RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 26 Ogos 2009

PRK LAGI ? CUKUPLAH TU, TAK LARAT ASYIK KALAH JE!!

BN harap tiada pilihanraya kecil di Kota Siputeh tapi akan akur keputusan SPR

26 Aug 2009

WALAUPUN berharap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah tidak kosong ekoran wakil Barisan Nasional (BN) tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut, BN akan tetap akur sebarang keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika memutuskan perlu pilihan raya kecil di kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan penjelasan wakil rakyat terbabit, Datuk Abu Hasan Sarif, beliau sakit dan tidak dapat hadir persidangan Dewan Undangan Negeri.

Katanya, wakil rakyat itu sakit malah ada resit-resit rasmi perubatan.

Lagipun kata Timbalan Presiden UMNO itu, wakil rakyat tersebut hanya tidak hadir pada persidangan yang cuma diadakan sehari sahaja pada penggal tersebut.

“Berdasarkan keterangan beliau, tidak perlulah pilihan raya kecil. Tetapi macam berlaku di Perak, kita serah pada SPR,” katanya dalam sidang media di Seberang Jaya,hari Rabu.

Menjawab soalan sama ada BN bersedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil, Muhyiddin berkata, “kita akan (BN) akur keputusan SPR tetapi pihak sana (pembangkang) tak setuju,”.

Bagaimanapun beliau menaruh harapan tidak perlu ada pilihan raya di kawasan itu berdasarkan penjelasan Abu Hasan.

Wakil Rakyat itu tidak hadir sidang DUN dua kali, masing-masing pada 19 April dan 9 Ogos tanpa sebarang kebenaran Sepaker, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51, Undang-Undang tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ADUN jika tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speakar, kerusi berkenaan akan dianggap telah dikosongkan.

Speaker dikatakan sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada SPR hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria ketika mengulas mengenai perkara itu mengesahkan pihaknya telah menerima surat daripada Speaker DUN Kedah itu dan sudah menghantar surat berkenaan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Menurutnya, perkara itu akan diteliti oleh ibu pejabat dan Bahagian Undang-Undang SPR.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang juga Ketua Bahagian UMNO Jerlun mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau. /KLPost

2 ulasan:

  1. Diharap ada lagi PRK di Kota Seputih. Alasannya mudah, pemimpin Umno/BN masih belum belajar dan insaf akan kesalahannya. Inilah masa yang sesuai untuk rakyat mengajar mereka.

    BalasPadam
  2. Kes ini dah betul kantoi. Jadi adakan pilihan raya kecil.

    Saya ni ketagih mengikuti pilihan raya kecil.

    Biarlah PR mencabar BN di mana tempat BN menang. Selama ini BN membuat alasan PR hanya menang PRK di tempat sendiri.

    p/s: Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1).

    Sila layari http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/

    (dikemaskini dengan gambar, langkah penyediaan dan nama saintifik)

    BalasPadam