RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 2 Januari 2013

PARLIMEN NIBONG TEBAL - 78 % MAHUKAN CHEGU BARD

SEBULAN yang lalu, saya telah adakan "Poll" atau pendapat pengunjung-pengunjung blog saya tentang siapakah yang wajar pada pandangan pengunjung blog ini untuk dicalonkan menjadi Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Sebelum ini, heboh diperkatakan kerusi Nibong Tebal bakal ditandingi oleh Penyelaras SAMM, Sdr Badrul Hisham atau Chegu Bard kerana semenjak kawasan Parlimen tersebut ditinggalkan begitu sahaja oleh "katak' iaitu bekas MP dari PKR, dikatakan aktiviti dan program di kawasan berkenaan sepi.  Akhirnya 'direstui' oleh pihak tertentu untuk membawa Chegu Bard ke sana bagi memulihkan keadaan dan nampaknya langkah ini amat berjaya.


Namun, atas pertimbangan politik atau pertimbangan yang sukar untuk kita baca, muncul pula Dr Mansor yang sekarang ini adalah Timbalan KM P.Pinang di Parlimen Nibong Tebang.  Khabarnya nama beliau telah diumumkan oleh DS Anwar sendiri sebagai calon di situ.  Selepas pengumuman tersebut, berbagai cerita mulai kedengaran tetapi difahamkan semua ahli SAMM diarahkan oleh Chegu Bard mengelak diri dari terlibat di dalam memberikan komen di atas isu ini.

Apa pun, semua tahu kedua-dua tokoh ini ada penyokong mereka yang tersendiri.  Maka, Blog ini mengadakan Poll untuk pengunjung-pengunjung blog ini sahaja agar mereka dapat luahkan pandangan mereka.  Tidak semua yang mengundi di sini adalah penyokong PR, mungkin juga ramai ahli-ahli Umno/Bn yang sengaja 'bermain' dengan undian mereka.  Maka, keputusan Poll di atas mungkin tidak tepat atau kurang tepat.

Daripada jumlah pengunjung yang melakukan undian iaitu seramai 1,011 orang, mereka yang menyokong Chegu Bard sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal adalah 78 %.  Mereka yang mahukan Dr Mansor pula adalah sebanyak 17 % manakala 5 % mahukan calon-calon yang lain.  (Undian ditutup pada 02/1/2013 jam 07.00 PM)

Terima kasih di atas penglibatan anda di dalam undian yang telah dijalankan.

2 ulasan:

  1. Ini hanyalah +-5% dari keseluruhan jumlah pengundi yang menyokong YB Tan Tee Beng!. Adakah ini menunjukkan gambaran keseluruhan pandangan/persepsi masyarakat setempat kini. Kajian berserta pemantuan (ditutup pada 31 Dis 12) telah dibuat bahawa masyarakat di kaw ini tak sanggup lagi nak lihat simbul `mata menangis' tu khususnya masyarakat kampong yg melihat PKR tak beri apa faedah dan menguntungkan kepada mereka selain..berceramah, berceramah tapi habuk pun tak ada. Anwar tetap hidup mewah, orang kg tetap kais pagi makan pagi tu jugak.

    BalasPadam
  2. So, pimpinan tertinggi PKR takkan nak buat bodo lagi kot...

    BalasPadam