RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 2 September 2010

PENGERUSI EKSEKUTIF SYABAS `CEKIK DARAH' RAKYAT SELANGOR

Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya
Salhan K Ahmad
Sep 1, 10


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.

Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

NONE"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.

"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.

Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.

"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.

rozali ismail puncak niagaSebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.

Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya./Malaysiakini

KHALID DEDAHKAN PENGARAH JAIS `EJEN UMNO'

Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM
Salhan K Ahmad
Sep 1, 10

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik.

khalid samad pas muktamar 2Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.

Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Salah-guna kuasa

Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid berkata permohonan itu juga dibuat menggunakan kepala surat Umno Selangor.

NONESalinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.

Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan.

"(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno.

"Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid turut menyelar alasan yang diberikan Khusrin sebelum ini dalam menjelaskan halangan kepada orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.

Mandi hadas

Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."

Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.


azlan"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.

Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.

"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.

Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.
Bina jambatan

"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka.

azlan"(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.

Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini./Malaysiakini

JAWAPAN BUAT KHIR TOYO - SELANGOR TIDAK MAHU LAGI TERJAJAH

Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah

Roslan SMS

Bicara tentang Merdeka, bekas MB Selangor yang juga Ketua Pembangkang Khir Toyo melontarkan persoalan serba kaya dengan sindirian di dalam blognya: Merdekakah umat Islam di Selangor?

Hujahnya, kerana PAS Selangor benar YB Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) masuk ke Surau al Huda Serdang, benar wakil rakyat bukan Islam berceramah (tazkirah), benar DAP beri duit pada orang Islam dalam surau, maka kesimpulannya umat Islam di Selangor tidak merdeka!

Khir sebelum saya ulas, sudah 2 tahun 5 bulan hilang kuasa. 2 tahun 5 bulan dahulu beliaulah pemimpin tertinggi di negeri Selangor ini, beliulah yang meneraju, menetap apa yang baik dan buruk untuk negeri pimpinannya, tiba-tiba disentap takhta darinya sehingga jatuh tersungkur ia tanpa disangka. Mahu rampas kembali takhta tadi, ianya milik rakyat, rakyat yang tetapkan siapa turun darinya dan siapa yang naik duduk. Lalu terkulat-kulatlah Khir antara percaya tak percaya. 2 tahun 5 bulan sudah berlalu, ia masih begitu.

PAS Selangor sudah 2 tahun 5 bulan membentuk kerajaan baru Selangor bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat setelah kerajaan BN yang akhir dipimpin Khir ditolak rakyat.

Sebagai parti Islam, jelas dasar dan matlamat PAS. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar menjadi keutamaan PAS. Lebih 50 tahun Selangor di bawah BN yang diteraju Umno, tak tahulah samada Islam Merdeka, yang pastinya pada kaca mata ramai, Islam tidak Merdeka tetapi dijajah buat kepentingan Umno.

Masjid dan surau semasa BN dahulu dijajah oleh Umno. Hak ahli-ahli kariah untuk memilih kepimpinan masjid dan surau dibekukan kerana kononnya takut PAS menguasainya. Lalu ditunjuklah siapa yang jadi Nazir dan AJK dan senarai kepimpinan masjid ini perlu disahkan oleh Ketua Umno bahagian, mungkin kerana sudah hilang kuasa Khir lupa bab ini.

JAIS di bawah Khir dan MB sebelumnya telah mengeluarkan suatu senarai hitam. Iaitu senarai penceramah dan pendakwah yang diharamkan dari berceramah dan memberi kuliah di masjid dan surau-surau seluruh Selangor, suatu keputusan yang terang-terang dipengaruhi nafsu politik. Almarhum Dato Ishak Baharum (bekas Mufti Selangor) turut digam oleh Khir dan rakan-rakannya, Merdekakah umat Islam Selangor?

Begitu juga Dato Dr Harun Din (yang kerajaan PR Selangor anugerahkan sebagai Tokoh Dakwah Selangor), Dato Ismail Kamus (anak Selangor yang terkenal dirantau sebelah sini, termasuk memberi kuliah di dalam Istana Sultan Brunei) dan ramai lagi. Siapa yang menjajah umat Islam Selangor ketika itu?

Khir mungkin lupa, masjid dan surau ketika zaman beliau dan MB sebelumnya dengan bebas digunakan buat kepentingan orang Umno. Ketika musim pemilihan Umno, solat hajat, bacaan Yasin diadakan dalam masjid dan surau buat pemimpin-pemimpin Umno./Baca seterusnya di Harakahdaily

LIM GUAN ENG JADI MANGSA FITNAH PUAK BANGSAT

Oleh: Mandor

BETAPA hodohnya perbuatan mereka yang tidak pernah insaf dari melakukan kerja fitnah. Jika di bulan yang mulia ini pun mereka sanggup melakukan kerja fitnah sebodoh itu, maka tidak hairanlah jika kerja ini akan berterusan dilakukannya. Setelah habis modal dengan isu mendoakan Lim Guan Eng di dalam Khutbah, isu pemimpin DAP memasuki surau, akhirnya satu lagi kerja bodoh telah mereka lakukan. Kali ini dengan menyiarkan gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban. Baca di sini.

Tujuan fitnah ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan betapa PAS kununnya terpaksa menggadaikan Islam kepada DAP. Siapa punya kerja ini? Siapa lagi kalau bukan tali barut puak-puak yang tidak pernah aman hidup di dunia ini tanpa melakukan fitnah. Mereka itu adalah puak yang bersekutu dengan Apco Yahudi laknatullah.

Apakah rakyat boleh terpedaya dengan fitnah bodoh mereka? Jika ada yang percaya pun mereka adalah terdiri dari orang yang bodoh juga kalau pun tidak gila. Apa makna semuanya ini? Maknanya Umno semakin tertekan, Umno semakin bacul dan Umno semakin menghampiri liang lahad. Justeru itu, berpakatlah keluar dari Umno yang sudah kehabisan idea itu. Marilah kita bersama bersatu menentang Umno kerana dengan adanya Umno, maka sukar fitnah ini untuk dihentikan./mandor.blogspot.com

TARIK SUBSIDI ORANG SUSAH TAPI BERI DUIT RAYA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA?

Khalid: Bonus tanpa subsidi, tak masuk akal
Salhan K Ahmad
Sep 1, 10

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

azlanKatanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

azlanKatanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

khalid samad pas muktamar"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.

Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi./Malaysiakini

Rabu, 1 September 2010

PEMILIHAN KETUA AMK - TOLAK CALON YANG INGIN BERPUAK DAN WUJUDKAN REGU

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN Ketua AMK nampaknya semakin menarik dan mulai panas. Dikatakan terdapat beberapa calon akan bertanding merebut jawatan Ketua AMK yang mungkin akan dipertahankan oleh Sdr Shamsul Iskandar. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri jika ingin bertanding merebut jawatan sayap penting kepada PKR itu, dan sehingga kini difahamkan hanya Sdr Rafizi Ramli seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan akan bertanding.

Calon lain yang dikatakan akan bertanding tetapi belum mengumumkannya adalah Chegu Bard (Badrul Hisham) iaitu seorang lagi MPP PKR. Mungkin ramai yang mengenali Chegu Bard jika dibandingkan dengan Sdr Rafizi kerana tokoh muda dari Rembau ini adalah di antara pejuang reformasi yang lantang dan berani. Sdr Rafizi Ramli mungkin agak terkenal di kalangan elit pimpinan PKR dan tidak hairanlah jika baru-baru ini beliau mengadakan sidang akhbarnya pun di sebuah hotel di PJ.

Mengikuti sidang medianya di sini, saya amat hairan mengapa perlu diwujudkan regu semata-mata untuk merebut jawatan di dalam AMK ? Mengapa pemilihan di dalam PKR mahu dicemari dengan budaya haprak Umno itu? Paling menyedihkan, langkah membentuk regu seperti ini turut disokong oleh beberapa pimpinan yang bergelar YB di kalangan pemuda PKR. Apakah mereka ingat dengan status YB dan elit mereka itu regu mereka akan terpilih?

Saya secara peribadi amat tidak bersetuju jika diwujudkan tim, regu atau puak di dalam PKR. Cuba belajar dari pengalaman Umno bagaimana parti itu hancur akibat puak dan regu. Saya tidak pasti samada kesemua yang bakal bertanding di dalam AMK itu mempunyai regu masing-masing. Tetapi apa yang saya tahu, Sdr Rafizi adalah orang pertama yang mengumumkan regunya.

Adakah langkah beliau ini direstui oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ianya direstui, tunggulah saat kehancuran PKR. Itu jaminannya. Apa yang pasti, sokongan hendaklah diberi kepada calon yang tidak mahu berpuak dan berani ke hadapan bersendirian dengan kekuatan sendiri. Itulah Ketua AMK yang kita mahukan./wfauzdin.blogspot.com

SELANGOR TERUS PERANGI MAKSIAT

31 Ogos - Seramai 100 orang peserta Ekspedisi Dakwah Gems dilepaskan dan mereka semua akan bergerak menuju ke hotspot-hotspot yang telah dikenal pasti di sekitar Lembah Klang.

Kerajaan Negeri membuktikan iltizam membanteras gejala sosial secara berterusan. Pegawai perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad memberitahu pihaknya mengenalpasti kawasan yang sering menjadi tumpuan muda mudi terutamanya pada malam-malam perayaan iaitu Taman Tasik Shah Alam,Dataran Kemerdekaan,dan Dataran Shah Alam.

Peserta konvoi Anti-Zina ini melalui semua kawasan dan jalan dipusat bandar sambil mengibarkan bendera selain menyerahkan risalah anti zina kepada orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanan konvoi. Sementara itu di Petaling Jaya, Ahli majlis Perbandaran Petaling Jaya Halimey Abu Bakar memaklumkan 6 pasangan bukan muhrim ditahan dalam operasi bersepadu MBPJ dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.

Menurut Ahli Majlis MBPJ Halimey Abu Bakar, apa yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor sekarang adalah amat berbeza dengan kerajaan yang terdahulu pun didalam bulan Ramadhan kita mengunakan kesempatan itu juga menyambut kemerdekaan bukan dengan cara berhibur yang tidak betul tetapi cara dan niat murni kerajaan sekarang setidak-tidaknya menyedarkan diri rakyat dari melakukan pekara negatif.-NAEEM RAFFI/TVSelangor

ISTERI MENTERI BERUGAMA ISLAM SEMUA TUTUP AURAT KAH ?

Mohd Ali Hashim

ALOR SETAR, 31 Ogos: Sebelum ini, ramai juga di kalangan isteri pemimpin negara dan menteri yang beragama Islam tidak menutup aurat dengan betul semasa menghadiri majlis di surau dan masjid.

Sehubungan itu, Kerajaan Pusat atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya mengeluarkan notis makluman kewajipan menutup aurat kepada semua pihak yang ingin memasuki surau atau masjid di negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sebagai mengulas isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa tanpa menutup aurat telah berucap di ruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.

Beliau juga berharap notis yang dikeluarkan itu mampu untuk memberi penjelasan yang sebenar mengenai kepentingan menutup aurat dan menjaga kesucian masjid dan surau.

"Notis menjelaskan adab memasiki masjid atau surau perlu dikeluarkan sebagai rujukan masyarakat Islam dan juga yang bukan Islam dalam negara ini.

"Tidak dinafikan adanya unsur-unsur pilih kasih dalam isu ini kerana sebelum ini juga terdapat di kalangan isteri menteri yang beragama Islam sendiri memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sewaktu hadir majlis di masjid.

"Manakala tuntutan menutup aurat bagi bukan Islam bukanlah sesuatu yang wajib bagi mereka," katanya lagi.

Mereka juga seolah-olah tidak memberatkan tuntutan agama supaya menutup aurat sebagai seorang isteri kepada pemimpin Islam dan memperlihatkan contoh yang patut diikuti kepada wanita Islam yang lain.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai menggesa mereka yang bertanggungjawab supaya menyediakan garis panduan tersebut kepada orang Islam dan bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan, dan bukannya dengan memakai tudung tetapi rambut mereka masih kelihatan. /Harakahdaily

ZUL `HARBI' TUDUH `KAFIR HARBI' MASUK MASJID

Oleh: Mandor

MARAH benar nampaknya Firaun besar Kulim Bandar Baru Zul `Harbi' kepada pemimpin DAP yang digelarnya `kafir harbi'. Baca tulisan orang kecewa yang kena pecat dari PKR itu di sini. Simpatinya beliau terhadap anak bekas Mufti Perlis yang pernah didakwa kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah negeri yang diperintah oleh Bn itu.

Kata firaun besar ini, anak seorang bekas Mufti tidak dibenarkan memasuki masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi dibenarkan bertazkirah di ruang solat surau. Kita faham siapa yang firaun besar itu maksudkan. Masalahnya, siapa dia kafir harbi tersebut? Lojikkah kafir harbi melawat surau atau masjid untuk memberi bantuan membangunkan Rumah Allah itu? Kafir harbi itu bermaksud orang-orang kafir yang menentang Islam secara mutlak. Adakah pernah terjadi penentang Islam memberikan bantuan kepada Rumah Allah?

Firaun besar ini nampaknya semakin nyanyuk di dalam sebarang tulisannya semenjak dipecat dari PKR. Ilmu yang ada sedikit didadanya sedikit demi sedikit terjual akibat berkawan dengan puak-puak sekutu Apco, puak-puak yang menentang hukum Hudud dan yang menolak Islam itu. Harap kali ini tulisan firaun besar bukan `kelentong' lagi kerana beliau pernah mengaku beliau memang kaki kelentong sejak dahulu lagi.

Melucukan kita, yang mendakwa anak bekas Mufti Perlis itu kerana mengajar di masjid itu siapa? Negeri mana? Bukankah di negeri yang Bn dan Umno berkuasa? Maknanya firaun besar tahu Umno dan Bn itu zalim. /mandor.blogspot.com

FITNAH RAMADHAN - LIM GUAN ENG SEMBELIH LEMBU KORBAN ?

'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng
Ogos 31, 10

Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.

Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"

Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.

"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.

"Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi./Malaysiakini

Selasa, 31 Ogos 2010

PEMIMPIN UMNO TIDAK MAHU KE SURAU, MASJID, JANGAN HALANG PULA PEMIMPIN DAP

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS diucapkan kepada YB Dr Hassan Ali Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor yang bertindak pantas memanggil Pengarah JAIS di dalam menyelesaikan isu penggunaan surau dan masjid oleh tetamu dari kalangan bukan Islam. Isu ini nampaknya dijadikan isu politik oleh Umno yang kita ketahui seringkali menunjukkan kejahilannya di dalam bidang agama.

Namun demikian, kejahilan Umno ini tidak patut kita biarkan kerana ianya akan memalukan kita sebagai umat Islam. Di samping itu, kejahilan mereka juga boleh mengakibatkan umat Islam menanggung rugi. Sebagai contoh, jika seseorang pemimpin atau Wakil Rakyat yang terdiri daripada bukan Islam ingin menyumbang kepada sesebuah masjid atau surau, mungkin terdapat sekatan atau tekanan dari puak yang jahil ini. Akibatnya rumah ibadat kita mengalami kerugian hasil dari kebodohan puak-puak mereka.

Justeru itu, amat baik jika Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas agar seluruh rakyat Selangor tidak termakan dengan dakyah sesat Umno itu. Umno sanggup melakukan apa saja asalkan mereka boleh kembali berkuasa dan membolot kesemua kekayaan Negeri Selangor seperti dahulu kala. Mereka amat bimbang apabila melihat kebangkitan pemimpin DAP khususnya semakin mendekati umat Islam. Mereka cukup takut seandainya orang-orang Melayu Islam tidak lagi memandang DAP sebagai parti perkauman sempit.

Langkah yang bijak dan berhemah perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor agar Kerajaan PR Selangor tidak mudah digoyangkan dengan isu murahan Umno ini. Sehingga kini, kita berjaya menepis segala dakwaan mereka sehingga membuatkan Umno hilang arah dan tumpuan. Tiga Pendekar Lapok mereka, Khir Toyo, Noh Omar dan Ezam sesumpah masih gagal mempengaruhi rakyat Selangor.

Isu surau dan masjid, Umno tersilap langkah untuk memainkan isu ini kerana mereka pasti berdepan dengan PAS yang lebih arif tentang hukum agama dari mereka. Tanda Umno semakin tertekan apabila mereka menggunakan Istana untuk melindungi kejahilan mereka itu. Jika pemimpin Umno tidak mahu ke surau dan ke masjid, mengapa perlu dihalang pemimpin DAP untuk membuat kebajikan di situ?/wfauzdin.blogspot.com