RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 11 Januari 2011

BUAT RAKAN BLOGGER, JANGAN BERHENTI DAN BOSAN MENULIS

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT nasihatku buat seorang rakan Blogger yang ku minati tulisannya. Beliau bukan penulis setaraf penulis seperti Mohd Sayuti Omar, Syed Hussin Al-Attas, Us Subki Latif, Termizi Md Jam atau beberapa penulis politik terkenal yang lain, tetapi penulisannya jauh lebih baik dari Awang Selamat Utusan Meloya tu.

Tidak manis untuk aku sebutkan namanya di sini kerana itu amanahnya pada aku. Macam Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi yang amanah terhadap perjumpaan beliau di Istana baru-baru ini. Rakan Blogger aku ini seperti mengeluh menyuarakan hasratnya untuk berehat dari menulis. Aku tidak pasti samada beliau akan berehat sebentar atau berehat untuk selamanya. Daripada apa yang beliau sebut, seolah-olah blognya akan ditutup terus, Wallahu Aklam.

Aku meminati tulisannya kerana beliau seorang yang peka terhadap sebarang `sentuhan, kritikan, serangan mahupun apa jua pandangan orang lain terhadap pemimpin dan jemaah partinya. Beliau seolah-olah menjadi jurucakap atau tukang jawab bagi pemimpin parti. Beliau ada mengeluh terpaksa berbuat demikian kerana terdapatnya pemimpin di dalam partinya agak lembab untuk bertindak apabila melihat sesuatu yang tidak betul diperkatakan terhadap parti bahkan pemimpin itu sendiri.

Ini yang aku hormat padanya. Aku sendiri kerap mendapat `serangan' dari beliau apabila tulisan aku dianggap tidak betul atau mengelirukan. Bagi aku, lebih baik banyak menerima kritikan daripada menerima pujian kerana kita boleh belajar banyak perkara. Tetapi kritikan dan teguran itu biarlah ikhlas untuk memperbaiki sesama kita. Bukan serang membabi buta, maki hamun, anggap orang lain sebagai penulis upahan, melabelkan seseorang dengan anjing sehingga sanggup pamirkan foto orang lain ke dalam blog semata-mata ingin melepaskan dendam. Ada penulis blog yang berperangai begitu yang tidak berani berhujah. Tetapi, rakan aku ini tidak bersikap sedemikian cuma kadangkala agak `panas' juga tulisannya kerana mengikut rentak yang dimainkan.

Aku mengharapkan agar rakan aku ini terus menulis dan memeriahkan lagi media alternatif yang kita semua tahu ini lah senjata PR bagi menghadapi musuh. Jika diguna dengan betul senjata tidak akan makan tuan, tetapi jika sebaliknya kita seperti memberikan senjata kepada pihak musuh. Ada ketikanya kita hanya mampu menulis untuk menyemarakkan perjuangan kita bersama. Semoga rakan ku itu berfikir kembali..../wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 10 Januari 2011

PRESIDEN PAS TETAP MENOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO, MAKA HENTIKAN PRASANGKA TIDAK BAIK

Oleh: WFAUZDIN NS

APA lagi yang mahu kita dengar dari mulut Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz? Kedua-dua mereka telah memberi ikrar bahawa PAS di dalam keadaan susah dan senang tetap akan bersama dengan PR. Inilah yang ditegaskan oleh pimpinan utama PAS di hadapan lebih kurang 30 ribu rakyat di Stadium Melawati, Selangor malam tadi. Baca di sini.

Justeru itu, jangan lagi ada yang mencuba untuk `melanggar Hj Hadi' bagi menimbulkan persepsi atau salah faham di kalangan kita. Tidak perlu `dilanggar', Presiden PAS memberikan jaminan ini. Jaminannya bahawa PAS tetap akan bersama PR tetapi bukan jaminan PAS tidak boleh bertemu muka dengan Umno. Ada beza di situ.

Apa salahnya pemimpin PAS bertemu muka dengan pemimpin Umno? DS Anwar juga kerap kali berbincang dan bertemu muka dengan pimpinan Umno di Parlimen. Masakan kita mahu pimpinan kita menjadi `katak di bawah tempurung'. Mungkin benar sejarah lalu sedikit sebanyak meragukan kita untuk menerima jaminan ini, tetapi sampai bila kita ingin meraguinya? PAS terbukti berdisiplin, sebab itulah jika ada sebarang usaha ke arah yang kita khuatir berlaku seperti Kerajaan Perpaduan Umno-PAS itu pastinya akan gagal kerana disiplin PAS yang berjaya mengawal parti tersebut. Kuatnya disiplin PAS ini mendapat pujian daripada YB Karpal Singh seorang tokoh berpengaruh di dalam DAP.

Usahlah kita bersusah payah untuk menyelami sampai ke dalam hati dan niat pemimpin PAS ini. Ketahuilah, kebanyakan was-was atau keraguan itu adalah permainan Syaitan, maka jauhilah sifat sedemikian. Oleh yang demikian, lebih baik bagi kita bersangka baik dan menyerahkan Nawaitu setiap pemimpin kita kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Tugas kita, tentukan bahawa Umno dapat dihancurkan seberapa segera. /wfauzdin.blogspot.com

Video Ceramah Anwar Di Stdm Melawati Malam Tadi - Anwar Sedia Debat Atas Isu Apco Dan Derhaka Kepada Raja, Beranikah Najib?




PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR - UMNO GELABAH DAN BERCAKAP MERAPU

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA gelabahnya Umno di Selangor kini apabila Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak lama lagi. Jerat memakan tuan, apabila perlantikan SUK Selangor yang baru dipolitikkan untuk mensabotaj Kerajaan Negeri PR Selangor, namun ianya mudah untuk dihidu kerana PR mempunyai pengalaman di Perak.

Tindakan MB Selangor untuk membentangkan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa yang hilang kepada Sultan, amat meresahkan Umno. Mereka bukan resah kerana khuatir undang-undang tersebut diluluskan kerana mereka sedar begitu sukar untuk Kerajaan PR Selangor memperolehi 2/3 majoriti tanpa sokongan mereka. Apa yang mereka khuatirkan adalah bagaimana untuk berhadapan dengan rakyat jika mereka tidak menyokong usul itu nanti. Bukankah selama ini mereka melolong dan menjerit mendakwa PR di Selangor tidak menderhaka kepada Sultan? Nah, sekarang apa yang boleh mereka buktikan?

Akhirnya, Umno Selangor tiada jalan lain kecuali menuduh kununnya tindakan Tan Sri Khalid untuk meminda undang-undang tersebut adalah perancangan dari puak-puak dalaman PKR atau DAP untuk menjatuhkan MB Selangor tersebut. Cuba baca kenyataan dari pemimpin Umno Selangor iaitu bekas Adun Batang Kali Datuk Zainal Abidin Sakom di sini. Begitu juga kenyataan dari Pengerusi PERKASA Dato Ibrahim Ali. Jelas, mereka ingin memperbodohkan Tan Sri Khalid sedangkan rakyat melihat yang jelas bodoh adalah mereka berdua.

Kedua tokoh yang berhati busuk ini berharap agar Tan Sri Khalid mempercayai bahawa dengan isu pindaan undang-undang ini akan menyebabkan Sultan Selangor murka lantas memilih pengganti yang lain sebagai MB Selangor yang baru. Pada firasat mereka tentulah YB Azmin akan dilantik menggantikan Tan Sri Khalid. Ini lah taktik paling bodoh dan mudah dibaca oleh kita. Hakikatnya, Umno Selangor amat bimbang apabila usul ini akan dibentangkan di dalam Dun Selangor nanti. Mereka cuma ada 2 pilihan, samada ingin mengembalikan kuasa kepada Sultan atau menentangnya sepertimana tok guru mereka Mahathir ajar dahulu.

Program Solat Hajat malam tadi di Stadium Melawati yang dihadiri lebih 30 ribu orang amat menggusarkan Umno di Selangor. Rakyat Selangor mulai merasakan betapa Umno Selangor ingin mempermainkan Sultan mereka dengan menaburkan fitnah jahat kepada PR di Selangor. Puluhan ribu rakyat berhimpun dan memohon doa kepada Allah agar cita-cita jahat golongan sekutu Apco ini digagalkan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor harus terus dengan usaha meminda undang-undang ini sebagai menguji sejauh mana ikhlas atau tidak Umno untuk mempertahankan institusi diraja. Jika PR gagal mendapat 2/3 majoriti dan pindaan ini tidak dapat diluluskan, kita wajib bersyukur kerana kita telah berjaya membuka `topeng' di wajah Umno. Rakyat akan kenal siapa itu Umno sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com

KONSERT TAHUN BARU SAMPAI 2 PAGI OK, CERAMAH BELUM MULA DAH KENA SERBU

Rusli Islam

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi.

Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab.

Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Polis memberikan alasan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan.

Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain.

Walaubagaimanapun ceramah akhirnya dapat diteruskan seperti biasa selepas wakil peguam PAS, ZulHazmi berunding sendiri dengan OCPD Zulkarnain.

Eizat juga akhirnya dibebaskan kira-kira jam 9 malam dan ketibaan beliau dengan baju yang koyak rabak di sambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda PAS.

Antara pemidato yang memberikan ceramah pada malam tersebut dengan tema Masa Untuk Berubah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi, Ahli Parlimen padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, Ustaz Firdaus Jaafar (MP Jerai) dan Suhaizan Kaiat.

Suhaizan dalam ceramah beliau juga turut menegaskan bahawa ceramah pada malam itu sah dan tidak perlu mendapatkan permit polis kerana diadakan di dalam kawasan premis persendirian.

"Kalau ini pun tak boleh, masjid pun tak bolehlah azan, tak bolehlah solat berjemaah sebab tak dapat permit," seloroh beliau.

Eizat dan Pemuda PAS Titiwangsa juga dijangka akan membuat laporan polis di atas tindakan polis yang tidak bertamadun tersbut.

"Polis sudah melampau, sepatutnya kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya polis bertindak profesional," kata Suhaimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa./Harakahdaily

LEBIH 30 RIBU SOLAT HAJAT DI STADIUM MELAWATI MALAM TADI

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 9 Jun: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program. /Selanjutnya di Harakahdaily

Ahad, 9 Januari 2011

KUMPULAN BODOH BERHIMPUN DI JALAN KEBUN

Oleh: WFAUZDIN NS

KESIHAN melihat aksi beberapa kumpulan yang dikatakan berjumlah 100 - 300 orang penduduk Kampung Jalan Kebun, Kelang berdemontrasi hari ini. Berita TV3 Suku melaporkan seramai lebih kurang 100 orang sahaja yang berhimpun untuk menunjukkan protes mereka terhadap Adun Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie kerana kununnya menghina Sultan Selangor di dalam isu perlantikan SUK Selangor dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu.
Justify Full
Mereka membawa sepanduk dan terjerit-jerit menunjukkan kebodohan mereka sambil membakar gambar Adun PR tersebut. Saya percaya jika ditanya kepada semua mereka itu, termasuk ketua kumpulan yang berdemontrasi tersebut tentang siapakah yang membuang kuasa Raja-Raja Melayu, pasti mereka akan tercengang-cengang. Ini adalah kerana mereka semua tidak tahu satu apa pun tentang bidangkuasa Raja-Raja dan sejarahnya. Mereka telah diperbodohkan oleh sekutu Apco yang mahu mereka terus menjadi bodoh agar mudah dicucuk hidung.

Di dalam TV 3 Suku, seorang pemimpin mereka kembang kempis hidungnya mendakwa Adun tersebut menderhaka dan menghina Sultan. Mereka juga mengaitkan MB Selangor dengan tuduhan penderhakaan kepada Sultan Selangor. Kita tengok nanti di dalam Sidang Dun sewaktu Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan usul untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan, adakah sekutu Apco ini akan bersetuju atau menyorok bawah meja di dalam Dun Selangor nanti.

Bukan kita tidak kesihan mereka yang diperbodohkan ini kerana mereka kebanyakannya adalah berbangsa Melayu. Kita juga malu apabila pemimpin Melayu tipu Melayu. Mereka lupa duit mereka entah berapa milion duit mereka yang telah dipelahab oleh kroni sekutu Apco ini di Selangor. Mereka tidak tahu berapa gaji dan elaun Pengerusi Syabas dan mereka tidak tahu apa yang Syabas telah lakukan kepada mereka selama ini. Tahukah mereka berapa kekayaan mantan MB Selangor sebelum ini? Banyak yang mereka tidak tahu dan sekutu Apco sememangnya mahu mereka terus jahil begitu.

Apa pun yang mereka lakukan, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah bersabar dan bimbinglah mereka seumpama kita membimbing `Muallaf' yang baru masuk Islam. Di dalam masa yang sama, Kerajaan Selangor mesti tegas dan berani untuk mempertahankan Selangor dari dijajah oleh sekutu-sekutu Apco yang semakin licik strategi mereka./wfauzdin.blogspot.com

DIALOG BERSAMA BLOGGER - TUAN GURU NIK AZIZ BAKAL DIASAK DENGAN ISU KERAJAAN PERPADUAN?

Dialog tuntut penjelasan lanjut Nik Aziz

Jimadie Shah Othman
Jan 9, 11

Pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat 15 Januari ini dijangka dipanaskan dengan isu pertemuan mursyidul am PAS itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang peserta program dialog di Kuala Lumpur itu berkata, pengguna media baru yang menentang idea kerajaan perpaduan berhasrat menuntut penjelasan lanjut Nik Aziz kerana masih terdapat kekeliruan berhubung perkara itu.

azlan"Kita hendak tahu cerita sebenar kerana masih terdapat banyak kekeliruan. Antaranya, kenapa undangan kepada Tok Guru (Nik Aziz) disampaikan melalui bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukannya setiausaha atau wakil istana sendiri.

"Dan, kalau betul (undangan) dari istana, kenapa tidak dibuat terus kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS?" kata penulis blog terkenal itu yang merupakan antara 25 orang yang didatangkan khas dari Kelantan.

Sementara itu, jurucakap program dialog itu Tarmizi Mohd Jam memberitahu, program pada hari Sabtu depan itu akan diadakan di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur melibatkan 180 penulis blog dan Facebook.

NONEIa antaranya bagi membincangkan isu-isu sekitar pentadbiran kerajaan Kelantan dan bagi menghadapi pilihan umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

"Ia ekoran laporan media perdana tidak menyebelahi kita," kata Tarmizi yang juga editor akhbar organ PAS Harakah.

Diminta mengesahkan sama ada pertemuan kontroversi 25 Disember lalu antara Nik Aziz dan Najib akan dibangkitkan, Tarmizi (kanan) bagaimanapun enggan mengulasnya.

Program itu akan dimulakan jam 8 malam, diikuti ucapan ringkas Nik Aziz sebelum dibuka untuk sebarang soalan dari peserta.

"Bukan hanya Nik Aziz, exco kerajaan negeri juga akan terlibat sama," kata Tarmizi lagi./Malaysiakini

Khusrin Ni... Bekerja Untuk Siapa Sebenarnya?

Ditulis oleh Chan Kok Keong
08/01/2011


Jawapan perundangan kepada status Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri adalah sungguh mudah. Siapa dia Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri?

Beliau ialah seorang pekerja kepada kerajaan. Dia menandatangani surat perjanjian untuk menjadi pekerja yang taat. Dalam kes Mohamad Khusrin Munawi, dia hendak bekerja dengan kerajaan negeri Selangor: siapakah majikannya? Persoalan penting di sini: bolehkah beliau mendesak atau memaksa bahawa beliau mahu bekerja untuk kerajaan negeri Selangor?

Menurut undang-undang sivil, tiada penjawat awam yang boleh memaksa majikannya menandatangani kontrak pekerjaannya. Begitu juga, menurut pandangan umum, bolehkah seorang amah Filipina misalnya memaksa majikannya dengan mendesak bahawa beliau mahu bekerja untuk majikan yang tidak mahu mengambilnya bekerja? SUK boleh dianggap sebagai pejawat awam tertinggi di sebuah negeri. Tetapi beliau mestilah seorang yang boleh diterima oleh majikannya iaitu kerajaan negeri.

Mari kita mengambil contoh yang lain, katakan, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Bolehkah seorang CEO (ketua pegawai eksekutif) dilantik tanpa persetujuan dan kelulusan daripada Lembaga Pengarah? Jawapannya adalah jelas, TIDAK. Malahan jika pihak Lembaga Pengarah menyerahkan tugas itu kepada sebuah jawatankuasa kecil untuk memilih CEO, keputusan akhir untuk mengambilnya bekerja terletak di bahu Lembaga Pengarah, dan bukan orang lain.

Selangor boleh menolak pelantikan Khusrin Dalam kes Mohd Khusrin, beliau berkata bahawa beliau dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun SPA mempunyai segala kuasa untuk melantik, tidak semestinya pelantikan yang dibuat oleh SPA itu, tidak boleh ditolak oleh Kerajaan Negeri Selangor. Apabila dibuat komen tentang peranan terhad SPA, yang diibaratkannya seperti sebuah agensi pekerjaan, Allahyarham Tun Suffian menulis pada muka surat 122 bukunya, "Pengenalan kepada Perlembagaan Malaysia (edisi kedua, Percetakan Kerajaan): "Tidak ada firma di sektor swasta, walau pun sesaat, bersetuju bahawa kenaikan pangkat kakitangannya di amanahkan kepada sebuah badan yang bebas dari pengaruh Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan." Selain berbentuk retorik, tidak ada penjawat awam yang boleh memaksa bahawa dia mahu bekerja untuk sebuah kerajaan yang memutuskan tidak mahu mengambilnya bekerja. Ini tidak munasabah.

Kerajaan tidak boleh dipaksa dari segi kontrak untuk mengambil seorang penjawat awam yang tidak dipercayainya atau terdapat keraguan terhadapnya. Apa fungsi SPA dalam hubungannya dengan Kerajaan Selangor? Suruhanjaya Reid, yang bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan, menyarankan agar sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk melantik dan menetapkan terma-terma pekerjaan para penjawat awamnya. SPA pula bertanggungjawab kepada pentadbiran dalaman sebagai sebuah badan profesional dan terlibat dalam hal disiplin. Dan harus diingat bahawa SPA adalah sebuah Suruhanjaya Persekutuan di mana kuasa-kuasanya tidak melangkaui ke dalam negeri-negeri, dalam hal ini negeri Selangor.

Bagaimanapun, Perkara 134 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Persekutuan boleh menghantar seorang penjawat awam ke sesebuah negeri, jika terdapat permintaan dari negeri berkenaan. Tidak ikut perlembagaan Jadi, soalan berikutnya sama ada Kerajaan Selangor membuat permohonan ini? Jika tidak, adakah Kerajaan Persekutuan telah bertindak engan memandai-mandai menghantar seorang penjawat awam ke Selangor? Jika begitu, bermakna tindakannya ini jelas tidak mengikut perlembagaan. Dan juga SPA telah bertindak menjangkaui bidang kuasanya.

Konvensyen atau amalan yang sudah-sudah jika ada, mesti dibuat dengan bahasa dan perkataan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Jika betul ada sebuah badan yang seharusnya melantik SUK, Perlembagaan Negeri Selangor telah pun menyediakan peruntukan bahawa pelantikan hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Di bawah Artikel 139 Perlembagaan Persekutuan, berkemungkinan sebuah Negeri memberi kuasa kepada SPA untuk bertindak dalam negeri itu. Jika ini telah dilakukan maka ia dengan mudah boleh ditarik balik apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) meluluskan rang ndang-undang untuk membatalkan pelantikan itu dalam sidangnya yang akan datang.

Peruntukan undang-undang berhubung perkara ini ialah Artikel 139(3) Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan di atas, pelantikan oleh SPA ini bukanlah suatu masalah yang sukar ditangani. Ia hanya berbentuk pencalonan, seperti yang diterangkan di atas, boleh diterima atau ditolak oleh bakal majikan. Pelantikan itu bukannya tidak boleh ditarik balik. Beliau masih seorang penjawat awam tetapi Kerajaan Selangor tidak mahu beliau menjadi penjawat awam negeri itu. Tambahan pula, persoalan perkenan daripada Sultan (Selangor) tidak menjadikan kedudukannya lebih kukuh, sah atau di bawah mana-mana Perlembagaan, Negeri atau Persekutuan. Kuasa melantik atau memecat

Ini kerana, kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat beliau. Sama ada SPA atau SPA Negeri mempunyai hak untuk mencalonkan beliau adalah tidak jelas. Tetapi perlu ditekankan di sini bahawa Kerajaan Selangor tidak semestinya menerima pelantikan itu. Jika seorang pekerja biasa tidak boleh disaman berhubung prestasi tertentu, bolehkah seorang penjawat awam memaksa majikannya mengambilnya bekerja?

Jika contoh perundangan mengenai kejadian seperti ini diperlukan, berhubung pendirian kerajaan Selangor menolak Mohd Khusrin, maka sila rujuk penghakiman yang dibuat dalam kes Mahkamah Persekutuan Kerajaan Malaysia melawan Rosalind Oh Lee Pek Inn (1973) 1 MLJ 222 oleh Tun Suffian FJ di mana beliau berkata: "Saya perlu menambah bahawa kontrak yang terjalin di antara seorang penjawat awam sebagai plaintif dan kerajaan adalah istimewa, seperti yang dicatat oleh Ramaswami J pada halaman 1894 apabila membuat penghakiman dalam Mahkamah Agong India dalam kes Roshan Lal melawan Union of India: "Adalah benar asal-usul perkhidmatan kerajaan berbentuk kontrak. Terdapat tawaran dan penerimaan dalam setiap kes. Tetapi sebaik sahaja dilantik kepada jawatannya atau pejabatnya, penjawat awam itu memiliki status dan haknya dan obligasi tidak lagi ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak, tetapi oleh peraturan berkanun yang boleh digubal dan dipinda secara unilateral oleh Kerajaan......." Perkataan penting di sini ialah "boleh dipinda secara unilateral....."

Ringkasnya, Kerajaan tidak boleh diikat dengan kontrak. Kerajaan mesti mempunyai hak untuk bertindak untuk kebaikan dan kepentingan Negeri./TVNews

Penulis mempunyai firma guamannya sendiri di Ipoh

VIDEO US BADRUL AMIN - BUKAN SETAKAT PUTRAJAYA, KITA MAHU PIMPIN OIC

PROJEK LANGGAR HADI JADI PROJEK PUKUL CURI ?

Oleh: Mandor

TERKEJUT aku apabila membaca tajuk artikel pada blog menyebut tetamu Presiden PAS dilayan seperti anjing. Aku tahu ini kaitan dengan tragedi Blogger Aduka Taruna yang didakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki di Rusila.

Aduka yang sering berhajat untuk `melanggar Hadi' ini nampaknya mendapat bahana di Rusila kali ini. Sebelum ini, projek tidak berfaedah itu berjalan baik tanpa ada sebarang kejadian yang menimpa beliau. Mungkin kali ini, beliau ingin mencuba lagi tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Benarkah Aduka menjadi `tetamu' Tuan Guru Presiden pada hari tersebut? Jika tetamu yang dijemput atau telah membuat temujanji dengan Presiden PAS itu, tentulah tidak wajar beliau dibelasah sedemikian rupa. Masakan Tuan Guru Hj Hadi tidak tahu adab menghormati tetamu.
Persoalannya, benarkah beliau tetamu seperti yang ditulis pada beberapa blog itu?

Jika bukan tetamu, maknanya apa? Jika kita tengok rancangan TV seperti Melodi atau Terjah, banyak kali melihat wartawan `menerjah' artis di mana dan tidak kira waktu. Tetapi, Tuan Guru Presiden bukan artis. Beliau seorang Presiden PAS dan juga seorang Ulamak. Mungkin ada yang tidak mahu mengiktiraf beliau sebagai Ulamak, tetapi sedikit pun tidak menjejaskan keilmuan dan darjatnya.

Justeru itu, berhadapan dengan pemimpin tidak kira dari mana pun mestilah ada adab dan sopan. Kalau kita tidak beradab atau sukar untuk beradab, kita kena bertanya orang lain dahulu bagaimana untuk beradab. Jangan main terjah-terjah begitu sahaja. Kalau mak ayah kita diterjah orang sedemikian rupa tanpa adab, takkan kita nak lihat sahaja?

Aduka pernah menulis tentang Sultan Johor dengan satu penulisan yang dikatakan menghina Sultan. Beliau telah didakwa dan kes tersebut belum selesai lagi. Di mahkamah suatu ketika beliau melaporkan dipukul oleh seseorang. Kini, di Rusila pula. Mengapa Aduka sering menjadi mangsa?

Apa pun, diharapkan Aduka boleh belajar banyak perkara dari beberapa kejadian yang menimpa beliau selama ini. Kepada yang memukul Aduka di Rusila (jika benar), silalah mohon maaf kerana tindakan emosi anda itu. Aduka juga mesti mohon maaf kerana tindakan tidak beradab dengan pemimpin sehingga mendatangkan kemarahan para pengikut Tuan Guru Hj Hadi.

Ini ulasan aku berpandukan apa yang aku tahu dari blog. Jika ada maklumat baru yang sahih yang menyalahi apa yang aku tulis, korang anggap tulisan aku ini terbatal./mandor.blogspot.com