RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 29 Julai 2013

BAJU HITAM 'BLACK OUT" DI PAGI RAYA !!

Disarankan sempena menyambut Aidil Fitri tahun ini, alangkah baiknya jika kita hadir Solat Sunat Aidil Fitri nanti kita berpakaian 'Hitam" (Black Out).

Semangat 'Black Out' mesti kita suburkan selagi si bangsat dua tiga ekor di dalam SPR itu masih bertenggek di kerusi masing-masing untuk terus menipu kita.  Bermacam cara boleh kita lakukan untuk menunjukkan bantahan terhadap penipuan mereka sehinggakan kita yang memperolehi kepercayaan rakyat untuk menjadi kerajaan telah dinafikan.

Memang SPR mahu kita hadapi mereka di mahkamah kerana mereka tahu dan kenal benar dengan mahkamah di negara kita.  Lihatlah, beberapa keputusan mahkamah setakat ini berkaitan petisyen pilihanraya.  Belum pun sempat kita tunjukkan bukti dan hujah kita, mahkamah telah membatalkan petisyen atas soal 'teknikal' sahaja.

Memang benar, petisyen dari Bn juga ditolak tetapi kita bukan mahu petisyen kita sahaja diterima.  Kita mahu semua petisyen hendaklah dibawa dan dibuktikan di mahkamah tanpa mengira perkara remeh seperti 'teknikal' ini.  

Ayuh, kita giatkan kempen 'Black Out' sempena Aidil Fitri ini.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Hari Raya Aidilfitri disambut untuk menunjukkan kemenangan kita Umat Islam berpuasa sebulan Ramadhan, menahan lapar dan dahaga serta melawan nafsu shahwat. Di pagi yang penuh Mulia itu janganlah dikotorkan minda kita dengan perasaan penuh marah dan dendam. Apa juga kesalahan oleh beberapa orang di SPR biarlah kita berdoa agar Alah membuka jalan untuk ditunjukkan siapa yang benar, bukan dengan cara memanggil mereka bangsat. Siapalah kita untuk menghukum....Waallahualam

    BalasPadam