Oleh: antihadhari92
Mengejutkan.Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan,Rafizi Ramli yang juga ketua "Generasi Reformasi" akhirnya telah menarik diri daripada pertandingan tiga penjuru sayap pemuda PKR.Sebab-sebab rasmi penarikan diri beliau masih belum diketahui,namun bayangannya sedikit sebanyak boleh diintai dalam entri blog beliau di http://rafiziramli.com/2010/10/hayati-perjuangan-dengan-meletakkan-kepentingan-parti-di-atas-kepentingan-peribadi/ .Semalam,kita juga dikejutkan dengan kenyataan penyandang jawatan Ketua AMK,Shamsul Iskandar Md Akin yang berpatah balik untuk mempertahankan jawatan ketua pemuda selepas mendapat pencalonan agak selesa bagi jawatan Naib Presiden PKR.Rafizi walaupun tidak memberikan alasan kukuh,namun beliau telah memberikan alasan bahawa penarikan diri beliau daripada pertandingan tersebut adalah setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan semula untuk jawatan tersebut.Selain itu,beliau juga memberi alasan betapa Generasi Reformasi perlu bersedia dengan kemungkinan PRU 13 sebelum atau selepas Tahun Baru Cina tahun depan.Selain itu,jurucakap kumpulan tersebut,Sim Tze Tzin berkata bahawa mereka lebih menumpukan kepada menawan Putrajaya.Mereka juga tidak begitu mengutamakan jawatan dalam PKR memandangkan parti tersebut tidak menyerlah seperti yang sepatutnya.
"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.
Penulis bukan mahu mengagungkan orang ini.Tapi,dari segi layak,beliau paling layak.Sepatutnya Chegubard sudah hampir memperoleh kemenangan percuma jika Shamsul tidak berpatah arah.Sebagai seorang politikus,Saudara Badrul Hisham adalah seorang yang layak sesuai dengan sikapnya yang berani.Anak muda perlu dipimpin seorang yang berani dalam berubah.Perlu melawan arus bukannya mengikut alunan.Kalau tidak,anak muda akan hanyut.Idea-idea dan manifesto yang bakal dibawa oleh beliau juga kebanyakannya boleh diterima umum (http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html)
Oleh itu,ahli-ahli AMK perlu mengangkat sosok yang bernama Badrul Hisham Shaharin ini./Tranungkite



wfaudin,
BalasPadamjangan salahkan media umno jika mereka akan berbuat apa saja untuk memenangkan umno dalam prk galas nanti.
sebabnya:jika kamu yang melaungkan slogan penyokong pakatan sanggup menjadi alat untuk menaikkan satu kumpulan hingga memijak kumpulan yang lain walaupun ianya dalam satu parti,apa yang nak heran jika media bukan seiringan tidak menyebelahi pakatan.
jika takdir kamu bersama umno,aku percaya kamu akan buat lebih terok lagi daripada apa yang penulis umno lakukan...nilai dan renung tulisan kamu.
Sdr Wfaudin
BalasPadamSaya minta saudara tunjukkan balik kenyataan-kenyataan mana yang mengatakan:
1) saya menarik diri kerana Sam u-turn
2) kami tidak mementingkan jawatan kerana PKR tidak menyerlah
Saudara hanya taksub dengan sesetengah kumpulan sehingga lupa ini pertandingan sihat adik-beradik dan memutar belitkan semua kenyataan dan mereka-reka kenyataan.
Tindakan-tindakan oleh penulis/aktivis spt Saudara memberi imej yang buruk kepada CB, kerana ramai yang menganggap ini sebahagian dari arahan beliau.
Saya menafikan pernah membuat kedua2 kenyataan dan memang yakin ia direka-reka, pandai-pandai Sdr sahaja.
Pandangan saudara itu hak saudara, tetapi jangan fitnah dan berbohong perkara yang tidak wujud.
Rafizi Ramli
KALAU MASUK PKR DOK SIBOK BEREBUT JAWATAN MAU DOK PI BLAH BUANG JAUH-JAUH. BUAT SEMAK PERUT PENYOKONG.CUKUP DAH YANG MENANG PRU DULU PI MELINGKOP DAN KIANATI JANJI YANG DOK ADA KALAU RASA-RASA ADA KAREKTOR MACAM MALAUN-MALAUN ELOK TERAJANG AWAI-AWAI.
BalasPadam