RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 8 September 2011

"Jangan Hairan Jika Ramai Orang Murtad" - Dr. Asri

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, “jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama.”

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah. Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. “..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

“Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama,” tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” dimansuhkan. Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

“Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua,” tulis beliau./Addin

6 ulasan:

  1. JAIS nak cegah org murtad tak boleh, lps tu divert cerita khalid nak kena saman, apalah punya bodoh untaz & puak2 PKR/PAS ni. Alasan yg kauorg beri menunjukkan bertapa bodohnya puak2 pas/pkr ni.

    BalasPadam
  2. Memang bodoh puak PAS ni. Yg terang depan mata buat2 x nampak.

    BalasPadam
  3. ustaz wahabi tak puas hati ajaran dia kene sekat di slgorr...hahaha...

    BalasPadam
  4. sorang nak jual nama tuhan, sorg lagi kata nama allah org arap dah lama pakai. tapi yg pasti dua2 mereka adalah penjual agama Allah swt utk keuntungan dunia yg sedikit.

    ingat lagi aku asri bebal ni sembunyikan ayat2 Allah swt semata2 nak sokong hj hadi yg kata video itu besi tak boleh jadi saksi.

    nasib baik ada ustaz kazim yg jelaskan segala2nya termasuk bukti qarinah.

    BalasPadam
  5. kalau video besi..gambar lg besi..

    itu presiden tau'.ni dah kira mellnggar amanat hj hadi

    BalasPadam
  6. Alhamdullah.. ramai bebal-bebal UMPORNO melayari blog ini at least ada 'perhatian' dari mereka2 yang bongok macam ni walaupun hujah diberikan bebal.. aku telah layari blog-blog penyokong umporno tapi KEBANYAKKANNYA tiada hujah ditinggalkan diruangan komen. ini membuktikan pro PR tak masuk blog depa dan pro BN pun tak masuk dan memberikan sokongan..

    syabas macai-macai UMPORNO. Satu kredit untuk anda Wfauzdin

    BalasPadam