RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 8 Mei 2013

JANGAN SILAP PILIH MB SELANGOR, PEDULIKAN HASUTAN HASSAN JATI

TAHNIAH kepada seluruh rakyat Selangor yang telah 'membutakan' mata mereka terhadap umpan BR1M, TR1M dan berbagai-bagai lagi umpan mereka, tetapi telah memilih dan mengekalkan sebuah kerajaan negeri yang bersih dan terbukti ketelusannya.  Ertinya, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadi pilihan dan idaman rakyat Selangor walaupun Umno telah meletakkan Najib sendiri sebagai 'Bos' di negeri termaju dan terkaya tersebut.

Paling mengejutkan rakyat Selangor telah memberi 'TKO' kepada Umno/Bn di Selangor apabila membuktikan jumlah Kerusi Pakatan Rakyat di negeri itu bertambah.  Umno/Bn hanya berjaya menempatkan 12 orang Wakil Rakyat mereka sahaja di Dun Selangor, manakala Pakatan Rakyat menguasai 44 Kerusi Dun seterusnya berjaya menjadi Kerajaan Negeri yang memiliki majoriti 2/3.  Satu kejayaan besar yang memeranjatkan Najib kerana sejak dari mula Parlimen di bubarkan setiap hari, siang dan malam TV kawalan mereka memainkan iklan khas untuk mengajak rakyat menyokong Umno/Bn. 

Persoalan sekarang, siapa bakal menjadi MB Selangor?  Kita tolak jumlah Kerusi yang dimenangi oleh DAP (15 Kerusi) kerana DAP pun tahu wakil mereka tidak akan menjadi MB Selangor.  Jumlah Kerusi PAS adalah sebanyak 15 Kerusi.  KEADILAN pula hanya mendapat 14 Kerusi Dun.  Secara lojiknya, tentulah PAS boleh dilantik sebagai MB Selangor yang baru.  Namun, apakah perkiraan sedemikian paling bijak untuk menentukan Selangor boleh ditadbir dengan baik sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi?

Bagi aku, calon MB Selangor yang baru mestilah dipilih dari mereka yang terbaik, yang dirasakan boleh mentadbir Selangor jika tidak melebihi kehebatan Tan Sri Khalid (MB Selangor sebelum ini) sekurang-kurangnya tidak lebih teruk dari Tan Sri Khalid Ibrahim.  Jika PAS mempunyai kelayakan seperti itu, lebih baik diberikan saja jawatan itu kepada wakil dari PAS.

Sebagai sebuah pakatan, amat manis dan beradab jika pandangan dari rakan kita di dalam DAP turut diambil kira bagi menentukan calon MB Selangor.  Tentulah molek jika kesemua memberi kata sepakat tentang calon MB Selangor.  Jangan peduli kata-kata 'batu api' dari mantan Pesuruhjaya PAS yang telah disepak keluar dari PAS iaitu Hassan Jati.  Beliau nyatakan elok PAS jadi MB Selangor kerana PAS juga ada wakil yang berkelayakan.

Tidak perlu beliau sebut itu kerana kita sendiri pun tahu mahu memilih yang terbaik untuk menjadi MB Selangor.  Kita tidak lupa kata-kata Hassan Jati sebelum ini yang menuduh PAS sesat berkawan dengan DAP.  Mengapa tiba-tiba Hassan Jati mahu memuji PAS pula?  Jika bukan sekadar ingin menjadi 'batu api', untuk apa lagi?

Apa yang penting, Pakatan Rakyat di Selangor harus sepakat di dalam menentukan calon MB Selangor.  Fikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan agar Selangor terus dapat kita pertahankan untuk Penggal akan datang.  Buat KEADILAN, jangan fikir jawatan MB Selangor hanya layak untuk mereka sahaja, dan buat PAS pula jangan hanya berfikir dengan banyaknya Kerusi maka layaklah menjadi MB Selangor.  Perlu banyak perkiraan untuk jangkamasa panjang perlu difikirkan.


Selasa, 7 Mei 2013

PRU 13 - PENCAPAIAN LEBIH HEBAT DARI TSUNAMI 2008, MENGAPA PERLU DUKACITA?

SEPERTI yang telah diduga, memang puak-puak penipu itu akan label kemenangan besar kita merampas 7 Kerusi Parlimen dari Bn dibantu oleh DAP yang pada mereka adalah parti perkauman atau rasist.  Betapa bengapnya pemikiran mereka.  Tidak tahu beza DAP dengan MCA.

Mereka tidak tahu rupanya beberapa calon Melayu Islam di dalam DAP telah menang di dalam PRU 13 baru-baru ini.  Cuba sebut siapa calon Melayu Islam di dalam MCA yang menang?  Usahkan Melayu, calon Cina di dalam MCA pun banyak yang tewas.

Walaupun jelas dan nyata PRU 13 penuh dengan kontroversi, namun kejayaan PR merampas banyak Kerusi Parlimen kepunyaan Bn adalah satu rekod melebihi rekod yang dicipta tahun 2008.  Ertinya, PR mendapat sokongan lebih tinggi daripada PRU 12 yang dikatakan 'Tsunami' itu.  Selangor, negeri impian mereka untuk dirampas sehinggakan setiap hari siang malam mereka gunakan media haprak untuk iklankan kempen rampas Selangor.  Nampaknya cita-cita mereka gagal bahkan keputusan di Selangor memalukan parti penipu besar ini.

Rakyat Selangor sudah melihat betapa jauh bezanya kebaikan negeri yang dipimpin oleh PR berbanding dari yang mereka tadbir.  Rakyat di Selangor tidak selera dengan umpan BR1M, walaupun BR1M mereka ambil tetapi mata kail mereka cangkukkan kembali ke leher pemberi umpan.  Itulah bijaknya rakyat Selangor dan kita di dalam PR tidak harus berputus asa untuk terus berjuang agar rakyat di negeri-negeri lain terutamanya yang berada di bawah tapak kaki perasuah ini kita selamatkan.

Kita berjaya besar di dalam PRU 13.  Itu fakta.  Kita letakkan sasaran ke Putrajaya, mungkin terlalu tinggi atau terlalu awal tetapi di dalam kita mengejar Putrajaya, kita tidak keciciran apa-apa bahkan kita sempat mengutip 7 Kerusi Parlimen dari tangan mereka.  Memang wajar raut muka Najib malam itu tidak ceria walaupun berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.  Pertama, beliau tahu mengapa Bn menang dan siapa yang bantu.  Kedua, beliau teringat kata-kata Mahdey Kutty bahawa jika menang sekalipun Bn, jika keputusannya merosot, Najib boleh perlahan-lahan pindah dari Putrajaya.  Patut pun Muhyiddin tersengeh panjang di sebelah beliau malam itu.

Tahniah kepada semua yang telah bekerja kuat sehingga kita berjaya mencuri sedikit demi sedikit Kerusi Parlimen mereka.  Teruskan berjuang...kita semakin hampir.


Ahad, 5 Mei 2013

TIDAK RESMI - BENARKAH KIT SIANG MENANG BESAR?

BENARKAH berita yg baru aku terima?  Parlimen Gelang Patah, Johor menyaksikan calon PR, Lim Kit Siang dari DAP menang besar menewaskan bekas MB Johor, Ghani Othman?  Berita ini tidak sahih dan tidak resmi...Harap-harap betul.

Sabtu, 4 Mei 2013

BULATKAN TEKAD, FOKUS TUMBANGKAN REJIM

MASA untuk lakukan perubahan.  Terima kasih kepada semua petugas dan penyokong yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memperbaiki segala kerosakan di dalam negara ini.

Esok 05 Mei 2013, InsyaAllah, kita bakal menyaksikan keberanian rakyat negara ini untuk melakukan perubahan.  Rakyat bukan tidak suka kepada Br1M, tetapi rakyat mahu kehidupan mereka lebih baik dengan kos sara hidup yang tidak menekan, justeru itu bagi mereka umpan BR1M hanya sekadar untuk dua tiga hari, kemudian mereka akan menanggung kos sara hidup yang tinggi.  Kenaikan cukai melalui GST sedia menanti, saman AES yang sekarang ini ditangguhkan bakal bermula jika rakyat takut untuk menukar kerajaan.  

Tawaran pendidikan percuma dan penurunan harga minyak yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat akan dapat dinikmati oleh rakyat negara ini, asalkan mereka berani lakukan perubahan dengan mengundi PKR, PAS dan DAP pada pilihanraya kali ini.  Seandainya kesemua janji ini tidak dipenuhi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini, kita bangkit beramai-ramai untuk tumbangkan kerajaan yang gagal penuhi janji mereka.

Ujian pertama untuk kerajaan baru Pakatan Rakyat bermula esok selepas pengiraan undi. Perkara pertama yang kita mahu mereka buktikan adalah perkara asas yang dijanjikan iaitu turunkan harga minyak.   Turunnya harga minyak, ertinya turunkan harga barang keperluan, bil letrik, air dan banyak lagi keperluan asas kita.  Apakah kita tidak mahu harga minyak lebih murah dan kita boleh melalui lebuhraya tanpa tol secara berperingkat-peringkat?  

Semuanya kita akan jawab esok....SELAMAT MENGUNDI! SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN KITA JALAN YANG LURUS.....INI KALI LAH !!

Jumaat, 3 Mei 2013

BERMULA DENGAN "DUBUR' BERAKHIR PUN DENGAN "DUBUR"......

SI SEPOL bersumpah laknat lagi?  Kali ini di depan Kaabah kononnya, setahun yang lalu.  Mungkin video baru siap.  Hahahaha.....

Dulu, sewaktu beliau bersumpah laknat 'Siri Pertama', beliau lakukan di Permatang Pauh tidak sampai 24 jam menjelang hari Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di mana DS Anwar mahu bertanding.  Kebetulan, katanya.  Hahahahaaaa.....

Mungkin tidak percaya dengan 'Sumpah Laknat' di Permatang Pauh atau pun merasakan seperti 'tidak sah' sumpahnya di Permatang Pauh, kali ini beliau kononnya bersumpah laknat 'Siri Kedua' di depan Kaabah pula, kononnya.  Hahahaha......

Kali ini Siri Kedua 'The Sumpah Laknat ReTurn" juga menjelang beberapa hari saja untuk kita semua mengundi di dalam PRU 13.  Kebetulan, katanya!!  Hahahahaaaaa....

Bapak Si Sepol juga sama gak perangainya.  Buat 'U-Turn" cantik punya menjelang PRU.  Kebetulan, katanya!!  Hahahahaaaaa....

Sudah lihat video "Sumpah Laknat Siri Dua"?  Kalau belum, eloklah lihat untuk hiburkan hati kita semua menjelang PRU.  Memang kelakar gila.  Dia rakam di tengah orang lalu-lalang di hadapan Kaabah, tetapi tidak seorang pun pandang hatta jeling dia masa rakaman video dibuat.  Bahkan, orang yang lalu belakang dia boleh melencong ke tempat lain tanpa melihat sedikit pun dia di hadapan.  Hahahaha....

Mengapa Si Sepol lebih tinggi dari semua jemaah yang lalu lalang berhampiran dia?  Bukankah orang-orang Arab ni semua tinggi-tinggi belaka?  Kalau ada yang rendah dari Sepol pun, takkan semua kot?  Paling lucu, dalam ramai-ramai yang lalu-lalang tu, tidak seorang pun yang bergesel bahu jauh sekali terlanggar Sepol yang langsung tidak bergerak sedikit pun macam patung bercakap.  Hahahaaa....

Korang lihatlah video itu dan buat kajian sikit untuk melihat betapa lemahnya pembuatan filem terbaru "Sumpah Laknat Siri Dua" yang aku rasa sudah cukup untuk kita beritahu sememangnya Umporno bermula dari "lubang dubur' dan akan berakhir di "lubang dubur" jua.......Hahahaaaaa.....

Saksikan......kehkehkehkeh...


Rabu, 1 Mei 2013

UNDI TENTERA AMAT MELEGAKAN

SEMALAM 30 April 2013, seluruh warga tentera telah menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi awal bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara ini selepas PRU 13 iaitu pada 05 Mei ini nanti.

Aku tak mahu ulas suasana di tempat lain melainkan apa yang telah berlaku di Kem Batu 10, Kuantan di mana di situ terdapatnya kem tentera darat dan TUDM.  Kem tersebut berada di bawah Parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi oleh Najib Razak pada PRU 12 yang lalu.

Pada hari mengundi semalam, aku sempat bertemu dengan beberapa orang warga tentera dan berbual panjang sebelum mereka masuk untuk mengundi.  Dari perbualan kami, amat jelas komitmen mereka untuk bersama rakyat kali ini untuk mengubah kerajaan dari Bn kepada kerajaan PR.  Terlalu bersemangatnya mereka bahkan merekalah yang paling banyak bercakap tentang isu-isu politik semasa berbanding aku.  Isu LTAT menarik perhatian kami di mana mereka teramat marah apabila wang LTAT kepunyaan mereka diserahkan kepada Ketua Wanita Umno.  

Apabila mereka memasuki Pusat Mengundi, aku berdoa agar Allah buka kan hati-hati mereka untuk bersama PR.  Alhamdulillah, keluar sahaja setiap dari mereka dari tempat membuang undi, mereka tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari.  Rupa-rupanya bukan sedikit yang bersemangat untuk menjatuhkan rejim tetapi mengikut kata rakan saya itu tidak kurang 70 % warga tentera condong kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat melegakan saya.

Ahad, 28 April 2013

ANWAR PEJUANG ISLAM - CHUA SOI LEK

CHUA SOI LEK, Presiden MCA telah membantu kita memperkenalkan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh Islam, berbeza dengan beberapa tuduhan dari kepimpinan Umporno yang setiap hari melabelkan Anwar sebagai rendah moral dan ejen Yahudi.  


Seperti yang dilaporkan di dalam Malaysiakini, Chua Soi Lek menyebut perjuangan Anwar sama seperti Pak Lah yang asyik menyebut tentang Islam dan doa.  Cuma bagi aku bezanya Pak Lah kuat tido, Anwar kuat bekerja.  Melucukan juga kenyataan Chua Soi Lek apabila beliau sebut, Najib berbeza dari Anwar kerana Najib mahir dan pakar dalam pengurusan ekonomi.  Mungkin kehebatan ekonomi itulah yang menyebabkan negara sekarang berhutang sehingga ke tahap lebih 500 bilion, satu sejarah yang amat hebat berbanding sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu.  Sikap mengampu Chua Soi Lek itu jelas menunjukkan kebodohan beliau sendiri.

Selama ini pemimpin Umporno ke hulu je hilir menjaja Anwar anti Islam dan Anwar memperjuangkan dasar 'liberalisme', tapi Chua Soi Lek tidak beranggapan sedemikian.  Chua Soi Lek sedar Anwar mempunyai semangat perjuangan Islam yang tinggi.  Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga sekutu Umporno memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah selesa dengan perjuangan Islam.  Betullah tu, mana ada 'pelakun seks' suka dengan Islam?

Kempen Bn di dalam PRU 13 kali memang nampak bercelaru sekali.  Mereka tidak sepakat walaupun untuk mencipta fitnah.  Sekejap kata Anwar anti Islam, sekejap kata Anwsr itu adalah pejuang Islam.

cukuplah tu, ini kalilah, kami akan tamatkan riwayat rejim kaki temberang selama ini.

Khamis, 25 April 2013

MALAM INI AKU CERAMAH DI BALOK MAKMUR, KUANTAN BERSAMA LT JEN (B) GHAFIR, IKUTI LIVE STREAMING

INSYAALLAH, malam ini aku akan berceramah di markas PAS, Balok Makmur, Kuantan bersama dengan mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Ghafir.

Turut berceramah yang akan bermula jam 9 malam nanti adalah calon-calon dari PR yang bertanding di Kerusi Parlimen/Dun di Indera Mahkota, iaitu Dato Fauzi Abd Rahman yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang (Parlimen Indera mahkota), Sdr Andansura Rabu (Dun Beserah) dan Sdr Lee Chean Chung (Dun Semambu).

Ceramah malam ini juga akan disiarkan secara LIVE dari Live Streaming oleh Pusat Media Pakatan Rakyat Pahang.

Rabu, 24 April 2013

MUHD TAIB MANTAN MB SELANGOR 'DIBERSIHKAN' SETELAH MASUK PAS?

AMAT malang sekali disaat-saat golongan yang dahulunya berada di dalam kelompok kejahilan telah mula menemui sinar kebenaran, golongan yang dahulunya berada di kelompok kebenaran pula kini berhempas pulas mempertahankan golongan zalim dan mungkar.

Ketika para artis dan tokoh politik yang dulunya alpa dengan keduniaan telah kembali insaf dan mahu kepada kebenaran dan keadilan, golongan yang digelar ilmuan bahkan menonjolkan dirinya seperti alim ulamak masih gila dengan pangkat dan kedudukan serta habuan duniawi.  Semakin hampir PRU, semakin nyaring mereka ini menyalak umpama anjing kelaparan.

Mantan MB Selangor menyertai PAS
Kehadiran mantan MB Selangor, Muhd Taib atau 'Mike Tyson' menyertai PAS, bertambah meroyan si Hassan Jati.  Beliau tidak menyangka 'secerdik-cerdik' beliau kononnya pakar 'moti basi', terdapat bekas tokoh Umno yang lebih bijak menilai arah perjuangan yang diredhai.  Hassan Jati balik ke alam kejahilan dan kesesatan, Mike Tyson telah kembali ke pangkal jalan.

Ada orang bertanya, apakah hebatnya 'Mike Tyson' yang dahulunya pernah terlibat di dalam isu membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak di Lapangan Terbang Australia?  Benar, kita telah ungkitkan perkara ini betahun-tahun dahulu dan 'Mike Tyson' telah pun disiasat.  Adakah benar beliau telah 'dibersihkan'?  Kita tidak beranggapan begitu walaupun beliau telah bersama kita kerana bukan kita yang menyiasat kes beliau dulu.  Kita perlu tanya Kerajaan sewaktu itu (Umno/Bn), adakah 'Mike Tyson' bersih?  

Sebagai sebuah Parti Islam, PAS tidak akan menyekat sesiapa sahaja untuk bersama dengan wadah perjuangan menegakkan Islam hatta kepada orang-orang kafir sekalipun.  Khalifah Islam, Sayyidina Omar dan Sayyidina Hamzah lebih hebat rekod 'kejahatannya' sebelum beliau mendapat hidayah dari Allah.  Apakah kerana sejarah kotor dan jahat kedua-dua Khalifah ini, Nabi tidak membenarkan mereka untuk menyertai Ugama Islam?  Ini lah hebatnya Islam.  Ini lah juga yang mahu dibawa oleh PAS.

Seandainya mereka anggap sesiapa sahaja yang menyertai PAS akan 'dibersihkan', itu anggapan yang salah.  Kita mahu pihak berkuasa bertindak ke atas sesiapa sahaja yang melakukan salah laku tetapi bukan menunggu seseorang itu menyertai PAS atau Pakatan Rakyat barulah pihak berkuasa mahu bertindak atau menyiasat.  Itu kerja yang tidak amanah dan tidak ikhlas. 

Ahad, 21 April 2013

ISU KETUA CABANG ROMPIN - TIADA KENA MENGENA DENGAN USAHA MENYELAMATKAN KERUSI BN

 
CALUN MUADZAM SHAH TIDAK DIPILIH OLEH AKAR UMBI CABANG. SDR NORDIN TIDAK DIKENAL OLEH KEBANYAKAN PENGUNDI KERANA TAK MENGGERAKAN PARTI APATAH LAGI DIPENEMPATAN ORG ASAL. KEBANYAKANNYA LEBIH KENAL SDR RABIDIN KERANA BELIAU LEBIH MESRA DENGAN PENGUNDI. SAYA MENGANDAIKAN PEMILIHAN CALUN KEPADA NORDIN ADALAH TELAH DIRANCANG SUPAYA DUN MUADZAM MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KEPADA MAZNAH MAZLAN YANG JUGA MERUPAKAN ADIK IPAR DATU FAUZI. DAN TAK MUSTAHIL INI ADA KERJASAMA DARI CALU CALUN PARLIMEN DAN DUN BARISAN NASIONAL KAWASAN ROMPIN.....NAMPAKNYA PERMAINAN SANDIWARA PKR SEMAKIN TERSERLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN TERSEBARNYA PENYINGKIRAN SEMUA KETUA CABANG PKR SELURUH MALAYSIA YANG MENYOKONG DATUK ZAID IBRAHIM SEWAKTU PEMILIHAN DULU DARI TERPILIH SEBAGAI CALUN. INI LAH DIA KATA ORANG TUA TUA DULU: MENGATA DULANG PAKU SERPIH........" RUPANYA PERANGAI UMNO TETAP ADA DALAM PKR. TIADA DEMOKRASI SEBENARNYA DALAM PKR. KALAU DALAM PARTI SENDIRI PUN DAH ADA CAH KETING.......APAKAH NASIB RAKYAT AKAN DATANG? (Petikan komen seorang pembaca Blog ini)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

BEGITULAH  bunyinya komen yang agak pedas dari penulis di atas terhadap hilangnya nama Ketua Cabang Rompin, Sdr Wak Rabidin Kasmawi dari calon Dun Muadzam Shah.  Aku memahami perasaan penulis berkenaan dan secara peribadi aku bersetuju bahawa Sdr Wak Rabidin sememangnya tokoh terkenal, rajin dan mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli parti bahkan dari rakan-rakan PAS sendiri.

Sdr Rabidin Kasmawi - Ketua Cabang Rompin
Aku banyak kali juga terlibat di dalam program yang dianjurkan oleh Cabang Rompin, dan Wan Rabidin adalah orang yang sering panggil aku ceramah di kawasan beliau.  Setiap kali program, aku tidak nampak muka lain atau tokoh yang begitu aktif bergerak selain dari Wak Rabidin.  Terus terang, aku sendiri tidak mengenali Sdr Nordin walaupun aku berada dalam Majlis Pimpinan Negeri Pahang.

Tetapi, aku langsung tidak setuju dengan Penulis yang mendakwa 'hilang'nya nama Wak Rabidin dari calon Dun Muadzam adalah kerana ingin memberikan kemenangan mudah kepada 'adik Ipar' Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang.  Untuk maklumat Penulis, nama Wak Rabidin adalah tersenarai teratas yang diberikan oleh Ibu Pejabat Negeri kepada Pusat.  Malahan, sewaktu Ibu Pejabat meletakkan nama Sdr Nordin sebagai calon, pihak Negeri sedaya upaya cuba meminta penjelasan daripada Pusat mengapa nama Wak Rabidin 'hilang'.  Usaha untuk meletakkan semula Wak Rabidin sebagai calon dibuat sehingga ke peringkat Presiden Parti, DS Wan Azizah hadir ke Kuantan yang mana pada asalnya untuk mengumumkan calon yang terpilih.

Untuk makluman Penulis juga, bukan Wak Rabidin sahaja yang cuba diusahakan oleh Negeri untuk dicalonkan tetapi beberapa nama calon kawasan lain turut terlibat.  Oleh kerana desakan Negeri, DS Wan Azizah tidak jadi untuk mengumumkan senarai calon yang dianggap oleh Negeri kurang sesuai untuk dipilih di antara lain adalah kerana tidak pernah turun padang atau tidak dikenali oleh masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Negeri memohon agar Pusat mengkaji semula senarai pilihan calon yang dikeluarkan oleh Negeri untuk diterima pakai oleh Pusat.  Maka, DS Wan Azizah bersetuju untuk menangguhkan dulu pengumuman calon pada malam tersebut kerana terdapat beberapa nama yang dipilih oleh Negeri 'hilang' di dalam senarai calon yang dibawa oleh DS Wan Azizah.

Akhirnya, pihak Pusat membuat beberapa pindaan terhadap kedudukan calon-calon malangnya masih terdapat beberapa nama pilihan Negeri 'hilang' dari senarai termasuk nama Wak Rabidin.  Apakah yang mampu Negeri boleh lakukan lagi tambahan pula senarai nama yang dimuktamadkan oleh Pusat tiba dua hari sebelum hari Penamaan Calon?  Pusat mempunyai alasan tertentu mengapa beberapa nama baru wujud di dalam senarai walaupun alasan mereka kita tidak boleh menerima atau bersetuju.  Akhirnya kita terpaksa kembali kepada adab berjemaah dan berparti di mana kita berhak menegur pihak atasan tetapi terpaksa akur dengan pihak atasan jika mereka telah buat keputusan.

Ertinya, kehilangan nama Wak Rabidin dari senarai calon tiada langsung kena mengena dengan usaha untuk membantu waris atau adik ipar sesiapa kerana bukan satu kes sahaja yang terlibat.  Aku berpendapat adalah lebih baik dan praktikal di masa akan datang, calon Dun hendaklah ditentukan oleh Negeri setelah mendapat sokongan dari Cabang dan pihak Pusat kenalah menerima pandangan Negeri.