RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 7 Januari 2010

TUNTUTAN QAZAF DS ANWAR - PAGI INI BERMULA ?


MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 6 Januari 2010


Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, 7hb Januari 2010, hari Khamis, jam 10 pagi untuk menghantar affidavit serta menandatangani wakalah berhubung tuntutan qazaf yang sengaja ditangguhkan itu.

Responden bagi tuntutan ini ialah:

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN, KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN

2. DATO’ HJ CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Antara tuntutan tersebut:

1. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Pertama supaya menggunakan kuasanya yang diberi di bawah Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan kerana kesalahan Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau Hukum Syarak dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Perintah Mahkamah

2. Bahawa Mahkamah yang Mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya di bawah Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 dan memerintahkan Responden Kedua dan Responden Ketiga supaya menunaikan amanah dan melaksanakan kewajipan mereka di bawah undang-undang dan Hukum Syarak.


PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

6 ulasan:

  1. setahu saya qazaf digunakan keatas pihak ketiga seperti en C menuduh a dan b berzina. tanpa saksi en c boleh dihukum. tapi dalam isu liwat saiful adalah mangsa iaitu en a jadi mana boleh pakai qazaf. PKR tipu rakyat ke?

    BalasPadam
  2. kita kena tipu dek PKR

    BalasPadam
  3. pis..
    rakyat kan bodoh, pemimpin mcm ni lah nak disanjung.
    Klau DSAI tu di jalan benar, dah lama dia sahut cabaran bersumpah laknat. Apa yg berlaku, asyik bertangguh kesnya setiap masa utk meraih simpati drp rakyat yg diperbodohkan.

    BalasPadam
  4. sebab saiful gagal datangkan saksi dalam tuduhan ,maka bolehlah dituduh qazaf,tapi persoalanya,proviso dalam akta di WP tiada kesalahan qazaf liwat,yg ada hanya zina

    BalasPadam
  5. masalahnye pulak, buntut takde kesan masuk...doktor pun tak dpt nak cari kesan mana kecuali sembelit kot....ehehhhh.....bersumpah kata terpaksa diliwat, tapi pertuduhan bawah seksyen suka sama suka...adeeehhhh.....

    BalasPadam
  6. anon 9:43 kau tak faham bahasa ke, saiful bukan pihak ketika tetapi dia adalah mangsa. kalau kau tuduh anuar dan saiful main belakang kau kena bagi saksi, baru qazaf boleh pakai. adake orang meliwat depan public, tak adekan. sebab hukum hudud amat adil. tak leh main tuduh-tuduh orang lain berzina. kat senang anuar bersumpah so kita tak ya berbalah lagi,biar allah tentukan. ini makamah tak nak sumpahpun tak nak.

    BalasPadam