RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 30 Oktober 2011

TAHNIAH, RUSA TIDAK PATAH TANDUK, PENYU YANG MENANGIS...

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, itu sahaja ucapan yang dapat saya berikan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan yang telah muncul sebagai Juara Piala Malaysia malam tadi dengan menewaskan Terengganu di Stadium Shah Alam.

Dari awal saya menyatakan selaku anak Negeri Sembilan, sudah tentu saya menyokong pasukan negeri kelahiran saya namun hati kecil saya menganggap Terengganu mungkin menjadi Juara. Ini adalah kerana saya melihat perkembangan pasukan Pantai Timur tersebut di samping saya merasa bimbang dengan pasukan Negeri Sembilan yang boleh dikatakan pemain-pemain harapan pasukan tersebut dikatakan tidak begitu cergas akibat kecederaan sebelum ini.

Akhirnya malam tadi menjadi penentu di mana perkiraan saya silap dan Negeri Sembilan bermain dengan begitu baik dan bersemangat apatah lagi ketinggalan awal dengan 0-1. Bukan mudah untuk bangkit dengan 2 jaringan di dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja melainkan dengan memiliki kekuatan mental yang tinggi.

Syabas, Negeri sembilan.....

1 ulasan:

  1. siapa kata anak watan tak boleh menjulangkan kemenangan,cukup cukuplah malaysia dengan ketagihan pemain import dan jurulatih import.apa pun tahniah pasukan negeri sembilan,kerana berani membuktikan anak watan ada harga ada nilai diri.SYABAS!!

    BalasPadam