RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 2 Jun 2013

MENIPU HUKUMNYA HARAM, MELAWAN PENIPUAN PUN HARAM?

MENGAPA cepat sangat berfatwa?  Himpunan Rakyat "Black 505" Suara Rakyat Suara Keramat boleh menjadi 'haram' semata-mata mereka tidak menyokong kerajaan minoriti sekarang?  Paling nampak tok peti ini ketinggalan zaman adalah bila beliau sebut himpunan yang mencetuskan huru-hara itu diharamkan oleh Islam, sedangkan satu contoh pun tok peti ini tidak tunjukkan mana satu program Himpunan Rakyat yang telah pun mencetuskan huru-hara.

Huru-hara yang merosakkan negara semua kita tahu hukumnya haram.  Sebab itulah kita bangkit menentang puak yang menghuru-harakan demokrasi di negara ini dengan cara menipu untuk terus berkuasa.  Hukum menipu rakyat jelas haram, kita bangkit melawan penipuan itu pun haram juga?

Kepada tok peti yang kolot ini, aku nasihatkan kalau kamu tidak mahu melaksanakan suruhan Allah agar menentang penipuan atau sengaja serah diri untuk ditipu, lebih baik kamu jangan bercakap.  Jika kamu bercakap akan memperlihatkan kejahilan dan kedunguan kamu.  Jika kamu seorang saja yang nampak bodoh tidak mengapa sebab kamu tidak pernah cerdik pun selama ini bila memberi komen tentang isu-isu politik.   Tetapi, perbuatan ampu kamu itu akan menjejaskan imej ramai lagi tok peti-tok peti yang lain.

Kita mahu beritahu, kita di dalam Himpunan Rakyat khususnya "Black 505" ini tidak akan ke jalanraya selagi suara kita didengari.  Kerajaan tidak boleh memaksa kita untuk ke jalanraya dengan meneruskan kezaliman dan kerakusan kuasa dengan menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka. 


2 ulasan:

  1. lg sekali elok.siarkan

    so bertambah seket ilmu politik kita..

    kerajaan bn kerajaan majority
    kerajaan umno kerajaan 'minority'

    oleh krn mereka ber'pakat' mcm pakatan..maka mereka digelar kerajaan majority..

    FP** kita guna system ini
    kita bukan pilih satu raja/ agong

    kita pilih pemimpin setempat..
    pemimpin2 tu pilih ketua dia pulak..

    cina duduk padat kat bandar2,
    kg ada 1rumah luasss laman luas..bandar ada flet,aptmnt bertingkat2.laman xda pun..

    kalau kg2 penuh apetmet2 ,flet2..bertingkat2..undi melayu plak tinggi..



    .

    BalasPadam
  2. Apalah Mufti Huruharasanasini neh, agak-agakla kalau bagi komen dan petua...tengok je gerakan yang boleh menjejaskan kedudukan UMNO terus je cap gerakan@himpunan sebagai haram! Tapi diam menikus bila melihat mamak penang yang makan 'kek tahi' buat demo yang mengaibkan kerajaan di Penang! Tolonglah mufti oi, jangan rendahkan martabat kamu......

    BalasPadam