RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 13 Mei 2010

PAS KEDAH MASIH KUAT, RAMAI AHLI UMNO KELUAR PARTI

PAS janji kejutan pada 28 Mei
Abdul Rahim Sabri
Mei 12, 10


PAS kawasan Alor Star menjangkakan lebih ramai lagi ahli akar umbi Umno di situ akan keluar parti menyertai PAS menjelang 28 Mei ini.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya menjangka kira-kira 23 ahli Umno di Taman Wira Mergong - yang terletak dalam bahagian Alor Star - akan menyertai parti itu pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada mereka itu ahli biasa atau memegang jawatan terpenting dalam Umno.

Katanya, mereka bakal menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada ADUN Alor Mengkudu - yang merupakan ADUN angkat bagi kawasan Mergong.

"Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ahli Pemuda (Umno) di taman itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mendakwa kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno di Kedah.

Umno bahagian Alor Star diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Zulkifli berkata blog pro-PAS - Kedahlanie - turut menyiarkan perkara itu.

Sebelum ini, 65 ahli Umno dari Taman Wira Mergong telah menyertai PAS Mac lalu.

Ia diikuti oleh 55
ahli Umno dari DUN Alor Mengkudu yang bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

"Tunggu, kita tak mahu umum awal. Nanti depa (mereka) lari kacau pulak," kata Zulkifli lagi.

PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008./Malaysiakini

Rabu, 12 Mei 2010

KARPAL VS SAIFUL - SEMAKIN MENARIK

"Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)


KS = Karpal Singh
SB = Saiful Bukari
Hakim
MY : Muhamad Yusof - Pendakwa

Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?

Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.

KS: Itu tidak benar, bukan?

SB: Tidak.

KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)

HAKIM: Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.

KS: Baca sekali lagi sumpah itu.

SB: (Saksi membaca semula sumpah)

KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?

SB: Ya.

KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?

SB: Ya.

KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?

SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?

SB: Ada, pada 24 Jun 2008.

KS: Jumpa di mana?

SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.

KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?

SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?

SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.

KS: Pada 24 Jun?

SB: Ya.

KS: Lepas itu ada jumpa dia?

SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.

KS: Dengan isteri PM?

SB: Tidak pernah.

KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?

SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.

KS: Pernah jumpa isteri PM?

SB: Tidak.

KS: Kejadian berlaku bila?

SB: 26 Jun 2008.

KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?

SB: Tidak jumpa.

KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.

SB: (Saksi tidak menjawab)

(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.

KS: Ada pernah jumpa PM?

SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.

KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.

KS: Bila jumpa?

SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.

KS: Pukul berapa.

SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.

KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?

SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.

KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?

SB: Tidak.

KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?

SB: Ya.

KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?

SB: Saya tidak pasti.

KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?

SB: Saya tak tanya dia.

KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?

SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Itu sahaja?

SB: Ya.

KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, dalam laporan polis.

KS: Baca P3 (laporan polis).

(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")

KS: Kejadian 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?

SB: Ada.

KS: Sebelum 28 Jun?

SB: Ada.

KS: Oleh siapa?

SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.

KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?

SB: 28 Jun.

KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Kamu orang Islam yang baik?

SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)

KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?

SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.

KS: Dalam bulan Jun 2008?

SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.

KS: Selepas itu?

SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.

KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.

SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.

KS: 26 Jun?

SB: 26 Jun tidak sembahyang.

KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.

SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.

KS: Pada 27 Jun?

SB: Ada sembahyang Jumaat.

KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?

SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.

KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?

SB: Ya.

KS: Mandi junub, wajibkan?

SB: Ya.

KS: 26 (haribulan) tidak solat?

SB: Tidak.

KS: Tidak mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?

SB: Ya, tidak sah.

KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?

MY: Ini pendapat peguam.

KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.

HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.

KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.

KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.

SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.

KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?

SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)

KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Kamu tidak ikut cara Islam?

SB: Saya terpaksa.

KS: Dalam darurat?

SB: Ya.

KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?

SB: Di Pusrawi.

KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?

SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.

KS: Tujuan apa?

SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.

KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?

SB: Tidak.

KS: Pada 27 Jun pun tidak?

SB: Tidak.

KS: Hanya pada 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?

SB: Dr. Osman.


(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh SB)


KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?

SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.

KS: Itu saja? Lain?

SB: Sakit perut.

KS: Tidak ada aduan lain?

SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.

(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)

KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."

SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.

KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?

SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?

SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?

SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?

SB: Ya.

(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)

KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?

SB: Sebelum ini tidak pernah.

KS: Siapa hantar kamu pada dia?

SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.

KS: Doktor ini bohong?

SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.

KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?

SB: Tidak.

KS: Lepas itu HKL?

SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.

KS: Dalam pukul 3 petang?

SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.

KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?

SB: Ya.

KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?

SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.

KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?

SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).

KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).

MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.

KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.

HAKIM: Esok boleh datang?

MY: Kesemua doktor?

KS: Semuanya.

KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakan"


KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?

SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.

KS: Buat laporan polis di HKL?

SB: Ya, di HKL.

KS: Buat di pondok polis?

SB: Tidak, di wad.

KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?

SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.

KS: Jude Blasious ada di sana?

SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.

(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)

KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?

SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?

SB: Ya.

KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?

SB: Tidak.

(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)

KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?

MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.

HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.

SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.

KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?

SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.

MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.

HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.

KS: Apa jawapan dia?

HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.

KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?

SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...

KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?

SB: Tiada komen.

(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)

KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?

SB: Ada, banyak kali.

KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?

SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.

KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?

SB: Ada setiap muka surat.

KS: Diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, seperti dalam laporan saya.

KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.

HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.

HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?

KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.

HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.

(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)

KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.

MY: Tiada bantahan.

HAKIM: Tangguh sehingga esok?

MY: Ya.

HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).

Sumber:* [ mohon kebenaran sdr hishamudin rais – Tukar Tiub ]/Tranungkite

LIWAT PAKSA ATAU SUKARELA SAMA SAJA - PEGUAMCARA

Saiful tetap berpendirian dia diliwat tanpa rela
Mei 11, 10


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau tetap dengan pendiriannya bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaannya.

Mohd Saiful, 25, yang memakai kot hitam dan berkemeja biru, berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan ketika kes itu disambung semula hari ini di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Beliau yang juga bekas pembantu peribadi Anwar berkata, beliau membuat kenyataan itu dalam pernyataan saksi yang diberikannya kepada pegawai polis dan beliau tidak pasti sama ada pernah membuat kenyataan yang sama di luar mahkamah.

Karpal: Semalam anda kata ada beberapa kenyataan direkodkan oleh polis?

Mohd Saiful : Ya

Karpal: Di mana kenyataan itu direkodkan?

Mohd Saiful: Di Ibu Pejabat polis daerah Brickfields dan di beberapa tempat lain
Karpal: Anda tetap dengan pendirian semalam iaitu "tanpa kerelaan"

Mohd Saiful: Ya, tetap sama.

Pada peringkat itu, Karpal Singh menyatakan mengenai kemungkinan untuk mencabar kesahihan kenyataan Mohd Saiful itu atas alasan wujud percanggahan antara kenyataannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah dalam pertuduhan terhadap Anwar.

Peguam itu berkata, Mohd Saiful, dalam kenyataannya kepada polis menyatakan kejadian liwat yang didakwa itu berlaku tanpa kerelaannya manakala pihak pendakwaan menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

Katanya, jika kejadian itu berlaku tanpa kerelaan, pihak pendakwaan sepatutnya mendakwa anak guamnya mengikut Seksyen 337C kanun yang sama.

Karpal Singh berkata, di bawah Seksyen 377B, hukuman yang diperuntukkan ialah penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan manakala mengikut Seksyen 377C, hukuman diperuntukkan ialah penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Katanya, berikutan percanggahan itu, pihak pembelaan perlu meneliti kenyataan saksi bagi membolehkan kemungkinan bagi pihak pembelaan mencabar kesahihan keterangan Mohd Saiful.

"Di bawah keadaan ini, ia masih satu kesalahan. Hubungan seksual secara sukarela antara lelaki bukan satu kesalahan di negara lain.

"Kami mempunyai gerak hati bahawa keterangan yang diberikan di mahkamah adalah bercanggah dengan kenyataannya. Dengan ini kami mempunyai hak untuk memeriksa dan meneruskan tindakan mencabar kesahihan kenyataan itu," katanya.

Karpal Singh berkata, saksi berulang kali menyatakan kejadian liwat itu adalah tanpa kerelaannya.

"Ini adalah kali pertama kes liwat yang tertuduh didakwa melakukannya secara sukarela walaupun kenyataan dan keterangan dibuat pengadu adalah tanpa kerelaannya," katanya.


Dalam jawapan balas terhadap hujah Karpal Singh (kanan, duduk), Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata tiada asas bagi permohonan Karpal Singh itu kerana adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara untuk mendakwa seseorang itu mengikut mana-mana seksyen.

Beliau berkata, Anwar didakwa mengikut pertuduhan yang memperuntukkan hukuman lebih ringan dan bidang kuasa pihak pendakwaan tidak boleh dipersoalkan.

"Tidak terdapat perbezaan antara Seksyen 377B dan Seksyen 377C, perbuatan melakukan hubungan seksual di dubur ialah satu kesalahan sama ada secara sukarela mahupun tanpa sukarela.

"Ia tidak memperuntukkan kesalahan yang berbeza, hanya membabitkan hukuman lebih berat. Jika tanpa kerelaan, ia memperuntukkan penalti lebih berat.

"Dalam hujah saya, tidak terdapat gerak hati untuk menjustifikasikan mahkamah ini untuk meneliti kenyataan itu atau malahan membekalkan kenyataan itu kepada pihak pembelaan," katanya.


Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan penghakimannya kepada esok kerana beliau perlu meneliti perkara itu.


Anwar, 63, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau pertama kali didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

- Bernama/Malaysiakini

Blogger:

Pening kepala dengan kes ini. Mengadu dipaksa liwat, pertuduhan pula menggambarkan liwat berlaku secara sukarela. Dari segi hukum, paksa atau sukarela tetap salah tetapi tentulah ada beza. Seperti beza perbuatan zina dengan rogol. Takkan itu pun susah hendak faham? Jika pertuduhannya dipaksa, tentu DS Anwar seorang sahaja yang bakal dituduh. Jika liwat berlaku secara sukarela, takkan DS Anwar seorang sahaja dituduh?

Ini bukan masalah tempoh hukuman 20 tahun atau 5 tahun. Ini berkaitan kejadian sebenar samada liwat berlaku secara paksa atau tidak. Saiful bertegas kata dia dipaksa. Mengapa pertuduhan terhadap DS Anwar menyebut tidak dipaksa? Bukankah ini menganiayai Si Saiful (pengadu) sendiri? Mengapa Saiful tidak bantah pertuduhan yang jelas bercanggah dengan laporannya itu? Semakin menarik skrip ini.




Selasa, 11 Mei 2010

KES LIWAT DS ANWAR - SKRIP CERCA MERBA?

TERKINI! Skrip Saiful diMahkamah.. Simbol Kelemahan Penulis Skrip Melayu UMNO
Oleh: dewa

"SKRIP soal balas Saiful di mahkamah akhirnya keluar. Lucu membacanya. Saiful menceritakan betapa dirinya menggunakan minyak pelincir di bontotnya sebelum diliwat, lalu tidak mandi wajib beberapa hari dan tidak solat, tetapi solat jumaat dalam keadaan tidak mandi wajib. Saiful juga menyatakan dirinya tidak tahu mengapa ketiga-tiga doktor yang memeriksa bontotnya mengatakan bahawa bontotnya elok saja dan tiada kesan liwat. Malah Saiful berjenaka mengatakan bahawa dirinya tidak dapat melihat sendiri bontotnya. KENYATAAN lengkap disertakan:

BERITA HARIAN:Kejadian ini tanpa kerelaan saya: Saiful2010/05/10

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa seorang anggota polis iaitu Asisten Komisioner Mohd Rodwan Yusof, berjumpa dengannya di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 8 malam 24 Jun 2008.

Karpal: Untuk tujuan apa ACP Rodwan berjumpa kamu?

Mohd Saiful: Pada masa itu ACP Rodwan ada telefon saya. Beliau kata nak jumpa. Pada masa itu saya tidak tahu tujuan apa. Masa jumpa dia tanya saya apa masalah yang saya hadapi.

Karpal: Jumpa ACP Rodwan lepas jumpa (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Ada sesiapa arahkan ACP Rodwan jumpa anda?

Mohd Saiful: Tidak tahu.

Karpal: Macam mana dia tahu nombor telefon anda?

Mohd Saiful: Tidak pasti

Karpal: Apa berlaku lepas berjumpa?

Mohd Saiful: Saya ceritakan kepada dia yang saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

Karpal: Ada kenyataan anda kata, anda diliwat tanpa kerelaan?

Mohd Saiful: Ya, dalam laporan polis saya.

Karpal juga bertanya Mohd Saiful dengan siapa beliau berjumpa sebelum mendapatkan rawatan dan mengapa beliau mengambil selama dua hari sebelum membuat laporan polis berhubung dakwaannya diliwat.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008 bagi mengadu masalahnya kepada Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau berjumpa dengan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri di rumah Najib di Taman Duta di sini dan selepas itu beliau tidak berjumpa lagi dengan Najib.

Mohd Saiful berkata, beliau hanya berjumpa Najib, dan tidak pernah berjumpa dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika ditanya Karpal mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi pada 28 Jun, iaitu selepas dua hari beliau didakwa diliwat oleh Anwar, Mohd Saiful berkata, bahawa beliau memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang beliau sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut.

Mohd Saiful berkata, sebelum pemeriksaan dibuat oleh Dr Mohd Osman, beliau memberitahu yang beliau sakit perut tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat.

Ketika diminta penjelasan mengenai laporan perubatan oleh Dr Mohd Osman yang antaranya menyebut bahawa pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur Mohd Saiful berkata, beliau tidak faham tulisan doktor itu.

Karpal: Adakah apa yang ditulis ini benar?

Mohd Saiful: Saya tidak pernah buat aduan seperti ini kepada doktor itu.

Karpal: Adakah anda tahu doktor itu akan beri keterangan di mahkamah?

Mohd Saiful: Ya tahu.

Karpal: Mengapa doktor itu tulis macam itu.

Mohd Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Adakah doktor itu bohong?

Mohd Saiful : Ya bohong. Tidak benar.

Mohd Saiful kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa selepas berjumpa dengan Dr Osman, beliau diarah oleh doktor itu untuk membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Mohd Saiful berkata, beliau pergi ke HKL dengan bapa saudaranya yang dipanggilnya Uncle Tuah pada 3 petang sehingga 12 tengah malam.

Di HKL, katanya, seorang doktor bernama Dr Daniel memintanya pergi ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan semasa berjumpa Dr Daniel beliau berterus terang yang beliau diliwat.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diperiksa oleh tiga orang doktor termasuk Dr Daniel. />
Karpal juga meminta Mohd Saiful menjelaskan mengenai kandungan laporan perubatan itu antaranya tiada tanda cedera di dubur karpal: Apa pendirian kamu dengan laporan perubatan ketiga-tiga doktor iaitu iaitu tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan dubur awak.

Mohd Saiful: Saya tidak tahu. Saya tidak dapat nampak dubur saya.

Ketika ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah, dan berkata, Karpal sepatutnya menunjukkan soalan itu kepada doktor berkenaan.

Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dengan Mohamed Yusof, dengan berkata, bahawa sudah tentunya Mohd Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri, dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah ketawa.

Mohd Saiful juga menyampuk sambil menjawab Semasa diliwat saya guna pelincir

Pada pemeriksaan balas itu juga, Karpal meminta penjelasan Mohd Saiful sama ada beliau adalah seorang Islam yang baik, dan Mohd Saiful berkata, beliau cuba untuk menjadi seorang Islam yang baik.

Mohd Saiful berkata, ketika bekerja dengan Anwar, beliau jarang bersembahyang tetapi mulai insaf selepas membuat laporan polis berhubung kejadian liwat itu.

Katanya, beliau tidak sembahyang selepas kejadian liwat.

Karpal: Kenapa anda tidak sembahyang hari itu (26 Jun 2008)

Mohd Saiful: Mungkin kerana saya telah diliwat.

Karpal: Ada sembahyang pada 27 Jun

Mohd Saiful: Ada sembahyang Jumaat.

Karpal: Ada mandi sebelum sembahyang?

Mohd Saiful : Ada mandi sedikit saja tapi tidak cuci habis.

Karpal: Bila sembahyang, mesti cuci betul-betul? Betul mandi junub diwajibkan?

Mohd Saiful :Ya.

Karpal: Jadi sembahyang anda pada 27 Jun 2008, adalah tidak sah?

Mohd Saiful: Ya.

Karpal: Jadi anda bukan seorang Islam yang baik.

Pada ketika itu, Mohamed Yusof membantah. Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya berkata, pihak pembelaan tidak boleh membantah sekiranya pihak pendakwaan membuat serangan peribadi terhadap Anwar, di mana Karpal menjawab, beliau tidak mempunyai bantahan terhadap perkara itu.

Perbicaraan disambung esok bagi mendengar kedua-dua pihak berhujah mengenai permohonan Karpal untuk mendapat salinan keterangan saksi yang diambil oleh polis. - Bernama ..

TAJUK besar yang ditulis akhbar pengampu UMNO ialah TANPA KERELAAN SAYA.

Eh, kalau engkau dah siap minyak-minyakkan bontot kau Saiful, takkan dikira tanpa kerelaan pulak? Kelakar membaca cerita Saiful ni. Yang lebih lucu, mahkamah dan pendakwa sepakat menghalang pihak pembelaan daripada mendapat senarai nama saksi.

SELAMA bertahun-tahun saya jadi peguam, tak pernah saya ada masalah hendak mendapatkan senarai nama saksi. Kalau senarai saksi pun tak diberi, macam mana nak bela diri?

Yang lebih lucu keterangan Saiful bahawa minyak telah disapu-sapu dibontotnya sebelum diliwat. Peguam Cara Negara sebelum ini beriya-iya berhujah dengan bergantung kepada laporan doktor kerajaan bahawa air mani Anwar ada dalam bontot Saiful.

KALAUpun Saiful merelakan bontotnya diliwat, dan sanggup sapu-sapu minyak, takkan Saiful tak takut kena HIV?

Logiknya, mestilah Saiful minta Anwar guna kondom. Kalau guna kondom, macam mana ada air mani Anwar pulak?

Dan Saiful membiarkan air mani Anwar dalam bontotnya selama 2 hari sebelum buat laporan? Dan tak solat dan tak mandi wajib, tapi pergi solat jumaat (dalam keadaan tak mandi wajib)??

PSIKO skrip UMNO ni. Nak buat skrip, buat la kemas-kemas./Tranungkite

PLASTIK MASUK DUBUR, DOKTOR BOHONG - SAIFUL

Saiful Bukhari Azlan hari ini memberikan keterangan menggemparkan apabila mendakwa doktor yang memeriksanya di sebuah hospital telah berbohong dengan laporan perubatannya.

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.

Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.

Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.

Seperti Dr Mohamad Osman, tiga pakar itu juga mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Perbicaraan pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Saiful selaku pengadu dan saksi tunggal disoal balas oleh peguam Anwar Karpal Singh.

Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anggota keluarga tiba di mahkamah pada pukul 9.00 pagi dan diserbu oleh wartawan tempatan dan luar Negara.

Dalam soal balas, Karpal terus bertanya Saiful mengenai laporan doktor Mohamad Osman yang mendedahkan Saiful telah mengaku duburnya kesakitan kerana dimasukkan benda plastik.

Karpal : Doktor berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Adakah anda menafikan doktor itu berbohong

Saiful : Saya tak cakap macam itu.

Karpal: Jadi doktor itu berbohong?

Saiful: Saya tak pasti .

Karpal: Jadi doktor tipu?

Saiful: Ya dia bohong, tidak benar.

Saiful pada mulanya dilihat cuba berdolak dalik dalam menjawab pertanyaan Karpal tetapi apabila ditanya untuk kali kedua, beliau membuat kejutan dengan mendakwa doktor Mohamad Osman telah menipu dalam laporan perubatannya itu.

Karpal kemudian menjurus kepada laporan perubatan oleh tiga pakar perubatan HKL yang mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Saiful akibat di liwat sebagaimana yang di dakwa Saiful.

Kali ini juga, Saiful memberi jawapan yang mengejutkan. Beliau berkata beliau tidak dapat komen kerana tidak dapat melihat keadaan duburnya sendiri.

Saiful : Saya tidak dapat melihat kawasan dubur saya. Saya tidak mahu komen./TVSelangor

KES LIWAT - ANWAR BERSYUKUR SAIFUL MENGAKU

ANWAR - SAIFUL MENGAKU NAJIB TERLIBAT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful./Harakahdaily

PERBICARAAN KES LIWAT - ULASAN YANG MENARIK

Saiful Bukhari Azlan si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Beliau seolah-olah menjadi panik ketika berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh peguambela handalan Anwar iaitu Karpal Singh.

Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat. Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang telah memerangkap dirinya. Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar. Persoalannya sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima kehadiran beliau secara peribadi.

Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya, apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS atau sebagainya?. Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?. Perkara inilah yang amat meragukan kita.

Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi (foto) ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong. Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu. Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini.

Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru. Saiful mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong, sebaliknya menjawab "No Komen" bila diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mahu kemukakan "kenyataan beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.

[Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes liwat II ini esok. Apakah Saiful berani untuk berhadapan dengan Karpal Singh lagi, sedangkan beliau telah bersumpah untuk tidak berbohong di dalam mahkamah. Jika inilah keadaan perbicaraan yang sedang kita saksikan maka adalah lebih elok Saiful didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kenyataan yang berbelit-belit dan gagal mengawal keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah dipaksa untuk melakukan demikian. Amatlah malang sama sekali jika perbicaraan diteruskan kerana ia akan menambahkan lagi aib kepada anak muda itu. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan dengan kes itu nanti. Maka akhirnya sumpah laknat Saiful memakan dirinya sendiri setelah lebih setahun beliau menunggu hari kebenarannya yang dijanjikan untuknya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes kontroversi ini!]./Pahang Daily

Isnin, 10 Mei 2010

KES LIWAT - SOAL BALAS TERHADAP SAIFUL

Liwat II: Karpal soal balas Saiful
Mei 10, 10


Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

12.30tghari: Karpal Singh memohon penangguhan hingga pagi esok untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Hakim Zabidin membenarkannya dan menanguhkan perbicaraan hingga esok.

11.30pagi: Karpal minta rihat sekejab.

11.25pagi: Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.

11.22pagi: Saiful mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks.

11.20pagi: Karpal, merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

Saiful pula berkata dia tidak tahu kerana dia tidak dapat melihat duburnya.

11.06pagi: Karpal membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.

Saiful berkata laporan itu salah dan tidak betul.

Berikutan itu, Karpal berkata doktor berkenaan akan dibawa untuk memberi keterangan.

Saiful berkata dia tidak tahu dan "mungkin doktor berbohong".

10.54pagi: Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.

Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.

Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu

Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat.

10.45pagi: Saiful berkat dia tidak bertemu dengan Najib atau isterinya Rosmah Mansor sebelum pertemuan pada 24 Jun.

Saiful berkata dia berjumla ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun

selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan mengenai masalahnya.

10.40pagi: Saiful berkata dia berjumpa PM Najib pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

10.39pagi: Karpal meminta Saiful mengangkat sumpah dengan betul dan memintanya bercakap benar.

10.35pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan menolak permohonannya sebelum ini.

Sesi soal-balas ke atas Saiful.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.

Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.

Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.

Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.

9.57pagi: Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa./Malaysiakini

VIDEO - ORANG INI JUGA MAHU JADI SENATOR SEPERTI EZAM?

SD Johari - Anwar homoseksual


Sunday, 09 May 2010
Video ini di siarkan untuk menunjukkan bahawa " SD Johari antara panglima Ezam Mohd Nor" sudah berani mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat - maha munafik dan Anwar Ibrahim adalah homeseksual. Mungkin SD Johari adalah jawapan kepada cabaran Nazree Yunus terhadap Ezam Mohd Nor.
Comments





arbai - kulatlapok |2010-05-09 11:34:51
BUKTINYA PASAL SD JOHARI NI PERNAH KENA 'TALA' DENGAN SDAI, KALAU TAK TAKKAN DIA TAHU, HANYA ORANG YG MENERIMA YG MERASA.
noahzigur - dakwaan mengarut orang yang kecewa |2010-05-09 12:12:41
Dakwaan SD Joharo itu amat dangkal dan tak meyakinkan. hujah nampak macam direka-reka. Dia juga kecewa macam Ezam jawa kotak tu. Moga-moga SD Johari ni dapat Senator juga dengan mencela DSAI. Percayalah dia akan cuma dapat dosa seperti mana pemimpin UMNO yang lain yang dengki dan cuak dengan kebangkitan PR. Hidup DSAI.
Anonymous |2010-05-09 12:28:22
Mereka kecewa, marah, geram dan macam-macam lagi. Mereka akan buat apa sahaja untuk yakinkan kepimpinan UMNO. Mereka akan gadai maruah mereka kerana hendak mendapat tempat dalam UMNO. Mereka jahil tentang perjuangan. Mereka ini akan mendapat pembalasannya suatu masa nanti. Mereka komplot dengan Saiful pondan untuk jatuhkan DS Anwar, mereka akan terus mengampu sehinggalah mereka mendapat tempat di dalam UMNO.
Ingatlah wahai SD Johari, kesalahan dengan manusia hanya terampun dengan memohon maaf dengan tuannya sahaja. Bayangkan berapa ramai yang mendengar fitnah ini, maka kamu yang akan membayarnya satu hari nanti.
Ingat SD Johari kamu seumpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.. marahkan Anwar kamu fitnahnya habis-habisan.
Wahai SD johari, Rakyat Malaysia sekarang ditipu oleh pemimpin UMNO, harta negara dicuri sesama mereka, Negara tergadai kerana UMNO. Institusi keselamatan dinoda/disepak terajang oleh UMNO, hak rakyat dinafikan. Mereka sedang memunggah harta bumi ini kepada puak-puak mereka. Tolong bagitahu siapa yang baik dalam UMNO/BN sekarang,.. semuanya kaki Rasuah.
Anon |2010-05-09 13:09:38
Rasanya SD Johari lepas ni dapat Senator gak kut...
noahzigur - cukuplch tu....bertaubat |2010-05-09 17:19:58
SD Johari eloklah kamu bertaubat. Apa yang kamu dapat dengan mengatakan DSAI benar-benar meliwat dan maha maha maha munafik. Ingat kau baik sangat ke. Hanya orang yang maha maha maha jahat seperti SD Johari itulah sebenarnya munafik kerana menyebarkan fitnah yang kemudiannya ditaja oleh portal umno-reform ini.
Anonymous |2010-05-09 21:08:10
Daripada percaya dengan kata-kata dia ni, baik le kita percaya kata ulama mesir Sheikh yusuf Qadrawi yang menyatakan tuduhan terhadap DSAI salah dari segi islam.
Anonymous |2010-05-10 02:29:06
mangsa liwat anwar yang ke berapa ni tak tahu le aku


Sumber: Umno-reform2

KEMELUT ISTANA KELANTAN - PENDEKATAN TOK GURU NIK AZIZ BIJAK

Krisis Istana: MB perjelas sebab 'berdiam diri'
Mei 9, 10


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau gagal mentadbir negeri berikutan tindakannya berdiam diri berhubung kemelut Istana Kelantan.

Katanya walaupun beliau dianggap sebagai penasihat kepada Sultan tetapi berpendapat adalah lebih baik mendiamkan diri daripada mengambil sesuatu tindakan yang tidak disenangi pihak tertentu kerana ia adalah masalah dalaman keluarga.

Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam mendiamkan diri juga merupakan suatu nasihat daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi suasana dalam keluarga itu.

"Bagi saya, sejak mentadbir negeri ini hampir 20 tahun lepas, saya anggap berjaya kerana membangunkan negeri ini. Siapa kata gagal?

"Soal kemelut raja, itu kerja anak beranak, saya sengaja tak campur tangan supaya berlaku di sekitar anak beranak," katanya.

Nik Aziz memberitahu pemberita demikian selepas meraikan orang kelainan upaya (OKU) yang baru pulang dari mengerjakan umrah, di bangunan yayasan itu, di Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang dipetik sebagai berkata, krisis istana Kelantan tidak akan berlarutan sekiranya Nik Abdul Aziz memainkan peranannya sebagai penasihat kepada Sultan dan Pemangku Raja Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata Islam membenarkan seseorang itu berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan, walaupun seseorang itu merupakan penasihat, jika ia boleh memudaratkan keadaan.

Beliau menafikan sikap mendiamkan diri dalam isu itu sebagai tindakan lepas tangan daripada tanggungjawab sebagai penasihat dan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu kemelut istana itu kerana ia melibatkan krisis dalaman keluarga.

"Jadi, saya ambil sikap senyap, supaya ianya hanya berkisar di sekitar anak beranak, senyap itu juga, adalah nasihat, ada kalanya Allah Taala suruh senyap.

Ada kalanya suruh nasihat, jadi saya ambil sikap senyap, senyap itupun dianggap nasihat juga...," katanya.

Menurutnya, beliau bersama Exco akan menziarah Sultan, cuma menunggu tarikh yang akan ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias./Malaysiakini

UMNO JOHOR SEMAKIN TERTEKAN

Provokasi Tak Mampu Halang Ribuan Rakyat Johor Dengar Amanat Anwar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor agar tidak takut untuk meninggalkan Umno dan Barisan Nasional kerana ramai daripada pengasasnya itu telah meninggalkan parti apabila melihat penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku.

"Bahkan presiden pertama Umno, Dato Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn turut meninggalkan parti dan melawan Umno," kata Anwar pada ceremah di Plentong Jumaat lalu.

Anwar berkata walaupun Johor dikatakan kubu kuat Umno namum beliau optimis dengan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti melihat kepada gelombang sokongan rakyat kepada Johor yang semakin meningkat.

Ia berdasarkan sokongan serta sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terhadap program anjuran Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini yang dahagakan maklumat terkini mengenai situasi politik dan ekonomi negara.

"Dengan izin Allah, kalau Selangor boleh kita tawan, tidak mustahil Johor pun boleh tumbang kepada kita. Yang penting kita istiqamah dan teguh dengan perjuangan," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun program ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kempas dan Plentong diganggu polis dan provokasi daripada Pemuda Umno, namun ia tidak menghalang lebih 6,000 rakyat mendengar amanat Anwar dalam lawatan sehari beliau ke Johor untuk menemui pucuk pimpinan KEADILAN negeri serta rakyat.

Turut sama dalam ceramah yang diadakan termasuk Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Yang Dipertua PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfuz Omar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Chua Meng serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Anuar Saleh.

Dalam program di Taman Dahlia, Kempas, Anwar terpaksa memendekkan jadual beliau di situ selepas dinasihatkan pihak polis atas faktor keselamatan.

Pemuda Umno dikatakan datang ke majlis ceramah dan melakukan provokasi dengan membuat bising bagi menganggu perjalanan program.

Pihak polis jelas menunjukkan sikap berat sebelah apabila menahan Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat atas alasan menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Gangguan yang sama turut dilakukan oleh Pemuda Umno di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong dengan bersorak dan menghamburkan kata-kata kesat, membakar mercun dan membaling objek ke arah orang ramai.

Tindakan kasar dan biadap Pemuda Umno itu hampir mencetuskan pergaduhan namun berjaya ditenangkan oleh petugas yang mengawal keselamatan.

"Ribuan yang hadir tanpa upah ini membuktikan ledakan suara rakyat Johor cuba dimusnahkan oleh gerombolan yang semakin gusar dan cemas.

"Kita akan teruskan ikhtiar untuk sampaikan maklumat kepada rakyat walaupun banyak halangan yang menduga kita.

"Tuan-tuan jangan layan provokasi mereka di luar sana. Kita patut berasa simpati kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.

"Inilah akibatnya apabila pemimpin yang zalim terus memperbodoohkan rakyat. Anak-anak kita rosak kerana perbuatan mereka," kata Anwar kepada ribuan penyokong.

Beliau berkata ketakutan pimpinan Umno-BN kini semakin ketara.

Fitnah, dakwaan yang dilakukan dan usaha untuk menggantungnya dari Parlimen hanya akan menjadikan rakyat semakin jijik dengan tindakan Umno-BN.

Persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak mampu dijawab, tetapi menggunakan kuasa majoriti yang ada untuk membungkam pandangan lain, kata Anwar.

Antara isu yang dikupas beliau termasuk isu keselamatan negara, pentadbiran yang pincang, kehakiman serta isu jenayah yang semakin meningkat.

Anwar turut menyarankan anggota keselamatan supaya bersikap rasional dengan tidak membuta tuli mematuhi arahan tetapi melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang.

"Paling baru kes Aminulrasyid. Arwah ditembak dan kini dalam siasatan. Kes Kugan dan Beng Hock belum selesai, datang pula kes terbaru. Macam mana kita nak yakin dengan keselamatan negara kita?" soal beliau lagi.- sk

Sumber: bloglistpolitik