RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 25 Mei 2010

PRK Hulu Selangor Wajar Dibatal, Sogokan Janji Najib Jadi Sandaran

Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim memfailkan petisyen pilihanraya meminta Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor.

Zaid dalam petisyen beliau membutirkan salah-laku rasuah Barisan Nasional sepanjang proses kempen pilihanraya itu.

Petisyen itu difailkan melalui Tetuan Thomas Philips pada jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Petisyen itu difailkan dibawah seksyen 32(a) dan 32 (c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Antara kandungan petisyen itu adalah calon BN, P.Kamalanathan secara langsung atau tidak langsung melalui Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak melakukan sogokan berjanji pada pengundi terutama di kawasan Rasa bahawa RM 3 Juta akan diberikan kepada SJKC Rasa, Hulu Selangor.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib kepada SRKJ (C) Rasa, Hulu Selangor dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda Sungai Buaya," kata MAlik Imtiaz Sarwar, salah seorang Peguam Zaid.

Pencabarnya juga didakwa melakukan sogokan kepada peneroka felda Sungai Buaya sebanyak RM 50,000 dan wasi mereka akan diberikan RM160,000 setiap ekar tanah yang telah dibangunkan. BN juga berjanji kepada pengundi terutama sekitar Kalumpang bahawasanya RM 300,000 akan diberikan kepada SRJK(C) Kalumpang sekiranya calon BN menang.

Semua sogokan itu bersyarat tunggal iaitu BN perlu memenangi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Pempetisyen turut menamakan Pegawai Pengurus PRK Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam petisyen itu.

Keputusan PRK Hulu Selangor menyaksikan Zaid tewas kepada calon BN, P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.

Seksyen 35 (a) memperuntukkan bahawa perbicaraan harus diselesaikan dalam masa 6 bulan dari tarikh pemfailan petisyen.

Antara peguam yang mewakili Zaid adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan, Gobind Singh Deo dan beberapa peguam lagi./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan