RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 25 Januari 2010

ANWAR PERLU CAMPURTANGAN KRISIS PKR DI PAHANG

Azan letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang

KUANTAN - Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti itu dan juga anggota Parlimen Indera Mahkota.

"Hasrat ini saya telah maklumkan pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali bahagian Cameron Highlands. Saya juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang," katanya.

Azan, 44, berkata, beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

"Bagaimanapun saya masih kekal sebagai anggota Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-11, beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Salamon Ali Rizal Abd Rahman dengan undi majoriti 1,027 undi.-Bernama

1 ulasan:

  1. Semoga TGNA terus menolak wang ihsan ini.
    Wang ihsan tidak wajar diterima kerana wang
    ihsan itu diberikan bukan kpd kerajaan negeri
    yg memerintah tapi diberi kapada pemimpin2
    UMNO melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan
    (JPP). Kerajaan Pusat (UMN0-BN) adalah penkhianat kpd rakyat Kelantan.

    BalasPadam