam - ketika mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis - Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.
Sehubungan itu, Azhar juga telah dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa BN negeri yang bermesyuarat pagi ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata Azhar telah melahirkan kekesalannya terhadap kenyataannya itu.
Beliau juga telah menarik balik kenyataannya itu dalam DUN semalam dan telah diterima oleh Speaker.
Dr Hilmi berkata, Azhar memberitahu jawatankuasa BN bahawa beliau telah diprovokasi sejak hari pertama sidang DUN, termasuk oleh ketua menteri sendiri dengan kenyataan yang berbaur perkauman yang serius.
Katanya, ia merupakan taktik Lim Guan Eng untuk mendapatkan keuntungan politik menjelang pilihanraya kecil parlimen Sibu.
"BN Pulau Pinang ingin juga mengingatkan ketua menteri, Lim Guan Eng dan semua pihak supaya berhenti memainkan apa juga bentuk politik perkauman," kata Hilmi.Sementara itu, ADUN Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Pidato hari ini bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenyataan Azhar itu yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan.
Laporan polis juga dibuat terhadap Azhar (BN-Penaga) di balai polis Lebuh Pantai hari ini, meskipun beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mungkin menyaksikan beliau digantung daripada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.
Meskipun Azhar telah menarik balik kenyataannya itu setelah diminta berbuat demikian oleh speaker, Abdul Halim Hussain, namun Pemuda PKR, Syed Mikael Rizal Aidi meminta polis menyiasat kenyataan tersebut./Malaysiakini
ALFATIHAH - AKTIVIS PAS JELEBU MENINGGAL DUNIA
Difahamkan beliau sudah beberapa kali sebelum ini memohon agar pihak berkuasa untuk membaiki jambatan yang teramat uzur tersebut tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya. Adakah kerana beliau adalah penyokong kuat PAS di kampung berkenaan maka permintaannya tidak diberi perhatian?
Pada pagi sebelum kejadian, bapa saya sempat berbual bersama Allahyarham di sebuah kedai kopi di Pekan Simpang Durian, Jelebu. Bapa saya berkata, tiada apa-apa perubahan ketara dilihat pada kelakuan beliau cuma beliau dilihat seperti kurang bercakap dan tergesa-gesa untuk pulang atas alasan ingin ke pasar pula. Berita kematian Allahyarham diketahui sewaktu bapa saya berada di Masjid Jame' Simpang Durian dan ketika Jemaah sedang bersolat Jumaat, jenazah beliau masih berada di Klinik Simpang Durian.
Allahyarham terlibat sepenuh masa berkempen di Hulu Selangor bersama jentera PAS Jelebu dan berkampung di sana sehingga selesai Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Beliau komited terhadap perjuangan PAS dan sentiasa membantu parti di dalam mana-mana pilihanraya samada jauh atau dekat.
Pemergian beliau di pagi Jumaat hari yang penuh keberkatan merupakan satu kerugian besar bagi perjuangan PAS Jelebu khususnya. Mudah-mudahan Allah menempatkan beliau di sisi orang-orang yang Soleh. AL FATIHAH. /wfauzdin.blogspot.com
20 JUTA UNTUK TAWAN PUTRAJAYA - HUSAM
| Rizal Tahir |
| KOTA BHARU, 7 Mei: Datuk Husam Musa berkata, memandangkan Umno mendakwa beliau menggunakan peruntukan RM4 juta sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tersingkir dan Umno Kelantan semakin tenat, beliau akan meneruskan hasrat tersebut hingga ke Putrajaya. “Memang dakwaan RM4 juta memfitnah Pak Lah dan sebagainya adalah fitnah, tetapi dengan fitnah itu ianya menjadi satu modal buat saya untuk membuka satu tabung untuk menawan Putrajaya dengan kos RM20 juta,” katanya dalam nada menyindir ketika menyampaikan ceramah di Taman Guru di sini, malam tadi. Katanya, semoga dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu sehingga memberikannya sebagai satu ilham, diharap tabung RM20 juta berjaya disemarakkan ke Putrajaya. Katanya lagi, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh pihak lawan kepada PAS. Sambungnya, ia sebagai taktik pihak kerajaan untuk tidak memberi ruang pada PAS melawan mereka. “Kalau lawan saja mereka mulalah keluar PAS guna RM4 juta untuk musnahkan Pak Lah dan sebagainya, itu tidak betul, lainlah kalau kita guna duit kerajaan, belum apa-apa lagi SPRM akan hambat kita,” ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi. Katanya lagi, pemimpin PAS sejak awal lagi sering diberi sumbangan oleh para dermawan yang ingin melihat syariat Islam tersebar di negara ini. Menurutnya, sebagai contoh beliau sendiri yang hanya mendapat bayaran gaji RM400 sewaktu bekerja di Pejabat PAS, namun boleh keluar berceramah ke mana-mana, kerana ada yang memberi sumbangan. “Ianya berlarutan sewaktu saya menjadi anggota Parlimen, bantuan yang pelbagai turut saya terima dari penyokong di bawah, semuanya kerana perjuangan Islam, begitu juga untuk bantuan zakat saya turut menerima sumbangan untuk diagihkan pada rakyat,” ujarnya lagi. Tambahnya lagi, semangat rakyat untuk melihat pentadbiran kerajaan diterjaui oleh mereka yang beramanah semakin hebat. Katanya, PAS tidak pernah memburukkan Pak Lah sewaktu berkempen, sebaliknya hanya menceritakan kebaikan PAS, agar rakyat sedar. “Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi. Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa. Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media. Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti. “GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit. “Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya. Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu. Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini. “Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi. Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir. Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa. “Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu. “PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya. Kerana itu, tamabhnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan. “Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi./Harakahdaily |



