RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 16 Jun 2011

PERHIMPUNAN BERSIH `HARAM', PERHIMPUNAN PERKASA SUNAT, KOT?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI dijangka, tiada yang `halal' jika ianya dilakukan oleh pihak Pembangkang. Perhimpunan haram seringkali dikaitkan dengan PR. Hari ini, akhbar Sinar memetik kenyataan dari Ulamak Muda Umno, Fathul Bari yang menghukumkan haram perhimpunan yang mungkin merujuk kepada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.

Namun demikian, beliau memberi tafsiran `haram' itu jika perhimpunan tersebut membawa kepada kekerasan dan huru-hara. Tidak pula beliau ulas kebiasaannya pihak mana yang memulakan kekecohan atau provokasi. Berbeza dengan kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyebut Wajib mengadakan perhimpunan secara aman kerana untuk menentang kemungkaran dan ketidakadilan.

Semasa kumpulan PERKASA mengadakan demontrasi serentak di seluruh negeri mendesak DNA DS Anwar, tidak pula timbul kenyataan dari Ulamak Muda Umno ini. Mungkin perhimpunan itu wajib, sunat, harus atau makruh sahaja.

Oleh yang demikian, dapat kita rumuskan bahawa perhimpunan Bersih nanti adalah satu perhimpunan untuk menuntut keadilan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Satu perhimpunan yang aman dan terkawal. Justeru itu, tidak timbul soal haram perhimpunan tersebut.

Ulamak Muda Umno ini tidak perlu bimbang akan jatuh `haram' jika perhimpunan ini diadakan sekiranya tiada provokasi dari mana-mana pihak. Jadi, jangan menghukum terlebih awal. Banyak lagi yang haram di negara ini yang telah berpuluh tahun berlaku, wajar perkara tersebut diulas oleh Ulamak Muda Umno ini dari mengulas perkara yang belum berlaku. Lagipun, sejarah telah membuktikan bahawa tiada perhimpunan yang huru-hara dilakukan oleh Pembangkang melainkan ada `syaitan' yang datang mengangu./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. buat fitnah kpda ds anuar tak haram ke?mengaibkan org tu tak haram ke?

    BalasPadam