PIHAK Polis semakin lama semakin `pelik' perangainya sejak kebelakangan ini. Mungkin tanda-tanda PRU ke 13 sudah semakin hampir menjadi suatu tekanan yang luar biasa buat pasukan keselamatan ini sehinggakan beberapa tindakannya buat rakyat menjadi `pening'.
Baru-baru ini di dalam isu Feedlot (NFC), Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid dengan selamba menyebut `siasatan awal pihak Polis menunjukkan tiada berlaku pecah amanah' di dalam isu NFC yang mengaitkan keluarga Shahrizat. Pengumuman tersebut dibuat sewaktu Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung, dan sejurus selepas Shahrizat menyinsing lengan bajunya dan mengugut akan menyinsing kain pula apabila Ketua Wanita Umno ini tertekan dengan isu berkenaan.
Menteri Dalam Negeri memberitahu siasatan belum selesai dan masih berjalan. Pemimpin-pemimpin Pembangkang yang terlibat memanjangkan isu yang dimulakan oleh Laporan Ketua Audit Negara itu pun belum dipanggil untuk disiasat sehingga hari ini. Ini disahkan melalui laporan Malaysiaikini,
" Polis masih belum menyoal beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat berhubung pendedahan mereka mengenai dakwaan penyelewengan dana oleh projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Pemimpin PKR Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa polis belum menyoal mereka berhubung pendedahan berkenaan. “Masih teka-teki ... mereka tidak menghubungi kami mengenai isu itu," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (Malaysiakini).
Tetapi, Timbalan Ketua Polis Negara sudah umumkan ` Siasatan awal mendapati tiada pecah amanah berlaku' walaupun siasatan belum selesai. Bayangkan, kita membuat laporan Polis dengan menyatakan kita melihat suatu pembunuhan telah berlaku, maka pihak Polis pun datang menyiasat dan menjumpai mayat seseorang lantas dibawa ke Hospital untuk bedah siasat. Di dalam keadaan bedah siasat masih berjalan, dan kita yang menyaksikan kejadian itu berlaku tidak dipanggil untuk memberi keterangan atau disiasat, tiba-tiba Polis membuat kenyataan `siasatan awal mendapati mangsa tidak dibunuh'. Pelik atau tidak?
Jika beginilah keadaannya, apa yang rakyat boleh buat? Sampai bila kita mahu di`peningkan' kepala dengan karenah sedemikian rupa? Tiada jalan lain, tukar sahaja Kerajaan yang ada kerana `Ikan Busuk Bermula Di Kepala"./wfauzdin.blogspot.com
Kau igt tukau kerajaan mcm tukau suar dlm mak bapak kau ke?? Barghal mkn taik!!
BalasPadamBelum cb blum th..mai kt tukau
BalasPadamcarta aliran siasatan pulis..
BalasPadam1. dari parti mana tertuduh? bn? pr?
--> jika pr siasat sampai dapat (--> 2)
--> jika bn siasat awal saja dan tutup kes
2. jenis kes
--> jika guna dana awam... sumbat dlm jel
--> jika guna dana sendiri... siasat lagi cipta bukti...
dan seterusnya...