NAMPAKNYA semakin gelabah puak-puak mereka untuk mencari sokongan. Boleh dikatakan semua jabatan, mungkin termasuk dari KEMAS sendiri sudah tidak yakin dengan parti sekular peninggalan penjajah ini. Sehari dua ini kecoh mereka berbangga dengan sokongan geng-geng restoren mamak. Melucukan.
Kita tidak kisah mereka mahu cari siapa saja untuk sokong mereka kerana kita tahu yang menyokong mereka semuanya ada sebab musabab yang ada kaitan dengan perut masing-masing. Dulu kisah Restoren Ikan Bakar Sekincan mahu cari makan dengan menjadi pencacai dan pengampu kepada parti keris telanjang tidak bersarung ini. Akhirnya, Restoren Ikan Bakar 'hangus terbakar', lingkup dan ghuyub. Pemimpin parti tetap senang lenang sambil mengagihkan wang dan kekayaan rakyat sesama mereka.
Jangan cari penyakit |
Kali ini kumpulan restoren mamak tongkang mana pula yang mahu jadi balaci kepada parti yang nazak tersebut. Kita mahu nasihatkan kumpulan restoren ini agar belajar dari Restoren Ikan Bakar Sekinchan. Jangan menyusahkan diri sendiri bergantung kepada dahan yang reput dan telah dimakan anai-anai itu, nanti menyesal kemudian hari. Jangan sampai rakyat boikot restoren kamu sepanjang hayat dan jangan kebencian rakyat kepada parti sekutu Apco itu berjangkit kepada kamu, wahai mamak restoren.
Jika mahu berniaga buatlah cara mahu berniaga. Di dalam keadaan sekarang, silap langkah kamu akan menyesal seumur hidup. Telah banyak bukti boleh kita tunjukkan betapa mereka yang sanggup menjual maruah diri dengan sanggup jadi pencacai tidak senang setara mana. Bahkan, mereka terus merana dan yang senang lenang puak perasuah tu juga.
nak lebih jelas, sila pamerkan bendera atau lambang BN supaya kita senang nak boikot. Sebenarnya bukan semua restoren mamak jadi ahli persatuan malah ramai juga yg menjadi penyokong tegar PR dan menaja aktiviti parti.Kita tak nak menganiaya golongan yg benar-benar hendak berniaga.
BalasPadamgerombolan mamak di pulau pinang dah ambilalih pun umno-apco pulau pinang sampai semua mamak tongkang contol manguk-mangkuk 'melayu' umno-apco ! ABU saja peyelamat negara dari anasir kaki kelentong & songlap disamping kuat ampu !
BalasPadam