RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 8 Februari 2012

HASSAN KAYU JATI BAPAK PEMBOHONG RUPANYA!!

HASAN ALI!!! Menipu ahli dan penyokong UMNO dalam ceramahnya

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/hasan-ali.jpg
PASPB

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

11 ulasan:

  1. Lepas ni boleh letak title Hassan Ali G.T. sebagai menggantikan kayu jati...

    G.T. tu maksudnya "Gila Talak"...

    BalasPadam
  2. Hassan dia memang suka mengaruhkan keadaan politik semasa lebih2 lagi yg seterunya dlm Pas,betulah hassa ni kalau dilayan mcm org mabuk todi...kak payah d layan biar dia senyap sendiri itu kunci simulut celoter drunken master ni

    BalasPadam
  3. Saman la, jangan tak saman, tunggu apa lagi. Saman tetap saman. Kalau berani!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diaorang mana berani nak saman...takut rahsia sume terbongkar...sama le macam Anugerah Tuhan dia...mana berani saman org...sekarang ni Anugerah Tuhan dia tgh heboh di majalah Porno Jepun...memalukan aje pemimpim PR ni...

      Padam
    2. ish....fitnah tu

      Padam
    3. org jepun pun blh ktawa tngk org dlm gmbar dgn org ny brbeza.Yg lbih klakar pd mrka pncacai UMNO blh prcaya pd manusia Three Stooges yg tk tau hukum hakam Islam tu.

      Padam
  4. Rosmah tak saman ke Chegu Bard buat buku pasal cincin? Najib tak saman ke Chegu Bard buat buku Altantuya? Rosmah tak saman ke akhbar luar negara yg dedahkan dia kaki shopping? Jamil Khir tak saman ke pasal guna duit zakat dan yayasan taqwa? Apa barang saman2 kat mhkamah Msia nii....berani debat? Suruh Najib tu belajar2 berani sikit nk bdebat...kihikih

    BalasPadam
  5. Hanya org yg bodoh percaya tentang majalah porno jepun,apa2 boleh dispin asal nak sedap hati pemimpin songlap,mana polis,anuar dah report dah,apakah burit polis bisul dok senyap je,hassan anak pak ali moodnya masih melalak nak celepur,lama dah tak buat motivasi karipap,sekejap lagi senyap dia

    BalasPadam
  6. ... aku da letehhh da ... dha teruskan ler ... xkan kemaner pung ...

    BalasPadam
  7. bagi saya, tindakan Hassan Ali menegur pemimpin Pas adalah berdasarkan konsep membaiki sistem dalaman. Apakah Pas tiada kelemahan sehingga tidak boleh ditegur? Apa gunanya menegur UMNO sedangkan kita tahu UMNO memang bermasalah dan dengan sebab itulah pembangkang wujud. Jika dalaman diperbaiki, maka parti itu akan menjadi semakin kuat berbekalkan fundamental yang jitu... mungkin inilah yang harus di fahami daripada tindakan Dr Hassan Ali..

    BalasPadam
  8. Membaiki sistem dalaman??? Kalau betul tujuan seperti itu pastinya tidak menggunakan saluran luar/musuh. Cara yg HA guna bukan nak menarik org masuk PAS tetapi menjauhi PAS. Ini bukan caranya membaiki atau menegur. HA tiada adab menghina parti yg bg duit bulan2. Kalau dah tak suka lepaskan jawatan ADUN yg disandang. HA adalah pengkhianatyg gila kuasa.

    BalasPadam