RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 17 Ogos 2009

PRK DUN P.PASIR - JUMLAH PENYOKONG, KEMENANGAN AWAL BUAT PAS

Terkini Permatang Pasir
Zulkifli Sulong
Mon | Aug 17, 09 | 9:02:56 am MYT

Dikemaskini |9.45 pagi

Calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir sama ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh selepas itu.

9.20 pagi

Polis menganggarkan terdapat kira-kira lebih 5,000 orang hadir untuk menyokong calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man, berbanding Barisan Nasional (BN), yang mempunyai anggaran kira-kira 800 penyokong sahaja.

9.15 pagi

Mursyildul Am dan Presiden PAS tiba ke pusat penamaan calon. Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini. Lim Guan Eng juga tiba ke pusat penamaan calon. Beliau diiringi lain-lain pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Jam 8.52 pagi

Calon BN, Rohaizat Othman, memasuki kawasan penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam dan menyerahkan borang pencalonannya.

Laporan lanjut menyusul. _

3 ulasan:

  1. ..kata orang tua-tua, tujuh kali pindah papa kedana..tujuh kali pilihan kalau kalah juga tak tahu lah pula nak jadi apa!!

    BalasPadam
  2. ...tujuh kali PRK, kalau kalah juga PERGI MAMPUS...!!!

    BalasPadam
  3. ..sekarang pun dah MAMPUS. Tapi masih ada nafsu makan hingga 10 ekor ayam. Hantu ke apa?

    BalasPadam